TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 30, 2020

COVID-19: terkini di dunia 30 April 2020



Dengan kadar peratusan kes 32.55%, negara Amerika Syarikat masih mempunyai bilangan kes yang tertinggi. Negara Rusia pula pada bila-bila masa kes negara itu akan mencecah kepada 100,000 kes.

Dengan kadar peratusan kematian 15.72%, negara United Kingdom merupakan negara tertinggi bagi kadar kematian berbanding sebelum ini adalah negara Belgium.

- CPRC KKM

COVID-19: Kes Kematian terbaru

Terdapat 2 kematian hari ini menjadikan ku jumlah terkini 102 kematian . 

COVID-19: Jumlah yang sembuh

Jumlah sembuh hari ini masih tinggi daripad jumlah kes jangkitan terbaru. 

COVID-19: Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 APRIL 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 57

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,002

Kes sembuh: 84

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,171

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 37 (Seramai 15 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 102

- CPRC KKM

COVID-19. Terkini kes di dunia 29 April 2020


Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.48%, dari negara Amerika Syarikat dimana jumlah kes di negara tersebut melebihi 1 juta hari ini.

Kadar kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan 15.49%.

COVID-19; Terkini 29 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 55 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,087 kes (­­­­­68.75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 29 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 94 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 94 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja.

Sehingga kini, seramai 40 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Wednesday, April 29, 2020

COVID-19: Perincian kes baharu


Daripada 94 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. 

Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja. Rujuk infografik bagi mendapatkan maklumat lanjut pecahan kes penularan tempatan.

#covid19malaysia

Tuesday, April 28, 2020

COVID-19: Kes aktif yang masih dirawat setakat 28 April 2020


Kes aktif yang masih dirawat setakat 28 April 2020 dan trend jumlah pesakit aktif harian mengikut tiga Fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 18 March 2020. 

Trend kes-kes aktif yang boleh menjangkiti orang lain kini menurun pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP Fasa 3 yang berakhir esok. 

Semoga virus COVID-19 ini dapat dihapuskan di bumi Malaysia dan negara-negara lainnya. 

COVID-19; Kes terkini 28 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes (­­68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 100 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

COVID-19; Terkini di Negeri Pahang


Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.
(Kemaskini 27.4.2020 @ 12.00 tengah hari)

Ringkasan:

TIADA KES BARU HARI INI.

BIL. SEMBUH: 18 orang
1. Mukim Kuala Kuantan 1 
2. Mukim Kuala Kuantan 2 
3. Mukim Sg Karang , Kuantan
4. Mukim Beserah, Kuaantan

MUKIM YANG MASIH BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN:
1. Mukim Beserah, Kuantan
2. Mukim Kuala Kuantan 1
3. Mukim Kuala Kuantan 2
4. Mukim Sg Karang, Kuantan
5. Mukim Triang 1, Bera
6. Mukim Pulau Tawar, Jerantut.

Penduduk mukim di atas perlu lebih berhati-hati dan  sentiasa mengamalkan nasihat kesihatan yang diberikan.

Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Jangan rasa selesa dengan bertambahnya zon hijau. Jika kita leka & lalai..kita bakal menambah semula kes di zon-zon tersebut. Perjuangan kita masih belum selesai. Kita belum lagi menang.

Sentiasa amalkan:
- Basuh tangan dengan air dan sabun.
- Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Duduk di rumah. Jangan keluar.

#kitajagakita
#kitamestimenang
#dudukdirumah
#covid19
#koinaksihat

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Monday, April 27, 2020

COVID-19: Kes Terkini 27 April 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 27 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 40

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,820

Kes sembuh: 95

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,957

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 37 (Seramai 17 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 99

- CPRC KKM

COVID-19: terkini di dunia 26 April 2020


Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.38%, dari negara Amerika Syarikat.

Kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan kadar peratus 15.26%.

COVID-19: terkini 26 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 100 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,862 kes (66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan.

Sehingga 26 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sunday, April 26, 2020

COVID-19: Situasi di setiap daerah di Pahang.


Terkini situasi COVID-19 bagi setiap daerah di Pahang.

Alhamdulillah... menuju yang terbaik setiap hari... 

COVID-19: Terkini 25 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 99 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,762 kes (65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 25 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 51 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,882 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 16 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 98 kes (1.71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Saturday, April 25, 2020

COVID-19: Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia


Negara Amerika Syarikat masih mempunyai bilangan kes yang tertinggi iaitu sekitar 32% daripada jumlah kes di dunia.

Bagi kematian peratusan tertinggi adalah negara Belgium iaitu 15.16%.

- CPRC KKM

Friday, April 24, 2020

COVID-19: Kematian terbaru 24 April 2020


Takziah kepada keluarga pesakit yang telah meninggal hari ini. 

COVID-19: Kes yang sembuh 24 April 2020


121 Pesakit telah sembuh hari ini. Syabas kepada KKM yang gigih merawati Pesakit COVID 19 ini. 

COVID-19: Kes Terkini 24 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes (64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 24 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 88 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,691 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,932 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 41 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 96 kes (1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Puasa di Cameron Highlands 2020


Masih terlalu awal untuk berkongsikan suasana berpuasa di Cameron Highlands bagi tahun 2020 ini. 

Semua telah maklum, kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau ringkasannya PKP yang masuk ke Fasa 4 sehingga 12 May 2020. Malah kita juga dapat menjangkakan bahawa sambutan hari raya tahun ini juga akan berada dalam PKP kelima kelak bagi memastikan penyebaran COVID-19 tidak berlaku. 

BAZAR RAMADAN

Dalam PKP ini semua perniagaan seperti pasar ramadhan tidak dibenarkan kerana akan melibatkan perhimpunan ramai orang. Maka di Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengikuti arahan Kerajaan Negeri dan Pusat untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan. 

Biasanya di Cameron Highlands akan terdapat 2 lokasi rasmi Bazar Ramadhan iaitu di Tanah Rata dan Brinchang yang melibatkan 200 gerai secara keseluruhannya kalau tak silap. 

Gantinya atau sebagai alternatif adalah Bazar Ramdhan Online yang diusahakan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands sendiri dan juga peniaga-peniaga melalui khidmat COD yang berdaftar. Bagaimana rupa dan dan perlaksanaannya akan saya kongsikan dalam catatan akan datang selepas beberapa hari berpuasa. 

Semoga ianya lancar dan membantu semua pihak.

SEMBAHYANG TERAWIH.

Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highland juga telah menguatkuasakan larangan solat berjemaah waktu fardu, Jumaat dan kini terawih bukan sahaja di masjid utama tetapi juga di masjid khairiah dan surau-surau taman. 

Hanya laungan azan masih kedengaran setiap kali masuk waktunya dan kelaziman bersolat terawih pasti akan dirasai.

Alternatifnya adalah berterawih di rumah samada berseorangan atau berjemaah dengan ahli keluarga. 

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL. 

Kalau tahun-tahun terdahulu, sebelum puasa lagi kami akan mendapat poster atau pamplet mengenai tawaran pakej berbuka puasa yang dianjuran oleh hotel-hotel sekitar namun tahun ini tiada pakej berbuka puasa dibenarkan. 

Jadi untuk tahun ini mungkin bajet majlis berbuka bersama dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukan. 

CUACA DI CAMERON HIGHLANDS. 

Apa yang tidak berubah adalah cuaca dan suasana berpuasa di sini. Suasana kali ini diramalkan nyaman dengan hujan akan turun setiap petang bagi minggu pertama ini. 

Suhu persekitaran pula dijangkakan sekitar 16 hingga 23 darjah celcius. 

Untuk ke ramalan cuaca ini, saya kongsikan link ke laman web Metrologi Malaysia di sini, KLIK

Selamat berpuasa kepada semua. 

Kita perlu melaluinya dengan Norma Baharu yang menuntut perubahan dan penerimaanya. 




Jadual Berbuka Puasa,Imsak dan Solat Zon 4 Bentong, Raub dan Kuala Lipis 2020

Jadual Berbuka Puasa Zon 4 Bentong, Raub dan Kuala Lipis 2020. Daerah -daerah ini akan berbuka lebih lewat sekitar 4 minit berbanding dengan Daerah Cameron Highlands. 


Jadual Berbuka Puasa, Imsak dan Solat Zon 5 Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi 2020

Waktu Solat dan Berbuka Puasa serta Imsak bagi Zon 5 melibatkan Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi

Jika dibandingkan dengan Cameron Highlands tempat saya ini, mereka berbuka 3 minit lebih lebih lewat.

Selamat berpuasa.

Jadual Berbuka Puasa, Imsak dan Solat Zon 3 Maran, Jengka, Chenor, Bera, Temerloh dan Jerantut 2020

Waktu Solat dan Berbuka Puasa serta Imsak bagi Zon 3 melibatkan Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera dan Jerantut. 

Jika dibandingkan dengan Cameron Highlands tempat saya ini, mereka berbuka 10-11 minit lebih awal.

Tahun ini juga nampak gayanya saya tak sempat dan berpeluang nak berpuasa dan berbuka di kampung halaman saya di Bera.

Selamat berpuasa.

Jadual Berbuka Puasa, imsak dan Solat Zon 2 - Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan 2020

Waktu Solat dan Berbuka Puasa serta Imsak bagi Zon 2 melibatkan Rompin, Pekan. Muadzam Shah dan Kuantan.

Jika dibandingkan dengan Cameron Highlands tempat saya ini, mereka berbuka 12 minit lebih awal.

Selamat berpuasa.

Jadual Berbuka Puasa, Imsak dan Solat Zon 1 Pulau Tioman 2020

Waktu Solat dan Berbuka Puasa serta Imsak bagi Zon 1 Pualau Tioman. 
Paling awal dikalangan rakyat Negeri Pahang untuk berbuka puasa. 

Jika dibandingkan dengan Cameron Highlands tempat saya ini, mereka berbuka 18 minit lebih awal.

Selamat berpuasa. 

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Cameron Highlands 2020

Bulan Puasa tahun 2020 memang agak janggal kerana disambut semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketiga dan keempat malah mungkin akan berlanjutan dengan PKP 5 sehingga selepas raya sebagai langkah pencegahan COVID-19. 

Namun ibadah puasa tetap wajib dilaksanakan dan panduan ini adalah bagi waktu solat dan berbuka serta imsak bagi Daerah Cameron Highlands yang berkongsi zon 7 dengan Bukit Fraser dan Genting Highlands. 

Selamat berpuasa saya ucapkan. Nanti saya kongsikan suasana Ramadan di daerah ini. 

Thursday, April 23, 2020

COVID-19: PKP keempat

Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.


Kelonggaran diberikan kepada mereka yang terkandas di kampung sebelum PKP 1 dimaklumkan. Namun permohonan perjalanan perlu diperolehi daripad pihak Polis bagi tujuan pulang ke rumah masing-masing sahaja bukannya pulang ke kampung. 

Juga kepada pelajar-pelajar IPT yang masih berada di kampus-kampus pengajian yang mana boleh pulang dengan pelan yang akan dimaklumkan kelak. 

COVID-19; Terkini seluruh dunia 23 April 2020


Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.95% diikuti dengan Sepanyol, 7.90% dan Itali, 7.10%.

Jumlah kes di Singapura mencapai 11, 178 kes hari ini dengan 1, 037 kes baharu. Ia adalah 4 hari berturut-turut Singapura mencatatkan kes baharu harian melebihi 1000 kes. 21 kes dari kes baharu tersebut adalah rakyat tempatan Singapura.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

COVID-19: Terkini 23 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes (63.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren yang dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 23 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,603 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 42 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 21 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

COVID-19: Terkini 23 April 2020

#COVID19 🇲🇾 Terkini 23 April.

Kes baharu 71
Kes sembuh 90 
Keseluruhan 5,603
Kes aktif 1,966 

Kematian baharu 2 kes
Keseluruhan 95

COVID-19; Terkini 23 April 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 71

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,603

Kes sembuh: 90

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,542

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 42 (Seramai 21 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 95

- CPRC KKM

Wednesday, April 22, 2020

COVID-19: Status 22 April 2020


#COVID19 🇲🇾 Terkini 22 April. 

Kes baharu 50 
Keseluruhan 5,532 

Kes kematian baharu 1 kes
Keseluruhan 93 kes atau 1.68%.
Sembuh Harian 103 kes

COVID-19: Taburan keseluruhan kes 22 April 2020


Taburan keseluruhan kes #COVID19 di Malaysia termasuk kumulatif kematian mengikut negeri setakat jam 12pm, 22 April.

Kes baharu tertinggi di Sarawak (19 kes) dan kumulatif kematian tertinggi ialah Sarawak dan Johor    dengan masing-masing 16 kes. 

#StayHomeStaySafe

COVID-19:Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.


Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 32.15% diikuti dengan Sepanyol, 7.95% dan Itali, 7.17%.

Manakala negara Belgium pula kekal mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.64%, diikuti dengan Algeria, 13.95% dan Itali iaitu 13.40%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

Tuesday, April 21, 2020

COVID-19: 3 Kematian pada 21 April 2020


Takziah kepada keluarga 3 lagi pesakit COVID 19 atas kehilangan mereka. 

COVID-19: Kes sembuh 21 April 2020


Jumlah ke sembuh hari ini adalah 54 orang. 

COVID-19: Terkini 21 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,349 kes (61.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 21 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,482 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 57 kes, 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara. 39 kes adalah kes penularan tempatan.

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 92 kes (1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

COVID-19: situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah


Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.
(Kemaskini 21.4.2020 @ 12.00 pm)

Ringkasan:

BIL. KES BARU : 8 kes
dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut

BIL. SEMBUH: 7 Orang
1. Mukim Triang 1: 1
2.Mukim Pulau Tawar, Jerantut : 1
3. Mukim Kuala Kuantan 2: 2
5. Mukim Keratong, Rompin : 1
6. Mukim Hulu Telom, Cameron Highlands : 1
7. Mukim Mentakab, Temerloh: 1

Bersama kita putuskan jaringan COVID-19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Sentiasa amalkan:
- Basuh tangan dengan air dan sabun.
- Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Duduk di rumah. Jangan keluar.

Jangan rasa selesa dengan bertambahnya zon hijau. Jika kita leka & lalai..kita bakal menambah semula kes di zon-zon tersebut. Kita masih belum menang.

#stayathome
#dudukdirumah
#covid19
#koinaksihat

COVID-19 : Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia


Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.57% diikuti dengan sepanyol, 8.25% dan Itali, 7.44%.

Manakala negara Belgium pula mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.76%, diikuti dengan Algeria, 14.26% dan United Kingdom iaitu 13.28%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM

COVID-19: situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.


Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah. 
(Kemaskini 20.4.2020 @ 12.00 pm)

Ringkasan: 

BIL. KES BARU : 2 kes
dari Mukim Kuala Kuantan 2

BIL. SEMBUH: 13 Orang
1. Mukim Sabai, Bentong: 4
2.Mukim Pulau Tawar, Jerantut : 2
3. Mukim Kuala Kuantan 1: 1
4. Mukim Kuala Kuantan 2: 2
5. Mukim Penor, Kuantan: 2
6. Mukim Pahang Tua, Pekan: 1
7. Mukim Mentakab, Temerloh: 1

Bersama kita putuskan jaringan COVID-19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. 

Sentiasa amalkan:
- Basuh tangan dengan air dan sabun.
- Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Duduk di rumah. Jangan keluar. 

Bersama menuju ke arah zon hijau bagi semua mukim di negeri Pahang. Perjuangan kita masih belum selesai.

#stayathome
#dudukdirumah
#covid19
#koinaksihat

COVID-19: Status 20 pril 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 98 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes (60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti dilihat beberapa hari ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 20 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 36 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,425 kes. Ini merupakan bilangan kes harian yang paling rendah direkod setakat ini. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes.

Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sukacita dimaklumkan, daripada maklumat terkini yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada sebarang kes kematian yang terbaharu setakat ini. Oleh itu, sehingga pukul 12 tengah hari 20 April 2020, jumlah kematian kekal 89 kes.

Penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua (2) minggu yang lalu.

Namun demikian, jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua (2) minggu akan datang memandangkan aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Monday, April 20, 2020

COVID-19:Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.


Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi  iaitu 31.55%.

Manakala negara Belgium mempunyai kadar peratusan antara yang tertinggi bagi kematian iaitu 14.67%.

Sunday, April 19, 2020

COVID-19: Ringkasan Kes COVID-19 pada 19 APRIL 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 19 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 84

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,389

Kes sembuh: 95

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,197

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 46 (Seramai 26 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 89

- CPRC KKM

COVID-19; Kes Kematian Baharu 19 April 2020



#COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 19 April 2020 adalah seorang.

Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 89 orang dengan kadar kematian di negara ini sebanyak 1.65%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

COVID-19: Pesakit sembuh 19 April 2020


TERKINI #COVID19Malaysia, 19 April 2020.

Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 95 kes.

Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 3,197 kes bersamaan dengan 59.32%  kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.

Terima kasih kepada semua!

#StrongerTogether
#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

COVID-19; Kes terbaru 19 April 2020


Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 18 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 84 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,389 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 95 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,197 kes

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 46 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 89 kes.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 19 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,389  kes dengan 59.32% telah sembuh bersamaan 3,197 pesakit dan 1.65% atau 89 kematian.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

COVID-19; Kematian 18 April 2020


Dua kes kematian baharu #COVID19 dilaporkan pada 18 April. 

Takziah daripada KKM kepada keluarga pesakit.

COVID-19: situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.

Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah. 
(Kemaskini 18.4.2020 @ 12.00 pm)



Ringkasan: 

BIL. KES BARU : 2 kes
dari Mukim Kuala Kuantan 1 & Kuala Kuantan 2

BIL. SEMBUH: 10 Orang
1. Mukim Pulau Tawar, Jerantut : 2
2. Mukim Kuala Kuantan 1: 1
3. Mukim Kuala Kuantan 2: 6
4. Mukim Gali, Raub: 1

Bersama kita putuskan jaringan COVID-19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. 

Sentiasa amalkan:
- Basuh tangan dengan air dan sabun.
- Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Duduk di rumah. Jangan keluar. 

Bersama menuju ke arah zon hijau bagi semua mukim di negeri Pahang. Perjuangan kita masih belum selesai.

#stayathome
#dudukdirumah
#covid19
#koinaksihat

COVID-19: Bilangan pesakit sembuh 18 April 2020


TERKINI #COVID19Malaysia, 18 April 2020. 

Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 135 kes.

Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 3,102 kes bersamaan dengan 58.5%  kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif. 

Terima kasih kepada semua!  #StayatHome #BreaktheChain #KitaMestiMenang

COVID-19: Ringkasan kes 18 April 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 18 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 54

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,305

Kes sembuh: 135

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,102

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 49 (Seramai 26 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 88

- CPRC KKM

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock