Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com
TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:
Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts
Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts
Monday, May 16, 2016
Tuesday, August 25, 2015
Kenangan cikgu-cikgu di SK Felda Kumai
Semalam saya menonton Majalah 3 di TV3 mengenai guru-guru yang berkhidmat di pendalaman di Sarawak.
Juga mengenai kisah cikgu-cikgu yang memang berasal dari kawasan pendalaman yang mendapat peluang menjadi guru dan kembali berbakti di kawasan masing-masing.
Saya terus teringat akan guru-guru saya di SK Felda Kumai yang suatu masa dahulu juga di kira pendalaman kerana kemudahan yang ada amat terhad dan suasana penempatan yang sangat serba kekurangan sama seperti peneroka yang lain.
Bergelap di malam hari, berdebu di tengah hari, paip ada air tak ada dan pelbagai lagi sama seperti kami.
Namun semua ini tidak melemahkan semangat mereka malah mereka dapat mengadaptasikan kehidupan mereka dengan masyarakat setempat.
Jasa mereka tetap akan dikenang!
Terima kasih Cikgu...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Saturday, May 16, 2015
Selamat Hari Guru
Jika kita terlihat seorang guru ๐ฆ yang segak memakai pakaian kerja dalam perjalanan ๐ถ ke sekolah ๐ค, kita mesti terbayang dia mengajar di dalam kelas dan menanda buku ๐๐๐
TAPI SEBENARNYA KITA TAK PERNAH BAYANGKAN KERJA CIKGU OR KEMUNGKINAN YANG LAIN DI SEKOLAH.
ANTARANYA :
- Panjat tangga or pagar nak pasang banner๐ซ
- berpeluh ๐ mengadap komputer ๐ป dgn fail tebal ๐ key in data pelajar.
- Berpanas ๐ฐtengah padang buat garisan
- Bertungkus lumus memasang PA sistem ๐ค๐
- berjalan ke hulu ke hilir menghantar surat ๐
- menyapu ๐ท dan mengemas bilik-bilik khas
- tolak roller mengukur setiap bangunan yang ad di sekolah ๐ก
- muka boring kena meeting sampai 5 petang ๐ด
- terkejar-kejar mencari kehadiran budak ๐ฌ
- hantar budak sakit ke hospital ๐
- ulang -alik ke pejabat ambik surat n cari t.tangan ✒
- jadi penyiasat ๐ selesaikan kes kecurian n dll
- menyusun peralatan dalam stor ๐ป๐บ๐ท
- jadi tukang kayu
- cari punca nape elektrik ๐ฎxde di bangunan berkenaan.
- Syok sendiri pd hari guru (rancang aktiviti sendiri,buat aktiviti ๐ฏ๐ฏ๐ฏ, beli hadiah ๐๐๐sendiri n bayar sendiri) heheee
๐๐SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN2 GURU, ADIK2, ABANG2 N KAKAK2 GURU, MAKCIK2 N PAKCIK2 GURU๐๐
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Thursday, May 16, 2013
SELAMAT HARI GURU... Mengenang guru di Felda Kumai.
Saya kongsikan catatan saya mengenai SELAMAT HARI GURU di feldakumai.com . klik
Hari ini 16 Mei . Baik di FB, Tweeter, blog malah di laman chat seperti whatsapp dan WeChat … semua mengucapkan Selamat Hari Guru … jom kita kenang-kenang kembali sejarah dan kenangan kita bersama insan yang telah banyak berjasa ini.
Jom klik youtube Upin dan Ipin ini sambil-sambil membaca catatan di bawah..
Kalau kita kenang-kenang semula kisah kita di Felda Kumai, rasanya pasti semua akan mudah mengingati jika nama-nama cikgu disebutkan. Barangkali nama itu mungkin tidak selari dengan sesetengah generasi tetapi masih tetap berstatus, mereka yang telah banyak berjasa kepada kita.
Bagi generasi kami yang sekitar 30 an ini, nama seperti Cikgu Som di TADIKA atau Taman Didikan Kanak-Kanak bukanlah nama asing.Beliau bersama rakan-rakannya seperti Cikgu Janiah, Cikgu (suaminya Arwah Abg Din ) , bersama-sama mengajar kami yang masih hingusan sekitar berusia 6 tahun ketika itu mengenal A,B,C , 1,2,3 dan seterusnya.
(saya ingat… tapi lupa nama Cikgu-Cikgu tadika..jom penuhkan nama mereka di ruangan ulasan….
Bezanya juga ketika kami masih kecil, bukan semua mendapat pendedahan awal mengenai huruf-huruf dan angka-angka ini di rumah kerana ketika itu bukanlah semewah sekarang.
Buku-buku bacaan dan pendidikan awal mudah dibeli. Malah gajet-gajet berteknologi tinggi digunakan secara meluas. Anak-anak kecil didedahkan dengan huruf dan angka seawal mungkin.
Malah ketika itu, televisyen untuk rancangan pendidikan amat kurang dan kalaupun ada pula , bekalan tenaga elektrik hanya sampai sekitar 1991 sahaja.
Dari kami yang bebal dan tidak tahu ini, mereka di sekolah tadika ini mula mendidi kami satu persatu dengan penuh kepayahan dan lebih mencabar dalam suasana yang kekurangan seperti bilik tadika yang tiada berkipas dan berlampu ketika itu.
Malah cabaran yang sebegini bukanlah sesuatu yang mungkin ditemui sekarang di mana-mana pusat pendidikan awal yang serba canggih dan moden.
Maka, sewajarnya mereka diangkat kerana dari tidak mengenal A,B, C serta 1,2,3, kami mula berlari anak ke arah cahaya ilmu.
Menjejak pula usia 7 tahun, kami mula diterima sebagai MURID di SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP Kumai. Tahun 1986, ketika itu sekolah hanya mempunyai dua blok sahaja iaitu blok utama dan blok kedua dibelakangnya. 1986 juga menyaksikan blok tambahan berhadapan dengan kantin dibina.
Cikgu-cikgu ketika itu muda belaka dan jika bekeluarga anak-anak mereka masih bersekolah sebaya. Mereka yang baru ditempatkan di sini merasai sama keperitan dengan peneroka yang lain.
Rumah tidak bercahaya neon diwaktu malam, airnya pula tidak mengalir biarpun dipulas-pulas paipnya. Jalannya berwarna merah di kala musim panas dan becak lumpur di kala musim hujan.
Hiburannya hanya pada padang bola di waktu petang bersama belia dan warga peneroka yang masih muda ketika itu menghambat dan dihambat lawan hanya kerna sebiji bola. Mereka sama tangkas memperagakan aksi di padang dan kadang kala turut tidak tersisih jika ada aksi panas mengundang datang.
Namun di sekolah mereja juga tangkas dan bertungkus lumus mengajar dan mendidik anak-anak bangsa tentang a,b, c yang diatur menjadi perkataan dan 1,2,3 bukan sekadar ditambah sesama malah didarab, dibahagi dan sebagainya.
Ilmu alam, ilmu hisab, ilmu agama, musik, bahasa dan pelbagainya diajar satu persatu.
Mungkin nama seperti Cikgu Azmi, Jalaini, Samsudin, Fuad,Teacher Roziah, Sabri Islam, Ferhad, Daud, Che Putih, Norbimah, Zaini, Ustaz Hamid, Ustazah Rohani, Norasyikin, Supian dan golongan cikgu muda lepasan maktab seperti Sharkawi, Khairuddin, Sabri Nawi, Ahmad Shakri dan yang lain-lain menghidupkan rencah warga pendidik di sekolah ini.
Juga jangan lupa dikala pagi dan petang, juga mendapat didikan agama di sekolah rakyat untuk mengenal alif, ba, ta beserta sabdu dan tanwin. Fikah, Sejarah dan Tajwid ditanam di dalam diri oleh para ustaz dan ustazah. Ingatkah anda kepada Ustaz Hj Salleh, Ustab Talib, Ustazah Zabedah,Ustaz Yahya, Ustaz Yunus, Ustaz Mat Akhir dan yang lain tegas beserta rotan ketika mengajar.
Mereka ini hanyalah sebahagian dari ratusan guru yang telah berjasa kepada generasi muda di Felda Kumai.
Merekalah yang telah mempersiapkan kita dalam menuju alam cabaran di luar sana.
Kini ramai yang berjaya dan pastinya tidak akan lepas untuk mengingati wajah-wajah guru biasa yang telah banyak berjasa….
SELAMAT HARI GURU… kami ucapkan…
TERIMA KASIH ..kami kalungkan..

16 Mei... setiap tahun tarikh ini akan disambut dengan ucapan SELAMAT HARI GURU ...
Jom kita raikan ... dengan mengenang dan mengucapkan .. SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kita.
dan mari kita layari janji-janji mereka yang bergelar guru. Lagu yang setiap tahun saya akan dengar di dendangkan oleh guru-guru saya sebagai janji dan iltizam mereka dalam menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.. .
Friday, April 19, 2013
Kisah : Pengorbanan Guru di Kampung Orang Asli... Kisah Lemoians...
Selalu kita membaca coretan mengenai pengorbanan guru di kawasan pendalaman perkampungan Orang Asli.
Kadang-kalanya hanya berdendang di kala sambutan hari guru mendatang tiba di bulan May dan terlupa seketika sebelum berdendang semula setahun kemudiaanya.
Kadang-kalanya hanya berdendang di kala sambutan hari guru mendatang tiba di bulan May dan terlupa seketika sebelum berdendang semula setahun kemudiaanya.
Namun kisah mereka sebenarnya berdendang sepanjang masa. Mereka sebenarnya menghadapinya setiap minggu dikala kita hanya melihat dan menyanjungi mereka sekali setahun.
Untuk kisah pengorbanan guru di Kampung Orang Asli ini, saya kongsikan bahan gambarnya dari pengalaman dan koleksi guru-guru ini sendiri.
Ada dia ntara mereka yang saya kenali dan selebihnya tidak.
Apapun mereka berhak disanjung dan diberi salute....
Di kala anda yang bergred DG 41 atau 32 berkereta selesa membelah jalan raya dan bilamana menghadapi kesesakan jalan raya, lantas mengeluh dan mengomel, mereka tabah dan tidak merintih langsung tatkala menempuh belantara yang jalannya bukan seperti jalan yang seharian anda lalui.
Di kala anda mengatakan setiap bulan mereka menerima elaun kesukaran dan khas yang melebihi anda, tanpa sedar sebenarnya elaun itu mengalir untuk membeli motorsikal dan membaikinya saban hari.
Kisahnya saya sekadar memetik dan berkongsikan koleksi gambar mereka sendiri...
namun beribu kisah yang tidak dapat dikongsi akan ketabahan, kesabaran, kecekalan mereka ...
Kisahnya saya sekadar memetik dan berkongsikan koleksi gambar mereka sendiri...
namun beribu kisah yang tidak dapat dikongsi akan ketabahan, kesabaran, kecekalan mereka ...

Pengorbanan mereka ini hanya untuk menunaikan amanah dan rasa tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa ini... Salute for the Lemoians...

Wednesday, May 2, 2012
Peristiwa: Selamat Hari Guru ...
Semalam semasa menonton siri ke 100 Ustaz Don aku tertarik dengan satu nasihat daripada beliau iaitu 'Belajar kerana Allah' dan 'Hormati Guru anda' dan ini diakui oleh kedua-dua guru Ustaz Don yang turut dijemput sebagai tetamu program ini.
| petikan gambar dari blog ini. (KLIK) |
Kedua-duanya mengakui bahawa Ustaz Don pada zaman sekolahnya begitu menghormati gurunya malah akrab sebagai rakan karib.
Mengenangkan setiap tahun di bulan Mei dan tanggal 16 nya merupakan satu tarikh yang istimewa bagi setiap warga pendidik di Malaysia, aku juga tak lepas lari dari perasaan dan terkenangkan guru-guru aku samada di sekolah rendah, asrama, menengah atau pun di universiti.
Semuanya amat berjasa dan memainkan peranan yang mungkin berbeza gaya dan cara serta pendekatan tetapi matlmatnya tetap sama yakni mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti putus asa dan mengharapkan apakah balasan dan tebusan di masa hadapan kelak .
Bekas guru-guru anda tidak pernah mendesak anda membalas jasanya dengan mengungkit kisah dan ceruta pengorbanan dan bakti mereka setelah melihat anda kini berdiri mungkin sebagai seorang peguam, doktor, pemimpin masyarakat ataupun apa jua kejayaan anda kini.
Semuanya amat berjasa dan memainkan peranan yang mungkin berbeza gaya dan cara serta pendekatan tetapi matlmatnya tetap sama yakni mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti putus asa dan mengharapkan apakah balasan dan tebusan di masa hadapan kelak .
![]() |
| dari laman ini klik |
Mengambil semangat yang lebih awal, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku dari kecil sehingga berjaya sebegini. Jasa anda tidak dilupakan dan tidak terbalas...
Tahun lepas aku ada membawakan beberapa kisah mengenai hari guru berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga rakan-rakan.
Jika anda juga mempunyai kenangan dan ingin mencoretkan sesuatu mengenai guru-guru anda... boleh kongsikan di ruangan ulasan di bawah ini..
Kisah pertama :Klik di SINI,
Kisah kedua : Klik di SINI
Kisah ketiga : Klik di SINI
Kisah keempat : Klik di SINI
Kepada Isteriku, AFIZAWATI BINTI ISMAIL.. kami berkongsi kasih sayangmu bukan sekadar sebagai isteri dan ibu tetapi juga guru kepada anak-anak dan pelajarmu... semoga tabah dan sentiasa memberikan yang terbaik serta ikhlas berbakti..
Selamat Hari Guru....
Selamat Hari Guru....
Thursday, September 29, 2011
Orang Asli: Berbakti tanpa mengira bangsa, tempat dan kepayahan...
Bercerita mengenai Cikgu ini, memang banyak dan kalaulah nak dikumpulkan pelbagai kisahnya samada yang baik ataupun yang negatif. Bagi mereka yang berada di Cameron Highlands, antara cabaran bagi guru-guru adalah bilamana di tempatkan di sekolah pendalaman Orang Asli seperti Pos Terisu, Telanok, Manson, Kuala Boh dan banyak lagi yang masih ke dalam seperti Lemoi. .
Cuma lewat hari ini sebahagiannya mudah dihubungkan dengan laluan jalan baru yang dibina secara kebetulannya merentasi kawasan kampung Orang Asli ini.
| Sebahagian mereka ini mengajar di Sekolah Orang Asli di Cameron Highlands dan fotografi menjadi hobi . |
Jika anda berada sekitar Pekan Ringlet pada hari Jumaat selepas sembahyang, anda akan menemui sekumpulan anak-anak muda menggunakan motorsikal seperti scrambler yang penuh selut dan kotor akan berkumpul menikmati makan tengahari di gerai Kari Kepala Ikan En. Sahak.
Mereka adalah sebahagian guru yang bertugas di kawasan pendalaman Orang Asli yang jauhnya menjangkau 20-40 km ke dalam khasnya untuk ke Sekolah Kebangasaan Lemoi dan mereka menghabiskan sebahagian gaji mereka bukan untuk memiliki sebuah kereta sport ataupun setara dengan Toyota Vios atau Honda City tetapi lebih kepada Kawasaki Scrambler bagi memudahkan mereka memasuki kawasan ini.
Namun masih terdapat kepayahan khasnya bagi mereka yang gigih dan tabah dan seperti kebiasaanya semuanya hanya dipendam di dalam hati dan catatan kisah mereka ibarat "Wira yang tidak di dendang"..
Memetik laporan Kosmo sebagai antara kisahnya...
Noktah Kembara Seorang Pendidik
Oleh ALIF ABU BAKAR dan SITI AISHAH MOHAMMAD RAZI
TEMPOH 18 tahun mengabdikan diri mendidik anak-anak Orang Asli dirasakan begitu pantas berlalu tanpa disedari oleh lelaki yang membuang pandangannya ke luar jendela.
Entah apakah yang bersarang di kepala insan bernama Ahmad Mohd. Sa’at yang mesra disapa Haji Mat itu. Adakah memikirkan nasib anak-anak pedalaman tersebut selepas peninggalannya, atau mungkin mengenang kembali segala kenangan yang pernah wujud sepanjang khidmatnya di tanah itu?
Walau apapun, tekaan isi dewan pada hari itu tidak penting. Perkara utama saat itu ialah penghargaan yang sewajarnya diterima Haji Mat kerana sudi menabur bakti sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput Utara, Perak.
BIARPUN kecemerlangan anak-anak Orang Asli ini tidak sehebat murid di bandar, namun mereka amat patuh pada kata-kata guru.
Biarpun kemudahan dan kelengkapan sekolah terpencil itu tidak boleh dibanggakan, ia tidak pernah melahirkan keluh-kesah dalam diri lelaki berusia 58 tahun tersebut.
Perjalanan meredah bekas laluan lori balak dengan motosikal yang memakan masa lebih tiga jam bagi menuju ke penempatan itu juga sudah menjadi asam garam hidupnya.
Bukan itu sahaja, untuk sampai ke sekolah yang menjadi rumah keduanya itu juga, dia perlu melewati Bukit Galok, Bukit Petai dan Bukit Cermin yang sinonim sebagai laluan berbahaya.
Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi itulah realiti yang didepani Haji Mat dan seluruh warga pendidik Kuala Mu yang terletak 73 kilometer (km) dari Sungai Siput Utara.
Setiap hari Ahad atau Isnin, Haji Mat akan turun ke Kuala Mu bagi menjalankan tugasnya di sekolah tersebut dan hanya keluar dari kampung itu pada hari Jumaat.
Meskipun rutin guru besar kesayangan anak tempatan Kuala Mu itu kedengaran begitu meletihkan, ia seakan-akan satu keseronokan buat dirinya yang jatuh cinta dengan keharmonian perkampungan serba daif itu.
“Rutin harian saya adalah mengajar pada waktu pagi manakala waktu petang, saya akan meluangkan masa bersama guru-guru dan penduduk kampung.
“Memandangkan di sini tiada talian telefon, waktu malam saya dan warga pendidik lain banyak dihabiskan dengan menonton televisyen.
“Tetapi mujur ada Internet yang memudahkan saya dan mereka yang lain berkomunikasi bersama ahli keluarga,” ujar Haji Mat yang berkhidmat di Kuala Mu sejak tahun 1993.
Guru larikan diri
PERSARAAN Haji Mat menyedihkan semua penduduk berikutan kesefahaman dan keakraban mereka begitu utuh.
Pelbagai pengalaman ditimba Haji Mat sepanjang khidmatnya dan rata-ratanya merupakan kenangan indah yang membuatkannya bertambah sayang kepada Kuala Mu.
Namun, sudah tentu ada beberapa kisah pahit yang masih belum luput daripada ingatan, antaranya ialah berdepan kerenah guru-guru yang ditugaskan di kawasan tersebut.
Menurut Haji Mat, ada guru yang melarikan diri pada waktu tengah hari selepas melaporkan diri pada waktu pagi dan ada juga yang hanya mampu bertahan selama seminggu ataupun sebulan sahaja.
Namun baginya, bertugas di Kuala Mu tidak sukar sekiranya seseorang pendidik itu memiliki kekuatan fizikal dan mental sama rata. Paling penting, menurutnya, adalah semangat survival yang tinggi.
Murid-murid Orang Asli di sekolah itu sememangnya istimewa pada pandangan Haji Mat. Walaupun mereka tidak sehebat anak-anak di bandar, namun mereka tidak buta huruf malah amat mendengar kata dan mudah dibentuk.
HAJI MAT (duduk, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama tenaga pengajar di SK Pos Kuala Mu.
“Terdapat beberapa bekas pelajar yang telah berjaya seperti Busu Ngah yang kini bertugas sebagai juruhebah Asyik FM dan Adzlan Pandak yang telah berjaya menjadi seorang guru.
“Melihatkan kejayaan mereka membuatkan saya berasa lapang dan itulah perkara paling menggembirakan dalam hidup saya.
“Saya sayangkan Kuala Mu kerana masyarakat Asli Temiarnya baik dan ramah. Memang sedih untuk bersara kerana semangat guru-guru mendidik anak-anak di sini masih bersama saya,” tutur Haji Mat berbaur sebak dalam ucapan perpisahannya.
Mencuri tumpuan dalam majlis tersebut adalah persembahan kumpulan koir. Dialunkan oleh pelajar-pelajar darjah empat hingga darjah enam sekolah itu, ternyata membuatkan suasana bertukar pilu.
Pelbagai riak emosi terpapar di dalam dewan tersebut saat itu, ada yang melinangkan air mata, ada yang menundukkan wajah dan ada juga yang sekadar menakung air mata tanpa mahu ia menitis ke pipi.
Sifat kebapaan
SIFAT kebapaan Haji Mat membuatkan anak-anak ini mudah mesra dengan guru besar kesayangan mereka itu.
Guru yang bertanggungjawab ke atas persembahan merentap emosi itu, Tarmizi Hassan, 28, menganggap Haji Mat sebagai seorang ketua yang benar-benar mendalami perasaan dan masalah kesemua warga pendidik Kuala Mu.
Mungkin normal bagi seorang ketua untuk membuat segala keputusan tanpa perbincangan anak buah, tetapi tidak bagi Haji Mat. Setiap yang dilakukannya adalah hasil perbincangan dan persefahaman setiap orang di bawahnya.
“Dia tidak pernah anggap diri sebagai seorang ketua tetapi lebih kepada seorang bapa yang prihatin terhadap anak-anaknya.
“Kami tidak merasai jurang guru besar dan guru biasa kerana dia meletakkan dirinya setaraf dengan orang lain,” luah Tarmizi yang telah enam tahun menabur bakti di Kuala Mu.
Begitu juga dengan Guru Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, Mohd. Aminudin Rohani, 30, yang menyifatkan Haji Mat sebagai sumber rujukan utama semua orang termasuklah penduduk setempat.
Ujar Aminudin, mengajar di pedalaman tidak mudah dan adakalanya terlintas juga rasa tidak selesa dan putus asa. Namun, insan yang bertanggungjawab membangkitkan semula semangat dirinya dan rakan-rakan lain adalah Haji Mat.
MUAFAKAT penduduk kampung menjayakan majlis tersebut mencerminkan kasih mereka terhadap Haji Mat yang sudah dianggap seperti keluarga.
“Dia tidak hanya memahami anak-anak buahnya, Haji Mat turut disegani penduduk-penduduk kampung ini kerana sifatnya yang ramah dan suka bergaul.
“Kami tidak terkejut, anak-anak di sini rapat dan tidak takut kepadanya disebabkan kerendahan hati serta sifat kebapaan yang dimilikinya,” jelas Aminudin yang mula berkhidmat pada tahun 2002.
Fasih nahasa Temiar
Seorang lagi guru yang telah 11 tahun bersama-sama Haji Mat, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof, 34, memberitahu, Haji Mat seorang individu yang tidak pernah marah dan sentiasa tersenyum.
Kelebihan berbahasa Temiar Haji Mat juga membuatkan dia begitu disegani penduduk kampung.
“Masyarakat di sini memang sensitif, jadi bukan sembarangan orang boleh merapati dan meyakinkan mereka.
“Itulah kehebatan Haji Mat kerana dia mampu bergaul mesra dengan penduduk di sini dan kelancarannya berbahasa tempatan banyak membantu kami menjalankan tugas sebagai guru.
“Memang sukar hendak mendapat seorang ketua mirip Haji Mat tetapi biarlah penggantinya seorang yang dapat memahami kehidupan dan perwatakan masyarakat tempat ini,” tutur Guru Kanan Pentadbiran sekolah itu.
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru : Jika hari ini ....

Petikan puisi yang sangat bermakna pada hari ini...
Diucapkan :
SELAMAT HARI GURU, CIKGU ...
kepada semua guru-guru di Malaysia dan di dunia.. .
Juga khasnya kepada Isteriku tersayang,
Selamat Hari Guru ....
karya penuh;
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
karya penuh;
Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Monday, May 9, 2011
Selamat Hari Guru.. Kisah 4... kisah Guru di Felda Kumai
Di kesempatan Sambutan Hari Guru tahun ini Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pendidik warga Sekolah Kebangsaan LKTP Kumai yang banyak berjasa kepada semua warga murid di sini sejak pembukaan dan sehingga kini.
Awal penubuhan sekolah ini, guru-guru sama merasai keperitan sebagaimana yang harus dilalui oleh warga peneroka Felda Kumai dan keluarga mereka.
Sejarah Pendidikan;
Felda Kumai mula dibuka seawal 1979 dengan sekitar 500 buah keluarga. Catatan penuh mengenai Felda Kumai boleh anda ikuti dengan mengklik di SINI.
Ketika pembukaannya kemudahan pendidikan ketika itu masih belum siap sepenuhnya dan bagi generasi awal Felda yang sudah mencapai usia persekolahan, pasti akan sentiasa teringat pengalaman perit getir mereka berulang alik ke Felda Mayam untuk sekolah rendah atau ke Sekolah Menengah Felda Purun untuk sekolah menengah dengan menaiki bas sekolah yang juga uzur yang dipandu oleh Pakcik Radzi blok sembilan.
Mereka akan melalui jalan raya masih bertanah merah melebihi 12 km yang menghubungkan ketiga-tiga felda ini setiap hari. Malah bayangkan jika musim hujan mereka kerapkali tersangkut di jalanan dan ketika musim panas, debu merah menemani perjalanan mereka.
Jika bas rosak di pertengahan jalan, maka traktor FELDA yang dipandu oleh En. Moktar, salah seorang kakitangan Felda akan menjemput dan menyambung perjalanan mereka samada pergi ataupun pulang. Lebih memeritkan lagi, jika hujan ataupun panas, semuanya akan terdedah kerana trailer tiada berbumbung.
Bagi yang layak, asrama di Sekolah Menengah Purun akan menjadi penginapan mereka. Saya sebenarnya ingat-ingat lupa kerana bukan saya yang mengalami semua pengalaman ini tetapi sekadar secebis ingatan kepada kesusahan kakak sulong saya ketika itu.
Malah ayah saya pernah menceritakan kepada saya ketika kami dalam perjalanan pulang dari Kluang, rumah kakak dan ketika itu kami melalui kawasan sekitar Serting yang terdapat sebuah ladang atau estate kelapa sawit yang daunnya berwarna merah di sepanjang laluan masuknya kerana debu jalan utamanya.
Mungkin sekilas memandangnya, ayah teringatkan semula kisah awal berpindah dan katanya kepada saya bahawa kakak saya menangis setiap hari ketika mula berpindah ke Felda Kumai kerana tidak dapat menyambung persekolahannya seperti dikampung. Malah ketika arwah Tok Wan datang menziarahi kami, merayu-rayu beliau kepada arwah Tok Wan untuk ikut pulang ke Selama, Perak semula kerana ingin ke sekolah.
Akhirnya, ayah dapat menempatkan kakak sulong saya itu ke SMK Purun dengan kemudahan asrama. Ini kisah yang saya ingat dan dapat dari orang tua saya.
Jika anda sebahagian dari lapisan generasi ini yang mengalami kesemua kisah getir, saya mengalu-alukan anda berkongsi pengalaman anda di ruang ulasan dan penceritaan saya ini sekadar dari sedikit ingatan dan dikongsi dari kisah kakak sulong saya.
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kumai ini dibuka sekitar tahun 1981 atau 1982 (kalau tak salah saya) dengan hanya blok tunggal dibina beserta dengan Kantin.
Kemudian blok ke dua setingkat dibina dan pada tahun 1986 blok ketiga juga setingkat di bina bagi menampung jumlah pelajarnya. Ketika itu sekadar binaan pasang siap sahaja.
Pada tahun 1987 kalau tidak silap saya, ketika saya darjah 1, bangunan ketiga mula dibina dan masih saya ingat keseronokan kami melihat kerja-kerja mengukur tapak dan membina blok bangunan tersebut.
Masing-masing ingin menjadi murid pertama yang ditempatkan di situ.
Pertambahan jumlah murid naik mendadak setiap tahun kerana peneroka yang masih muda dan produktif. Impian untuk sekolah satu sesi seperti di Sk Kepayang terpaksa dilupakan malah lapisan kami adalah darjah 4 yang pertama terpaksa belajar di sesi petang kerana kekurangan bilik darjah.
Setiap darjah ketika itu mempunyai 4 atau 5 buah kelas yang padat dengan bilangan sekitar 40 orang pelajar.
Kini terdapat 3 blok baru menjadikannya 6 blok secara keseluruhannya tidak termasuk makmal komputer dan juga bangunan pra sekolah.
Seawal pembukaan dan perjalanan sekolah ini tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih ke rumah, tiada bekalan elektrik sehingga tahun 1990/1 , jalan raya yang masih bertanah merah, namun kekurangan serba serbi kemudahan nampaknya tidak pernah mematahkan semangat semua guru-guru ini.
Bagi kami yang menjadi murid disekolah ini, sekadar memetik kosong suiz di dinding sambil mengangankan lampu menyala ataupun lebih hebat kipas yang tergantung berpusing laju bagi mengurangkan panas di dalam kelas tambahan yang berada di sessi petang.
Guru-guru yang berjasa:
Apalah ertinya dan fungsi sebuah sekolah tanpa tenaga pendidiknya.
Mereka adalah golongan yang amat besar jasanya berbanding dengan jawatan yang disandang.
Dengan pengalaman yang ada dan ditambah dengan semangat baru di kalangan lepasan Maktab Perguruan pastinya akan tercabar dengan cabaran kesusahan hidup yang perlu ditempuhi di Felda Kumai.

Kekurangan kuarters guru menyebabkan ramai guru-guru yang menginap di kuarters kakitangan Felda yang jauhnya melebihi 4 km untuk kesekolah. Malah ada yang menumpang di rumah saudara kerana pada awalnya hanya terdapat 8 blok rumah guru sahaja yang dibina di hadapan sekolah ini.
Maka di waktu pagi atau tengahari bukan sekadar murid-murid berjalan kaki atau berbasikal ke Sekolah tetapi turut sama disertai oleh guru-guru meredah debu-debu jalan tanah merah atau lecak air dikala musim hujan.
Biasanya setelah beberapa bulan barulah mereka mampu membeli motorsikal untuk ke sekolah. Itupun bukannya motor baru tetapi terpakai dan saya masih teringat lagi kisah Cikgu Supian dan Cikgu Khairuddin bertembung ditengah jalan berhampiran blok 12 kerana motor masing-masing tidak berlampu.
Bila keputusan bekalan air, mereka akan mencari perigi dan sumber air yang lain. Malamnya mereka akan bergelap sama seperti peneroka yang lain ataupun berkongsi generator. Untuk keluar ke bandar Triang ataupun Temerloh, pastinya mereka akan menggunakan bas yang sama digunakan iaitu Tanjong Keramat dengan tambang RM 2.50-3.00 sehala.
Mereka adalah golongan yang amat besar jasanya berbanding dengan jawatan yang disandang.
Dengan pengalaman yang ada dan ditambah dengan semangat baru di kalangan lepasan Maktab Perguruan pastinya akan tercabar dengan cabaran kesusahan hidup yang perlu ditempuhi di Felda Kumai.
Maka di waktu pagi atau tengahari bukan sekadar murid-murid berjalan kaki atau berbasikal ke Sekolah tetapi turut sama disertai oleh guru-guru meredah debu-debu jalan tanah merah atau lecak air dikala musim hujan.
Biasanya setelah beberapa bulan barulah mereka mampu membeli motorsikal untuk ke sekolah. Itupun bukannya motor baru tetapi terpakai dan saya masih teringat lagi kisah Cikgu Supian dan Cikgu Khairuddin bertembung ditengah jalan berhampiran blok 12 kerana motor masing-masing tidak berlampu.
Bila keputusan bekalan air, mereka akan mencari perigi dan sumber air yang lain. Malamnya mereka akan bergelap sama seperti peneroka yang lain ataupun berkongsi generator. Untuk keluar ke bandar Triang ataupun Temerloh, pastinya mereka akan menggunakan bas yang sama digunakan iaitu Tanjong Keramat dengan tambang RM 2.50-3.00 sehala.
Barisan guru-guru biarpun bersilih ganti tetap menunaikan kewajiban dan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa datang semasa masih bujang dan berkeluarga kemudiaannya. Malah ada yang bertemu jodah sesama sendiri di sekolah ini.
Mereka bukan sekadar hadir sebagai guru tetapi menjadi sebahagian daripada masyarakat di sini.
Mereka bermain bola bersama belia saban petang, terlibat dalam kenduri kendara, bermasyarakat dengan penduduk tempatan malah berkesempatan sebilanganya menjadi 'peneroka' felda yang berjaya.
Antaranya yang masih saya ingat dan mungkin ada yang boleh menambah di ruang ulasan seperti Cikgu Arifin Said (pengiat seni popular di negara), Cikgu Kamaruzaman serta isteri Cikgu Noriah, penyelia Petang dengan kereta Proton Saga biru yang pertama di Felda Kumai (aktif sebagai ketua jurulatih bolasepak Felda Kumai , JUARA Gugusan Bera 1989).
Kelibat Cikgu Samsudin yang begitu handal di padang bola dan Cikgu Zahar dan isterinya Cikgu Marshitah. Saya terharu kerana cikgu saya ketika darjah satu iaitu Cikgu Zahar dan Cikgu darjah 5 dan 6, Cikgu Samsudin sudi mengikuti rombongan perkahwinan saya ke Melaka.
Malah kedua cikgu inilah yang bertungkus lumus memakaikan saya persalinan baju pengantin dan masih saya teringat kepada Cikgu Sudin yang berulangkali memasangkan sampin mengikut ikatan Johor.
Terima kasih Cikgu!!!.
Mungkin ada yang masih ingat Cikgu Sabri Islam yang pernah patah kakinya kerana bermain bola dan kecekapan Cikgu Ng mengawal gawangnya serta garang di dalam kelas sehinggakan ada kes menampar murid yang pernah begitu 'hot' satu ketika dahulu.
Pelapis guru yang awal turut menghimpunkan Cikgu Azmi, Cikgu Daud, Cikgu Jailani yang akhirnya berkahwin dengan Cikgu Salina, Cikgu Ferhad, Cikgu Zaini, serta Cikgu Razak, guru besar yang pencen di sekolah ini.
Pasti tidak akan terlupa kepada Cikgu Fuad yang asalnya cikgu muzik yang terpaksa mengajar dua sessi sebelum kehadiran Cikgu Supian tetapi menjadi Cikgu Bahasa English yang hebat dan isterinya, Teacher Rodziah yang saya anggap 'the best English Teacher' dengan ungkapan popularnya "stupid like hell".
Untuk mendengar sepatah bahasa melayu dari beliau merupakan satu keajaiban jika berlaku ketika beliau mengajar bahasa Enggeris beserta dua anak kembar mereka yang kini cantik jelita dan dikhabarkan telah berkahwin.
Saya masih ingat bagaimana marahnya Cikgu Fuad kepada kami kerana tidak dapat menghafal perkataan Past Tense, Future Tense dan sebagainya semasa kelas tambahan intensif. Kecewanya beliau kerana ketika itu beliau berulang alik dari Felda Kumai ke Hospital Mentakab kerana isterinya menanti saat untuk bersalin tetapi demi tugas masih lagi tetap pulang ke Kumai untuk kelas tambahan tersebut.

Ketibaan Guru Besar dari sekolah Menengah Purun sekitar tahun 1990 iaitu Cikgu Manaf telah berjaya mengubah lanskap dan kejayaan UPSR dengan rekod 12 pelajar mendapat 4A tahun 1990 dan ketika inilah bekalan elektrik sepenuhnya diterima di Felda Kumai.
Beliau agak popular dengan memanggil 'pelajar' bukannya 'murid' kerana telah lama mengajar di sekolah menengah. Malah beliau memberikan penekanan kepada pelajaran dan juga kebersihan maka tidak hairanlah beliau menganugerahkan 'pokok angkat' kepada semua kelas untuk dijaga.
Jangan lupa kepada Cikgu Sufian yang gila-gila dan sempoi dan juga pasti teringat kepada kegarangan Ustaz Hamid dan kelembutan Isterinya yang juga Ustazah Rohani. Dikhabarkan kini bertugas di PPD Bera.
Juga kepada Cikgu Ridzwan dari Perlis yang menjadi 'technician' Pusat Sumber dengan 'Radio Sekolah' di waktu rehatnya.
Cikgu Norbimah Aziz juga merupakan cikgu yang agak lama bertugas di sekolah ini dan kami menyaksikan bibit-bibit percintaan beliau dan suami, En. Misbari. Kisahnya saya masih simpan sehingga kini dan tok dalangnya adalah Cikgu Supian.
Pasangan serumah Cikgu Norbimah ketika itu pastinya ketika itu adalah Cikgu Norasyikin yang kalau tidak silap saya anak kepada salah seorang YB dari negeri Perak. Manakala seorang lagi Cikgu Norasyikin berkahwing dengan salah seorang kakitangan Felda Niaga yang tidak saya ingat namanya.
Kemudian saya melihat sinar sekolah ini bertambah seri dengan kehadiran lapisan guru-guru baru yang baru tamat dari Maktab pada tahun 1990 seperti Cikgu Nazri (yg kini diibaratkan sudah lupa Kampungnya di Telok Intan) , Cikgu Ahmad Shakri, Cikgu Roslee, Cikgu Khairuddin, Cikgu Naimah dan Cikgu Sabri Nawi dan ...., (saya akan recall balik nama-nama ini kemudian).

Mereka adalah lapisan guru yang amat bersemangat dan saban malam menyediakan kelas tambahan percuma kepada pelajar UPSR biarpun bukan mengajar darjah 6 ketika itu.
Mereka saban tahun menaburkan bakti tanpa henti dan penat. Bukan sedikit sehingga kini bekas-bekas pelajar mereka yang menjadi manusia dan berjaya.
Bermula dari A, B, C hingga ke Z atau 1,2,3 sehingga tanpa penghujung malah bukan sekadar Alif, Ba dan Ta atau bukan sekadar yes dan no yang menjadi permulaan kepada kami ketika itu.
Kini semuanya mampu berdiri di kaki sendiri dengan pelbagai jawatan ataupun tidak berjawatan tetapi mampu membina keluarga dan menyumbang kepada negara. Benar, masih ada yang tercicir dan usah dipersalahkan kepada guru-guru yang berjasa ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri dan yang utamanya dariNya.
Bagi guru-guru ini, mereka adalah insan yang biasa yang berjaya mengubah insan biasa yang lain menjadi luarbiasa dan melebihi mereka. Tiada yang menuntut dan mendabik dada sumbangan mereka kepada mereka ini.
Bagi kita, ayuh kita sentiasa menghargai mereka. Jika tidak kepada semua bekas guru, mungkin ada seorang atau dua yang sentiasa dikenang selamanya..
Bagi saya, saya amat menghargai guru-guru yang telah berjasa kepada saya samada secara langsung ataupun tidak...
Terima Kasih Cikgu...

(MOHON PEMBACA DARI FELDA KUMAI menambah nama guru-guru yang saya tertinggal di ruangan ulasan. Saya sekadar sehingga tahun 1990 sahaja).

Klik di website https://picasaweb.google.com/mrkumai/SkKebangsaanLKTPKumai# ini untuk koleksi gambar SK LKTP KUMAI.
(SK LKTP KUMAI terletak 29km dari Simpang Kerayong , Bera dan telah dibuka pada tahun pada awal 1980 an dan kini masih aktif mendidik dan membimbing muridnya bukan sahaja anak peneroka tetapi kini semakin ramai dari generasi ke 3).
Subscribe to:
Posts (Atom)