Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Monday, July 31, 2017

Anggur dah Habis...



Di luar jangkaan sebulan pengeluaran anggur oleh Untie nampaknya anggur di kebunnya hanya bertahan 2 minggu sahaja. 

Mungkin jumlah pelancong tidak seperti minggu yang sudah agak lesu sebaliknya terlalu ramai pula pada minggu ini. 

Kan saya dah cakap, minggu ni kan gaji dah masuk. Mesti ramai akan serbu....

Senyum panjang betul la Untie.. tapi ramai pula yang masam mencuka Untie..

Bertabahlah bagi yang mengidam ya...

Catatan musim anggur dah mula... Klik
Catatan panduan perjalanan ke kebun anggur .. klik
Catatan Jalan masuk ke kebun anggur .. klik

Air Terjun Robinson 2017


Sudah lama saya tidak ke Air Terjun Robinson di Tanah Rata. Rasanya dah melebihi 2 atau 3 tahun tidak ke sana.


2 minggu yang lalu, saya berkesempatan ke sana atas tujuan merakamkan aksi peserta Cameron Ultra Trail bagi kategori 30 km ke atas di mana mereka melalui kawasan air terjun ini.

Pemerhatian saya jelas. Tiada perubahan penambahbaikan di kawasan air terjun ini sejak kali terakhir saya ke sini. Namun terdapat satu projek Kiosk Pertanian di pintu masuk trail iai sedang diusahakan, Saya tidak pasti dan tidak mahu masuk campur adakah ianya sah atau tidak sebab jelas di atas kawasan simpanan tebing Sungai Telom.

Air Terjun Robinson dinamakan sebagai penghargaan kepada H.C Robinson. Pengarah Muzium Negeri yang telah ditugaskan membuat ekspedisi kedua pada tahun 1922 bagi mengkaji kesesuaian Tanah Tinggi ini dibangunkan sebagai Stesen Bukit. 


Sejak penemuan dataran tanah tinggi dilaporkan oleh William Cameron pada misi pemetaan 1885, Sir George  Maxwell telah menyambung hasrat Sir Hugh Low untuk menjadikan kawasan ini sebagai stesen tanah tinggi. 

Oleh itu ekpedisi kedua dilancarkan dengan diketuai oleh H.C Robinson untuk mengkaji mengenai perkara berkaitan botani, geologi dan juga kesihatan iaitu risiko malaria. Kemudian pada tahun 1925, sekali lagi satu ekpedisi yang disertai sendiri oleh Sir George Maxwill kembali ke Tanah Tinggi Cameron bagi perincian penyelidikan untuk menyokong kesesuaian untuk mewujudkan stesen tanah tinggi di sini. 


Air terjun yang ditemui ini kemudian di namakan sebagai Air Terjun Robinson sehingga kini. 

Namun sejarah penting dan penghargaan ini tidak tersambung ke legasi pemerintahan sedia ada kerana jika dilihat kepada usaha fizikal untuk pembangunan di sini i boleh dikatakan TIADA.

Air Terjun Robinson amat popular di kalangan pelancong asing kerana ini adalah lokasi WAJIB dalam rancangan dan panduan Back packer mereka untuk singgah  jika ke Cameron Highlands. 

Tak perlu mana-mana agensi untuk mempromosikan Air Terjun Robinson kerana ianya akan tetap dikunjungi oleh ribuan pelancong asing setiap tahun. Sudah popular sekian lama. 


Maka melihat kepada ramai pelancong berjalan kaki ke air terjun ini kemudian balik semula ke Tanah Rata atau terus ke Jalan Boh di Habu untuk balik melalui jalan utama yang sangat memenatkan, saya melihat dan kadangkala berkongsi kehampaan mereka setiap kali saya tumpangkan mereka pulang. 

Namanya air terjun ini sangat GAH, namun indah dari khabar.

Tiada usaha penambahbaikan setakat hari ini. 

Saya mencadangkan untuk dirancang sesuatu dari beberapa catatan awal saya lagi. 

1. Baik Pulih trail sedia ada.
2. Sediakan papan info yang bersesuaian. 
3. Buat dan bina pelantar pandang di hadapan air terjun atau jambatan gantung. 
4. Buat pondok rehat di laluan denai kerana selalu hujan. 


Namun saya tak pasti siapa yang bertanggungjawab samada Jabatan Hutan ataupun Jabatan Parit dan Saliran. Hati saya berat mengatakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertanggungjawab kerana dalam hutan simpan mereka rasanya. 


Saturday, July 29, 2017

Jurnal Sejarah Bagaimana Cameron Highlands dibangunkan 1884 ...

Saya nak kongsikan satu pautan menarik mengenai satu journal yang dihasilan oleh Robert C.M Weebers dan Hanizah Idris dari Fakulti Seni dan Sains Sosial, Jabatan Pengajian Asean Tenggara Universiti Malaya dari Jilid 7 Issue 1 2016,.

Saya masih membaca helaian journal yang sangat bernilai maklumatnya mengenai perincian bagaimana keputusan demi keputusan yang telah diambil untuk membuka dan membangunkan Cameron Highlands sebagai sebuah Stesen Tanah Tinggi sehinggalah ke hari ini. 

Banyak perincian sahih dari dokumen dan juga catatan rasmi yang dirujuk oleh penulis berdua dan hampir 60 peratus daripadanya tidak pernah saya ketahui. 

Saya rasa anda perlu juga mengetahuinya jika anda peminat sejarah dan juga Cameron Highlands. 

Saya kongskan terlebih dahulu link ke E-journal Universiti Malaya berkaitan Journal penulis ini. 

Kredit sepenuhnya harus anda berikan kepada mereka berdua dan saya sekadar memaklumkan maklumat terbaru ini.

Namun saya kongsikan dahulu 3 peta terawal Cameron Highlands. Harap-harap tiada isu untuk berkongsikan peta ini. 

Saya akan cuba kongsikan info penting dari pemahanan pembacaan saya ya.  

Decisions made on the Development of the Hill Station of Cameron Highlands from 1884 till present day
.
Robert C.M. Weebers1 & Hanizah Idris2
Faculty of Arts and Social Sciences, Department of Southeast Asian
Studies, Universiti of Malaya, Malaysia.

Gambar 1: 
Peta Awal Cameron Highlands tahun 1889 setelah penemuan dataran tanah tinggi oleh William Cameron.


Gambar 2: 
Peta Awal Cameron Highlands tahun 1928 perancangan awal pembukaan Stesen Tanah Tinggi 


Gambar 3: 
Peta Awal Cameron Highlands tahun 1931 selepas perancangan awal pembukaan Stesen Tanah Tinggi yang memutuskan penggunaan tanah untuk dibangunkan. 


Kreditkan penghanrgaan anda kepada SUMBER .

Friday, July 28, 2017

Down Memory Lane ... Cameron Highlands 1959

Saya suka melihat gambar-gambar lama termasuklah gambar lama berkaitan dengan Cameron Highlands.

Saya dah lama tengok gambar ini di laman ipohtalk.com yang mana terdapat beberapa kiriman gambar lama sekitar 1959 seperti gambar dibawah ini.

Saya tiada kisah yang dapat saya kongsikan dari gambar lama ini kerana baru 10 tahun di sini namun saya percaya ada dikalangan pembaca saya yang tahu kisah disebaliknya dan mungkin boleh berkongsi sama selepas melihat gambar lama ini.

Kredit sepenuhnya kepada pemilik-pemilik gambar ini terutamanya di ipohtalk.com.

Gambar 1 terkini :  
Pekan Tanah Rata telah berkembang dengan kawasan paya dihadapan barisan kedai ini telah dibangunkan dengan bangunan kedai. Gambar ini saya rasa dirakamkan di Puncak Gunung  Mentigi yang berketinggian 1890 meter dari aras laut. 


Gambar 2 terkini :  
Telah bertukar beberapa kali dari Federal Hotel sehingga terkini menjadi Hotel Planter.  


Gambar 3 terkini :  
Masih bernama Mt Vernon Bungalow iaitu di hadapan Simpang Jalan Padang Golf sebelum Pekan Brinchang.   



Gambar 4 terkini :  
Pemandangan ini masih boleh dilihat dnegan perubahan kedai namun bentuknya tidak berubah termasuklah Pejabat Pos. Terkini Pejabat Pos Tanah Rata sedang diubahsuai bahagian depannya dan laluan pejalan kaki dihadapan kedai dari hujung ke hujung memberikan lebih keselesaan dan suasana santai malam yang menghidupkan pekan ini. 



Gambar 5 terkini :  
Bangunan Kelab Golf ini sudah tiada dan digantikan bangunan terbaru sejak tahun 2008. Merlin Hotel diseberangnya juga sudah bertukar kepada Cameron Highlands Resort. 


Gambar 6 terkini :  
Ini sangat istimewa kerana suasana penempatan Orang Asli pada tahun 1959 namun tidak dinyatakan dari mana lokasi gambar ini diambil.  



Mungkin anda ada kisah yang lebih terperinci untuk dikongsikan bersama. 

Jalan masuk ke Kebun Anggur di Lembah Bertam

Terajin nak menjawab soalan tambahan mengenai jalan masuk ke Kebun Anggur di Lembah Bertam sebab ada yang masih bertanya sesuai ke nak bawak kanak-kanak, bayi, orang tua dan sebagainya.

Catatan terkini saya mengenai kebun anggur yang dah mulai dibuka kembali adalah di SINI


Saya tak nak menjawab secara berlebih-lebih sebab dah rasa macam ada 'share saham perkongsian' pula dengan Kebun Anggur ini walhal saya tiada kena mengena. Cuma jarak tempat kerja saya ke sini dalam 2 km lebih saje. Itu yang tahu sikit tu. 

Tapi dah ada yang bertanya, bantu sampai di sini ajelah ya. Saya tak bertanggungjawab ya jika ada apa-apa berlaku. Saya kongsikan cerita aje ni.

Beginilah kisahnya laluan masuk tu.....
  • Jalan Masuk dari tepi jalan bersebelah Joo Huat Nursery adalah secara sekadarnya berkonkrit untuk kegunaan kebun sayur mereka. Tak payah tanya kenapa eh jalan macam tu.... kenapa yeeeeee...
  • Turun bukit dari tepi jalan sebelum anda akan melintasi Sungai Bertam dengan jambatan yang ada sejauh 30 meter sebelum berjalan landai ke plot tanaman berbumbung plastik sejauh 20 meter dan selepas itu 40 meter seterusnya adalah sedikit mendaki. Ambil laluan tepi bertangga. 



  • Seterusnya melalui kawasan kebun plastik bersebelahan dengan plot tanaman bunga kekwa sejauh 93 meter. Ambil masa tangkap gambar di celahan bunga kekwa ini yang baru bertukar warna kuning. 
  • Selepas itu anda akan sampai di Rumah Pekerja berhadapan dengan Plot Anggur 1 yang kini ditutup kerana bukan musim berbuah. Plot yang dibuka adalah plot 2 bersebelahannya sahaja. 



Jarak dari tepi jalan ke plot 1 dan 2 adalah 200 meter sehala. Saya ringkaskan seperti ukuran laluan  di bawah ini. 


Jadi anda buatlah keputusan sendiri sesuai ke tidak nak membawa rombangan anda ke sana. 

Errr yang ini jalan masuk, tapi nak ke sana macam mana pula... saya dah kongsikan PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM .

Harap membantu.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, July 27, 2017

Musim anggur kembali lagi di Lembah Bertam, Ringlet

Musim Buah Anggur masak kembali lagi. Dalam menunggu durian luruh tak sampai sampai rupanya anggur dulu yang masak.

KEMASKINI 31 JULAI 2017: MUSIM ANGGUR DAH HABIS .. awal dari jangkaan kerana diserbu ramai pelancong di minggu sudah.

Saya sempat pergi ke Kebun Anggur di Lembah Bertam semalam selepas saya mendapati papan tanda 'SWEET GRAPE FOR SALE' telah dinaikan. Selalunya ini bermakna kebun anggur ini kembali di buka kepada kunjungan awam.

Saya kongsikan permerhatian saya berdasarkan kunjungan tengahari saya semalam:

  • Buah anggur ketika ini masih banyak dan menunggu ranum untuk dipetik namun sudah ada yang masak untuk dipetik dan dibeli.
  • Buah anggur dijual secara petik sendiri dengan harga RM 22 sekilogram. Ambil raga dan gunting yang disediakan dan pilihlah gugusan anggur yang anda berkenan. Dapatkan tips dari pekerja bangla yang berada di sana mana satu yang manis. Cari yang benar-benar masak dan manis tapi pastikan anda tidak terpikat dengan senyuman manis abangla itu ya. 
  • Tempoh jangka pengeluaran mengikut Untie pemilik kebun anggur ini adalah sebulan lebih sahaja kerana keluasan plot 2 yang lebih kecil daripada plot 1. Namun katanya dengan jumlah pelancong yang sedikit kurang sejak minggu lepas, dia menjangkakan boleh bertahan sekitar 6 minggu. Tapi saya jawab, kekurangan pelancong kerana gaji yang masih belum masuk terutamanya selepas berbelanja sakan di Hari Raya......'ooo itu macam, ini minggu ramai loooo'... senyum untie melebar panjang....
     
  • Kebun Anggur ini terletak dalam kebun sayur dan bunga yang tradisional. Bukan kawasan yang kiosk perlancongan yang selesa dan mudah nak dikunjungi. Ada laluan masuk terhad dan perlu berjalan kaki dari tepi jalan melalui permukaan jalan kebun yang kasar, menuruni bukit sebelum mendaki sedikit dan kawasan dalam rumah plastik. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasut sesuai. 
  • Adakah sesuai untuk kunjungan kanak-kanak... saya katakan ya... masih sesuai
  • Adakah sesuai untuk kunjungan warga emas .... bukan terlalu emas.. dan tidak bertongkat atau berkerusi roda. Tak boleh.
PERINGATAN KERAS:
Harap membantu ya catatan ini, jangan tanya saya  selebihnya sebab saya pun pergi sebagai pelancong sahaja bukan pemilik atau ada kepentingan di Kebun Anggur di Lembah Bertam ini...

Jangan diitukan .. diinikan dingapakan... maklumlah .. ramai sangat Generasi Y sekarang ini, semua nak mula WHY itu ..why ini...

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Monday, July 24, 2017

Cameron Ultra Trail 2017 ..

Saya kongsikan beberapa keping gambar Cameron Ultra Trail 2017 yang
sempat saya rakamkan minggu sudah.

Koleksi selebihnya di Facebook mrkumai.blogspot

Tahniah kepada penganjur.. Tahniah dan syabas kepada semua peserta ...

Kalau 15 km pun dah susah apatah lagi 30km ... 55 km .. 100 km jangan cakap lah yaa...

S

Tuesday, July 18, 2017

Cameron Ultra Trail 2017.. Kategori 100 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 100 kilometer

Kategori 100 km adalah kategori hardcore kerana perlu mendaki dua gunung sebanyak dua kali dan memerlukan keupayaan fizikal yang amat tinggi.

Tiada yang boleh menyertai kategori ini tanpa persediaan yang rapi dan tahun lepas peserta pertama yang tiba digarisan penamat sampai pada pukul 7 malam !!! 




Laluan Trail 100 kilometer: KLIK



Cameron Ultra Trail 2017 ..Kategori 55 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 55 kilometer. 

Tahun lepas kategori ini melibatkan 50 km sahaja namun terdapat perubahan trail pada tahun ini. 



Laluan Trail 55 kilometer: KLIK


Cameron Ultra Trail 2017 ... Kategori 30 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 30 kilometer. 

Tahun lepas kategori ini melibatkan 25 km sahaja namun terdapat perubahan trail pada tahun ini. 




Laluan Trail 30 kilometer: Klik




Cameron Ultra 2017 .. Kategori 15 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 15 kilometer. 

Tahun lepas kategori ini melibatkan 11 km sahaja namun terdapat perubahan trail pada tahun ini. 



Laluan Trail 15 kilometer: Klik



Cameron Ultra 2017 2

Cameron Ultra 2017 kembali lagi tahun ini dan kali ini masih menawarkan 4 kategori larian namun terdapat perubahan jarak larian iaitu 15 km , 30 km, 55 km dan 100 km.

Saya sekadar nak kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Laman penganjur CAMERON ULTRA 2017.

Tapi sebelum itu, saya kongsikan Klip larian dari  Youtube CAMERON ULTRA 2016.


Saya bukan penganjur tau .. saya sokong penganjuran ini... macam tahun lepas... 

Cameron Ultra Trail 2017

Tanpa  saya sedari, minggu ini akan berlangsung LARIAN ULTRA TRAIL CAMERON HIGHLANDS atau dikenali sebagai CAMERON ULTRA TRAIL 2017 sama seperti tahun lepas. 


Agak sunyi dari publisiti tahun ini rasanya namun saya kongsikan dari info yang saya terima daripada group whatsapp rakan-rakan Hiking Cameron Highlands. 

Seronok nak tengok macam tahun lepas saya bertugas sebagai jurukamera di garisan akhir, cuma tahun ni jadual kerja macam tak mengizinkan pula. Nampaknya Sabtu dan Ahad ini adalah jadual bekerja saya kali ini.

Tahun lepas, saya bersama dengan peserta larian ini seawa pukul 2.30 pagi untuk perlepasan bagi kategori 100 km sehinggalah pukul 7 pagi bagi kategori 11 km.

Malah saya berada di garisan penamat sehingga pukul 7 malam namun tidak dapat meneruskan tugasan ke hari kedua kerana perlu bekerja.

Namun saya kena akui, ini bukan acara biasa-biasa. Bukan untuk mereka yang sekadar nak berlari sahaja tetapi perlu ada kekuatan mental dan persediaan mental yang kuat.

Tahun ini empat kategori 15 km, 30 km , 55 km dan 100 km melibatkan pendakian Gunung Jasar dan juga Gunung Berembun!!! Ini bukan Fun Run!!!

Be prepared.. really prepared!!!

Nanti saya cari rakaman youtube berkaitan....

Saya kongsikan maklumat yang saya perolehi ini.

********************************************

*PROGRAM ULTRA TRAIL 2017 DAERAH CAMERON HIGHLANDS.*

Tarikh *21 - 23 Julai 2017*

*Pengenalan.*
Cameron Ultra Trail merupakan Kejohanan Marathon yang diadakan setiap tahun di daerah Cameron Highlands melibatkan perserta tempatan dan luar negara. Acara ini dianjurkan oleh Bolt Trail Running dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Jabatan Perhutanan, MARDI, JAKOA, Tourism Pahang, PDRM serta Bomba dan Penyelamat. Jumlah peserta dianggarkan seramai 1500 orang. Para peserta akan melalui kawasan hutan simpan di sekitar  Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet.

*Kategori Pertandingan.*
1 - *100 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0345  dan dijangka tamat pada 23/07/2017 jam 0845. (29 Jam)
2 - *55 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0500 dan dijangka tamat pada 22/07/2017 jam 1900. (14 Jam)
3 - *30 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0615 dan dijangka tamat pada 22/07/2017 jam 1415. (8 Jam)
4 - *15 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0730 dan dijangka tamat pada 22/07/2017 jam 1230. (5 Jam)

*Aturcara Program.*
21/07/2017 (Jumaat)
1000 Hrs - *Pendaftaran peserta di Century Pines Resort.*
1600 Hrs - *Jamuan Hari Raya di Century Pines Resort.*
22/07/2017 (Sabtu)
0345 Hrs - *Marathon bermula di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands Tanah Rata.*
23/07/2017 (Ahad)
1000 Hrs - *Penyampaian hadiah*
1200 Hrs - *Majlis dijangka tamat*

Untuk Makluman

Sila rujuk ke laman web pihak penganjur untuk makluman lanjut ya.
CAMERON ULTRA TRAIL 2017

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Sunday, July 16, 2017

Gerai Makan MDCH Jalan Mentigi


Setelah ditutup hampir setahun untuk kerja-kerja pembinaan semula, kini Gerai Makan MDCH Jalan Mentigi kembali dibuka. 

Terdapat 12 gerai berwajah baru dibuka dengan pembahagian  8 buah gerai untuk masakan Melayu, 2 buah gerai masakan Cina dan 2 buah kedai masakan India. 

Ada yang dibuka untuk sarapan sahaja atau tengahari dan kebanyakan dibuka sehingga makan malam. 

Konsep gerai adalah meja makan esklusif kepada ruang gerai masing-masing dan bukannya 'free sitting' seperti di Food Court

Ini bermaksud, jika anda duduk di meja dan kerusi yang disediakan oleh pemilik gerai di hadapan gerai mereka jadi kenalah order dari gerai tersebut. Sila ambil maklum ya. 

Lokasi adalah berhadapan dengan Maybank Tanah Rata dan bersebelahan dengan Kompleks Membeli Belah Cameron Fair yang akan dibuka nanti. 

Cuma untuk yang membawa  kanak-kanak sedikit berisiko untuk jatuh kerana laman gerai ini masih belum berpagar dan mempunyai ketinggian dari aras jalan sekitar  1.6 meter. Ayuh kita ajukan cadangan kepada pihak MDCH  untuk penambahbaikan dan kita kongsikan kerisauan risiko keselamatan ketika mengunjungi gerai di sini.

Apa menu istimewa di sini? Itu anda kena kunjungi sendiri. Cuma setakat ini menu biasa dan diusahakan oleh semua pemilik tempatan dan termasuklah tukang masaknya juga orang tempatan. Belum kelihatan kelibat tukang masak import dari Thailand ya setakat ini.

Sent from my S7edge smartphone

Saturday, July 15, 2017

Musim durian di Cameron Highlands dah bermula?

Cuba teka yang mana satu Mamud........

Juga cuba menjawab persoalan salah seorang pembaca yang bertanyakan adakah musim durian sudah bermula kembali di Cameron Highlands.

Soalan ini ditanya pada masa bulan puasa yang lalu.

Saya dah jawab kepada Puan tersebut belum lagi walaupun sudah ada durian dijual di Tanah Rata ketika itu.

Terkini saya bertemu kawan saya, Mamud si penjual durian dan petai yang sering saya kongsikan kisahnya.

Menurutnya , durian mulai luruh dan gugur tetapi tahun ini amat sikit sekali jumlahnya. Malah bekalan yang diperolehinya dari sekitar Kampungnya di sekitar Batu 14 Jalan Tapah juga amat menakutkan jika dilihat harga yang diminta oleh penjual durian.

Malah katanya kini si penjual durian di kampungnya sendiri menjual dengan harga perkilo bukannya biji. Juga mereka sudah mulai mengasingkan jenis durian berbanding dahulu hanya secara pukul rata dalam bakul kutipan durian atau longgokan durian.

Saya sendiri terkelu nafsu nak makan durian bila dimaklumkan harga durian yang dijualnya di Pondok jualannya di laluan utama Tanah Rata ke Ringket iaitu di Bharat Tea Plantation.

Saya masih belum kemaruk untuk membeli dan merasai durian tahun ini tambahan lagi harganya RM 35 sekilogram !!!!

Mamud pun tak berani nak mempelawa saya makan duriannya kerana modal yang diperlukannya amat tinggi.. Tak apa saya paham. 

Saya selalu membeli darinya tanpa tawar-menawar kerana harga yang diberikan sudah harga kawan-kawan. Dan kepada anda yang memang kaki tawar menawar, Mamud berniaga bukan untuk membeli sebuah lagi kereta Porsche atau Lamborgini tau sebaliknya untuk rezeki hariannya sahaja.  

Namun sembang-sembang semalam dengan Mamud masih ada peminat tegar durian sanggup membeli duriannya walaupun harganya amat mahal namun dalam kuantiti sedikit

Durian yang dibawa oleh Mamud amat terhad setiap hari kerana beliau hanya sanggup mengambil satu bakul sehari yang mempunyai berat purata sekitar 30 kilo sahaja. Modal kena besar Jack!!! katanya.....

Kalau anda tak sanggup nak beli durian, Mamud ada juga menjual petai di pondok jualannya. 

Cameron Fair di Tanah Rata

Dari laman web Cameron Fair

Ada yang bertanya saya apakah projek pembinaan berhadapan dengan Maybank di Tanah Rata atau lebih tepat  Persiaran Camellia 4?

Jawapan saya adalah sebuah 'kompleks membeli belah" terbaru malah satu-satunya yang akan wujud setakat ini di Tanah Rata di mana dilengkapi 175 suite apartment dengan sebahagiannya adalah menjadi hotel dibahagian atasnya.

Ini adalah projek pemulihan selepas bangunan asalnya terbengkalai hampir 15 tahun setelah menghadapi masalah kewangan oleh pemaju sebelumnya pada zaman kegawatan ekonomi 1997 yang melanda negara.

Malah ketika saya mulai menjadi penduduk di sini 10 tahun lalu, saya melihat struktur terbengkalai ini setiap hari kerana pejabat saya ketika itu juga berhadapan dengan bangunan ini.

Namun sejak dua tahun lepas, pemulihan projek yang terbengkalai ini telah dimulakan oleh pemaju yang baharu dengan sedikit pindaan pada pelan asal.

Melalui bunting promosi yang dipasang akan mempunyai komplek membeli belah 3 tingkat dengan kedai jualan antaranya DIY, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi di mana terdapat 180 oulet pelbagai saiz ditawarkan.

Manakala di bahagian atas adalah servis apartment dan hotel. Dikhabarkan unit hotel akan diuruskan oleh Avillion Hotel Group Sdn Bhd dan akan dikenali sebagai AVILLION CAMERON HIGHLANDS dengan tawaran 100 unit bilik studio dan 2 bilik apartment yang menanti anda. 

Saya kurang pasti perinciannya namun anda boleh klik di laman web mereka ini CAMERON FAIR untuk lebih lanjut dan perinciannya.  

Yang teruja ketika ini anak-anak saya yang setiap kali melintasi Persiaran Camellia 4 ini akan bertanyakan bilakah CAMERON FAIR ini akan dibuka dan mereka teruja nak ke DIY yang sentiasa menjadi kegilaan mereka setiap kali ke bawah, 

Yang boleh jadi gila nanti adalah saya ....... dugaaannnnnnn poket  tatkala trolley DIY bergerak nanti... 

Errr jangan tambah potensi gila saya ini dengan pertanyaan lanjut. Hubungi mereka yang berkenaan, saya sekadar berkongsikan jawapan dari pertanyaan sahaja bukan pula sebahagian dari mereka. 

Saturday, July 8, 2017

Cameron Highlands kembali dipenuhi Pelancong


Setelah sebulan lebih agak kurang jumlah pelancong yang hadir bercuti di sini kerana bulan puasa, saya mendapati jumlah kehadiran pelancong mulai kembali kepada suasana sesak dihujung minggu.

Ini dapat saya rasai sendiri apabila terjebak dalam kesesakan lalulintas dari Pekan Brinchang untuk ke Kea Farm dan suasana tersebut dirasai seawal tengahari Sabtu. 

Kea Farm kembali sesak menjadi tanda aras kehadiran pelancong yang hadir, 

Saya memerlukan sejam 45 minit untuk melepasi Kea Farm tengahari tadi.

Selamat melancong ....  rancang perjalanan anda ya....  

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tuesday, July 4, 2017

Musim bercuti kembali lagi



Selepas sebulan menyepi kerana Bulan Ramadhan, suasana di Cameron Highlands dijangka akan kembali menjadi pilihan pelancong tempatan.

Cuma melihat kepada jumlah pelancong di cuti Hari Raya baru-baru ini hasil daripada sembang-sembang dengan rakan-rakan, saya boleh rumuskan jumlah kehadiran pelancong agak kurang juga berbanding tahun lepas biarpun cuti panjang sehinga seminggu. 

Jadi harapan mereka adalah pada kunjungan pelancong di hujung minggu yang mendatang ini dan khabarnya sudah ada sinarnya melalui pertambahan pertanyaan apartment percutian yang mereka terima.

Itu bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti perlancongan di sini manakala bagi kami yang tiada kepentingan seumpamanya ini pula.. alamak...  layan aje laa

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...