TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 23, 2020

COVID-19: Terkini 23 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes (63.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren yang dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 23 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,603 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 42 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 21 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock