Datang bercuti ke Cameron Highlands mana yang akan lebih berbaloi di antara waktu cuti umum atau bukan cuti umum?
Kelebihan jika anda datang bercuti diwaktu bukan musim puncak iaitu dihari biasa dan hujung minggu yang biasa sekitar minggu ketiga sebelum gaji:
Kurang pelancong memudahkan anda memilih tempat penginapan dengan banyak pilihan tanpa perlu berebut untuk menempahnya.
Harga kadar penginapan di hotel dan juga apartment murah sekitar harga biasa malah mungkin akan dapat pakej yang lebih menarik yang ditawarkan oleh pihak hotel.
Lengang di Kea Farm |
Atau anda memerlukan 4-6 jam lebih dari Kg Raja hanya untuk sampai di Brinchang di musim cuti sahaja seperti yang dialami oleh kawan saya pada cuti Hari Pekerja yang lalu.
Malah pada cuti umum Merdeka yang lalu untuk sampai ke Brinchang dari Tanah Rata yang sejauh 4 km sahaja memerlukan hampir 2 jam untuk sampai. Ini belum memasuki kawasan tumpuan pelancong.
Harga barangan lebih murah contohnya strawberry dijual pada harga RM 20 untuk 4 paket besar di hari biasa berbanding RM 13 sepeket besar pada hari cuti umum. Malah di hari biasa peniaga biasanya akan menambah hadiah belian anda dengan tambahan percuma.
Anda boleh ke kawasan tumpuan pelancong seperti pusat jualan dan pusat melawat tanpa perlu bersesak dan mendapat petak meletak kereta dengan lebih mudah. Malah ketika melawat kawasan ini anda boleh lebih santai terutama yang membawa anak kecil tanpa takut kehilangan mereka.
bersama anak kecil ... tiada masalah |
Kenapa saya terlepas pandang ikon menarik ini ? Atau betulkah sudut ni ada di situ sebab semasa saya pergi saya tak nampak pun? Nak kena datang semula ni...
Bagi mereka yang hendak datang bercuti di waktu bukan puncak mereka akan lebih banyak masa untuk bersantai tanpa perlu terkejar-kejar dan merasa tertekan dengan kesesakan jalan raya.
Harus diingat anda datang untuk bersantai dan bercuti bukannya untuk merasai tekanan demi tekanan.
Jadi pertimbangkan untuk memilih hari bukan puncak sebagai waktu untuk anda datang bercuti di Cameron Highlands.
Anda pula bagaimana rasanya? Ada pengalaman yang nak dikongsikan?
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
1 comment:
Kemana saya pergi bercuti, saya lebih suka memilih waktu yang bukan musim cuti sekolah atau cuti umum. Lagipun anak2 dah dewasa. Sebab utama ialah kerana saya amat mementingkan keselesaan dalam perjalanan dan penginapan juga sewaktu mahu membeli belah. Lebih tenang dan relax. Tidak serabut dan berebut.Saya juga suka memerhati jadi pandangan saya ketika disatu2 tempat lebih fokus dan terlihat keindahannya..
Post a Comment