TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, February 28, 2020

Rainbow Garden & Zahra Homestay

Salah satu tarikan terbaru di Tanah Rata aktiviti memberikan makan haiwan di Rainbow Garden.

Lokasinya adalah di Robinson Fall selepas Stesen Agroteknologi MARDI Tanah Rata. 

Rainbow Garden berkonsepkan nursery tanaman bunga jualan dan juga kiosk makanan. Masuk adalah percuma di bahagian ini namun jika ingin masuk ke bahagian haiwan, bayaran masuk adalah RM 5 dewasa dan RM 3 kanak-kanak.  


Untuk kanak-kanak saya syorkan pergi ke sini untuk berseronok dengan haiwan-haiwan peliharan seperti kambing, burung, arnab. 

Waktu malamnya pula terdapat Cafe Highlands Steamboat Cheese and Grill yang dibuka.

Jika masih mencari homestay penginapan di Cameron Highlands, cubalah ZAHRA HOMESTAY.

Klik Catatan ZAHRA HOMESTAY untuk perician dan lebih banyak koleksi gambar dan perkhidmatan yang ditawarkan.



Stesen Mardi Tanah Rata & Zahra Homestay

Salah satu tarikan utama di Tanah Rata adalah Stesen Agrotkenologi MARDI di Persiaran Dayang Endah menuju ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.

Jarak Stesen MARDI ini dari ZAHRA HOMESTAY pula hanyalah 1.2 km sahaja.


Jadi anda boleh memulakan hari kedua anda dengan mengunjungi Stesen MARDI ini selepas bersarapan di mana-mana restoran di PRIMA.

Apa yang ada di Stesen MARDI ? Klik  di CATATAN STESEN AGROTEKNOLOGI MARDI .

Jika masih mencari homestay penginapan di Cameron Highlands, cubalah ZAHRA HOMESTAY.

Klik Catatan ZAHRA HOMESTAY untuk perician dan lebih banyak koleksi gambar dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Tuesday, February 18, 2020

Zahra Homestay @ Prima Tanah Rata

Zahra Homestay terletak di Blok C Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Google Maps : KLIK


Kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya ini baru dibuka sekitar 2 tahun yang lepas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini dan menjadi pilihan ramai untuk menginap berkonsepkan apartment percutian.



Lokasi  Zahra Homestay @ Perumahan Prima juga dekat dengan pelbagai kawasan tarikan pelancong seperti Stesen Agroteknologi  Mardi, Kampung Taman Sedia, Raibow Garden, Taman Pertabalan serta juga kemudahan lain seperti Masjid Abu Bakar, Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, koleksi bank-bank serta kedai keperluan dan makan. 



Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan :
0133089717 dan 0136384251

Steamboat @ Zahra Homestay

Jika ditanya apakah aktiviti malam hari yang paling popular dikalangan pelancong selain dari mengunjungi Pasar Malam Cameron Highlands, jawapan yang pasti diberikan adalah melakukan BBQ ataupun menikmati steamboat


Untuk berBBQ bukan semua apartment percutian atu homestay membenarkan aktiviti tersebut terutama melibatkan apartment. Jadi pilihan untuk berBBQ di malam hari adalah terhad. 

Namun untuk melakukan aktiviti steamboat adakalanya agak membebankan terutamanya rata-ratanya berkadarkan sekitar RM 30 hingga RM 39 seorang. Bagi mereka yang bekeluarga besar, kos keseluruhan  dengan saiz keluarga yang mempunyai empat orang dewasa dan 2 kanak-kanak sahaja sudah sekitar RM 150-180 ke atas.

Itu bagi keluarga kecil tetapi jika ramai, maka bertambah besarlah kosnya untuk bersteamboat. 

Apa penyelesaian mudah? 

Anda boleh melakukan aktivti bersteamboat di apartment masing-masing dengan hanya menggunakan rice cooker yang rata-rata disediakan di mana-mana homestay. 

Namun di Zahra Homestay, kami menyediakan peralatan lengkap dapur steamboat dan juga pinggan mangkuk yang bersesuaian untuk aktivti steamboat. 


Ianya adalah PERCUMA  tanpa perlu menempah peralatan tersebut lebih awal sebelum check in. Masuk sahaja di apartment kami, ianya sudah tersedia untuk digunakan oleh anda. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli bahan mentah dari kedai-kedai runcit sekitar dan di Zahra Homestay tidak perlu gusar kerana kedai runcit terdekat adalah dibahagian bawah sebelah sahaja laluan ke lift. 

Tips mendapatkan sayur-sayurannya adalah anda boleh beli di mana-mana sahaja gerai sayur-sayuran yang anda lalui untuk ke mari terutamanya di Kea Farm atau Pasar Malam Cameron Highlands. 

Anda boleh pilih pelbagai sayur-sayuran tempatan yang segar bugar untuk dijadikan antara resipi istimewa steamboat anda kelak. 

Mudahkan .. Lebih menjimatkan... lebih selesa dan santai mengisi waktu malam anda di apartment percutian. 

Namun jika anda mahukan menikmatinya di luar, kami tetap kongsikan juga pilihan restoran dan cafe muslim... Klik Catatan Pilihan Steamboat. 

Pendek kata, tepuk dada tanya selera... dan tambahannya .. tanya selera .. tepuklah poket dahulu ya...

    

Musim Anggur di Lembah Bertam bagi tahun 2020 bermula...

Semalam saya singgah di Kebun Anggur di Lembah Bertam. 



Buah anggurnya kini telah masak dan boleh mula dituai. Jadi kebun anggur ini dibuka untuk kunjungan anda semua. 

Apa yang anda boleh buat di kebun anggur ini? 

Anda boleh masuk secara percuma.
Anda boleh melihat pokok anggur dan buahnya yang banyak ketika ini. 
Anda boleh berselfie sakan di sini.. 
Anda boleh memilih sendiri gugusan anggur yang mana hendak anda petik dan ditimbang dan dibayar....



Harga sekilo anggur di kebun anggur ini adalah masih sama iaitu RM 25 sekilo.

Elok anda datang awal musim anggur kali ini kalau nak melihat buah anggur yang banyak. 

Dan nasihat saya ialah berhati-hati ketika menuai anggur kerana jika terlalu ghairah nak memetik yang itu dan ini, saya takut anda terperanjat nanti bila ditimbang ... 

Ingat ya.. sekilo RM 25 .. dua kilo RM 50 .. empat kilo RM 100 .. jangan buat-buat pengsan pula nak membayarnya .. hanya tunai diterima..

Kebun anggur ini agak tidak sesuai untuk yang membawa orang tua, OKU , ibu mengandung atau sakit lutut dan jantung kerana anda perlu berjalan masuk sejauh 210 meter dari tepi jalan dan mendaki laluan kebun bunga dan sayur.



Catatan awal saya mengenainya ada saya kongsikan di sini .. Klik Catatan Kebun Anggur Lembah Bertam .. dan jika anda mahu ke sana saya kongsikan pula Catatan Panduan arah perjalanan ke sana. 

Dan jika anda masih atau ingin mencari penginapan berbentuk homestay atau apartment percutian, cubalah di ZAHRA HOMESTAY.. 



Klik untuk ke catatan mengenai ZAHRA HOMESTAY kami ini . 

Insyaallah saya berikan panduan perjalanan anda ke kebun anggur ini .. 

Tuesday, February 11, 2020

Senarai Semak Tempat-tempat Menarik Cameron Highlands



Senarai semak Tempat-tempat menarik di Cameron Highlands untuk anda semak adakah anda telah melawati semua tempat di sini. Jika terlepas, sila ulang ya di masa lawatan akan datang...

Klik pada catatan awal yang telah saya kongsikan dahulu.  Semoga membantu anda membuat perancangan percutian anda.   

TANAH RATA

q Opah Strawberry , 
Petik Strawberry 

q KHM Strawberry
Scone Terbaik ... 

q YZ  Farm Strawberry.. 
Santai di YZ ... 

q Aidilbadri Strawberry

q Al Mashoor Strawberry

q Rainbow Garden

q Cameron Valley Tea Shop 1
Tips ke Cameron Valley 

q Cameron Valley Tea Shop 2
Sejarah Bharat Tea Plantation
Tea Shop 2 

q Agrohighlands Café Sungai Bisek
Santai di Strawberry Sungei Bisek 
Kedai Kek Normah 

q The Olde Smoke House
Santai di Smoke House

q Lake House Resort, Habu
q Gerai Sayur & Buah MDCH di Habu,  Ringlet

q Bee Farm Jalan Habu
Jalan Habu Bee Farm

q BOH Tea Centre Ladang BOH Habu
Jalan Habu Ladang BOH 
Maksud BOH
Revisit Ladang Teh Habu 
Tea Centre Habu
Ladang Teh Habu .. 


BRINCHANG

q Pasar Malam Cameron Highlands
Panduan Ke Pasar Malam Cameron Highlands

q Big Red Strawberry
Santai di Big Red Strawberry 

q Cactus Point

q Time  Tunnel Museum
Galeri Masa
Santai di Time Tunnel

q Arked Peladang Brinchang

q Kea Garden & Guest House
Santai di Kea Garden

q Rose Centre
Santai di Rose Centre
q The Sheep Sanctuary
q Royal Berry Strawberry Park & Cafe

q Butterfly Farm
Santai di Taman Rama-rama

q Ee Feng Gu Bee Farm
q Orkid and Rose Garden

TRINGKAP 

q Cameron Tringkap Bee Farm
Santai di Bee Farm Tringkap

q Rose Valley
Santai di Rose Valley 

q Lavendar Garden  

KUALA TERLA, KG RAJA & BLUE VALLEY

q Al Mashoor Strawberry

q Cameron Valley Tea Shop 3
Re visit tea shop Kuala Terla
Santai Cameron Valley Tea Shop 3

q Safari 4X4 di Ladang Teh
Santai safari 4X4 

q Meiko Strawberry Farm

q Green View Garden
Singgah santai di Green View Garden  

Jika anda mahu mencari apartment percutian penginapan di Cameron Highlands anda boleh pertimbangan ZAHRA HOMESTAY sebagai pilihan. Klik...




Hubungi Kami : 0133089717 atau 0136384251

Saturday, February 1, 2020

Terima kasih...


Terima kasih kepada pelancong yang datang bercuti Tahun Baru Cina baru-baru ini dan sudi  menggunakan mereka berdua ini di lokasi tumpuan bergambar di Habu Ringlet.

Walaupun masih belum boleh diberikan markah penuh kerana masih ada yangg membuang sampah di sekitarnya, namun melihat mereka berdua ini sentiasa penuh setiap kali musim bercuti sejak kali pertama mereka dipasang iaitu Khamis 21 November 2019 yang lalu sungguh mengharukan. 

Ini adalah menifestasi anda memberikan mereka penuh dengan limpahan kasih sayang anda kepada daerah unik ini. 

Terima kasih kepada yang menghargai kehadiran mereka berdua dan anda memang menghayati 'I ❤ Cameron Highlands'  seperti landmark statement di situ.. 


Anda selayaknya bergambar, berbangga dan teruja. 

Yang masih belum atau masih menangguhkan rasa  ❤ sepenuhnya, moga-moga kunjungan anda di masa hadapan akan berbekalkan penuh rasa sayang untuk dicurahkan kepada daerah kami ini...

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI



KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock