Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Isnin, 30 Mac 2015

Kayuhan MyOdcCycle bersama Cameron Riders di Thompson Trail


Cameron Riders sering juga menerima pelawaan untuk sama-sama berkayuh sekitar Cameron Highlands daripada beberapa rakan-rakan kelab berbasikal yang datang ke sini.

Antaranya rakan-rakan dari kelab MyOdcCycle yang telah merancang mencuba laluan Thompson Trail minggu sudah.

Dua rakan Cameron Riders turut sama berkayuh dan berkongsi cabaran di trail ini.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Rabu, 25 Mac 2015

Kayuhan Jamboree Black Forest MTB Challenge 2015


Kisah sebelum ini saya sangkakan hanya Mr. President Cameron Riders sahaja yang menyahut cabaran ke jamboree ini tetapi rupanya saya tersilap paham mengenainya.

Seramai 8 ahli Cameron Riders menyertai cabaran kayuhan ini dan semuanya menyahut kayuhan hampir rentung ini. 

Maklumlah latihan kayuhan dalam aircond tetapi jamboree dalam sauna, menjadikan mereka terasa dua kali cabaran. 

Apapun ke semuanya berjaya menyahut cabaran ini dan menamatkan kayuhan dengan jayanya. 

Tahniah dari kami kepada semua ahli Cameron Riders yang terlibat!  







Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sabtu, 21 Mac 2015

Jamboree Black Forest MTB Challenge 2015


‎Biarpun nun jauh di utara  Semenanjung Malaysia, Cameron Riders berbangga dengan wakil tunggal kami yang tetap menyahut cabaran dalam kayuhan paling utara ini.

Dan kali ini Presiden Cameron Riders sendiri  , Mr. Fadzli menyahut cabaran di Jamboree Black Forest 2015.

Katanya hampir rentung kepanasan...

Tahniah kami ucapkan .

 Err passport ada bawak boss???


Perkhabaran terbaharu, rupanya ada 7 lagi Cameron Riders yang bersama dalam jamboree ini.. 

Salah maklumat dah .... jangan marah yaa. Nanti saya kongsikan kisah yang lain. 

Anda boleh melayari laman blog CameronRider2014.blogspot.com untuk aktiviti kelab berbasikal dari Cameron Highlands ini. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Jumaat, 20 Mac 2015

Kayuhan bersama Loh Sea Keong

Beberapa ahli  Cameron Riders ‎merasa teruja kerana sempat bersama dengan pelumba profesional basikal Malaysia, Loh Sea Keong yang datang bercuti ke Cameron Highlands dan melakukan kayuhan santai sekitar Tanah Rata dan Brinchang. 

Biarpun pertemuan tersebut bukanlah dirancang namun kesempatan bersama bersembang mengenai aktiviti berbasikal bersama pelumba Marco Polo amat mengujakan.

Pelbagai tips kayuhan dan nasihat daripada beliau diberikan kepada ahli Cameron Riders‎.

Jika anda berada di sini, Menara Jam di Tanah Rata adalah lokasi rehat wajib bagi pengemar aktiviti berbasikal setiap petang. 

Jumpa di sana ... 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Bermain Giant bubble @ Tanah Rata

Sejak sebulan ini saya perhatikan padang awam di Tanah Rata agak meriah setiap petang. 

Kenapa? Sudah terdapat aktiviti rekreasi petang dijalankan seperti senamrobik terbuka, permainan kapal terbang kawalan dan juga aktiviti sukan yang lain. 


Penambah suasana dan tarikan adalah permainan belon air gergasi juga telah dibawa ke sini. Jika di bawah saya dapat melihat tarikan kanak-kanak ini ditawarkan merata-rata. 

Jadi kalau nak kata istimewa hanya di Cameron Highlands, tidaklah wajar cuma ianya turut dilakukan di sini.  

Harganya sekitar RM 5 bagi satu bekas kecil air sabun dengan peralatan yang disediakan. 


Saya tiba lewat semalam di padang awam ini namun jika pemerhatian dua tiga hari yang lepas, memang suasana sangat meriah kerana ramai pelancong bekeluarga dan orang tempatan yang seronok bermain belon air gergasi ini.



Saya kongsikan gambar selebihnya ini. Mungkin jika saya awal ke sana lain hari akan saya kongsikan kemeriahan sebenarnya. 

Tapi segan jugak sebab ketika itu akan ada acara senamrobik yang hampir 95% adalah kaum wanita dan gadis remaja.

Nanti ada pula yang kata kita pergi sebab nak cuci taik mata... iskh iskh iskh ...









Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Zon belon @ Tanah Rata

Cuti sekolah kian ke penghujungnya Ahad ini dan saya sengaja tidak berkongsikan mengenaia aktiviti ini seawal musim cuti kerana saya tak ke sana sendiri. 

Nanti menulis dengan syok sendiri ibarat indah khabar dari rupa pula.


Petang semalam saya sempat ke Padang Awam MDCH di Tanah Rata dan antara aktiviti bagi kanak-kanak di sana adalah bermain di Zon Belon yang telah beroperasi sejak dua minggu sudah. 

Cuma ini bukanlah kekal kerana difahamkan hanya sampai ke hari Ahad ini sahaja. 

Tiket masuk adalah RM 15 seorang untuk pas sehari di mana anda boleh masuk dan keluar dan masuk berulang kali sepanjang hari tersebut sehingga malam. 


Tetapi kalau anda bertemu kakitangan mereka di mana-mana bahagiantumpuan pelancong mengedarkan pamplet promosi, harganya adalah RM 10 seorang dengan membawa keratan kupon di pamplet tersebut.


Saya rasa ianya berbaloi kerana banyak belon yang pelbagai bentuk dan cabaran yang berbeza disediakan. Kalau di AEON pun harganya RM 18 dengan hanya satu atau dua permainan belon raksasa sahaja.

Selebihnya, lihat sendiri gambar dibawah ini. 











Antara penambahbaikan yang dialu-alukan untuk tambahan aktiviti di Cameron Highlands.

Kami tak mengalu-alukan konsert, karaoke terbuka dan segala aktiviti syok sendiri tetapi biarlah aktivti yang boleh memanfaatkan sesama ahli keluarga seperti ini.  

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Khamis, 19 Mac 2015

Pasar Malam Brinchang di musim cuti sekolah March 2015

Sekadar nak berkongsikan suasana pasar malam ini di waktu cuti sekolah 9 hari di bukan March 2015.


Tiada perubahan yang ketara saya lihat malam semalam kecuali bazar jualan tambahan di hadapan Kem Brinchang kembali dibuka.


Bagi jualan di bahagian dalam pasar malam ini pula agak biasa sahaja dan seperti yang saya kongsikan dalam catatan awal mengenai taktik jualan peniaga buah strawberry. 

Jumlah pengunjung agak kurang mungkin kerana tengah bulan. 


Laluan utama tiada kesesakan teruk di Pekan Brinchang dan selesa bagi saya untuk ke sini. 

Di akhir kunjungan saya, saya melihat penguatkuasaan Majlis Daerah Cameron Highlands yang memberi amaran untuk menyita gerai tanpa lesen di bahagian luar pasar malam. 


Untuk rekod, pasar malam ini dibuka setiap malam ketika musim cuti sekolah ini.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...