TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Friday, September 2, 2016

Sambutan Kemerdekaan ke 59 Peringkat Cameron Highlands.. Pasukan PDRM

Saya nak kongsikan koleksi gambar yang melibatkan anggota keselamatan kita dari Pasukan PDRM yang telah melakukan Perbarisan Kehormat semasa Sambutan Kemerdekaan ke 59 Malaysia peringkat Cameron Highlands.

Ternyata dengan penuh disiplin mereka kekal dan sangat tertib melakukan formasi kawad dan perbarisan hormat yang merupakan tunjangutama acara sambutan.

Tahniah kepada pasukan PDRM .


#sehatisejiwa

MERDEKA !!!

Sambutan Kemerdekaan ke 59 Peringkat Daerah Cameron Highlands

Sambutan Kemerdekaan ke 59 peringkat Cameron Highlands telah berlangsung pada hari yang sama seluruh negara meraikannya iaitu tarikh keramat 31 Ogos 2016 yang lalu.

Bertempat di Padang MDCH, sekitar 3,000 peserta kontinjen yang mewakili pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan serta penduduk setempat telah bersama-sama meraikan detik yang penuh bermakna ini.


Majlis sambutan dirasmikan oleh Yang Hormat Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato A Rahman Hamzah yang turut diringi Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Cameron Highlands.

Di padang sama pada malam sebelumnya turut menyaksikan ambang merdeka yang telah dikatakan hampir 15 tahun tiada program seumpamanya bagi meraikan kehadiran ulang tahun kemerdekaan negara. Antaranya adalah kayuhan jalur gemilang, bazar kereta, nyanyian lagu patriotik dan juga
persembahan bunga api.


Tahniah kepada semua pihak yang terlibat termasuklah penduduk tempatan dan pelancong yang memilih untuk hadir pada program sambutan kali ini.

#SEHATISEJIWA ...

Kita bangsa MERDEKA !!!! MERDEKA!!! MERDEKA

Thursday, September 1, 2016

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 .. Kampung Taman Sedia

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 di ambang Malam Kemerdekaan sekitar Tanah Rata dan Brinchang anjuran Pejabat Perpaduan Cameron Highlands bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands dan Cameron Riders.


Turut bersama menyokong penganjuran adalah agensi tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kayuhan seramai 117 peserta melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur ini melalui Pekan Tanah Rata dan Brinchang dengan tiga hentian laungan keramat MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!! sebelum kembali ke Padang MDCH untuk acara ambang merdeka.

Kayuhan di ambang merdeka ini boleh dianggap salah satu sejarah baharu bagi Cameron Riders kerana pertama kali dianjurkan secara rasmi di peringkat Daerah Cameron Highlands.


Tahniah kepada semua penganjur dan peserta yang terlibat.

* Koleksi Gambar ini sekitar Kampung Taman Sedia sebelum kembali ke Penamat di Padang MDCH, dengan Hentian Laungan Kemerdekaan ketiga dilakukan di hadapan De' Bambo Steamboat and Grill, Kampung Taman Sedia. 

Turut sama melaungkan MERDEKA adalah pelanggan yang sedang menikmati sajian steamboat dan grilll di sana . Terima Kasih.


Acara ambang merdeka diteruskan pengisian oleh pihak Pejabat Perpaduan daerah bersama dengan Jabatan Penerangan daerah sehingga detik 12 malam dengan persembahan bunga api selama 18 minit.

Ini adalah sejarah terkini yang terpahat di Cameron Highlands kerana kali terakhir dari sumber lisan ada mengatakan sambutan ambang merdeka rasmi adalah sekitar 15 tahun yang lalu.



Selamat Hari Merdeka ke 59..
#SEHATISEJIWA
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
* Gambar berkualiti seadanya.. jangan komplain parok2 ya...

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 di Pekan Brinchang

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 telah dilangsungkan bersempena dengan program Ambang Malam Kemerdekaan sekitar Tanah Rata dan Brinchang anjuran Pejabat Perpaduan Cameron Highlands bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands dan Cameron Riders.

Turut bersama menyokong penganjuran adalah agensi tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Cameron Highlands.


Kayuhan seramai 117 peserta melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur ini melalui Pekan Tanah Rata dan Brinchang dengan tiga hentian laungan keramat MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!! sebelum kembali ke Padang MDCH untuk acara ambang merdeka.

* Koleksi Gambar ini sekitar Pekan Brinchang, dengan Hentian Laungan Kemerdekaan kedua dilakukan di Hentian Teksi Brinchang. Turut sama melaungkan MERDEKA adalah pelancong yang sedang berada di kawasan sekitar hentian ini .



Selamat Hari Merdeka ke 59..
#SEHATISEJIWA
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
* Gambar berkualiti seadanya.. jangan komplain parok2 ya...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock