Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, December 13, 2013

Cameron Highlands : naik helikopter?

Dua tahun lepas ada seorang pembaca blog ini menghantar mesej bertanya samada di sini ada perkhidmatan bersiar-siar menaiki helikopter untuk melihat pemandangan dari udara.
 
 
 
Beliau berkongsikan pengalaman beliau menaiki helikopter di New Zealand katanya yang ada menawarkan perkhidmatan sebegitu.
 
Jawapan saya tiada kalau dari Cameron Highlands sendiri.
 
Tetapi kalau berdasarkan pengalaman saya, sebenarnya terdapat perkhidmatan helikopter dari Subang Sky Park yang membawa pelancong ke sini dengan khidmat sewa khas dan pastinya bukan berdasarkan trip 10-15 minit yang biasa ditawarkan di negara yang popular dengan perlancongan.
 
Tapi catatan saya bukan mengenai perkhidmatan sewa khas tersebut tetapi sekadar nak berkongsi gambar-gambar helikopter yang selalu datang ke sini samada disewa khas oleh pelancong yang kaya raya seperti dari Eropah dan Arab yang biasanya akan menginap di hotel yang besar seperti Cameron Highlands Resort yang selalu menjemput ketibaan pelancong yang menginap di hotel mereka.
 
 
Selain itu juga kawasan daerah ini memang memerlukan helikopter untuk melihat keseluruhannya kerana kawasan seluas 72 000 km persegi ini berbukit bukau dan jaringan jalan yang terhad.
 
Saya ada dua catatan mengenai pemandangan Cameron dari atas semasa berpeluang terbang sekali dulu serta koleksi dari rakan-rakan.
 
Cuma kelemahan yang ketara adalah bukan setiap hari cuaca baik dan jika berkabus tebal sukar untuk melihat dan mendarat.
 
Keduanya tempat mendarat pun kini kian sukar dan ini saya hadapi sendiri semalam ketika menguruskan kebenaran mendarat helikopter yang membawa pelawat ke syarikat saya.
 
Kalau dahulu ada tapak pendaratan helikopter yang besar dan selesa di Kem Brinchang, kini ianya telah ditutup.
 
Pilihan kedua biasanya di Padang MDCH tetapi juga ditutup untuk kerja naik taraf padang dan pembinaan stadium mini. Kalau tidak dinaiktaraf kalau bertembung dengan aktiviti di padang tak boleh guna juga untuk keselamatan pengunjung di sana.
 
Pilihan ketiga adalah di Kem Slim tetapi hanya terhad untuk kegunaan ketenteraan dan kerajaan.
 
Mujurlah pilihan keempat di padang TNB di Habu berjaya diperolehi kebenarannya sejam sebelum dijadualkan mendarat!!!. Terima kasih TNB.
 
Namun pilihan selain itu adalah di padang sekolah yang kecil samada di Ladang Teh atau di Kea Farm atau di Kg Raja. Untuk VVVIP , biasanya Padang Golf digunakan. Mesti triple VVV ke atas sahaja.
 
 
Rasa nak buat helipad sendiri pulak nanti selepas ini jika dikenang-kenang kesusahan semalam.  
 
Errr.. berapa sewa helikopter. Entah saya sendiri tak pasti tapi orang kata sejam RM 3000-5,000 mengikut jenis dan muatan penumpang .... !!!!
 
Masih berminat ?
 
Klik di sini untuk koleksi helikopter yang pernah saya rakamkan.. banyak lagi cuma nak kena cari dimana simpannya koleksi terdahulu.. macam-macam model ada!!!
 

Tuesday, December 3, 2013

Cameron Highlands: Mencari sisi yang berbeza .. siri 3 ...

Nak mencari sisi yang berbeza kan ? Dah baca cadangan saya untuk siri yang pertama dan kedua? Masih belum berbeza? Susah ni ...
 
Ok. Untuk siri ketiga mencari sisi yang berbeza di Cameron Highlands, saya rasa kena jugak berkongsi mengenai genre sebegini...
 
Apa kata anda tinggalkan kemewahan menginap dan memanjakan diri anda. Kali ini anda berikan cabaran kecil kepada diri anda dan keluarga anda dengan mencuba berkhemah dan melakukan aktiviti alam semulajadi....
 
Bagaimana? Pertama, jangan sewa apartment atau ambil hotel . Cari khemah dan juga perkakasannya.
 
Hubungi Pejabat Hutan Dearah Cameron Highlands atau datang sahaja ke kawasan perkhemahan mereka di Kem Sungai Pauh. di sini

 
Pasang khemah anda. Persiapkan dapur dan bbq anda... Rehat. Santai .. bergembira bersama anak-anak anda serta mungkin kawan-kawan...
 
Bila malam menjelma, pasang dapur BBQ dan lagi santai bersama pasukan anda. Lupakan rancangan bola langsung dari London atau stadium.
 
Bersembang dan bergurau bersama keluarga. Yang pasti anda akan bertemankan kesejukan dan kedinginan yang mencucuk tulang.. Nikmatinya sepenuhnya...
 
 
Saya bersama keluarga juga sering melakukan aktiviti ini walaupun jaraknya sekitar kurang 3 km sahaja dari rumah saya. klik sini...
 
Esoknya atau petang sebelumnya, anda bawak anak-anak bersantai di denai kembara yang mudah di lalui. Sekadar melaluinya dan belajar dekat dengan alam. Tak perlu ke ladang tea atau ke strawberry.
 
Atau anda memang ekstrem nak mendaki gunung... yang sederhana mencabar seperti Gunung Jasar, Gunung Berembun, Gunung Brinchang dan juga Gunung Perdah.


Mungkin catatan pengalaman saya bersama keluarga dan rakan-rakan boleh membantu....
Klik sini ... sini  .. sini ... sini ..  sini .. sini ....
 
Yang nak berbasikal, laluan disini juga santai. Yang ini akan saya kongsikan dalam sisi yang berbeza siri 4 nanti...

Cameron Highlands : Mencari sisi yang berbeza 2...

Siri kedua catatan ini lebih kepada cadangan semata bagi mereka yang mencari sisi Cameron Highlands yang berbeza untuk diterokai.
 
Saya rasa untuk sisi yang berbeza kali ini adalah mengenai bagaimana kalau anda menjengah  atau melawat kawasan kampung-kampung atau penempatan Orang Asli yang berada di sekitar daerah ini.
 

(Untuk pelajar IPT yang membaca catatan ini, tolong jangan email saya untuk saya merancangkan perjalanan aktiviti anda samada untuk program atau kajian. Anda sudah tahu bagaimana caranya dan janganlah selalu nak short cut. Usahakan sendiri.... tangga kejayaaan - pengalaman saya menerima permintaan dan 'arahan' dari pelajar IPT sebelum ini).
 
Nampak dan dengarnya agak menarik bukan ? Mendekati kaum istimewa yang sedikit berbeza gaya hidup, budaya dan juga atur sosial yang berbeza. Padat dan kaya dengan budaya mereka yang tersendiri.  Unik dengan wajah-wajah yang berbeza rupanya dari kita namun mereka masih berbangga menjadi sebahagian dari MALAYSIA.
 
Bagaimana caranya untuk mendekati mereka?
 
Yang termudah, anda ambil pakej lawatan yang banyak disediakan oleh agen-agen tempatan. Bayarannya mungkin sedikit mahal sekitar RM 60-90 seorang untuk sehari perjalanan tetapi lebih berbaloi untuk aturan perjalanan yang mudah dan terus ke sasarannya tanpa perlu anda memikirkan adakah kenderaan anda sesuai memasuki penempatan mereka atau adakah anda boleh mendekati mereka dengan mudah?
 
Jadi yang tidak mahu susah memikirkan sebegini, anda boleh memilih mana-mana agensi perlancongan yang terdapat di sini. Mudah.
 
Kedua, anda merencanakan sendiri aturan dan perjalanan anda. Saya mempunyai beberapa catatan mengenai kunjungan saya ke perkampungan Orang Asli baik yang saya rancangankan sendiri ataupun memang mengikuti program yang diaturkan.
 
 
Untuk santai bersama keluarga, mungkin kunjungan kami ke Kampung Sungai Ubi ini boleh dijadikan panduan. Klik sini 
 
Juga catatan ini juga boleh dijadikan sebahagian atucara anda kelak. Klik sekadar meraikan kanak-kanak Orang Asli yang anda temui. 
 
Beramah mesra dan mendekati mereka dengan sama-sama menghormati perbezaan yang ada kerana itulah keistimewaan masing-masing bukannya mencemuh dan menghina. 

Kita pun bukan hebat sangat pun kan...  
 
 
Juga anda boleh ke perkampungan Orang Asli yang lain yang berdekatan.
 
Antaranya seperti ke Kampung Kuala Boh  atau ke Kampung Pangan atau Kampung Rantau atau Kampung yang Leryar dan kampung-kampung yang lain..

Klik sini .. atau sini... atau sini ... atau sini .... dan sini ... dan sini ... sini jugak... tak cukup ? kat sini pun ada .. situ jugak... kat sana pun tak mahu tertinggal jugak ...
 
Secara pasti , kunjungan anda ke sini pasti memberikan sisi yang amat berbeza untuk anda selami selepas menerokainya... 
 
mungkin ini sisi yang berbeza yang anda cari di sini ...

Monday, December 2, 2013

Cameron Highlands ; Mencari sisi yang berbeza... siri 1

Saya menerima kunjungan rakan lama di UiTM yang bercuti di sini minggu lepas. Selain bersembang kisah silam, politik dan cerita yang lain, beliau menceritakan keseronokan bercuti di sini biarpun sudah memasuki kali keempat dalam tahun ini sahaja.
 
Seronoknya melebihi seronok bercuti di Langkawi. Cuma beliau tercari-cari sisi yang sedikit berlainan dari kunjungan biasa untuk kunjungan yang akan datang.
 
Soalan yang sama pernah saya terima daripada pembaca laman ini mengenai sisi yang sedikit berbeza untuk diterokai selain ikon wajib daerah ini seperti ladang teh, strawberry, kebun bunga dan juga sayur-sayuran...
 
Saya terfikir, apakah sisi Cameron yang boleh anda terokai untuk kunjungan anda kelak.
 
Pertama saya melihat bagaimana kumpulan pengembara dari luar khasnya "backpacker" yang selalunya datang ke sini dan berpandukan panduan dari buku backpacker mereka. Antaranya mereka akan ke Robinson Fall dan beberapa denai kembara yang mungkin berbeza dengan kembara di negara mereka. Mereka berjalan kaki memasuki setiap lorong denai yang dicadangkan tanpa rasa takut dan janggal.
 
Namun untuk mencadangkan kepada pelancong tempatan, saya rasa tiada tarikan kerana mereka sudah biasa.
 
Jadi ke mana untuk saya cadangkan?
 
Saya membelek-balik catatan lama saya dan saya rasa mungkin beberapa catatan lama ini boleh memberikan anda pilihan untuk diterokai jika bersesuaian dengan anda...
 
Jom lihat apa yang ada:
 
Kembara di Jalan Shum Yip Leong.
 
Laluan ini unik kerana terdapatnya kebun bunga komersial yang terletak berselebelahan jalan utama yang kecil dan dahulunya di penghujung jalan terdapat ladang teh yang menggunakan jenama Golden Moutain Tea yang kini sudah tiada kecuali bangunan kilang tehnya.
 
 
Juga saya difahamkan pemilik ladang tersebut menawarkan aktiviti menunggang kuda yang boleh anda ikuti untuk laluan di sekitar kebun di sini untuk tempoh dua jam. Saya ingin sangat mencuba aktiviti ini namun anak kecil saya tidak sesuai pula untuk ikut serta.
 
Catatan mengenai jalan ini boleh anda ikuti di sini.. klik.. 
 
Bagi pengemar bunga, tanaman bunga kekwa atau crisanthemun sememangnya amat mudah ditemui di sini. klik sini untuk koleksi bunga kekwa yang saya rakamkan di sekitar laluan ini dan tips ke sana...
 
 
Kembara Water Crest di Jalan Boh ...
 
Juga terletak di Habu laluan sepanjang 5-6 km ini juga menjanjikan sedikit berbeza bilamana anda akan melalui kawasan water crest farm yang terletak di sepanjang bahu jalan.
 
 
Uniknya ianya bertingkat-tingkat degnan aliran air secara graviti memenuhi kolam tanaman selada air ini.
 
Dari jauh anda dapat melihat teres demi teres yang sedikit berlainan dengan tanaman yang lain.
 
Meniti batas kolam tanaman ini juga amat mengujakan cuma perlu berhati-hati.
 
Klik sini untuk ke catatan water Crest saya yang terdahulu .. klik atau di sini.. klik
 
Kembara Kebun sayur..
 
Selalunya anda akan membeli sayur-sayuran yang ditanam di sini namun saya pasti amat kurang dari anda yang menjelajah ke kebun-kebun sayur yang berada di sini. Mungkin tidak boleh masuk atau takut untuk singgah.
 
 
Sekitar kawasan kea farm terdapat kebun sayur di tepi jalan yang boleh sahaja anda singah dan saya mencadangkan anda berbual sapa dengan pemilik atau pekerjanya terlebih dahulu.
 
Bagi pelancong perempuan tu, jangan keseorangan pula. Juga jaga keselamatan diri anda jangan terlalu over excited. 
 
Kalau anda mendaki secara berkereta ke puncak Gunung Brinchang untuk ke Mossey Forest juga boleh singgah di beberapa lokasi kebun sayur yang terdapat di sepanjang laluan tersebut.
 
 
Lebih exktrem? Menghala ke Tringkap atau Kuala Terla ataupun ke sebelah selatan iaitu di Ringlet dan Bertam Valley untuk pemandangan kebun sayur yang sedikit berbeza.
 
Antara catatan saya mengenai kebun-kebun sayur di sini seperti di sini .. sini ...
 
Cukup? belum ? tak apa ini untuk siri yang pertama sisi yang berbeza yang boleh anda terokai sendiri ke sini. Untuk siri kedua, saya akan kongsikan pula berkenaan,...... tunggu aje lah ... belum dapat ilham ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: