TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, April 24, 2020

COVID-19: Kes Terkini 24 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes (64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 24 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 88 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,691 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,932 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 41 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 96 kes (1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock