Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Saturday, February 25, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Mengenali sayur-sayuran tanah tinggi

Salah satu produk kebanggaan Cameron Highlands adalah industri tananam dan jualan sayur-sayurannya yang begitu subur dan aktif sebagai satu jenis perniagaan yang menguntungkan. 



Di mana-mana sahaja, terdapat gerai jualan sayur-sayuran yang ditawarkan kepada pengunjung malah tidak hairan menjadi pilihan utama mereka setiap kali datang berkunjung ke sini. Seringkali anda akan melihat atau akan mengalaminya sendiri berbondong-bondong bungkusan plastik berisi sayuran di tangan jika anda singgah di gerai jualan. 

Mungkin bagi anda kesegaran ataupun pilihan yang banyak menyebabkan anda rabun mata untuk membeli belah sayuran ini. Maklumlah pelbagai jenis ditawarkan dengan harga yang menarik atau dengan pakej yang menarik seperti 12 bungkus RM 10 dan sebagainya).


(Tips: Cuba anda semak sedikit harga jika dibeli di bawah sana per kilo dengan harga paket di sini dengan anggaran beratnya, anda akan tahu rahsia sebenar siapa yang untung dan siapa yang rugi).


Namun saya suka untuk mengatakan bukan semua sayur-sayuran yang dijual itu adalah berasal dari Cameron Highland malah banyak juga yang dibawakan dari bawah ataupun luar negara. 

Terpulang kepada anda untuk memilih dan membeli tetapi sebagai panduan, saya sertakan beberapa koleksi gambar sayuran yang boleh membantu anda. 



Buat permulaan dahulu. Nanti saya tambahkan gambar yang lain nanti..Insyallah ... 
atau anda boleh ke picasaweb saya di SINI

JATI MALAYSIA...


Aku bernama Mohd Hairulhisam Ramli, berbangsa Melayu , beragama Islam dan aku tetap dari dulu, kini dan selamanya sebagai MELAYU . MUSLIM . MALAYSIA atau aku gelarkan 3M sebagai singkatan untuk ayat seterusnya nanti. 


Adakah perkataan dan perakuan ini akan diangap RASIS? Atau akan dipandang SINIS? 

Aku tahu ada diantara MELAYU mula tidak mahu mengaku MELAYU ataupun apalah ada pada MELAYU kerana fahaman politik masing-masing atau mahu hanya dikenali sebagai MUSLIM!

Aku seawal lagi mengakui aku MELAYU. MUSLIM. MALAYSIA. Aku bangga kepada ketiga-tiganya tanpa rasa prejudis ataupun sangsi ataupun terpaksa.

Samada ada kawan aku mengelarkan dirinya sebagai 3M UMNO, 3MPAS terpulang. Yang penting didalam diri itu...


Kerana aku 3M, aku suka dan telah meyertai JATI. nak tahu apa JATI, anda klik DI SINI  walaupun sekadar bagi Kategori kedua Ahli Biasa. (Tapi belum bayar RM 10 lagi..kih kih ) 



Bagaimana hendak menjadi ahli? Senang sahaja dengan satu klik , anda perlu mengisi borang dan membuat pembayaran.  Klik dibawah ini:


logo

Aku rasis ke? Membela sebangsa dan seagama dianggap rasis? Meperakui jati diri diri sendiri dan bangsa diangap RASIS... kalau sekadar itu hujah kita, diluar sana 90% rasis kerana semua mengakui bangsa masing-masing !

Sudahlah .. kalau anda mengatakan rasis hanya kerana ketakutan dan kefanikan politik semata-mata. 

Aku 3M yang biasa biasa tetapi akan tetap mempertahankan nilai dan intipati 3M... takkan salah kut .... tak payah nak bertopengkan politik sana dan sini boleh kan ... 

Friday, February 24, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Perpustakaan Daerah

"Pergi ke perpustakaan sewaktu bercuti ?!!!!!" 
"Apa punya cadangan ni? "
"Orang nak berehat dan berjalan-jalan.. "
"Bukan nak pergi baca buku !!!" "Sudahlah !!!!"

Ini mungkin kata-kata yang akan keluar dari anda jika saya mencadangkan anda ke Perpustakaan Daerah Cameron Highlands ketika anda bercuti di sini. Kenapa? 

Jawapan saya ringkas!. 
Jika anda ingin mengetahui mengenai sejarah Cameron Highlands, di sini terdapat ruang pameran mengenai daerah ini dari pembukaan sehinggalah sekarang.

Beserta koleksi gambar-gambar lama, sememangnya amat mengujakan termasuklah bagaimana bandar dan bangunan terawal di Cameron Highlands, pembukaan  penempatan baru, pembinaan empangan, sekolah, jalan raya serta pelbagai  penerangan dan juga peristiwa penting yang berlaku di sini...

Masuk percuma! Ruang tempat meletak keretanya luas dan percuma !! Anda hanya perlu berada di ruang pameran bangunan perpustakaan sahaja tanpa perlu masuk ke ruang bacaan. 


Bangunan utama Perpustakaan Awam ini juga merupakan bangunan batu terawal di sini!!   

Cuma hanya dibuka pada setiap hari bekerja sahaja dari pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang sahaja. Sambil anda melawat di sini, anda boleh menikmati makan tengahari di kafe di sini tanpa perlu menunggu lama. 





Setiap dinding terdapat koleksi gambar lama.


Selamat mengetahui sejarah silam Cameron Highlands...

Thursday, February 23, 2012

Mengenang tragedi Bukit Kepong....



PADA tarikh hari ini, 62 tahun yang lalu berlaku tragedi yang terpahat dalam sejarah pahit negara yang tidak mungkin dilupakan rakyat negara ini. Ia melibatkan kekejaman pengganas komunis yang menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong yang terletak kira-kira 59 kilometer dari bandar Muar, Johor.

Tanpa belas kasihan, pengganas menembak anggota polis yang cuba keluar dari balai yang terbakar dan melontar mereka yang tercedera serta mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Serangan itu dibuat sebagai peringatan kepada rakyat mengenai apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan komunis.

Kejadian itu bermula kira-kira pukul 4.30 pagi, 23 Februari 1950 apabila anggota Pasukan Kompeni Bebas Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) meniup trompet buat kali pertama dan kemudian mula melepaskan tembakan ke arah balai polis yang diperbuat daripada kayu itu.

Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil Mohd. Shah dan semua 25 anggota bawahannya mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk membalas tembakan.

Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. Seramai 180 pengganas yang melakukan serangan itu dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding anggota polis yang hanya dilengkapi dua pucuk senjata automatik. Jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, komunis adalah tujuh kali ganda lebih banyak berbanding polis. Separuh daripada pengganas mengepung di bahagian hadapan balai dan bakinya mengelilingi balai polis tersebut.

Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki kawasan balai walaupun melakukan serangan dari segenap sudut selama dua jam. Mereka berharap serangan itu mengejutkan pihak polis, sebaliknya apa yang mereka hadapi adalah tentangan hebat terutamanya daripada dua kedudukan mesingan ringan jenis Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan.

Sekitar pukul lima pagi, sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan dari Kampung Jawa bagi memberi bantuan tetapi malangnya mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar.

Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta-merta. Kemudian salah seorang anggota komunis bernama Muhammad Indera dengan menggunakan pembesar suara, sebanyak tiga hingga empat kali, meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat.

Jamil kemudiannya menjawab yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Katanya, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan anggotanya telah meninggal dunia dan ada yang cedera parah. Sebaik sahaja Jamil berkata demikian, pihak komunis meniup trompet buat kali ketiga dan berlaku serangan bertali arus daripada kumpulan pengganas itu.

Bagaimanapun, pengganas terbabit gagal memasuki kawasan balai sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail (bom botol) hingga menyebabkan balai polis dan berek kelamin terbakar. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin.

Pada ketika itu hanya tiga anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis tetapi ditembak pengganas terbabit. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis itu.

Seramai 14 anggota polis termasuk Jamil dan Timbalan Ketua Balai, Koperal Mohd. Yassin Wahab; lima polis bantuan; tiga pengawal kampung; tiga isteri polis dan dua anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Hanya empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka terselamat.
Peristiwa itu jelas memperlihatkan semangat keperwiraan anggota keselamatan yang berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.

Seramai 40 musuh juga berjaya dibunuh walaupun pihak pengganas pada mulanya beranggapan mampu menawan balai polis dengan mudah. Tanggapan itu adalah berikutan mereka mempunyai kelebihan dari segi bilangan senjata dan anggota serta kedudukan balai polis itu yang terpencil dengan bot menjadi pengangkutan utama.

Tragedi itu turut memperlihatkan semangat juang dua isteri anggota polis yang mengangkat senjata apabila melihat suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Oleh itu, diharapkan tiada lagi pemimpin parti politik tertentu yang cuba mempertikaikan pengorbanan luar biasa anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi tersebut sehingga sanggup mengisytiharkan golongan pengganas sebagai hero.

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam yang mengulas perkara itu, menyifatkan pihak-pihak yang cuba mengiktiraf komunis yang menyerang balai polis terbabit adalah mereka yang buta sejarah.
Katanya, mana-mana individu yang tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian sebenarnya telah menghina anggota keselamatan yang mempertahankan negara.

"Janganlah kita sekali-kali menuduh mereka menjadi alat kepada British kerana anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong sebenarnya berjuang menentang golongan yang melakukan kekejaman," katanya.
Beliau yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, tragedi Bukit Kepong adalah peristiwa yang menyedihkan dan ia merupakan antara enam balai polis yang diserang komunis.

"PKM telah menyerang balai polis itu setelah membuat pemantauan selama beberapa hari dan mereka melakukan serangan mengejut tanpa belas kasihan," katanya.

Sebenarnya, peristiwa Bukit Kepong yang menyaksikan sekumpulan kecil anggota polis dan keluarga mereka gigih berjuang menentang pengganas komunis yang jauh lebih besar boleh menjadi pengajaran kepada kita. Kalau wira dan wirawati terbabit boleh berbuat demikian, sudah tentu kerajaan dan rakyat yang bilangannya lebih ramai boleh memerangi apa sahaja anasir yang cuba merosakkan negara.

Wednesday, February 22, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Raya

Sama sepertimana aku jumpa semula koleksi gambar pokok periuk kera , aku juga terjumpa semula koleksi gambar bunga raya ini.  

Bagusnya bunga raya sebenarnya mempunyai puluhan jenis tetapi yang kita seringkali lihat adalah yang berwarna merah. Dan jika anda berada di Cameron Highlands serta mengunjungi mana-mana jualan nurseri semaian , anda akan ditawarkan pokok bunga raya yang segardan bunganya amat besar serta menarik. 

Kalau tanam di bawah , boleh ke hidup sebegini ? Ini adalah soalan biasa dan lazim ditanya oleh sipembeli kepada si penjual .. Jawapan si penjual , standard. Jawapan aku ? ntah ... kat rumah aku dulu banyak jugak dan hidup aje...

Ok koleksi bunga raya... 




















Tips Melawat Cameron Highlands: Periuk Kera @ Nepenthes spp.

Semalam sedang mencari gambar lama dalam external hardisk terjumpa semula koleksi gambar pokok periuk kera yang pernah aku ambil sekitar 2010. Gambar ini diambil ketika berjalan-jalan ke sebuah nurseri bunga yang terkenal di Kuala Terla tetapi malangnya nurseri ini tidak dibuka kepada kunjungan awam. 

Melihat kepada set up dan perancangan nurseri ini, sememangnya nilai tanaman ini agak tinggi dan bagi kita mungkin sekadar pokok liar didalam hutan yang pnuh dengan mitos tetapi bagi mereka kajian demi kajian dilakukan dan hasilnya dikormesialkan. Teknik yang digunakan adalah menggunakan kaedah klon. 

Aku tak beberapa mengetahui mengenai pokok periuk kera ini tetapi aku akui sungguh menarik . Untuk koleksi gambar dibawah ini aku tak dapat berikan nama kecuali beberapa keping yang sudah tertera namanya.   

Kalau anda boleh membantu , apa kata anda berikan nama sebenarnya di ruangan ulasan nanti.. klik gambar untuk imej yang lebih besar.

No 1.
No 2
 No 3
Bersihkan nurseri ini







No 4
No 5 
No 6 

No 7 
No 8 



No 9 

No 10
Percayalah.. Pertanian adalah perniagaan... yang amat menguntungkan ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...