Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Rabu, 16 Ogos 2017

Pendaki Gunung Sampah di Cameron Highlands


Ini bukan isu baharu. Ini isu lama. Dah ramai yang bangkitkan dahulu dan selalu juga dikongsikan juga.

Saya dah kongsikan dalam catatan yang membawakan isu yang sama awal tahun ini dan tahun lepas mengenai sikap keji pendaki gunung Irau yang sebenarnya jijik dan layak kita gelarkan sebagai pendaki sampah.

Mungkin bukan semua. Mungkin segelintir. Yang tidak melakukan sikap celaka ini kita ucapkan terima kasih.

Tahukah anda Gunung Irau dan juga Mossy Forest pernah ditutup hampir 6 bulan tahun lepas untuk dibersihkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang !!!!

Ini semua kerana sikap pendaki yang membuang sampah sesuka hati tanpa rasa bersalah.

Jadi apa kata kalau ada yang berkongsikan selfie di Gunung Irau nanti kita tanya, adakah anda membuang sampah di sana ?

Tak perlu dibangga dan tak perlu nak sanjung kalau anda adalah salah seorang pendaki sampah!!!

Puiiii..celaka sungguh anda...... CELAKA.... Konon anda pencinta alam, tapi sekadar hebat berselfie sahaja tak guna bro dan sis... hakikatnya nak bawak balik sampah turun pun tak larat...

Jabatan Perhutan Negeri Pahang, sila ambil tindakan terhebat anda......

* Kalau anda bukan salah seorang pendaki sampah di atas, jangan terasa.. teruskan sikap mulia anda....

Sumber gambar dan keluhan isu: Facebook Syafiq Mansor

Cactus di Cameron Highlands


Saya rasa kian tenggelam keunikan cactus yang dijual di Cameron Highlands untuk para pelancong.

Pemerhatian saya, pelancong tidak lagi menjadikan cactus sebagai kegilaan membelinya ketika bercuti di sini.

Saya bersembang dengan salah seorang kenalan yang menjual cactus dan katanya jualan cactus tidak mendapat permintaan yang tinggi berbanding 5 tahun yang lalu.

Saya akui kerana pemerhatian saya di pasar malam hanya terdapat satu atau dua sahaja gerai jualan cactus dan kalau ada sekalipun tidak seperti dahulu iaitu dicampur dengan barang jualan yang lain. 

Dahulu terdapat penjual cactus yang hanya menumpukan jualan cactus sahaja digerai mereka.

Jadi saya rasa perlu disegarkan kembali jualan cactus di Cameron Highlands. Mungkin lebih promosi perlu dilakukan.

Ahad, 13 Ogos 2017

Khidmat Sewa Motorsikal di Cameron Highlands


Saya kongsikan maklumat perkhidmatan sewa motorsikal terbaru di Cameron Highlands dari perkongsian facebook rakan-rakan Cameron Highlands.

Sila hubungi maklumat di dalam poster untuk maklumat lanjut dan urusan selebihnya.Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan berbanding dengan perkhidmatan sewaan motorsikal yang ada di sini seperti khidmat jurupandu untuk melihat matahari terbit dan juga sebagainya, 

Perkhidmatan sewaan motorsikal yang pernah saya kongsikan dalam catatan terdahulu adalah sewaan motorsikal sahaja tanpa sebarang pakej. 

Jangan tanya saya ya. Saya sekadar kongsikan maklumat ini sahaja.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Jumaat, 11 Ogos 2017

Pesanan buat Pendaki Gunung di Cameron Highlands


Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands menyampaikan pesanan keselamatan kepada semua pendaki Gunung di Cameron Highlands minggu ini malah saya sangat bersesuaian untuk sepanjang bulan ini ekoran keadaan cuaca yang selalu hujan.

Berhati-hati ketika mendaki gunung di sini.

Pesanan tambahan dari mrkumai.blogspot.com pula;
1. Dapatkan permit memasuki hutan simpan bagi tujuan mendaki dari Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands.
2. Laporkan atau daftar aktiviti pendakian anda di Balai Polis Brinchang atau mana-mana yang berdekatan pendakian anda di Daerah Cameron Highlands semasa nak masuk dan semasa dah keluar.
3. Simpan nombor kecemasan yang boleh anda hubungi seperti Balai Bomba dan Penyelamat dan juga Balai Polis berdekatan 

Selamat mendaki.... Utamakan Keselamatan ...

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Khamis, 10 Ogos 2017

Lokasi Tampat Makan di Cameron Highlands


Antara banyak-banyak perkongsian lokasi tempat makan di Cameron Highlands, perkongsian dari Group Facebook Cameron dihatiku ini menarik. 

Sebabnya siap dengan rujukan koordinat lalitud dan longlitud. 

Saya sekadar kongsikan di sini. Kredit kepada mereka di Group Facebook tersebut dan sedikit pembetulan saya lakukan kerana telah ada perubahan. 

************************************************

☕🍀🍜🍲Kedai Makan Yang Best Di Cameron Highlands πŸ‘πŸ‘πŸ‘

1. *Warong Kak Ton tepi Petronas Brinchang* 
( nasi lemak 5* , Laksa terbaik ,Nasi.berlauk dr jam 1600 - 2200 )
(GPS : 4.493400 , 101.389286)

2. *Restauran Nolina* Kea Farm
(GPS : 4.510216 , 101.410193)

3. *Gerai Zainab Sam*,  Tanah Rata
(GPS : 4.470486 , 101.378181)

4. *Restoran Emida* T.Rata 
(Telah bertukar pemilik dan ditutup sementara)
(GPS : 4.4703577 , 101.3770748)

5. *Yz Strawberry Farm*, Kampung Taman Sedia (scone terbaek!)
(GPS : 4.4793501 , 101.3804055)

6. *KHM Strawberry farm* Kampung Taman Sedia sedia
GPS : 4.478999 , 101.379679)

7. *De Bamboo Steamboat and Grill) Kampung Taman Sedia
(GPS : 4.476759 , 101.380688)

8. *Kedai Nassya* 
(Sarapan ala pantai timur) Brinchang

9. *Anjers Corner Shellout* 
Simpang Sungai Ruill
(GPS : 4.485234 , 101.378006)

10. *Port kita-kita* sg burung

11. *Cafe Lorong*
berhampiran kea farm
(GPS : 4.502078 101.406211)

12. *Kedai Makan Selera Singgey 
Taman Royal Lily Tanah Rata
(GPS : 4.467867 , 101.372923)

13. *Char Kuey Teow Penang* (Brinchang)
(GPS : 4.492465 , 101.388862)

14. *Medan Selera Tanah Rata*
(GPS : 4.4704838 , 101.3770249)

15. *Nik Ikan Bakar & Tomyam* 
(Perkarangan Masjid Brinchang)
(GPS : 4.492481 , 101.3884806)

16. ~KFC~Brinchang
(GPS : 4.491427 , 101.388443)

17. *Taman Abang Stimboat & Grill Buffet* 
Makan sampai pengsan!
(Tanahrata, Belakang Terminal Freesia, sebelah Cool Point Hotel)
(GPS: 4.469871,101.377947)

18. *Nasi Kukus za Cameron Highlands Tanah Rata*
(GPS : 4.466104 , 101.373176)

Sumber : Group Cameron di Hatiku



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Isnin, 7 Ogos 2017

Senarai Terkini Pengusaha Homestay di Kampung Taman Sedia


Ada beberapa catatan awal saya mengenai Kampung Taman Sedia baik mengenai catatan sejarah ringkas, kiosk strawberry mahupun perkhidmatan Homestay di sana.

Saya ambil dan kongsikan kemaskini nombor pengusaha Homestay Taman Sedia dari Facebook Abang Yusoff Satar, juga salah seorang penduduk asal dan pengusaha kiosk strawberry di sana, YZ Farm Strawberry .
*******************

Cuti Panjang Raya Haji Menjelang tiba, ramai penyangak akan cuba menaguk di air keruh.  

Saya senaraikan  pengusaha TULEN  homestay di Kg Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, agar anda boleh berurusan terus dengan owner homestay. 

HOMESTAY DR.AYOB
012-5059220

Tiny Home Butik
+60192091234

ORCHID HOMESTAY
05-4911958/013-6358322

RZ LODGE
013-5003833

M& Z HOMESTAY 
05-6211261
019-5480129

ROS CHALET STRAWBERRY FARM
012-5838060

LILY HOMESTAY
05-4911477

FAUZIZ HOMESTAY
017-2725107

CIKGU RAFLES HOMESTAY
017-5530806/019-4605284

DAHLIA HOMESTAY
05-4912605/013-2211547

NEEZA CHALET
012-2677287/0195218170

MARINA CHALET
05-4911295/019-5066759

AL-MASHOOR CHALET
05-4914204/019-5760669

ANGGERIK DESA CHALET
0194602207/ 0195909036

AIZA CHALET
019-7560991

ASZI HOMESTAY
017-2725107/0174977811

WAN SHOHAIMI CHALET
+60125380253

Sumber : Facebook Abang Yusof Satar


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Warisan Kampung Taman Sedia


' Kalau kami tak datang gotong royong menebas hari sabtu dan ahad, kami kena bayar denda dan gantirugi sebagai timbalas ketidakhadiran kami".

Itu adalah kisah yang saya dengar dari orang lama Kampung Taman sedia bagaimana kampung ini dibuka awal 60 an.

Pagi tadi, dari Facebook Mohd Yusof Satar, generasi kedua penduduk Kampung Taman sedia berkongsikan pula gambar awal pembukaan dan juga senarai penerokanya. 

*************************************

KAMPUNG TAMAN SEDIA

Terletak di sebuah lembah dan  kaki bukit antara Pekan Tanah Rata dan  Brinchang. Jarak ke Tanah Rata, dalam lebih kurang 1km dan  ke Brinchang dalam 1.5km.

Kampung ini telah ditubuhkan atas ilham Allahyarham Tun Abdul Razak, dan telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1970-an. Awalnya kampung ini dibentuk seakan Felda bagi penduduk Melayu yang rata-rata bekerja di sektor kerajaan ketika itu.

Mereka menyertai Skim Pembangunan Kampung dan mula meneroka pada akhir tahun 60-an, di mana mereka akan datang pada waktu petang selepas waktu bekerja kemudian membersihkan pokok2 serta semak samun.

Kawasan yang siap diteroka ini kemudiannya dijalankan pengundian lot untuk memberi tapak tanah kepada peneroka.

Rumah-rumah dibina oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang dengan kos mendirikan rumah  ditanggung oleh peneroka. Ada yang membayar secara tunai dan ada yang membayar secara bulanan kepada LKNP.



ALFATIHAH kita sedekahkan kepada mereka yang telah dijemput Ilahi.

 Peneroka Awal Kg Taman Sedia. 

Yang bertanda (##),waris mereka masih berada di Kampung ini. ( Ada nama yang akan dikemaskini)

1. Allahyarham Abdul Rahman Pfordten
2. Hj. Abdul Rahim Pfordten
3. Allahyarham Encik Hamid
4. Almarhum Tuan Hj. Malik Fakir Mohemed Malik Juddah ##


5. Allahyarham Tuan Haji Mazlan Taib, PJK.##
6. Allahyarham Encik Jalalludin##
7. Allahyarham Encik Odin##
8. AllahyarhamTuan Haji Zainal Abidin PJK,.##
9. Allahyarham ASP Ismail (Bekas Ketua Polis Daerah Cameron Highlands)##
10. Allahyarham Tuan Haji Idris (Bekas Penghulu Cameron Highlands)##
11. Allahyarham Encik Nazar Khan Bin Abdul Rahman##
12. Allahyarham Encik Abdul Satar@ Choong Yook Heng ##
13. Allahyarham Encik Aznun##
14. Allahyarham Encik Bashir Ali ##
16. Encik Rafles Hashim
17. Allahyarham Tuan Haji Abd Aziz Bin Mat##
16. Cikgu Alias Abd Rashid




Sumber: Abg Mohd Yusof Satar





Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Isnin, 31 Julai 2017

Anggur dah Habis...



Di luar jangkaan sebulan pengeluaran anggur oleh Untie nampaknya anggur di kebunnya hanya bertahan 2 minggu sahaja. 

Mungkin jumlah pelancong tidak seperti minggu yang sudah agak lesu sebaliknya terlalu ramai pula pada minggu ini. 

Kan saya dah cakap, minggu ni kan gaji dah masuk. Mesti ramai akan serbu....

Senyum panjang betul la Untie.. tapi ramai pula yang masam mencuka Untie..

Bertabahlah bagi yang mengidam ya...

Catatan musim anggur dah mula... Klik
Catatan panduan perjalanan ke kebun anggur .. klik
Catatan Jalan masuk ke kebun anggur .. klik

Air Terjun Robinson 2017


Sudah lama saya tidak ke Air Terjun Robinson di Tanah Rata. Rasanya dah melebihi 2 atau 3 tahun tidak ke sana.


2 minggu yang lalu, saya berkesempatan ke sana atas tujuan merakamkan aksi peserta Cameron Ultra Trail bagi kategori 30 km ke atas di mana mereka melalui kawasan air terjun ini.

Pemerhatian saya jelas. Tiada perubahan penambahbaikan di kawasan air terjun ini sejak kali terakhir saya ke sini. Namun terdapat satu projek Kiosk Pertanian di pintu masuk trail iai sedang diusahakan, Saya tidak pasti dan tidak mahu masuk campur adakah ianya sah atau tidak sebab jelas di atas kawasan simpanan tebing Sungai Telom.

Air Terjun Robinson dinamakan sebagai penghargaan kepada H.C Robinson. Pengarah Muzium Negeri yang telah ditugaskan membuat ekspedisi kedua pada tahun 1922 bagi mengkaji kesesuaian Tanah Tinggi ini dibangunkan sebagai Stesen Bukit. 


Sejak penemuan dataran tanah tinggi dilaporkan oleh William Cameron pada misi pemetaan 1885, Sir George  Maxwell telah menyambung hasrat Sir Hugh Low untuk menjadikan kawasan ini sebagai stesen tanah tinggi. 

Oleh itu ekpedisi kedua dilancarkan dengan diketuai oleh H.C Robinson untuk mengkaji mengenai perkara berkaitan botani, geologi dan juga kesihatan iaitu risiko malaria. Kemudian pada tahun 1925, sekali lagi satu ekpedisi yang disertai sendiri oleh Sir George Maxwill kembali ke Tanah Tinggi Cameron bagi perincian penyelidikan untuk menyokong kesesuaian untuk mewujudkan stesen tanah tinggi di sini. 


Air terjun yang ditemui ini kemudian di namakan sebagai Air Terjun Robinson sehingga kini. 

Namun sejarah penting dan penghargaan ini tidak tersambung ke legasi pemerintahan sedia ada kerana jika dilihat kepada usaha fizikal untuk pembangunan di sini i boleh dikatakan TIADA.

Air Terjun Robinson amat popular di kalangan pelancong asing kerana ini adalah lokasi WAJIB dalam rancangan dan panduan Back packer mereka untuk singgah  jika ke Cameron Highlands. 

Tak perlu mana-mana agensi untuk mempromosikan Air Terjun Robinson kerana ianya akan tetap dikunjungi oleh ribuan pelancong asing setiap tahun. Sudah popular sekian lama. 


Maka melihat kepada ramai pelancong berjalan kaki ke air terjun ini kemudian balik semula ke Tanah Rata atau terus ke Jalan Boh di Habu untuk balik melalui jalan utama yang sangat memenatkan, saya melihat dan kadangkala berkongsi kehampaan mereka setiap kali saya tumpangkan mereka pulang. 

Namanya air terjun ini sangat GAH, namun indah dari khabar.

Tiada usaha penambahbaikan setakat hari ini. 

Saya mencadangkan untuk dirancang sesuatu dari beberapa catatan awal saya lagi. 

1. Baik Pulih trail sedia ada.
2. Sediakan papan info yang bersesuaian. 
3. Buat dan bina pelantar pandang di hadapan air terjun atau jambatan gantung. 
4. Buat pondok rehat di laluan denai kerana selalu hujan. 


Namun saya tak pasti siapa yang bertanggungjawab samada Jabatan Hutan ataupun Jabatan Parit dan Saliran. Hati saya berat mengatakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertanggungjawab kerana dalam hutan simpan mereka rasanya. 


Sabtu, 29 Julai 2017

Jurnal Sejarah Bagaimana Cameron Highlands dibangunkan 1884 ...

Saya nak kongsikan satu pautan menarik mengenai satu journal yang dihasilan oleh Robert C.M Weebers dan Hanizah Idris dari Fakulti Seni dan Sains Sosial, Jabatan Pengajian Asean Tenggara Universiti Malaya dari Jilid 7 Issue 1 2016,.

Saya masih membaca helaian journal yang sangat bernilai maklumatnya mengenai perincian bagaimana keputusan demi keputusan yang telah diambil untuk membuka dan membangunkan Cameron Highlands sebagai sebuah Stesen Tanah Tinggi sehinggalah ke hari ini. 

Banyak perincian sahih dari dokumen dan juga catatan rasmi yang dirujuk oleh penulis berdua dan hampir 60 peratus daripadanya tidak pernah saya ketahui. 

Saya rasa anda perlu juga mengetahuinya jika anda peminat sejarah dan juga Cameron Highlands. 

Saya kongskan terlebih dahulu link ke E-journal Universiti Malaya berkaitan Journal penulis ini. 

Kredit sepenuhnya harus anda berikan kepada mereka berdua dan saya sekadar memaklumkan maklumat terbaru ini.

Namun saya kongsikan dahulu 3 peta terawal Cameron Highlands. Harap-harap tiada isu untuk berkongsikan peta ini. 

Saya akan cuba kongsikan info penting dari pemahanan pembacaan saya ya.  

Decisions made on the Development of the Hill Station of Cameron Highlands from 1884 till present day
.
Robert C.M. Weebers1 & Hanizah Idris2
Faculty of Arts and Social Sciences, Department of Southeast Asian
Studies, Universiti of Malaya, Malaysia.

Gambar 1: 
Peta Awal Cameron Highlands tahun 1889 setelah penemuan dataran tanah tinggi oleh William Cameron.


Gambar 2: 
Peta Awal Cameron Highlands tahun 1928 perancangan awal pembukaan Stesen Tanah Tinggi 


Gambar 3: 
Peta Awal Cameron Highlands tahun 1931 selepas perancangan awal pembukaan Stesen Tanah Tinggi yang memutuskan penggunaan tanah untuk dibangunkan. 


Kreditkan penghanrgaan anda kepada SUMBER .

Jumaat, 28 Julai 2017

Down Memory Lane ... Cameron Highlands 1959

Saya suka melihat gambar-gambar lama termasuklah gambar lama berkaitan dengan Cameron Highlands.

Saya dah lama tengok gambar ini di laman ipohtalk.com yang mana terdapat beberapa kiriman gambar lama sekitar 1959 seperti gambar dibawah ini.

Saya tiada kisah yang dapat saya kongsikan dari gambar lama ini kerana baru 10 tahun di sini namun saya percaya ada dikalangan pembaca saya yang tahu kisah disebaliknya dan mungkin boleh berkongsi sama selepas melihat gambar lama ini.

Kredit sepenuhnya kepada pemilik-pemilik gambar ini terutamanya di ipohtalk.com.

Gambar 1 terkini :  
Pekan Tanah Rata telah berkembang dengan kawasan paya dihadapan barisan kedai ini telah dibangunkan dengan bangunan kedai. Gambar ini saya rasa dirakamkan di Puncak Gunung  Mentigi yang berketinggian 1890 meter dari aras laut. 


Gambar 2 terkini :  
Telah bertukar beberapa kali dari Federal Hotel sehingga terkini menjadi Hotel Planter.  


Gambar 3 terkini :  
Masih bernama Mt Vernon Bungalow iaitu di hadapan Simpang Jalan Padang Golf sebelum Pekan Brinchang.   



Gambar 4 terkini :  
Pemandangan ini masih boleh dilihat dnegan perubahan kedai namun bentuknya tidak berubah termasuklah Pejabat Pos. Terkini Pejabat Pos Tanah Rata sedang diubahsuai bahagian depannya dan laluan pejalan kaki dihadapan kedai dari hujung ke hujung memberikan lebih keselesaan dan suasana santai malam yang menghidupkan pekan ini. 



Gambar 5 terkini :  
Bangunan Kelab Golf ini sudah tiada dan digantikan bangunan terbaru sejak tahun 2008. Merlin Hotel diseberangnya juga sudah bertukar kepada Cameron Highlands Resort. 


Gambar 6 terkini :  
Ini sangat istimewa kerana suasana penempatan Orang Asli pada tahun 1959 namun tidak dinyatakan dari mana lokasi gambar ini diambil.  



Mungkin anda ada kisah yang lebih terperinci untuk dikongsikan bersama. 

Jalan masuk ke Kebun Anggur di Lembah Bertam

Terajin nak menjawab soalan tambahan mengenai jalan masuk ke Kebun Anggur di Lembah Bertam sebab ada yang masih bertanya sesuai ke nak bawak kanak-kanak, bayi, orang tua dan sebagainya.

Catatan terkini saya mengenai kebun anggur yang dah mulai dibuka kembali adalah di SINI


Saya tak nak menjawab secara berlebih-lebih sebab dah rasa macam ada 'share saham perkongsian' pula dengan Kebun Anggur ini walhal saya tiada kena mengena. Cuma jarak tempat kerja saya ke sini dalam 2 km lebih saje. Itu yang tahu sikit tu. 

Tapi dah ada yang bertanya, bantu sampai di sini ajelah ya. Saya tak bertanggungjawab ya jika ada apa-apa berlaku. Saya kongsikan cerita aje ni.

Beginilah kisahnya laluan masuk tu.....
  • Jalan Masuk dari tepi jalan bersebelah Joo Huat Nursery adalah secara sekadarnya berkonkrit untuk kegunaan kebun sayur mereka. Tak payah tanya kenapa eh jalan macam tu.... kenapa yeeeeee...
  • Turun bukit dari tepi jalan sebelum anda akan melintasi Sungai Bertam dengan jambatan yang ada sejauh 30 meter sebelum berjalan landai ke plot tanaman berbumbung plastik sejauh 20 meter dan selepas itu 40 meter seterusnya adalah sedikit mendaki. Ambil laluan tepi bertangga. 



  • Seterusnya melalui kawasan kebun plastik bersebelahan dengan plot tanaman bunga kekwa sejauh 93 meter. Ambil masa tangkap gambar di celahan bunga kekwa ini yang baru bertukar warna kuning. 
  • Selepas itu anda akan sampai di Rumah Pekerja berhadapan dengan Plot Anggur 1 yang kini ditutup kerana bukan musim berbuah. Plot yang dibuka adalah plot 2 bersebelahannya sahaja. 



Jarak dari tepi jalan ke plot 1 dan 2 adalah 200 meter sehala. Saya ringkaskan seperti ukuran laluan  di bawah ini. 


Jadi anda buatlah keputusan sendiri sesuai ke tidak nak membawa rombangan anda ke sana. 

Errr yang ini jalan masuk, tapi nak ke sana macam mana pula... saya dah kongsikan PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM .

Harap membantu.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Khamis, 27 Julai 2017

Musim anggur kembali lagi di Lembah Bertam, Ringlet

Musim Buah Anggur masak kembali lagi. Dalam menunggu durian luruh tak sampai sampai rupanya anggur dulu yang masak.

KEMASKINI 31 JULAI 2017: MUSIM ANGGUR DAH HABIS .. awal dari jangkaan kerana diserbu ramai pelancong di minggu sudah.

Saya sempat pergi ke Kebun Anggur di Lembah Bertam semalam selepas saya mendapati papan tanda 'SWEET GRAPE FOR SALE' telah dinaikan. Selalunya ini bermakna kebun anggur ini kembali di buka kepada kunjungan awam.

Saya kongsikan permerhatian saya berdasarkan kunjungan tengahari saya semalam:

  • Buah anggur ketika ini masih banyak dan menunggu ranum untuk dipetik namun sudah ada yang masak untuk dipetik dan dibeli.
  • Buah anggur dijual secara petik sendiri dengan harga RM 22 sekilogram. Ambil raga dan gunting yang disediakan dan pilihlah gugusan anggur yang anda berkenan. Dapatkan tips dari pekerja bangla yang berada di sana mana satu yang manis. Cari yang benar-benar masak dan manis tapi pastikan anda tidak terpikat dengan senyuman manis abangla itu ya. 
  • Tempoh jangka pengeluaran mengikut Untie pemilik kebun anggur ini adalah sebulan lebih sahaja kerana keluasan plot 2 yang lebih kecil daripada plot 1. Namun katanya dengan jumlah pelancong yang sedikit kurang sejak minggu lepas, dia menjangkakan boleh bertahan sekitar 6 minggu. Tapi saya jawab, kekurangan pelancong kerana gaji yang masih belum masuk terutamanya selepas berbelanja sakan di Hari Raya......'ooo itu macam, ini minggu ramai loooo'... senyum untie melebar panjang....
     
  • Kebun Anggur ini terletak dalam kebun sayur dan bunga yang tradisional. Bukan kawasan yang kiosk perlancongan yang selesa dan mudah nak dikunjungi. Ada laluan masuk terhad dan perlu berjalan kaki dari tepi jalan melalui permukaan jalan kebun yang kasar, menuruni bukit sebelum mendaki sedikit dan kawasan dalam rumah plastik. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasut sesuai. 
  • Adakah sesuai untuk kunjungan kanak-kanak... saya katakan ya... masih sesuai
  • Adakah sesuai untuk kunjungan warga emas .... bukan terlalu emas.. dan tidak bertongkat atau berkerusi roda. Tak boleh.
PERINGATAN KERAS:
Harap membantu ya catatan ini, jangan tanya saya  selebihnya sebab saya pun pergi sebagai pelancong sahaja bukan pemilik atau ada kepentingan di Kebun Anggur di Lembah Bertam ini...

Jangan diitukan .. diinikan dingapakan... maklumlah .. ramai sangat Generasi Y sekarang ini, semua nak mula WHY itu ..why ini...

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Isnin, 24 Julai 2017

Cameron Ultra Trail 2017 ..

Saya kongsikan beberapa keping gambar Cameron Ultra Trail 2017 yang
sempat saya rakamkan minggu sudah.

Koleksi selebihnya di Facebook mrkumai.blogspot

Tahniah kepada penganjur.. Tahniah dan syabas kepada semua peserta ...

Kalau 15 km pun dah susah apatah lagi 30km ... 55 km .. 100 km jangan cakap lah yaa...

S

Selasa, 18 Julai 2017

Cameron Ultra Trail 2017.. Kategori 100 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 100 kilometer

Kategori 100 km adalah kategori hardcore kerana perlu mendaki dua gunung sebanyak dua kali dan memerlukan keupayaan fizikal yang amat tinggi.

Tiada yang boleh menyertai kategori ini tanpa persediaan yang rapi dan tahun lepas peserta pertama yang tiba digarisan penamat sampai pada pukul 7 malam !!! 




Laluan Trail 100 kilometer: KLIK



Cameron Ultra Trail 2017 ..Kategori 55 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 55 kilometer. 

Tahun lepas kategori ini melibatkan 50 km sahaja namun terdapat perubahan trail pada tahun ini. 



Laluan Trail 55 kilometer: KLIK


Cameron Ultra Trail 2017 ... Kategori 30 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 30 kilometer. 

Tahun lepas kategori ini melibatkan 25 km sahaja namun terdapat perubahan trail pada tahun ini. 




Laluan Trail 30 kilometer: Klik




Cameron Ultra 2017 .. Kategori 15 km

Saya kongsikan maklumat CAMERON ULTRA TRAIL 2017 bagi laluan larian melibatkan kategori 15 kilometer. 

Tahun lepas kategori ini melibatkan 11 km sahaja namun terdapat perubahan trail pada tahun ini. 



Laluan Trail 15 kilometer: Klik



Cameron Ultra 2017 2

Cameron Ultra 2017 kembali lagi tahun ini dan kali ini masih menawarkan 4 kategori larian namun terdapat perubahan jarak larian iaitu 15 km , 30 km, 55 km dan 100 km.

Saya sekadar nak kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Laman penganjur CAMERON ULTRA 2017.

Tapi sebelum itu, saya kongsikan Klip larian dari  Youtube CAMERON ULTRA 2016.


Saya bukan penganjur tau .. saya sokong penganjuran ini... macam tahun lepas... 

Cameron Ultra Trail 2017

Tanpa  saya sedari, minggu ini akan berlangsung LARIAN ULTRA TRAIL CAMERON HIGHLANDS atau dikenali sebagai CAMERON ULTRA TRAIL 2017 sama seperti tahun lepas. 


Agak sunyi dari publisiti tahun ini rasanya namun saya kongsikan dari info yang saya terima daripada group whatsapp rakan-rakan Hiking Cameron Highlands. 

Seronok nak tengok macam tahun lepas saya bertugas sebagai jurukamera di garisan akhir, cuma tahun ni jadual kerja macam tak mengizinkan pula. Nampaknya Sabtu dan Ahad ini adalah jadual bekerja saya kali ini.

Tahun lepas, saya bersama dengan peserta larian ini seawa pukul 2.30 pagi untuk perlepasan bagi kategori 100 km sehinggalah pukul 7 pagi bagi kategori 11 km.

Malah saya berada di garisan penamat sehingga pukul 7 malam namun tidak dapat meneruskan tugasan ke hari kedua kerana perlu bekerja.

Namun saya kena akui, ini bukan acara biasa-biasa. Bukan untuk mereka yang sekadar nak berlari sahaja tetapi perlu ada kekuatan mental dan persediaan mental yang kuat.

Tahun ini empat kategori 15 km, 30 km , 55 km dan 100 km melibatkan pendakian Gunung Jasar dan juga Gunung Berembun!!! Ini bukan Fun Run!!!

Be prepared.. really prepared!!!

Nanti saya cari rakaman youtube berkaitan....

Saya kongsikan maklumat yang saya perolehi ini.

********************************************

*PROGRAM ULTRA TRAIL 2017 DAERAH CAMERON HIGHLANDS.*

Tarikh *21 - 23 Julai 2017*

*Pengenalan.*
Cameron Ultra Trail merupakan Kejohanan Marathon yang diadakan setiap tahun di daerah Cameron Highlands melibatkan perserta tempatan dan luar negara. Acara ini dianjurkan oleh Bolt Trail Running dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Jabatan Perhutanan, MARDI, JAKOA, Tourism Pahang, PDRM serta Bomba dan Penyelamat. Jumlah peserta dianggarkan seramai 1500 orang. Para peserta akan melalui kawasan hutan simpan di sekitar  Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet.

*Kategori Pertandingan.*
1 - *100 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0345  dan dijangka tamat pada 23/07/2017 jam 0845. (29 Jam)
2 - *55 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0500 dan dijangka tamat pada 22/07/2017 jam 1900. (14 Jam)
3 - *30 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0615 dan dijangka tamat pada 22/07/2017 jam 1415. (8 Jam)
4 - *15 KM* bermula pada 22/07/2017 jam 0730 dan dijangka tamat pada 22/07/2017 jam 1230. (5 Jam)

*Aturcara Program.*
21/07/2017 (Jumaat)
1000 Hrs - *Pendaftaran peserta di Century Pines Resort.*
1600 Hrs - *Jamuan Hari Raya di Century Pines Resort.*
22/07/2017 (Sabtu)
0345 Hrs - *Marathon bermula di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands Tanah Rata.*
23/07/2017 (Ahad)
1000 Hrs - *Penyampaian hadiah*
1200 Hrs - *Majlis dijangka tamat*

Untuk Makluman

Sila rujuk ke laman web pihak penganjur untuk makluman lanjut ya.
CAMERON ULTRA TRAIL 2017

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Ahad, 16 Julai 2017

Gerai Makan MDCH Jalan Mentigi


Setelah ditutup hampir setahun untuk kerja-kerja pembinaan semula, kini Gerai Makan MDCH Jalan Mentigi kembali dibuka. 

Terdapat 12 gerai berwajah baru dibuka dengan pembahagian  8 buah gerai untuk masakan Melayu, 2 buah gerai masakan Cina dan 2 buah kedai masakan India. 

Ada yang dibuka untuk sarapan sahaja atau tengahari dan kebanyakan dibuka sehingga makan malam. 

Konsep gerai adalah meja makan esklusif kepada ruang gerai masing-masing dan bukannya 'free sitting' seperti di Food Court

Ini bermaksud, jika anda duduk di meja dan kerusi yang disediakan oleh pemilik gerai di hadapan gerai mereka jadi kenalah order dari gerai tersebut. Sila ambil maklum ya. 

Lokasi adalah berhadapan dengan Maybank Tanah Rata dan bersebelahan dengan Kompleks Membeli Belah Cameron Fair yang akan dibuka nanti. 

Cuma untuk yang membawa  kanak-kanak sedikit berisiko untuk jatuh kerana laman gerai ini masih belum berpagar dan mempunyai ketinggian dari aras jalan sekitar  1.6 meter. Ayuh kita ajukan cadangan kepada pihak MDCH  untuk penambahbaikan dan kita kongsikan kerisauan risiko keselamatan ketika mengunjungi gerai di sini.

Apa menu istimewa di sini? Itu anda kena kunjungi sendiri. Cuma setakat ini menu biasa dan diusahakan oleh semua pemilik tempatan dan termasuklah tukang masaknya juga orang tempatan. Belum kelihatan kelibat tukang masak import dari Thailand ya setakat ini.

Sent from my S7edge smartphone

Sabtu, 15 Julai 2017

Musim durian di Cameron Highlands dah bermula?

Cuba teka yang mana satu Mamud........

Juga cuba menjawab persoalan salah seorang pembaca yang bertanyakan adakah musim durian sudah bermula kembali di Cameron Highlands.

Soalan ini ditanya pada masa bulan puasa yang lalu.

Saya dah jawab kepada Puan tersebut belum lagi walaupun sudah ada durian dijual di Tanah Rata ketika itu.

Terkini saya bertemu kawan saya, Mamud si penjual durian dan petai yang sering saya kongsikan kisahnya.

Menurutnya , durian mulai luruh dan gugur tetapi tahun ini amat sikit sekali jumlahnya. Malah bekalan yang diperolehinya dari sekitar Kampungnya di sekitar Batu 14 Jalan Tapah juga amat menakutkan jika dilihat harga yang diminta oleh penjual durian.

Malah katanya kini si penjual durian di kampungnya sendiri menjual dengan harga perkilo bukannya biji. Juga mereka sudah mulai mengasingkan jenis durian berbanding dahulu hanya secara pukul rata dalam bakul kutipan durian atau longgokan durian.

Saya sendiri terkelu nafsu nak makan durian bila dimaklumkan harga durian yang dijualnya di Pondok jualannya di laluan utama Tanah Rata ke Ringket iaitu di Bharat Tea Plantation.

Saya masih belum kemaruk untuk membeli dan merasai durian tahun ini tambahan lagi harganya RM 35 sekilogram !!!!

Mamud pun tak berani nak mempelawa saya makan duriannya kerana modal yang diperlukannya amat tinggi.. Tak apa saya paham. 

Saya selalu membeli darinya tanpa tawar-menawar kerana harga yang diberikan sudah harga kawan-kawan. Dan kepada anda yang memang kaki tawar menawar, Mamud berniaga bukan untuk membeli sebuah lagi kereta Porsche atau Lamborgini tau sebaliknya untuk rezeki hariannya sahaja.  

Namun sembang-sembang semalam dengan Mamud masih ada peminat tegar durian sanggup membeli duriannya walaupun harganya amat mahal namun dalam kuantiti sedikit

Durian yang dibawa oleh Mamud amat terhad setiap hari kerana beliau hanya sanggup mengambil satu bakul sehari yang mempunyai berat purata sekitar 30 kilo sahaja. Modal kena besar Jack!!! katanya.....

Kalau anda tak sanggup nak beli durian, Mamud ada juga menjual petai di pondok jualannya. 

Cameron Fair di Tanah Rata

Dari laman web Cameron Fair

Ada yang bertanya saya apakah projek pembinaan berhadapan dengan Maybank di Tanah Rata atau lebih tepat  Persiaran Camellia 4?

Jawapan saya adalah sebuah 'kompleks membeli belah" terbaru malah satu-satunya yang akan wujud setakat ini di Tanah Rata di mana dilengkapi 175 suite apartment dengan sebahagiannya adalah menjadi hotel dibahagian atasnya.

Ini adalah projek pemulihan selepas bangunan asalnya terbengkalai hampir 15 tahun setelah menghadapi masalah kewangan oleh pemaju sebelumnya pada zaman kegawatan ekonomi 1997 yang melanda negara.

Malah ketika saya mulai menjadi penduduk di sini 10 tahun lalu, saya melihat struktur terbengkalai ini setiap hari kerana pejabat saya ketika itu juga berhadapan dengan bangunan ini.

Namun sejak dua tahun lepas, pemulihan projek yang terbengkalai ini telah dimulakan oleh pemaju yang baharu dengan sedikit pindaan pada pelan asal.

Melalui bunting promosi yang dipasang akan mempunyai komplek membeli belah 3 tingkat dengan kedai jualan antaranya DIY, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi di mana terdapat 180 oulet pelbagai saiz ditawarkan.

Manakala di bahagian atas adalah servis apartment dan hotel. Dikhabarkan unit hotel akan diuruskan oleh Avillion Hotel Group Sdn Bhd dan akan dikenali sebagai AVILLION CAMERON HIGHLANDS dengan tawaran 100 unit bilik studio dan 2 bilik apartment yang menanti anda. 

Saya kurang pasti perinciannya namun anda boleh klik di laman web mereka ini CAMERON FAIR untuk lebih lanjut dan perinciannya.  

Yang teruja ketika ini anak-anak saya yang setiap kali melintasi Persiaran Camellia 4 ini akan bertanyakan bilakah CAMERON FAIR ini akan dibuka dan mereka teruja nak ke DIY yang sentiasa menjadi kegilaan mereka setiap kali ke bawah, 

Yang boleh jadi gila nanti adalah saya ....... dugaaannnnnnn poket  tatkala trolley DIY bergerak nanti... 

Errr jangan tambah potensi gila saya ini dengan pertanyaan lanjut. Hubungi mereka yang berkenaan, saya sekadar berkongsikan jawapan dari pertanyaan sahaja bukan pula sebahagian dari mereka. 

Sabtu, 8 Julai 2017

Cameron Highlands kembali dipenuhi Pelancong


Setelah sebulan lebih agak kurang jumlah pelancong yang hadir bercuti di sini kerana bulan puasa, saya mendapati jumlah kehadiran pelancong mulai kembali kepada suasana sesak dihujung minggu.

Ini dapat saya rasai sendiri apabila terjebak dalam kesesakan lalulintas dari Pekan Brinchang untuk ke Kea Farm dan suasana tersebut dirasai seawal tengahari Sabtu. 

Kea Farm kembali sesak menjadi tanda aras kehadiran pelancong yang hadir, 

Saya memerlukan sejam 45 minit untuk melepasi Kea Farm tengahari tadi.

Selamat melancong ....  rancang perjalanan anda ya....  

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Selasa, 4 Julai 2017

Musim bercuti kembali lagi



Selepas sebulan menyepi kerana Bulan Ramadhan, suasana di Cameron Highlands dijangka akan kembali menjadi pilihan pelancong tempatan.

Cuma melihat kepada jumlah pelancong di cuti Hari Raya baru-baru ini hasil daripada sembang-sembang dengan rakan-rakan, saya boleh rumuskan jumlah kehadiran pelancong agak kurang juga berbanding tahun lepas biarpun cuti panjang sehinga seminggu. 

Jadi harapan mereka adalah pada kunjungan pelancong di hujung minggu yang mendatang ini dan khabarnya sudah ada sinarnya melalui pertambahan pertanyaan apartment percutian yang mereka terima.

Itu bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti perlancongan di sini manakala bagi kami yang tiada kepentingan seumpamanya ini pula.. alamak...  layan aje laa

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Khamis, 22 Jun 2017

Selamat Hari Raya 2..


Saya copy and paste lagi dari group whatsapp. Yang anda setuju tu, mungkin boleh anda pertimbangkan untuk diikuti. 

Yang tak setuju tak apala.. yang penting jaga adab kita menjadi tetamu kepada sesiapa sahaja ya.. 

1. Sebagai ibu bapa, JANGAN SEKALI SEKALI MENGAJAR ANAK UNTUK MINTA DUIT RAYA DENGAN SESIAPA. Kita tak tahu mcm mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini mungkin merunsingkan mereka.

2. Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa antara kita yang dah dewasa ni dididik oleh ibu bapa kita untuk minta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab sebenarnya meminta sesuatu yang belum tentu menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab?

3. Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti anda. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.

4. Jangan ingat semua orang bekerja tu banyak duit. Ataupun kalau orang tu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungkin tanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang nilaikan kewangan orang bila anda tidak tahu.

5. Semua orang pun sedar dengan kos sara hidup pada zaman kini kan? Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anda termasuk di dalam antara yang perlu di 'cut cost', sila redha. Jangan mintak duit warna warni sangat.

6. Jaga air muka pemberi duit raya. Didik anak anda untuk tidak buka sampul di depan mereka dan tidak complain tentang amaun yang mereka terima. Malu tau kalau orang kritik hasil derma kita. Dah dapat tu bersyukur.

7. Dengan mendidik anak anda meminta duit raya dengan orang lain atau mengkritik duit raya yang mereka peroleh, anda secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah. Tidak dapat saya nyatakan dengan terang di sini kerana tiada kajian pun tentang isu ni. Rasuah mungkin.

8. Jika anda ialah mangsa keadaan, saya simpati dengan anda. Sediakan jawapan-jawapan awal bagi soalan-soalan di atas. Seperti "mak kau bagi anak pakcik dulu pun dua ringgit je". Ok itu gurau. Anggaplah tu sedekah amal jariah.

9. Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah tu rezeki mereka. Bukan rezeki anda. Maka tak perlu lah demand lebih. Tak perlu minta. Anda mungkin anggap semua gurauan, orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur. Jangan kritik.

10. Hari raya ialah hari bahagia. Berkumpul sanak saudara. Jangan rosakkan mood raya orang lain dengan perangai anda tu.

Sumber: Group whatsapp tadika....

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Selamat Hari Raya


Saya copy paste dsri group whatsapp mengenai command sense semasa kita menyambut hari raya nanti. 

Ini bukan peraturan atau undang-undang tetapi lebih kepada anda fikir sendirilah....

Tips dan undang2 berhari raya di rumah orang! 

1. Jgn dtg rumah org awal sangat. Org masih smbhyg raya.

2. Pastikan anak2 x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah

3. Jgn dtg rumah org tgh mlm. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jgn tanya kenapa baju tuan rumah sama dgn langsir. Brg sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jgn sibuk tanya org bila nak kawen. Kalau dah kawen sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jgn pandai2 tukar channel tv rumah org. Dah diorg sefamily minat hindi jgn pandai2 nak tukar astro ceria.

7. Jgn pakai baju sedondon sgt nanti mcm org nak pergi lumba perahu.

8. Jgn terus ke dapur rumah org. Biasa musim raya dapur mcm tongkang pecah.

9. Budak2 jgn buka angpow dpn tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah kalau dia bagi rm1 ja.

10. Org hidang air terus minum takpayah nak cakap byk.

11. Jgn tumpang kencing kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kueh basi or berkulat, telan ja. Jgn cuba nak selit kueh tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jgn mintak password wifi rumah org..

#copypaste.
#shareπŸ˜œπŸ˜œπŸ˜œπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sent from my S7edge smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...