TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 30, 2019

Facebook GAMBAR MENARIK CAMERON HIGHLANDS.

Group Facebook seterusnya yang ingin saya sarankan kepada anda adalah Group FACEBOOK GAMBAR MENARIK CAMERON HIGHLANDS.


Group ini memfokuskan kepada koleksi gambar yang dirakamkan sendiri pelancong-pelancong di Cameron Highlands. 

Koleksi gambar kenangan yang saya lihat di sini adalah hasil tangan amatur dan baguslah sebab kita mahukan yang asli dan keadaan sebenar dari disajikan gambar bertaraf dunia dari kalangan profesional tetapi realitinya tidak begitu bak kata orang indah khabar dari rupa.  

Group ini mempunyai seramai 9,840 ahli dan terus meningkat. Jadi apa kata anda jadi ahlinya dan melengkapkan 10000 ahli dalam masa terdekat. 

Facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP

Group Facebook kedua yang saya nak sarankan kepada anda adalah Facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP 

Group Facebook ini adalah group terbesar di laman Facebook berkaitan dengan Cameron Highlands yang kini mempunyai seramai 228,000 rakan di sini.


Di sini anda boleh bertanya apa sahaja yang berkaitan dengan Cameron Highlands namun akan diluluskan oleh pihak admin-admin bagi menjaga keharmonian di kalangan ahlinya.

Antara soalan popular di sini keadaan jalan raya, penginapan, tempat-tempat menarik serta juga pilihan tempat makan.

Sayas setuju sangat sebab kadangkala ada ahli yang terlalu berpolitik sahaja yang boleh membunuh keharmonian di sini. Sekarang dah ok suasananya sebab monyet-monyet yang nak berpolitik 24 jam dah dihapuskan dari group ini. Kipidap admin ...

Buat carian di facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP .. dan sertai mereka... 

Facebook CAMERON HIGHLANDS HOMESTAY GROUP

Terdapat banyak Facebook berkaitan dengan Cameron Highlands yang berlainan tujuan ataupun sama sahaja. 

Namun untuk memudahkan anda mencari maklumat berkaitan dengan homestay atau penginapan atau apartment percutian di Cameron Highlands, saya mencadangkan anda menyertai laman Facebook CAMERON HIGHLANDS HOMESTAY GROUP yang kini mempunyai lebih 28 ribu ahli. 



Di sini anda boleh mendapatkan maklumat tawaran yang berkaitan dan juga boleh membuat pertanyaan kepada pengusah-pengusaha homestay di sini.

Juga terdapat pelbagai testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan khidmat tersebut.  

Saya kongsikan maklumat sahaja bukan admin malah bukan ahli group pun. 

Tips atau syarat asas dalam urusan menempah apartment atau homestay

Saya ingin berkongsikan tips atau syarat asas dalam urusan menempah apartment atau homestay. Secara jujurnya saya suka membaca post-post sebegini walaupun saya tiada unit homestay lagi setakat ini.



Saya ambil dan kongsikan syarat asas urusniaga tersebut daru Facebook CAMERON HIGHLANDS HOMESTAY GROUP. 

Anda wajar untuk menyertai group facebook ini kerana selain dari maklumat tawaran penginapan percutian samada homestay atau apartment percutian, mereka juga banyak berkongsikan tips-tips yang menarik untuk memudahkan anda.

Tapi tips dibawah ini saya olah sedikit ya untuk belah pelanggan sahaja. Catatan asal bercampur dengan tips untuk pengusaha sekali

************************************************************

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua warga CHHG.. Di sini admin ingin buat penyelesaian & penjelasan tentang beberapa isu yang berbangkit.. Harap selepas ini semua clear lar ye..

PILIHAN JENIS HOMESTAY ATAU APARTMENT PERCUTIAN YANG TEPAT
Buat pilihan yang betul dan tepat.. Cth: jika anda mencari untuk family kecil 2 dewasa 2 kanak2.. pilih lar studio room or hotel.. jika family besar dalam 8-10 orang carila apartment atau rumah yang ada 3/4 bilik.. jika family ramai atau group.. ambil lar beberapa unit mengikut bilangan ahli.. jangan lar sumbat ramai-ramai dalam 1 rumah.. kesian lar kt owner habis rosak rumahnya nanti.. harga pula carila yang ikut bajet dan kesesuaian anda.. jangan lar harga letak tak masuk akal.. anda cari apartment 3 bilik tapi harga bawah 200.. anda rasa logik ke sebuah rumah yang ada 3 bilik siap fully furnished RM200? Bilik hotel yang selesa pun 1 bilik yang lengkap set bilik tidur sahaja pun average dalam RM180-200 1 malam.. so harga yang sebetulnya RM250-350 untuk apartment.. tapi jika anda dapat harga yang lagi murah.. itu rezeki anda lar tapi make sure jangan sampai tertipu ye..

HARGA HOMESTAY & APARTMENT PERCUTIAN:
Harga homestay bergantung pada jenis homestay, kemudahan yang di sediakan, tempat, tarikh (Hari biasa/Cuti umum/cuti sekolah).. so jangan lah ada pertikaian atau buat bandingan harga homestay.. pilihan di tangan anda.. jika rasa sesebuah homestay tu mahal anda boleh servey homestay lain yang kena dengan bajet anda.. tiada paksaan pun dalam memilih homestay.. kadang-kadang harga homestay di letak dengan kadar berapa bulan-bulan owner kena bayar pada bank.. lain jenis lain harga loan.. so jangan lar ada pertikaian jika rasa tak menepati ciri yang di cari.. boleh servey yang lain.. di sini banyak list homestay.. tawar menawar boleh tapi jangan lar sampai ada berlaku perbalahan antara cust dengan owner..

WANG PENDAHULUAN:
Tentang wang pendahuluan (Deposit) semasa membuat tempahan/booking untuk lock date.. Jumlah deposit yang dikenakan bergantung pada owner berapa beliau nak letak.. Majoriti letak RM100.. Dan sebarang pembatalan/cancel last minit wang deposit tidak akan di pulangkan.. sebarang pembatalan/Cancel haruslah di buat selewatnya 2 minggu sebelum tarikh booking.. 
Tapi setengah owner boleh bawa bincang.. samada beliau minta tukar date lain / yang jenis jujur beliau akan pulangkan bila dapat penganti.. so atas budi bicara owner.. anda pun kena lar bertimbang rasa juga.. bila anda buat cancel last minit.. Akan mendatangkan kerugian pada owner.. yela last minit cancel macam mana nak cari peganti.. tu sebabnya kena letak deposit.. sebagai wang ganti rugi jika cancel last minit.. jangan lar pergi serang pula owner minta balik deposit.. sangat tidak elok di situ..

Sumber : Facebook Cameron Highlands Homestay Group. 

Fakta Keluasan Negeri Pahang 2019


Pada hari ini, saya ingin berkongsikan mengenai fakta tentang keluasan Pahang serta kawasan-kawasan berhutan dan tadahan air.

Seperti yang kita sedia maklum, negeri Pahang merupakan negeri terbesar di daerah semenanjung Malaysia. Berikut merupakan perbandingan keluasan Pahang dengan negeri-negeri lain;

# Negeri Pahang mempunyai keluasan kira-kira 3.6 juta atau 3,600,000 hektar dan jumlah keluasan ini bersamaan gabungan antara tiga (3) buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor.

# 57.2 peratus atau kira-kira 2.057 juta hektar daripada keluasan negeri Pahang merupakan tanah berhutan di Pahang dan jumlah ini bersamaan dengan gabungan negeri Perak yang luasnya 2.1 juta hektar.

# Daripada 2.057 juta hektar ini, Pahang telah mewartakan 258,952 hektar sebagai kawasan tadahan air dan luas bagi kawasan ini bersamaan dengan dua (2) kali ganda keluasan seluruh Pulau Pinang. Keluasan Pulau Pinang adalah 103,104 hektar.

Inilah hakikatnya dan betapa kata orang, 'figures do not lie' atau angka-angka tak pernah berdusta.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st

sumber; Facebook Menteri Besar Pahang

Sejarah Caribou terhempas di Cameron Highlands 1982

Saya baru maklum bahawa terdapat satu peristiwa kapal Terbang terhempas telah berlaku betul-betul di Cameron Highlands iaitu pada 24 September 1982. Ia melibatkan pesawat Angkatan Tentera Udara  Di Raja Malaysia dari jenis Caribou. 

Kemalangan ini mengakibatkan 7 orang anak kapal telah terkorban di tempat kejadian. 

Lokasinya di Kampung Atap iaitu di Kaki Gunung Jasar atau 23 km dari barat Pekan Brinchang. Difahamkan kampung ini adalah kampung orang asli dan kini telah berpindah sepenuhnya di sekitar laluan Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands. 

Kata kawan-kawan yang lama di sini, dahulu untuk pergi ke Kampung Atap ini memerlukan perjalanan meredah denai hutan selama 8 jam untuk sampai. 

Saya kongsikan info berkaitan kemalangan ini dibawah: 

HARI INI DALAM SEJARAH : PESAWAT CARIBOU TERHEMPAS DI CAMERON HIGHLANDS (24 SEPTEMBER 1982)


Type of aircraft: De Havilland DHC-4 Caribou
Registration: M21-17
Flight type: Military 
Schedule: Taiping - Kuala Lumpur 
C/N: 306
Y.O.M: 1973
Flight number: Misty 116B
Location: Kampung Attap, Cameron Highlands.
Airplane damage: damaged beyond repair
Crew on board: 7
Survivors: NO



Caribou aircraft FM 1415 (c/n # 305) (callsign Misty 116B) took off at 1450hrs from Taiping airstrip for an air drop supply mission. On board were the Pilot, Co pilot, one Air Quater Master and 4 Air Dispatchers.

The aircraft took off at 28,388lbs all-up-weight and with 4hours endurance. The aircraft was enroute for Pos Attap, Pos Gedung and Pos Tenau cruising at 3,500ft.

At 1505hrs, the aircraft called on the RT, reporting east of Ipoh  then switch over to RMAF operational frequency, informing Taiping that they were 5 minutes out of Brinchang and established at ops area.

That was to be the last call heard from Misty 116B. Contradicting emergency procedures, DISTESFA was only activated at 1900hrs and Search and Rescue was initiated. FM 1415 was sighted, crash 6 1/2 miles Northeast of Kampung Attap on September 25, 1982 at 1040hrs.

There were no survivors from that accident.

They were identified as: 
Captain Lt. (Udara) Quah Han Meng
Co pilot Chei Chian Cha
Air Quarter Master Sarjen Jayasilen
Sarjen Marshall Fernandez and Sarjen Abdullah bin Tabir.
Private Sharin bin Jasin
Private Shafie bin Mat Wali

-Capt. Kalam bin Pie (RMAF)



Rupabentuk Pesawat Caribou 


Info Penipuan Homestay di Cameron Highlands

Saya kongsikan info kes penipuan urusniaga Homestay yang dikongaikan dalam facebook Cameron Highlands Homestay Group. 

Anda boleh sertai Facebook ini untuk lebih maklumat berkaitan homestay di  
Cameron Highlands. 

******** 
Sumber : Facebook Cameron Highlands Homestay Group



Info terkini kes penipuan yang melibatkan individu yang menggunakan nama izz dungun/ izz ganu.. 

Mangsa yang di tipu: 2 org
Jumlah kerugian: RM100 

Details si scammer: 
Nama: Rohaizat rosli
Acc bank: 
Maybank : 158173061574
Cimb bank: 7623796880
No Hp/ws : 60 14-945 2706 

Jika ada yang menggunakan no telefon dan no acc bank seperti di atas selepas ini.. sila report pada admin.. terima kasih.. 

P/s: Pada individu yang ada niat untuk menipu dalam group ni.. sila hentikan lar ye niat tu.. tolong jangan busukkan nama group ni dan jangan menganiaya orang lain.. kami tahu yang berkomplot dengan si penipu masih ada dalam group ni selepas dapat maklumat dari mangsa yang di tipu.. cuma kami belum dapat kesan acc facebook dia.. so berhati-hati pada semua yang mencari homestay.. buat double check sebelum booking mana-mana homestay.. jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang murah.. sekali lagi suka di ingatkan.. harga untuk public holiday anggaran dari rm250/280-350 bergantung pada jenis homestay.. jika letak harga pencarian yang murah yang tidak masuk akal.. siap tulis harga kasih sayang.. Ia akan mengundang kepada penipuan.. jadi jika anda kena tipu di sebabkan harga yang anda cari terlalu bajet/murah.. anda sendiri tanggung kesannya ye.. jangan nanti salahkan admin or group pula.. anda sendiri letak harga tidak masuk akal.. nak tawar menawar pm direct dengan owner terus itu pun atas budi bicara owner.. jangan tulis dekat post anda cth: harga kasih sayang, 3 hari 2 mlm RM200 (sangat tidak masuk akal) ini yang buatkan si penipu mengambil kesempatan.. biar bayar lebih janji dapat tempat tidur.. jangan bayar murah tapi kena tipu.. sekian..

Thursday, September 19, 2019

Pengurusan Sisa Pepejal Cameron Highlands


Saya mendapat maklumbalas dari Pengurusan Sisa Pepejal Cameron Highlands berkenaan dengan jumlah sisa buangan domestik selepas musim cuti di sini. 

Jawapan mereka adalah seperti berikut dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa pasukan mereka ini dalam memastikan Cameron Highlands sentiasa dalam keadaan bersih ketika kunjungan anda dan kehidupan jaroan kami. 

Terima kasih ... 

*******
Jawapan dari Pengurusan Sisa Pepejal Cameron Highlands: 

Pertambahan trip kutipan dan janaan sampah sepanjang musim cuti 3 hari dan 3 minggu berturut-turut.. 

Kebiasaan 4-5 trip lori dengan purata 35 tan sehari tetapi meningkat ke 8-9 trip lori dgn purata janaan sampah 65 tan sehari. 

Jadual kutipan juga ditukar ke waktu malam kerana kesesakan yang teruk pada sebelah siang dan terdapat beberapa kawasan kutipan tergendala kerana halangan kereta parking di hadapan rumah sampah pada waktu malam sekaligus menyukarkan kerja-kerja kutipan dilakukan.

Tuesday, September 17, 2019

#BuyMuslimFirst: Pakej Pengembaraan Transport Cameron

Jika anda mencari perkhidmatan pakej pengembaraan ke Mossy Forest dan Ladang Teh dengan khidmat jurupandu dan pengendali pacuan 4x4 yang terbaik, saya syorkan anda menghubungi Transport Cameron. 





Saya rasa anda perlu melihat Facebook TRANSPORT CAMERON sendiri. 

Baca dan lihat sendiri komen pelanggannya.. pasti anda akan terus menghubunginya. 

atau hubunginya,  Shahrul 0142746559 (Transport Cameron).

Jumlah Kedatangan Pelancong ke Cameron Highlands 2005-2018

Jumlah Kedatangan Pelancong ke Cameron Highlands 2005-2018


Gambar dari Facebook Transport Cameron. Pilih pakej pengembaraan beliau jika ke Cameron Highlands. 
Jom Kita teliti sedikit Jumlah Kedatangan Pelancong ke Daerah Cameron Highlands bagi tempoh 2005-2018.

2005 : 298,284 
2006: 401,177
2007 : tiada data saya perolehi
2008 : 692,746
2009 : 713,565
2010: 715,575
2011: 731,694
2012: 689,951
2013: 728,131
2014: 590,481
2015: 904,899
2016: 1,007,992
2017: 1,332,257
2018: 1,440,000

Jumlah Kedatangan Pelancong: 8,806,752

Purata tahunan pelancong (13 tahun): 677,442 

Sumber : Klik


Jika anda masih mencari apartment ataupun Homestay? Apa kata anda lihat perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT kami... 

Terima kasih kepada anda semua...

Gambar Kredit : Transport Cameron 

Bagaimana kunjungan anda semalam?? Dengar-dengar sesak ke semua bahagian.. Tapi dua minggu lepas masa cuti Merdeka lebih padat dan kronik jika dibuat perbandingan.

Apapun jangan pelik kenapa sesak. Ia adalah berpunca dari rahmat kunjungan 1.44 juta pelancong jika dilihat pada tahun 2018... Statistik 2019 kita nantikan tahun hadapan.

Perancangan bandar dan daerah kena lebih mapan dan berorentasikan mesra pelancong dengan kemudahan yang lebih baik. Tak perlu tunggu lama sebab dalam Draft Rancangan Tempatan Penganggantian 2030 ada jelas meletakkan Perlancongan sebagai yang teras ketiga kalau tak silap.. Tapi 2030 jauh benar masanya...

1.44 juta pelancong yang berbelanja di sini pasti tak salah dan merugikan jika kemudahan perlancongan domestik dinaiktarafkan. Manfaatnya penduduk tempatan turut sama berkongsi merasainya. Masakan tidak jika ada projek berkaitan kemudahan dan tarikan perlancongan seperti taman warisan dan sebagainya pastinya penduduk tempatan dapat merasainya sikit-sikit dihari biasa walaupun bukan niat dibuat untuk kami di sini.

Lampu hiasan dan jalan raya yang lebih haik juga akan kami rasainya walaupu khusus kepasa pelancong yang berpuluh kali ganda jumlahnya dari kami yang sekadar 36 ribu sahaja. Kami mohon menumpang  ya ...

Yang penting buat semua pelancong yang hadir ke bumi daerah bertuah ini.  Buatkan mereka  rasa berbaloi dengan harga dan kunjungan percutian ini. 

Kepada penduduk tempatan kita kan dah alah dengan suasana sebegini... Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai kan.. samalah..cuma kita khabarkan juga la bahawa  had kesabaran ada batasnya jika berhadapan dengan pelancong yang tidak budiman.. 

Pokok pangkalnya toleransi.. berhemah dalam apa jua aktiviti. 

Kita hargai semua anggota Polis Di Raja Malaysia Cameron Highlands yang bertungkus lumus di dalam kabus dan jerebu dalam tugasan kawalan trafik setiap kali cuti..

Kita hargai juga petugas Majlis Daerah Cameron Highlands yang turut sama bertugas di lapangan masing-masing di Kea Farm dan Pasar Malam popular di Malaysia iaitu Pasar Malam Cameron Highlands.

Kita hargai juga JKKK ke apa nama terkini mereka di Kg Taman Sedia yang sama tegak berdiri mengawal lalulintas dan parkir di kawasan kampung kesayangan. mereka.

Kita hargai juga Jawatankuasa Masjid baik Masjid Kayangan di Brinchang mahupun di Masjid Abu Bakar Tanah Rata serta Masjid Al Huda, Kg Raja dan Masjid Annur Ringlet yang terbuka menerima khairiah musafir mereka menggunakan kemudahan di sana. Bab kepala paip tercabut dan rosak mereka senyapkan aje. 

Nanti kita tanya SW Corp, Alam Flora dan Pengurusan Sisa Pepejal berapa pertambahan jumlah sisa buangan diuruskan mereka. Hari Isnin dan biasanya selepas cuti tugas mereka bertambah berganda-ganda.

Ramai lagi kita nak tanya tapi tak sempat la pulak. Apa yang penting kita hargai semua pihak yang telah secara sedar ataupun tidak, rela atau terpaksa, membantu perjalanan 1.44 juta pelancong ke Cameron Highlands setiap minggu tanpa diberikan sebarang pingat dan penghargaan. 

Terima kasih kepada mereka dan terima kasih kepada anda yang menjadi pengunjung membawa rahmat... 

Adakah anda di kalangan 1.44 juta pelancong tahun lepas???
Gambar saya cilok dari Cameron Transport... anda mesti cuba pakej pemgembaraan alamnya di sini. 

Jumlah Pelancong ke Cameron Highlands 2018

Gambar saya cilok dari Transport Cameron

Jumlah Pelancong ke Cameron Highlands pada tahun 2018 adalah seramai SATU JUTA EMPAT RATUS EMPAT PULUH RIBU  atau 1,440,000 atau 1.44 juta.


Jadi kita buat kiraan purata mudah sahaja ya :
Jumlah purata mudah pelancong sehari: 3,945
Jumlah purata mudah pelancong seminggu: 27,692
Jumlah purata mudah pelancong sebulan: 120,000

Jumlah Penduduk Cameron Highlands : 36,000 orang 
Perbandingan kepada jumlah penduduk : 40 kali ganda jumlah pelancong vs penduduk setahun. 

Saya telah kongsikan maklumat kehadiran pelancong ke Cameron Highlands dalam catatan berikut:
Jika anda masih mencari apartment ataupun Homestay? Apa kata anda lihat perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT kami... 

Jumlah Pelancong ke Cameron Highlands 2017

Gambar cilokan dari Facebook Transport Cameron.. pilih pakej pengembaraan dengan mereka.. terbaik !!!  

Jumlah pelancong yang mengunjungi Cameron Highlands pada tahun 2017 adalah seramai SEJUTA TIGA RATUS TIGA PULUH DUA RIBU DUA RATUS LIMA PULUH TUJUH  atau 1,332, 257  atau 1.33 juta. 

Ramaikan..... 



Saturday, September 14, 2019

Laman Food Truck Cameron Highlands

Jika anda tertanya-tanya adakah Cameron mempunyai "laman food truck", jawapannya ADA.

Berlokasi dan beroperasi di Kawasan Parkir di Depan Ibu Pejabat Polis Daerah, Brinchang. 


Hujung minggu lebih meriah dengan tambahan pengusaha Food Truck dari seluruh negara sebab kawan saya dari Melaka dan Nilai dan rakan2 mereka dari utara dan timur turut naik berniaga   sekitar 8 biji food truck tambahan...  👏 

Lokasinya sekali lagi Tepi Jalan Brinchang ke Kea Farm di parkir dihadapan IPD BRINCHANG. 

Jika lapar layan jem nak masuk Pekan Brinchang dari arah  Kea Farm, anda boleh singgah terus tepi jalan tu... 


Waktu Operasi dari pagi sampai tengah malam di hujung minggu termasuk Isnin ini bersempena Cuti Hari Malaysia. 

Saya kongsikan gambar dari mereka aje dengan tambahan gambar 2 minggu lepas semasa saya ke sana. .. tak sempat nak singgah minggu ini sebab malas layan jem jadi kita turun bawah aje la....

#BuyMuslimFirst: Tak mahu ikut la...


"SAYA TAK JOIN KEMPEN BMF , hokeh?"

1) "Jangan add saya dalam group #BMF kerana saya tidak suka label label kaum...jadi rasis...Saya beli atas dasar kualiti"

   My darling - where have you been. BMF adalah berkenaan membeli barangan muslim dahulu. Tak kisah barang chinese muslim ke Indian muslim Siam Muslim ke..Yahudi muslim sekalipun. Bila masa ia berkenaan kaum? The only person who is racist is you . Kerana melihat semua tindakan dari ummah kamu sebagai racist termasuklah dalam usaha untuk memperkasakan ekonomi Ummah. Tak payah accept joining group sudahlah. Diam diam sudah. Tak perlu lah berbangga jadi golongan yang ignorance.

And since when barangan kaum Muslim ini tidak berkualiti?

2. " Saya tidak suka masuk group #BMF kerana mereka suka marah-marah , caci dan kutuk panggil orang kafir harbi"

Ini namanya my darling , sensor sensitivity you tak berapa betul. Punyalah berlambak posting hina Islam dan bangsa sebelum kempen BMF bermula , kau tak ada pula jadi sensitive dan geram orang hina agama dan bangsa. Kau ignore isu-isu begitu dan  post la la la pasal kucing ..pasal bunga ..tunjuk makanan yang kau masak..bee and rainbows. Bila kempen #BMF , amboi bukan main lagi semangat perpaduan kau muncul ye. Tiba-tiba sensor sensitivity jadi tajam ek?

Perkataan kafir harbi ada dalam Al-Quran. Deals with it. 

Dalam group #BMF memang ada kafir harbi yang meyamar pakai fake akaun nama Muslim . Untuk provokasi dan cucuk members supaya gaduh. Fake akaun ini untuk memgelirukan golongan-golongan naif macam you my darling supaya left the kempen .

Selain golongan kafir harbi yang cuba masuk group BMF untuk sabotaj kempen, ada juga golongan yang naif sebab banyak sangat makan gula gula white rabbit- yang tanya soalan-soalan ala ala perpaduan atau ala ala sarcasm  seperti " Vape tak nak boikot ke?" "Kempen masuk masjid tak nak buat ke?" Golongan gula-gula white rabbit ini selalunya golongan Melayu Muslim yang tak berapa cerdik. Kalau kita buat kempen Cintai Bahasa Malaysia - dia akan tanya "Takkan tak sayang pantai juga?" Kalau kita buat kempen Cintai Buah-Buahan tempatan - dia akan tanya "Takkan buah-buahan tempatan je , perabot tempatan tak nak promote ke?"

Faham tak betapa kurang cerdiknya golongan cekelat white rabbit ni?

3. "Member group #BMF suka bergaduh sesama sendiri. Tak mencerminkan peribadi Muslim"

  Dalam group group BMF ini ada pelbagai jenis manusia dari pelbagai bangsa yang Muslim.

Ada golongan syukur selalu. Ada golongan diam sahaja dan baca. Ada golongan aktif posting . Ada golongan tak pasti kenapa dia dalam group ini. Ada golongan marah dia meluap luap - tak dapat tumbuk orang , luah dalam group pun dah okay sebab abang sado pun perlu tempat luahan.

 What do you expect? Banyak sangat tengok Disney Channel ke ape? 

Adakah kau membayangkan bila kau masuk group BMF , ada ambient putih suci dengan effect kabus dan  ada seseorang yang akan sambut macam dalam Movie Syukur tu ke " Akhi ukhti..assalamualaikum...selamat datang ke BMF...ahlan ahlan...di sini tiada pergaduhan kerana ini adalah ibaratnya pintu kepada taman syurga satu hari nanti Insya Allah."

Kau pandang jerebu kat luar tu dan bagitahu akak , ada kau dengar bunyi kristal? Tak kan? Face the fact.

As stated in para 2 - dalam group group BMF ini akan ada juga kafir harbi menyamar dan juga barua . Alahai, kalau barua boleh jual IC...setakat cari gaduh dengan member BMF supaya timbul huru hara dalam group tu kacang je.

4. "Saya lebih rela beli barang murah dari barang mahal keluaran bumiputra sebab bukan semua yang mampu"

Speechless. Kak, kalau tak nak beli barangan bumiputra atau sokong BMF , at least jangan buat kenyataan rasmi dalam FB kak- Aku tak beli barang keluaran Muslim sebab mahal"

Begnilah. Kalau minyak masak Muslim harga RM 20  dan minyak masaknon muslim harga turun pun RM 17 je, takkan kau tak boleh consider kalau kau beli Minyak saji lebih harga RM 3.00 tu sebagai sedekah kepada ekonomi ummah? RM 3,.00 sahaja my darling,. Sebagai sedekah untuk memperkasakan ummah. Berapa banyak kita dah derma untuk tujuan begitu?

Aduhai. Macam makcik jual kerepek dekat Bank Islam seksyen 18 tu cakap la...I kenot brain.

Cuti Hari Malaysia di Cameron Highlands??

Saja ambil semula catatan lama mengenai cuti hari Malaysia di Cameron Highlands. 


Selamat bercuti ya

********

Ada sesiapa nak merasa sesak atas jalan... tidur dalam kereta... silakan ke Cameron Highlands sempena Cuti Hari Malaysia pula sehingga Isnin ini.

Cuma golongan berikut diminta tidak perlu datang ke sini:

1. Sangat pandai buat anak, tapi urusan berak anak tak pandai pula. Pamper buang bawah kereta, tepi jalan, bangku taman dan pasu bunga.

2. Bawak kereta macam escort VVIP.  Mencelah sesuka hati. double line pun potong. Tengah beratur dalam jem pun potong lagi.... err.... orang Cameron  pun sama macam ni....

3. Beli kereta mahal tapi parkir kereta 3 ringgit liat nak bayar di Kea Farm. Parkir di tepi jalan yang dilarang. Sesak 10 km di belakang  bukan urusan aku katanya! 

4. Gang konvoi motor ke kereta ke kapal terbang dan kapal  selam yang mana ada  mamat poyo  yang pakai vest kuning ada tulis marshall atau monyet ke apa ntah yang akan tahan trafik sesuka hati  untuk pergerakan konvoi  tu. Kami tak respek malah menyampah sesangat. Hanya pihak berkuasa yang beruniform sahaja boleh mengarahkan aliran trafik.... Monyet tak boleh tau.....

5. Yang tak boleh hujan sebab nanti upload status benci hujan.

6. Yang tak reti nak check Kat waze atau Google Maps untuk status jalan atau trafik.

7. Yang tak tahu nak ke  mana lalu naik status tolong bagi cadangan.. anda dah tunjukan anda jenis tak merancang perjalanan anda atau harapan semuanya tersedia depan mata.

8. Yang jenis alergik dengan tong sampah. sebab tu buang sampah sesuka hati.

9. Yang alergik kereta kotor  maka sampah perlu dibuang serta merta dari kereta dengan kaedah buka tingkap dan campak aje.

10. Yang kaki petik... semua jenis bunga di taman dan simpang nak dipetik malah dicabut untuk dibawa pulang.

cukup 10 dulu... Yang 11 seterusnya pandai-pandailah di ruangan komen.

kawan2 tambah....

11. Bawak kereta menyiput betul.... bertepuk tampar.... melentok liuk manjanya sebab naik Cameron mestilah  mood honeymoon. Kereta bawak slow.... romantik... Yang Kat belakang pun kena ikut bontot menyiput..... laju  la sikit .... Kami ada yang bekerja atau urusan lain ..

12. Babak 'Jejak Kasih' di tengah laluan Pasar Malam Cameron Highlands.... semua orang menunggu nak ke depan tapi terpaksa saksikan adegan cium pipi bagi kaum perempuan atau pegang perut yang boroi bagi lelaki... errr group sajat tak tahu apa nak dipegang.... 

13. Acah-acah pencinta Alam hiking gunung dan Mossy Forest..... tapi hakikatnya kaki sampah..... gagah mendaki.... plastik sampah lembik nak bawak turun...

14. Duduk apartment percutian tu sila berhemah... jangan buat bising sampai lewat Malam , jangan buang sampah, jangan parkir di parkir milik orang. Anda sewa semalam sahaja dan bukan lesen nak jadikan itu dunia anda punya... milik bersama..... 

Bukan marah... sekadar membawang..... 

Kalau terasa ... jangan diulangi perbuatan tersebut... Yang pernah buat and yg terasa.....

Friday, September 13, 2019

Cameron Highlands dilanda Jerebu


Hari ini, 13 September 2019, Cameron Highlands sekali lagi berkeadaan jerebu sama seperti di lokasi yang lain. Cuma saya tak pasti berapa nilai IPU pada hari ini.  Nampak macam tak tebal sangat.

Apapun yang terjadi, jumlah pelancong tempatan nampaknya tidak berkurangan. Mungkin sudah membuat perancangan awal atau mungkin ingin lari dari keadaan jerebu yangalebih teruk di kawasan mereka. 

Yang bagusnya adalah hujan yang turun pada waktu petang membantu meredakan kehangatan jerebu yang melanda. 

Jadi hilang jerebu datanglah kabus...

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

#BuyMuslimFirst: 100 Sebab Kenapa BMBF Perlu Disokong.

100 Sebab Kenapa BMBF Perlu Disokong.

1. Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20.4 juta orang, iaitu sebesar 69.3% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my). Namun begitu, pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera, iaitu RM6,267 berbanding RM8,213 menurut data 2016.
2. Jumlah penduduk Bumiputera hari ini jauh mengatasi penduduk Cina di Malaysia yang hanya berjumlah 6.7 juta iaitu 22.8% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).
3. Jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk India di Malaysia iaitu seramai 2.03 juta yakni 6.9% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).
4. Statistik 2019 ini menunjukkan peningkatan ketara penduduk Bumiputera iaitu daripada 20.07 juta orang pada tahun 2018 kepada 20.4 juta orang pada tahun 2019 (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).
5. Pada tahun 2018 jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk Cina yang hanya seramai 6.69 juta iaitu 23% dan India seramai 2 juta iaitu 6.9% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).
6. Hanya dalam tempoh tiga tahun iaitu 2017, 2018, dan 2019, jumlah dan peratusan penduduk Bumiputera di Malaysia melonjak secara berturut-turut iaitu dari 19.78 juta orang pada 2017 (bersamaan 68.8%), kepada 20.07 juta orang pada tahun 2018 (bersamaan dengan 69.1%), dan meningkat lagi kepada 20.4 juta orang setakat ini pada 2019 (69.3%) (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).
7. Dari segi jumlah penduduk yang berusia 20 tahun dan ke atas pula, seramai 12.5 juta orang adalah Bumiputera, berbanding hanya 6.4 juta orang bukan Bumiputera. Namun begitu, kesemua statistik demografi ini jauh berbeza dengan realiti penguasaan ekonomi dalam negara.
8. Jika dipecahkan kadar pendapatan purata mengikut kaum berasaskan kepada kumpulan pendapatan T20, kaum Bumiputera mendapat jumlah RM14,098 masih jauh dibandingkan dengan kaum Cina, RM20,534 dan kaum India RM16,163.
.
9. Dalam kelas M40 pula Bumiputera memiliki jumlah pendapatan purata sebanyak RM5,953, jauh lebih rendah berbanding kaum Cina RM8,162 dan kaum India RM6,669
10. Dalam kelas golongan B40, kaum Melayu hanyalah memiliki RM2,666, jauh kurang berbanding kaum Cina, RM3,446 dan kaum India, RM3,131
11. Malah kadar insiden kemiskinan mengikut kaum pada tahun 2016 menunjukkan Bumiputera berada di tempat teratas dengan 0.5 peratus, jauh dihadapan berbanding kaum Cina dan India yang masing-masing hanya sekadar mencatatkan 0.1 peratus kemiskinan
12. Statistik Utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Januari 2018 juga menunjukkan golongan Bumiputera masih ketinggalan jauh dalam pendaftaran perniagaan francais di mana hanya 236 pendaftaran Bumiputera direkodkan berbanding sebanyak 628 perniagaan francais oleh bukan Bumiputera
13. Kawalan Bumiputera terhadap syarikat senarai awam hanya pada kadar 7.3 peratus berbanding kaum Cina yang memiliki ekuiti 36 peratus dan kawalan yang tinggi sehingga 59 peratus
14. Statistik daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun 2015 menunjukkan kadar pemilikan hartanah golongan Bumiputera hanya pada tahap 39.5%, berbanding 53.4% oleh bukan Bumiputera
🐅
15. Malah pergerakan pembelian hartanah dalam kalangan Bumiputera berada pada kedudukan sederhana dengan kadar kira-kira satu peratus setiap tahun sedangkan bagi JPPH, pergerakan pembelian hartanah yang baik ialah pada kadar kira-kira tiga peratus setahun
16. Bagi pemilikan komersial pula Bumiputera hanya mampu berada pada tahap 9.8% berbanding bukan Bumiputera, 46%
17. Situasi ini tidak banyak berubah sejak lebih 10 tahun lalu. Contohnya ialah pemilikan ekuiti Melayu Bumiputera hanya sekitar 18.9% berbanding 40.6% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).
18. Pemilikan syarikat Melayu Bumiputera hanya sekitar 20.3% berbanding 75.7% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).
19. Pemilikan bangunan komersial Melayu Bumiputera hanya sekitar 11.7% berbanding 88.3% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).
.
20. Dari segi Pekerjaan – Pengurusan Tinggi pula Melayu Bumiputera hanya merekodkan sekitar 14% berbanding 73% Melayu bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).
21. Bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pula, Melayu Bumiputera hanya mencatatkan sekitar 20% berbanding 70.4% yang dikuasai bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).
22. Bumiputera juga menduduki posisi Tahap Sosioekonomi Terendah dengan peratusan sebesar 76% berbanding bukan Bumiputera iaitu 23.2% (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).
23. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan Melayu Bumiputera iaitu sebesar 73.3% berbanding 26.7% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008) juga menuntut usaha yang lebih besar untuk menyokong barangan dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran yang turut disumbang oleh diskriminasi seperti mana dapatan kajian Cent-GPS pada Mac 2019.
24. Transaksi pemilikan kediaman dalam pasaran primer oleh Bumiputera berbanding bukan Bumiputera pada tempoh sama adalah 38.8 peratus (RM5.63 bilion), berbanding 56.7 peratus (RM8.23 bilion).
25. Bagi pemilikan komersial, peratus transaksi Bumiputera hanya 9.8 peratus (RM21 juta) berbanding bukan Bumiputera, iaitu 46 peratus (RM1.01 bilion).
26. Menurut data pada 2009, tahap pemilikan kekayaan (aset kewangan dan hartanah) Bumiputera paling rendah berbanding kaum lain.
27. Pada 2009, purata pendapatan isi rumah masyarakat Cina ialah 1.38 kali ganda pendapatan Bumiputera.
28. Dari segi pemilikan kekayaan, jurang ini meluas kepada 1.9 kali ganda.
29. Dari segi aset kewangan, masyarakat Cina memiliki 2,135 kali ganda lebih aset daripada Bumiputera.😓
30. Ini bermakna, median aset kewangan seorang Bumiputera hanya RM1, berbanding RM2,135 bagi seorang Cina (data penyelidik yang kini merupakan Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sendiri, Dr Muhammed Abdul Khalid).
.
31. Maka tidak hairanlah apabila Pengarah Eksekutif INSKEN, Encik Norizan Sharif mengeluarkan kenyataan pada 2015: “daripada keseluruhan syarikat di Malaysia, 27% adalah syarikat milik Bumiputera dan 90.7% syarikat ini adalah mikro. Apabila syarikat ini dibesarkan, maka sumbangannya kepada ekonomi negara juga menjadi lebih besar”.
32. “Bumiputera mewakili 57.5% tenaga kerja Malaysia yang berjumlah 8.35 juta orang…Data berkenaan gaji yang direkodkan oleh tenaga kerja sektor swasta pada 2016 menunjukkan bahawa gaji purata masyarakat Bumiputera adalah jauh lebih rendah berbanding kaum yang lain”.
33. Pakar Runding Ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Akbar Ali, ketika mengulas Kajian Separuh Penggal RMK11 – Tanggungjawab Bersama Dan Berkongsi Kemakmuran dalam Sesi Pembentangan Meja Bulat MPM – Media menunjukkan jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bukan bumiputera, penduduk bandar dan luar bandar, kumpulan B40 dan kumpulan T20 dan M40 semakin melebar terutama sejak 2009.
34. Jumlah pemilikan harta kekal dan tidak kekal termasuk saham dan aset lain serta hartanah kalangan B40 yang majoritinya adalah bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum lain.
.
35. Jurang ini harus ditangani segara kerana dari segi jangka panjang, pemilikan kekayaan lebih bermakna berbanding tahap pendapatan.
.
36. Dalam keadaan ekonomi lemah, golongan yang hanya bergantung kepada pendapatan akan berdepan risiko pengurangan atau hilang mata pencarian.
.
37. Sebaliknya, mereka yang mempunyai tahap pemilikan aset yang tinggi mampu mencairkan aset berkenaan untuk mempertahankan kualiti hidup mereka sementara menunggu ekonomi pulih.
.
38. Dari segi kawalan sektor korporat pula, Khaidir A Majid, bekas Pengarang Ekonomi Berita Harian menyatakan bahawa walaupun penguasaan pemilikan ekuiti dalam syarikat senarai awam oleh Bumiputera berada pada tahap 22 peratus pada nilai par (ASLI berkata pemilikan itu adalah setinggi 40 peratus pada dasar nilai pasaran), namun hakikatnya kawalan Bumiputera terhadap syarikat senarai awam hanyalah pada tahap 7.3 peratus berbanding kaum Cina yang memiliki ekuiti 36 peratus, tetapi kawalan 59 peratus.
39. Kawalan adalah segala-galanya kerana ia menentukan dasar syarikat dari segi pengambilan pekerja, pemilihan pembekal dan kontrakror serta strategi pelaburan.
.
40. Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara bertemakan ‘Mendepani Cabaran Bumiputera dalam Malaysia Baharu’ pada 2018 sendiri meluluskan 51 resolusi yang dipecahkan kepada enam bidang fokus utama iaitu Nilai, Moral dan Etika; Pendidikan dan Modal Insan; Penciptaan dan Pemilikan Kekayaan; Perniagaan dan Keusahawanan; Tindakan Afirmatif, dan Pembentukan Strategi/Hala Tuju.
.
41. Daripada semua resolusi dicapai, 12 tertumpu dalam bidang penciptaan dan pemilikan kekayaan, sembilan ditumpukan kepada perniagaan dan keusahawanan.
.
42. Namun begitu, Bagi pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, resolusi dicapai agak mengecewakan kerana fokusnya lebih tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, berbanding usahawan mikro.
43. Beliau menjelaskan hampir 95 peratus daripada peniaga di negara ini atau 85 peratus peniaga Bumiputera terbabit dalam perniagaan mikro.
44. Negara memerlukan strategi lebih drastik untuk membantu usahawan mikro dan kumpulan berpendapatan rendah (B40), kerana yang perlu ialah strategi pengagihan, bukan strategi pembangunan seperti sebelum ini.
.
45. Barjoyai berkata, untuk mengeluarkan kumpulan berpendapatan rendah daripada kancah kemiskinan ialah dengan cara memastikan sumber modal, kepakaran dan peluang perniagaan disediakan kepada mereka.
46. Sejarah membuktikan perkembangan ekonomi dan kemakmuran masyarakat Melayu cukup penting, kerana Bumiputera tidak harus menjadi lambang kemiskinan seperti berlaku pada 1960-an.
47. Ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan perbezaan kelas yang besar, mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan orang Melayu ketika itu – perkara ini membawa kepada masalah yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, seperti yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.
48. Sekarang ini, pemilikan Bumiputera dalam kekayaan negara adalah 23.5 peratus. Angka ini tidak banyak berganjak sejak tahun 1985.
.
49. Ini bermakna masih terdapat pengumpulan kekayaan oleh Bumiputera, tetapi hanya pada kadar peningkatan yang hanya mengekalkan kedudukannya pada tahap 23.5 peratus, selari dengan kadar perkembangan ‘pie’ ekonomi negara, tidak lebih daripada itu.
.
50. Jika Bumiputera mahu mencapai sasaran 30 peratus, kadar pengumpulan aset terpaksa lebih tinggi daripada kadar perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.
51. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sendiri pernah mengaplikasikan satu teori dari kes luar negara: Di Amerika Syarikat, terdapat suatu teori – the escape velocity theory. Teori berdasarkan fizik ini menyatakan kadar pertumbuhan sesebuah ekonomi perlu meningkat kepada suatu tahap yang cukup tinggi untuk keluar daripada situasi kegawatan ekonomi. Teori ini boleh diguna pakai untuk menghuraikan kaedah peningkatan kadar pengumpulan aset Bumiputera yang mana kegiatan ekonomi Bumiputera perlu membina suatu momentum sehinggakan momentum itu menjana suatu kadar perkembangan ekonomi Bumiputera yang cergas dan cerdas.
52. Secara mikronya, kita boleh mengambil contoh sebuah perniagaan yang berkembang yang mana selepas perniagaan ini mencapai suatu kadar jualan yang cukup tinggi – hasil kempen utamakan barang dan perkhidmatan Muslim & Bumiputera, dengan kejayaannya menambat hati dan kepercayaan pengguna, maka jumlah jualan tahunannya akan meningkat secara lestari untuk tahun-tahun selanjutnya.
🐅🤲
53. Maka seperti mana menurut Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, untuk Bumiputera menjangkau pemilikan 30 peratus kekayaan negara pada tahun 2020, dengan mengambil pemilikan sekarang sebanyak 23.5 peratus dan kadar ekonomi negara berkembang lima peratus setiap tahun, Bumiputera perlu meningkatkan kadar perkembangan pemilikan aset 1.9 kali ganda kadar perkembangan ekonomi atau peningkatan sebanyak 9.4 peratus setiap tahun. Inilah satu-satunya cara Bumiputera dapat mengecapi sasaran yang kita tetapkan 44 tahun dahulu. Inilah escape velocity kita.
54. Namun begitu, peratusan kekayaan Bumiputera hanya meningkat daripada 19 peratus dari tahun 1985 kepada 23.5 peratus sekarang.
55. Dalam ekonomi berpendapatan tinggi, perniagaan industri perkhidmatan memainkan peranan penting dalam pembentukan keluaran negara kasar, yang mana industri seperti kewangan dan industri sokongannya boleh menjadi antara sumber utama pendapatan negara.
56. Malah, menjelang 2020, penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi disasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus oleh Unit Perancang Ekonomi sendiri di bawah RMK-11.
57. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) sendiri menggariskan lima strategi bagi memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) dalam meningkatkan pemilikan kekayaan, termasuk memperkasa modal insan dan memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera.
58. Strategi pertama bagi memperkasa modal insan Bumiputera, latihan kemahiran tinggi dan program profesional bertauliah seperti Program Peneraju Skil di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
59. Strategi kedua bagi meningkatkan penguasaan efektif Bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat, strategi pelaburan untuk menambah baik pemilikan ekuiti akan diperluas. Ini akan juga melalui peningkatan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan kepada usahawan Bumiputera, serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset kewangan.
60. Strategi ketiga, memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera dengan memperkukuh program berasaskan institusi bagi pemilikan aset serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset bukan kewangan.
61. Strategi keempat antara lain akan memperkasa KEB dengan mengurangkan pembiayaan dalam industri bernilai tambah rendah dan tidak strategik, mempergiat program pembiayaan usahawan dan mempertingkat program bersepadu kepada perusahaan Bumiputera.
62. Strategi terakhir ialah mengukuh keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera dengan mewujudkan pangkalan data bersepadu yang mengandungi maklumat status sosioekonomi Bumiputera dan mempermudah prosedur kerajaan bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
🐅
63. Kempen utamakan perkhidmatan Muslim & Bumiputera profesional tentulah menampung keperluan kesemua strategi RMK11 ini. Namun begitu, ia direncatkan oleh beberapa kelemahan kerajaan Pakatan sendiri yang sudahlah menyelewengkan kempen ‘Buy Muslim & Bumiputera First’ (BMBF) sebagai ‘boikot’, tetapi lebih membimbangkan lagi turut melaksanakan beberapa tindakan yang regresif dan destruktif untuk mencapai matlamat Komuniti Ekonomi Bumiputera di bawah RMK-11 ini.
64. Antara tindakan yang regresif dan destruktif kerajaan Pakatan ialah Sistem perolehan kerajaan Pakatan kini tidak lagi mesra Bumiputera. Laporan dan maklum balas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan bukan sahaja jumlah kontrak makin berkurang malah kerajaan mengeluarkan tender-tender yang terlalu besar nilainya kepada kontraktor Bumiputera. Ini hanya akan menggalakkan amalan Ali Baba kerana syarikat Bumiputera yang layak tidak dapat menyediakan modal dan ini membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan status Bumiputera mereka untuk menjual kontrak kerajaan. Pelbagai pihak telah bersuara namun masih tiada tindakan sehingga kini. Pihak Kementerian Kewangan perlu bertindak segera agar persepsi bahawa masyarakat ekonomi Bumiputera terancam dengan pentadbiran Pakatan Harapan dapat ditepis. MTEM sendiri telah menerima maklum balas daripada persatuan kontraktor Bumiputera yang mengesahkan rungutan ini. Anehnya Kementerian Kewangan seperti tidak peduli tentang maklum balas ini (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478860).
65. Lambakan pekerja asing masih gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan PH. Kegagalan ini bukan sahaja mengancam perusahaan mikro Bumiputera, bahkan akan melambatkan perjalanan Malaysia mencapai status negara maju kerana industri-industri di Malaysia tiada insentif untuk meningkatkan teknologi dan produktiviti mereka (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478860).
66. Wawasan dan rancangan kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera masih kurang jelas dan ini menyebabkan kaum Bumiputera mempersoal kesungguhan kerajaan PH untuk menjaga kepentingan mereka. Apa khabar Teraju, Ekuinas, MARA dan agensi-agensi serta program pemerkasaan Bumiputra yang lain? Sudah tentu kita harapkan strategi yang lebih hebat dan berkesan daripada yang lepas. Kita masih menunggu pelan tindakan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang akan merancakkan ekonomi negara (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478860).
67. Kementerian Pertanian pula disifatkan sebagai “cukup mengecewakan dengan sikap syok sendiri dan terlalu terpengaruh dengan lobi kapitalis”. Bukan sahaja tuntutan Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi Dan Beras (Padi Rescue) yang tersenarai dalam Manifesto PH tidak dilayan sewajarnya, Halatuju Kementerian Pertanian 2019 – 2020 pula terlalu menekankan konsep ‘economic of scale’, ‘bigger is better’ dan ‘private driven industri’ yang pasti akan meminggirkan majoriti petani di Malaysia dan digantikan dengan kemasukan syarikat – syarikat berkepentingan. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi majoriti petani dan nelayan, rancangan pengenalan Rang Undang-undang Benih dan pengiktirafan kepada Konvensyen UPOV 91 yang akan menafikan amalan turun termurun dan hak petani terhadap benih akan meminggirkan lagi majoriti petani dan menjejaskan agrobiodiversiti tanaman (https://www.malaysiakini.com/news/478860).
68. Pendapatan per kapita pada tahun 2014 bagi Bumiputera hanya sebanyak 21.7 peratus (RM16,066 setahun) berbanding pendapatan bagi bukan-Bumiputera (RM74,067 setahun).
69. Bumiputera hanya memiliki 26.1 peratus daripada aset perumahan di Malaysia manakala bukan Bumiputera sebanyak 63.3 peratus sedangkan bilangan penduduk Bumiputera hampir 3 kali ganda berbanding bukan-Bumiputera.
70. Sumbangan kepada ekonomi oleh SME Bumiputera hanya 12 peratus daripada jumlah KDNK Malaysia.
71. Pemohon kerja Bumiputera masih menghadapi diskriminasi pekerjaan di sektor swasta. Sebagai contoh, keperluan untuk bertutur bahasa Mandarin sebenarnya hanya alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada kaum Cina sahaja.
72. Walaupun Cina cuma 24 peratus daripada jumlah 30 juta penduduk Malaysia pada tahun 2012, mereka menguasai kerjaya profesional. Kini, lebih ramai akauntan dan arkitek Cina daripada Melayu, manakala 70 peratus CEO syarikat di Malaysia pada tahun 2005 adalah Cina.
73. Kajian Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed menunjukkan pemilikan ekuiti korporat kaum Cina meningkat dalam tempoh DEB, iaitu daripada 23 peratus (1970) kepada 44 peratus (2006)
.
74. Kajian Penasihat Ekonomi Perdana Menteri juga menunjukkan bahawa kaum Cina menguasai 70 peratus aset komersial, termasuk kilang dan bangunan perniagaan negara ini dan 59 peratus syarikat di Bursa Malaysia.
75. Hasil kajian beliau sekali gus menepis dengan hujah dan dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi Cina disekat kerajaan dan bahawa DEB bersifat diskriminasi atau hanya menguntungkan Bumiputera. Beliau membuktikan dasar membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan dimanfaat semua kaum, malah penurunan kadar kemiskinan adalah paling ketara dalam kalangan orang Cina; daripada 26 peratus (1970) kepada 5.4 peratus (1990). Kadar kemiskinan Cina hari ini cuma 0.3 peratus berbanding India (1.8 peratus) dan Melayu (dua peratus).
76. RMK-11 turut menyasarkan pencapaian sekurang-kurangnya 11% pertumbuhan tahunan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera.
77. Namun begitu, statistik menunjukkan Bumiputera masih jauh tercicir dalam sektor keusahawanan. 8 Julai 2019, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Hatta Ramli (PAN) dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan, daripada kira-kira 1 juta syarikat, hanya 40 peratus dimiliki Bumiputera. Menurutnya, ia disebabkan sikap terlalu bergantung pada bantuan kerajaan (https://www.utusan.com.my/…/hanya-40-peratus-syarikat-dimil…). Hakikatnya, Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera yang digemakan kini mampu membantu meningkatkan kemandirian usahawan bumiputera daripada bantuan kerajaan.
78. Malah, apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof (PPBM) menyatakan penglibatan usahawan Bumiputera PKS hanya lapan peratus daripada keseluruhan perolehan tahunan RM45 bilion melalui sektor tersebut, ia sesuatu yang merugikan Bumiputera, meskipun komposisi populasinya adalah yang teramai (http://www.kosmo.com.my/…/bumiputera-hanya-sumbang-8-peratu…). Sekali lagi, Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera (BMBF) mampu menjadi antara penyelesaian kepada isu ini.
79. Kempen Utamakan barang dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera ini juga wajib disokong akibat kegagalan kerajaan Pakatan sendiri untuk mengenakan cukai ke atas ‘modal’ yang dimiliki golongan ‘super rich’ di negara ini.
80. Kekayaan golongan ‘super rich’ yang pernah diistilahkan oleh Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sebelum beliau dilantik ke posisi tersebut dahulu sebagai ‘birth lottery’ ini tidak dikenakan cukai meski pun kini hampir 70% daripada golongan ini mewarisi kekayaan ‘modal’ yang bukannya baru dicipta daripada titik peluh mereka sendiri.
81. Kegagalan kerajaan Pakatan mengenakan ‘capital gain tax’ kepada golongan ‘super rich’ ini (meskipun kuat dipromosi oleh Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sebelum PRU-14) memerlukan Bumiputera untuk berusaha mengambil inisiatif sendiri bagi merapatkan jurang melalui kempen utamakan produk dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera ini.
82. Kegagalan LHDN dan Kementerian Kewangan untuk menunjukkan iltizam pemantau skema “tax avoidance” yang mirip “tax evasion” yang menjadi mekanisme golongan ‘super rich’ melarikan diri dari membayar cukai juga memaksa warga Bumiputera untuk memberi keutamaan kepada produk Muslim dan Bumiputera sendiri yang jelas majoritinya tidak tergolong dalam kumpulan yang menggubal wang ke luar negara.
83. ‘Tiga daripada empat’ kaum Bumiputera yang menabung dalam Amanah Saham Bumiputera hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM600 sahaja (Rujuk: ‘Antara Dua Darjat’, Muhammed Abdul Khalid).
84. Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) jelas pernah membentangkan kajian pada Mac 2019 yang menunjukkan orang Cina lebih mudah mendapat temuduga di sektor swasta, berbanding orang Melayu dan India.
85. Kajian itu juga menunjukkan wanita tidak bertudung lebih mudah dipanggil temuduga daripada mereka yang bertudung.
86. Menurut Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharuddin, kajian itu dibuat dengan menghantar resume menggunakan tujuh nama – tiga Melayu, dua Cina dan dua India – dengan kelayakan yang sama. Setiap nama menghantar 547 resume kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada pemegang ijazah. Daripada tujuh calon itu, dua calon Cina menerima paling banyak panggilan temu duga, masing-masing 240 dan 179 panggilan.
87. Dapatan kajian Cent-GPS tentang diskriminasi kepada golongan Bumiputera yang tidak berbahasa Mandarin (dan juga yang bertudung) menunjukkan bahawa kempen mengutamakan produk Muslim dan Bumiputera mampu menjadi ‘game-changer’ berskala sistemik dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang.
88. Malah sebanyak RM674.4 bilion daripada RM1.1 trilion yang disediakan kerajaan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah dibelanjakan untuk IKS Bumiputera tetapi IKS Bumiputera hanya mampu menyumbang kurang daripada 9 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
89. Dari perspektif sejarah Islam, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghujahkan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. berusaha membangunkan ekonomi Muslim di Madinah, hinggakan disabotaj oleh Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi yang merobohkan khemah perniagaan yang telah dibangunkan. Sebagai reaksi balas, Rasulullah menegaskan: “Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257). Menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah sendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau: “Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257) (Rujuk: https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi/posts/953508864986240).
90. Dari sudut sejarah Alam Melayu pula, Hasanuddin Yusof dari Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam jelas menghujahkan bahawa usaha membantu perniagaan sesama umat Islam telah lama berlangsung di era kerajaan Islam silam yang dilanjutkan ke Alam Melayu. Antaranya adalah seperti di era Sayyidina Umar dan Salahuddin al-Ayyubi serta usaha para ulama Tanah Melayu menjelang kemerdekaan yang menubuhkan ‘Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS)’ di samping Syeikh Abu Bakar al-Baqir yang menubuhkan Persatuan Al-Ehya Al-Syarif di mana persatuan ini berjaya menjalankan tiga jenis projek perniagaan iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen jana kuasa elektrik (Rujuk: https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10212021146602676).
91. Dalam konteks Malaysia hari ini, cukup jelas bahawa pihak yang majoriti tetapi inferior dari segi pemilikan ekonomi ialah Melayu-Islam dan Bumiputera manakala golongan bukan Melayu pula lebih dominan
.
92. Melayu-Islam dan Bumiputera hari ini bolehlah diibaratkan seperti mana aktor ‘negara pinggir’ (periphery states) dalam skema Teori Sistem Dunia Immanuel Wallerstein yang sedang berusaha untuk mendaki hierarki penguasaan ekonomi dalam negara melalui kempen ‘Utamakan membeli barangan Muslim & Bumiputera’.
93. Hakikatnya, usaha ‘mendaki’ ini sememangnya memerlukan modal yang besar dan suntikan dana daripada kerajaan sahaja tidak mencukupi.
94. Malah, pada sisi yang lain, kempen ini sepadan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi Bumiputera melalui badan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
95. Tiada apa yang salahnya dengan kempen mengutamakan barangan dan perkhidmatan Bumiputera dan Melayu-Islam ini kerana ia bukanlah kempen ‘boikot’ seperti mana yang sengaja disalahertikan – bahkan menepati pula keperluan merapatkan jurang sosioekonomi pada hari ini. Hal ini boleh disahkan oleh Presiden The Patriots iaitu Mohamad Jamalee yang memulakan kempen ‘Buy Muslim Bumiputera First’ melalui sebuah inisiatif nama Gerakan Ekonomi yang kemudiannya disambut oleh NGO besar lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan UMMAH. Inisiatif ini jelas sebagai usaha Sekretariat Daulat 812 susulan Himpunan 812 Disember 2018 yang lalu (Rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=323293731846780&id=100024984679403).
96. Hakikatnya di Malaysia, tindakan afirmatif dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) mulai 1970 bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi dan ketidaksetaraan kekayaan antara etnik melalui agihan semula ekuiti dengan matlamat 30% dimiliki Bumiputra dan 40% dimiliki bukan Bumiputra. Namun begitu, setelah kira-kira 40 tahun perlaksanaan DEB, matlamat agihan ekuiti masih gagal dicapai.
97. Adanya kajian akademik yang jelas menunjukkan bahawa “Negara memerlukan bukan sahaja kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi pada masa yang sama perlu memastikan wujudnya keadilan sosial, berkongsi peningkatan pendapatan yang saksama serta meningkatkan peluang pekerjaan. Ini bertepatan dengan pandangan Abdul Rahman Embong (2003) di mana pembangunan harus bersifat holistik dan menyeluruh agar hasil pembangunan dapat dinikmati bersama dengan setara di kalangan masyarakat dan Kerajaan berperanan melaksanakan pembangunan dan agihan yang saksama dan adil” (Muhammad Najit Sukemi, Madeline Berma Shamsul Amri Baharuddin Faridah Shahdan 2018).
98. Kajian tersebut seterusnya menekankan bahawa “Kejayaan agihan kekayaan ini penting sebagai satu matlamat penyusunan semula masyarakat bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi antara etnik, mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi dan sosial antara kumpulan etnik sekali gus serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi” (Muhammad Najit Sukemi, Madeline Berma Shamsul Amri Baharuddin Faridah Shahdan 2018).
99. Maka dalam keadaan kerajaan perlu mengejar tempoh singkat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang hanya berbaki tidak lama sahaja lagi dengan merapatkan jurang pendapatan antara kaum yang semakin melebar di negara ini. Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera jelas tidak sepatutnya dimusuhi, sebaliknya wajib disokong dengan sekuat-kuatnya oleh seluruh ahli politik kerajaan.
100. Jelas, kempen Utamakan Barangan dan Perkhidmatan Muslim & Bumiputera (BMBF) ini wajib disokong atas dasar keselariannya dengan objektif kerajaan sendiri, membangunkan kemandirian umat Islam dan Bumiputera, keadilan kepada penduduk majoriti dalam negara ini yang sejak sekian lama menjadi mangsa ketidaksaksamaan dan diskriminasi ekonomi ‘sistemik dan sistematik’, melonjakkan ekosistem zakat yang terhasil dari peningkatan harta umat Islam di samping potensi wakaf, dan juga seterusnya meluaskan empayar perniagaan Muslim & Bumiputera di pentas antarabangsa melalui prinsip ‘the escape velocity theory’ yang dinyatakan di atas: peningkatan kadar pengumpulan aset Bumiputera yang berjaya membina momentum hinggakan momentum itu menjana suatu kadar perkembangan ekonomi Bumiputera yang jauh lebih cergas dan cerdas.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
komen:
bila semua bangsa melihat penyatuan melayu muslim bersatu utama produk melayu muslim akan menyebabkan ekonomi dapat diseimbangkan,seterusnya ummah muslim dijana kekuatan melalui bayaran Zakat perniagaan yg semakin tinggi.
Sila kongsikan kerana kami di Persatuan Strategik Melayu Malaysia menyokong agenda murni ini.🐅

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock