TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label dari blogger. Show all posts
Showing posts with label dari blogger. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Isu status halal ....


Satu maklumat dan pendedahan yang betul-betul menyentap iman kita sebagai umat Islam. Bagaimana logo Halal JAKIM digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh satu jenama restoran makanan tanpa pernah mendapat pengesahan Halal dari JAKIM sendiri.

Kenapa mereka begitu berani menipu pelanggan khususnya yang beragama Islam tanpa rasa takut sedikit pun?

Restoran/produk berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM :
 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop ( Secara Keseluruhan. Bagaimanapun Ada Branch/Outlet Yang Mendapat Pensijilan Halal Secara Khusus. Boleh Rujuk Di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia )
 

3) Kiwi Express
 
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita.
 
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM

Sila semak disini :    www.halal.gov.my
 
saya sekada memetik kandungan dari laman INI. Kredit untuk pemiliknya.

Thursday, April 4, 2013

Allah pinjamkan saya, Isteri ketika dia sihat dan sakit...

Kisahnya kesetian dan pengorbanan seorang suami bernama Abil ini pernah saya muatnaikan dahulu dan laman webnya saya pautkan di bahagian blog yang saya ikuti.
 
Kisahnya tidak pernah saya ketinggalan kerana menceritakan luahan kasih dan sayang serta ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang sakit... dan kelmarin, Isterinya telah pergi ... 
 
Alfatihah .. dan takziah Abil ...
 
ikuti kisahnya di laman Warkah Untuk Isteri ... klik

“Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.

“Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini.”
Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.

Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh.

“Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena.

“Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap…”

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.

“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali…

“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik,” nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas kehilangan isteri tercinta.

“ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!”

Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup.

Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa.
“Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah.

“Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir-akhir ini tiada lagi.

“Dia pun tidak lagi marah-marah atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan-rakan dan pembaca agar sama-sama mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu.

Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

“Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur.

“Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga.

Sementara itu, rumah Abil tidak putus-putus dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi.

Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.

Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya.

“Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi.”

Tuesday, October 9, 2012

Dari Blogger : Pulau Layang-Layang

Saya ingin memanjangkan catatan dari Blogger yang saya ikuti untuk dikongsikan di sini. Tujuannya hanya untuk berkongsikan sesuatu yang saya suka dengan pembaca mrkumai.blogspot.com.

Tanpa mengambil kredit penulis dan pemilik asalnya, saya akan memberikan sedikit ulasan dan pendapat mengenai catatan blogger terbabit  dan anda boleh untuk mengklik link yang disediakan untuk pembacaan sepenuhnya.. Saya mengharapkan anda memanjangkan pembacaan anda seterusnya dari laman blog mereka. 


Kisah: Pulau Layang-Layang... Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman

Saya menonton kisah mengenai Pulau Layang-Layang di TV3 melalui rencana yang cukup menarik di Majalah Tiga. 

Pulau yang jauh di lautan dan berada disempadan negara kita ini hanya dapat didengar dan dibaca melalui media tanpa mengetahui selengkapnya. 

Dari siri Majalah 3 sedikit merungkai pengorbanan pasukan tentera yang berada di sana bukan sekadar mengawasi keselamatan perairan negara tetapi lebih besar sebenarnya peranan mereka iaitu menjaga kedaulatan negara. 

Tetapi bilamana saya membaca catatan-catatan yang ditulis oleh Mejar, saya amat mengkagumi segala usaha dan individu yang terlibat dari awal hinggalah apa yang dapat kita lihat kini. Bukan sedikit usaha dan pengorbanan yang tercurah untuk menjadikannya sebegini. 

Pulau Layang-Layang sekarang ini bukanlah Pulau Layang-Layang yang dahulu yang sebenarnya hanyalah terumbu karang yang timbul dari dasar yang kecil. 

Tapaknya tidaklah bertanah sebaliknya hanya berpasir dan berbatu karang yang cetek dan jelas kelihatan ketika air surut tetapi akan tenggelam ketika air pasang.

Kerana itulah namanya dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang.

(Saya teringat pula mengenai Pulau Hairan yang pernah mengemparkan negara ketika 1992-1994 yang tiba-tiba kelihatan tetapi hilang pula selepas beberapa tahun.).

Pulau Layang-Layang jika dilihat kepada apa yang ada pada awal mungkin tidak menarik minat sesiapa jika dilihat dari nilai kasarnya tetapi jika dilihat dari skala ekonomi yang tidak kelihatan pasti tidak akan terlepas pandang oleh sesiapa. 

Hanya mereka yang berjiwa besar dan memandang kehadapan sahaja yang bijak untuk memikirkan masa depan yang dijanjikan oleh pulau terumbu ini. 

Antara Insan yang berjiwa besar adalah Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang segera mengarahkan untuk dibangunkan dan ditempatkan sebuah kem pengawasan untuk memastikan kedaulatan pulau terumbu ini.

‘...Pada tahun sama (1981), apabila saya menjadi Perdana Menteri, langkah pertama yang saya ambil adalah menempatkan orang kita di Layang-Layang serta mula membangunkannya sebagai pangkalan kecil dan pusat peranginan.’ Tuntutan dan penempatan anggota tentera bermakna ‘...maka secara automatik kita juga menuntut hak ke atas kawasan yang luas di sekelilingnya’ ('DOKTOR UMUM Memoir Tun Dr Mahathir' ms 366). 

Kisah dan cabaran untuk membangunkan pulau ini diceritakan sepenuhnya oleh Mejar Nor Sulaiman melalui catatan beliau yang lengkap dengan kronologionya, naratifnya pula benar-benar menceritkan keperitan, cabaran, kesungguhan dan juga pelbagai lagi kisah yang tidak pernah didendangkan oleh mana-mana pihak sebelum ini. 

Angkatan Tentera Malaysia yang diberikan tanggungjawab dan amanah ini amat berjasa kepada kita. Antara petikan catatan yang benar-benar saya ingin kongsikan mungkin dapat diringkaskan seperti ;

Apabila kumpulan pertama seramai 11 orang anggota Paskal, termasuk saya, mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. 

Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar.  Jadi, khemah-khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. 

Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan mebasahi pakaian dan peralatan yang ada di  dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

Disebabkan ketiadaan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari. 

Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. 

Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu! 

Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan. 

Pada bulan Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari. 

Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!

Ikuti seterusnya di Jotting of X Nuri Pilot Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman di SINI  Anda pasti akan teruja dan berterima kasih kepada semua yang telah banyak berjasa ini. Selepas membaca kisah ini pasti anda akan lebih menghargai mereka. 

Salute to all!!!

Monday, October 8, 2012

Dari blogger : Jotting of X Nuri Pilot

Untuk katergori terbaru ini, saya ingin berkongsikan laman blogger yang selalu saya ikuti dan baca jika ada kelapangan. Ada beberpa buah laman blog yang saya ikuti secara serius saban hari atau setiap kali posting baru. 

Foto SayaAntaranya laman blog yang dimiliki oleh Mejar (B) Nor Ibrahim bin Sulaiaman yang kini menetap di Jitra Kedah. Tuan Mejar ini merupakan seorang bekas Pilot Helikopter Nuri yang telah banyak berjasa kepada kita baik samada disedari ataupun tidak disedari.

Klik sini Jotting of X Nuri Pilot untuk melihat khazanah blog ini yang sangat bernilai.

Di sebalik burung besi yang gagah membelah awan ini, ada kisah yang tidak pernah didendangkan apatah lagi dilaungkan berkali-kali iaitu kru-kru yang terlibat. 

Tuan Mejar bercerita dari atas pengalaman beliau, harapan beliau dan tanggungjawab yang tidak pernah lari dari melihat semua yang telah berjasa diberikan penghormatan sewajarnya. 

Beliau bercerita mengenai sesuatu peristiwa dan penglibatan langsung beliau ketika itu. 

Saya amat teruja setiap kali membaca kisah-kisah operasi yang pernah beliau lalui dan antara kisah yang amat mengagumkan bukan sahaja kepada beliau tetapi kisah keseluruhan pasukan yang mempertahankan kedaulatan Pulau Layang-Layang.  

Begitu juga dengan kisah sebenar yang berlaku di tragedi Operasi Gubir di Perak pada 26 April 1976  yang menyaksikan barisan wira-wira ini terkorban akibat serangan penganas komunis yang kini ada usaha dilakukan untuk menghalalkan perjuangan pengganas ini oleh sebilangan pihak yang mahukan sejarah dinilai semula hanya kerana kepentingan politik dari sesetengah kaum terbabit.  Macam sial!!!!

Dari laman blog ini, Mejar Nor Ibrahim bukan semata ingin  mengingatkan dan mengenangkan kembali kenangan beliau ketika bergelar perajurit tetapi saya melihat keazaman beliau untuk menceritkan dengan begitu bangga akan kisah perjuangan yang dilakukan oleh barisan perajurit tidak kira di  udara, darat dan lautan yang mungkin tidak pernah dikongsikan apatah lagi dijaja sekian ceruk dan masa. 

Laman blog ini cukup menarik. Anda akan bersemangat setiap kali naratif kisahnya menceritakan keberanian, tindakan pantas dan ketangkasan mereka. 

Anda pasti akan kagum setiap kali ada kisahnya berkisar akan kesungguhan dan pengorbanan mereka. 

Anda juga pasti akan sayu setiap kali mereka menceritakan kisah sahabat dan rakan perjuangan terkorban ketika berjuang. 

Saya mengikuti laman blog ini sejak tahun lalu dan saya mendapati kebelakangan ini kisahnya bertambah padat dengan nukilan dan kiriman pengalaman hidup dari mereka yang masih hidup.  

Ada teman-teman seperjuangannya menghantarkan bingkisan kenangan dan juga dari ahli keluarga yang telah ditinggalkan. 

Kisah ini adalah kisah benar dari mereka. Bukan kisah yang dibuat-buat semata-mata politik dan bukan pula menginginkan sanjungan yang berlebihan sekadar ingatan dan sedikit penghormatan. Sumbernya berdasarkan catatan operasi, jurnal peribadi, log penerbangan, keratan surat khabar ketika itu, koleksi gambar lama, buku kopi dan pelbagai lagi yang sangat menarik untuk dikongsikan. 


Baca dan hayati kisah mereka... anda pasti akan segera ingin 'meludah' kepada mereka yang 'berlagak' wira di luar sana menafikan sumbangan mereka kerana ada kepentingan dan ingin bergelar wira. Celaka !!!

Saya akan membuat beberapa sedutan atau petikan catatan beliau untuk permulaan kepada anda membaca seterusnya di laman web Tuan Mejar Nor Ibrahim ini... Salute Tuan!!!

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013.. ringkasannya... dari kaca mata aku...

Sepanjang hari semalam dan hari ini, antara yang hangat disembangkan adalah BAJET 2013 yang dibentangkan semalam di Parlimen oleh Menteri Kewangan 1 - YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang juga PM kita. 


Untuk percegahan jenayah ini aku rasa wujud keperluan untuk lebih menyakinkan masyarakat dengan khidmat pasukan keselamatan sedia ada. Cuma aku mengharapkan wujud lebih kecekapan dan juga ketegasan dipamerkan dalam setiap apa jua penguatkuasaan undang-undang termasuklah permainan politik dalam perlakuan jenayah ke semua pihak.


Halatuju siswazah yang menamatkan pengajian perlu diperjelaskan lagi dari awal pengajian mereka. Aku lihat golongan sekarang ini masih memilih pekerjaan dan tidak sanggup ke hadapan. Tetapi tidak adil jika kita menuduh sedemikian tanpa sebarang peluang diberikan kepada mereka. Cuma jangan terlalu manjakan mereka. 

Aku percaya bagi mereka yang berada dalam golongan pengurusan yang menghadapi barisan lepasan dan calon pekerja ini mempunyai pandangan dari pengalaman bersama mereka. 


Pendidikan sekali lagi menjadi tunjang kepada bajet. 21% peruntukan bajet dialirkan kepada sektor ini. Cuma aku mengharapkan kali ini saluran peruntukan ini khasnya bagi kemudahan dan prasarana persekolahan di salurkan telus kepada akar umbi khasnya di pendalaman Sabah dan Sarawak yang jauh kebelakang. 

Juga Progaram Permata tu cukup-cukuplah dengan bajet tahun lepas.... hanya yang terpilih sahaja dapat manfaatnya. 


Yang peruntukan dibawah ini pula tidak langsung aku nikmati. Anak kecil lagi nak dapat RM 100. PTPTN pula aku bukanlah peminjam skim ini masa belajar dahulu. Uitm dah bagi semuanya. Makan, kolej, semuanya sekali. Mujur telepon bimbit baru berjinak-jinak dalam pasaran. Lepas zaman aku, (masa extend.kih kih) junior-junior yang dapat PTPTN ni dah macam mabuk teknologi. Telepon bimbit silih berganti. 


Untuk bajet peruntukan dibawah ini pula aku hanya mengharapkan ketelusan dalam perlaksanaan supaya hasilnya dapat dirasai akar umbi bukanya syok sendir. 


Yang ini bagus. Tahun depan ingat nak belajar buat bisnes kecil-kecilan. Dah penat jadi pekerja dan nak rasa sikit jadi bos. Walaupun pahit, kelat dan masamnya pasti akan terasa... nak kena perhalusi peluang ini. 


Yang ini juga perlukan ketelusan dan pengagihan dan mengharapkan tiada ketirisan kepada mereka yang layak seperti mana biasanya kita melihat dan mendengar hanya sebilangan yang menerimanya malah dilihat dari mata kasar, mereka terlebih layak untuk menerimanya.


Semalam semasa bajet dibentangkan khasnya kepada isu rumah ini, aku terfikir mengapa kenaikan ini tidak mampu dikawal seawalnya. Kalau sebelum 2008, aku rasa isu rumah bukanlah sesuatu yang merunsingkan rakyat kerana harganya masih ketat dikawal tetapi selepas 2008 bilamana sebilangan negeri gagal mengawal harga rumah, mula merebak ke kawasan seluruhnya. Harap cegah sebelum parah dapat dilakukan. 


Kesihatan rakyat diutamakan amat bagus. Klinik 1 Malaysia sangat bagus. Harap-harap diantara 70 buah klinik 1 Malaysia ini akan terbina di Cameron Highlands. 


Belia dan sukan berpisah tiada. Juga dengan gajet 3G yang diberi rebat. Cuma aku tak layak dah. Untuk peruntukan sukan pula, kalaulah di Cameron Highlands dibina trek balapan sintetik, aku percaya latihan sepenuhnya dapat dilakukan di sini tanpa perlu ke negara ketiga yang mempunyai hampir sama cuacanya. Kalau dulu KOAM nak buat kat Tawau ke mana di Sabah sebagai pusat latihan mereka kerana persekitaran yang sejuk, aku cadangkan pilihlah Cameron Highlands. Buat trek yang ringkas sahaj bukannya bertaraf antarabangsa. 

Kesian budak-budak sekolah berlari dalam lumpur ketika sukan sekolah dan MSSD. Dulu ada rancangan buat pusat latihan beraltitud tinggi di Lojing yang tak jadi kenyataan di zaman Azalina jadi menteri. Sayang, tak nampak apa pun hasilnya. 

Untuk rekod, Padang Utama Cameron Highlands sedang dinaiktarafkan dengan meninggikan satu atau dua kaki beserta paip bawah tanah dengan kos RM 2 juta. Tapi tak de trek dan balapan.. Ruginya... 


Sukalah bagi anda penjawat awam. Isteri aku pun suka sangat semalam. Cuma tingkatkan prestasi anda. Kami yang swasta ni selalu cemburu melihat anda bekerja dan hasil kerja anda. 

Tak mahu nak terperincikan dimana ketidakpuasan hati kami sekadar memaklumkan, anda diperhatikan dengan rasa cemburu diatas kemudahan dan juga keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Yang ada anak yang dah mula nak bekerja pasti faham beza dan jurang sebagai pekerja swasta dan kakitangan kerajaan.


Yang ini juga aku dah tak layak. Pusingan pertama pun tak layak, apa tah lagi pusingan kedua. Nak panggil bujang, anak dah dua. 

Rumah pertamaku pun terlepas jugak sebab dah beli rumah pertama. Yang pasti terkena subsidi gula naik RM 0.20 tu tak dapat nak lari. Kena lari dari gula. Kurangkan gula. 


Untuk yang ini aku suka sangat-sangat. Cukai turun sikit. SSPN anak kena top up lagi. Boleh top up tambang haji..err turn aku bila ntah ... pemeriksaan percuma.. itu bagus tu... 


Yang ini tak kena secara langsung cuma aku mengharapkan peruntukan yang besar ini mampu memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. Peluang terbuka untuk semua.

Walaupun aku tak dapat banyak sangat, tapi aku bersyukur dengan perancangan ini yang dijanjikan. Usahakan untuk ditepati. 

Kita mungkin tidak mendapat faedah langsung tetapi Insyallah kemakmuran yang diperolehi oleh yang lain akan memakmurkan sepenuhnya negara yang dicintai ini. 

Jangan jadi bangsat sangat .. tamak dan keterlaluan... tak guna kalau dapat janji-janji yang hebat tapi sampai sudah tak ditepati. 

Dah ada buktinya sekarang ini... 

Friday, September 7, 2012

Apa la sangat Merdeka ....

Merdeka ? apa yang penting sangat ni ? apa yang sentimental sangat ni? Setakat nak teriak Merdeka setiap tahun apa yang kecoh sangat ni...
Mungkin sedikit dari kita memikirkan ini bila di tanya kekecohan sambutan merdeka tahun ini. Mungkin semuanya sekadar 'riuh' politik segelintir pihak dan pihak yang lain pula mengambil kesempatan untuk mengeji dan menghina..

Bukan berniat nak mempertahankan sangat pun ..sekadar tunjuk muka kata itu tidak betul dan tidak patut.. berdiri sebagai 'hero' ciptaan sendiri... perjuangan tidak nampak isi dan misi jauh sekali... 

Manakala  di sebelah pihak yang lain sedaya upaya mempertahankan dan menghalalkan apa jua tindakan samada salah atau tidak , wajar atau sebaliknya atas dasar apa jua yang dilakukan perlu disokong agar momentum survival politik berterusan....

Boleh ke tidak dua-dua pihak senyap seketika setiap kali sambutan merdeka.. setiap pihak memperakui kesyukuran atas kebebasan hasil perjuangan menyambut merdeka...

Setiap pihak memperakui sumbangan semua pihak yang lain bukan semata memperjuang dan memperolehi kemerdekaan malah yang mengisi nilai kemerdekaan juga sama berjuang dan berjasa cuma dengan waktu dan peranan yang berbeza. 

Atau semua pihak mahu membina semula 'merdeka' dengan tafsiran sendiri. Kita diminta untuk membenarkan dijajah semula 'seketika' dan kita diminta juga untuk memperjuangankan semula mendapatkan kemerdekaan baru dengan titisan air mata, darah dan keringat atas lorong dan jalur fahaman politik tersendiri yang lebih baru dan bentuk kemerdekaan itu dibina dengan acuan yang baru.

Ini baru MERDEKA yang sebenar kata mereka di akhirnya.. kalau berjaya la...

Jika ini yang diinginkan sebelah pihak..aku menentang dan tidak akan bersetuju... namun hanya suara kecil semata.. tidak terdengar dan tidak terlatah pun pihak yang berkenaan ..

Namun aku menyokong kenyataan Tun Dr. Mahathir ini.. suaranya 'besar' dengan isi yang lebih besar dari pekikan,salakan, lolongan atau sondolan pihak yang lain ini...
Aku sokong Tun .. aku tak sokong Anwar .. jadi kalau tak bersetuju .. tak apa la ... Dah jelas arahnya pun berbeza ....

Memanjangkan bacaan dari Che Det ..di sini


1. We are 55-years old. This blessed multi-racial country of ours has been free for 55 years. For some Malaysians of 55 years and under, to be free of foreign rule is no big deal. Of course we are free, so what?

2. Jalur Gemilang! Just a rag – a strip of coloured cloth. It can be of any colour. What’s so great about the stripes, the star and the moon. Why must we be loyal to a piece of coloured cloth?

3. And the anthem. Is it relevant? Why cannot we sing some other song?

 4. These are said to be symbols. Symbols of what??

5. Of course we are free of foreign rule. For these 55 and under, it is unthinkable to be under foreign rule. What we know is rule by some Malaysians. And they deny us freedom. We cannot demonstrate. We cannot step on pictures. We cannot change the colour of our flag – that rag. We cannot sing other anthems.

6. We cannot do this; we cannot do that. So where is the freedom?

7. I am past 55 years. I lived under foreign rule. I lived under the British when all white men must be addressed as Tuan (master) and white women Mem (a corruption of Madame I suppose). Ours was to obey, theirs was to command. Politics was out of bounds.

8. I lived under the Japanese. We feared for our women. They had to cut their hair short and wore men’s clothing. They hid in the attic, fearing being raped by Japanese soldiers.

9. The Kampetai or military police had a list of Chinese who had actively supported China against the Japanese. Many were executed by decapitation with the curved Japanese sword.

10. Many were arrested and tortured. Water was hosed into their stomach and then forced out through their mouths and noses. They either died or they confessed to whatever crime they were accused of. Then they were taken out and shot.

11. Thailand allowed the Japanese army to land on its beaches and to march down the Isthmus of Kra into British Malaya. After two months of retreat, the British surrendered.

12. As a reward for their cooperation, the Thais were given four northern Malay state – Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu.

13. I experienced Thai rules. We had to respect their flag and anthem.

14. One evening as I was passing the Alor Star Police Station I heard the anthem and I froze, looking up at the Thai flag being lowered.

15. An old Malay man cycled slowly past apparently unaware that he had to get off his bike and stand at attention.

16. The anthem ended as the flag came down. I heard a shout and a Thai soldier who had been standing at attention ran after the old cyclist. He gave a flying kick to the face and the old man fell off his bicycle, lying still on the road.

17. I did not go to his help. I was afraid of the soldier who seemed about to kick the man again. He changed his mind and went away.

18. The Allied forces won the Pacific War and the British returned. They had promised to defend us from foreign attacks. They had failed. We had to live under the Japanese and the Thais.

19. No apologies were offered. They merely threatened to depose the Malay rulers if they did not sign the MacMichael Treaty surrendering their states outright to the British. In the meantime we were ruled by the British Military Administration. No democracy.

20. Then the worm turned. The docile Malays united as never before and forced the Malayan Union to be aborted. Eventually the states of the Peninsular and then the states of Sarawak and Sabah achieved independence as Malaysia.

21. To me being independent will always be something I will cherish. As a Malaysian I don’t have to call foreigners “Master” or Tuan. We don’t have to fear foreigners in our country. We will not have our heads chopped off. We will not be kicked by foreigners in our own country.

22. Yes, our Governments are not perfect. I was expelled from my party. I was ostracised. When I retired I was treated like an enemy of the Government.

23. Others were detained without trial. A few claimed they were tortured. Maybe they were. But that is not the policy of our Governments. The law does not permit that though there are more advanced countries where torture is legalised.

24. There are good things and bad things, good governance and bad governance in independent Malaysia. It is not perfect. But which country is perfect. In America there is much inequality with 1% being extremely rich and 99% poor according to Nobel Laureate economist Joseph Stiglitz. Europe has been in financial crisis since 2008 and appears unable to get out of it.

25. In the Middle East there is the so-called Arab Spring. Many have died. Revolutionary successes have not brought the promised good Governments and prosperity yet. It will take time.

26. Where else? Africa! I don’t think the Africans are better off than Malaysians. Latin America! Yes Brazil. It’s doing well, that’s all I know. The others are not.

27. And in ASEAN. Singapore has done well. But the people seem unhappy. 15% of the population are treated as second class citizens. They are poor. The other countries are so so.

28. Am I stupid? But really there is nowhere else I would like to be other than Malaysia. It’s not a perfect country. I don’t like some of the things I see or experience. But on balance there is more good in independent Malaysia than there are bad things.

29. So I will celebrate Merdeka days. I will fly the Jalur Gemilang and I will sing the National Anthem. I am proud I am a Malaysian, a citizen of an independent country. I will not step on the pictures of people who only know how to hate and have done nothing to make this country better. By doing what they did they have demonstrated that they and the people who lead them are unfit to rule this independent country. They only know hate. Hatred does not develop nations.

30. So I will shout “Merdeka” Malaysia for Merdeka means a lot to me.


Friday, March 30, 2012

Betul ke ? Siti dan Rozita bermadu?

Sesekali memanjangkan catatang mengenai gossip artis ni seronok jugak cuma bukan niat nak mengandu damba atau menyambung fitnag tapi bila di baca artikel ini terdapat penjelasan mengenai Gossip ini. Kepada Siti, bersabar ajelah ye kalau gosip macam ni tersebar dan lebih berat lagi sebab suami sendiri pulak tu. 

Dan satu lagi ... di mana ada gula ..semut pasti bertandang... kepada Rozita Che Wan kalau betul la minat Dato K.. rupanya selera anda sama dengan citi.. abang misai ... cuma.. kat luar sana ramai lagi abang misai yang tak berpunya... cer cari... 





Monday, March 26, 2012

100 Orang yang paling berpengaruh di di dunia...

Aku ralat sikit sebenarnya untuk berkongsi dengan senarai yang dibuat oleh seorang  berketurunan Yahudi ini dalam mengkelaskan 100 orang yang berpengaruh tapi rasanya sekadar berkongsi sahajalah tanpa perlu sokong atau tidak.. boleh tak ? 

Aku tak pasti dia ni sekadar Yahudi atau Yahudi yang mengamalkan Zionis seperti mana ada 'fatwa politik ' mengatakan boleh berkawan dengan Yahudi sekarang ini asalkan bukan berfahaman zionis.. 

Kalau dahulu sebut 'Yahudi' atau asal Yahudi sahaja pun dah mengeletar tubuh badan menahan marah tapi kini sesudah kenyataan 'akan menyokong sebarang usaha mempertahankan keselamatan Yahudi' keluar dari mulut pemimpin anugerah dan agung mereka, maka boleh berkinja-kinja terlebih dahulu.. 

Bukan aku kata.. dia orang yang kata... Aku sekadar mengambil dan memanjangkan sahaja.. 


MICHAEL H. HART adalah seorang keturunan Yahudi yang menuliskan buku berjudul “The 100“, pada tahun 1978. Buku tersebut memuat 100 tokoh yang memiliki pengaruh terkuat dalam sejarah manusia. 

Bukunya secara hangat diperdebatkan, konsep bukunya secara luas ditiru. Penting untuk dicatat bahwa Hart tidak memasukkan orang terbesar. Kriterianya ialah orang yang berpengaruh.

Buku ini dicetak kembali pada 1992 dengan beberapa revisi nyata terhadap daftar urutan 100 dan pangkat luar biasa mereka. Terutama di antara revisi itu ialah penurunan pangkat tokoh komunis seperti Lenin dan Joseph Stalin, dan pengenalan Mikhail Sergeyevich Gorbachev. 

Edisi ini juga memuat Edward de Vere menggantikan William Shakespeare. Hart menggantikan Niels Henrik David Bohr dan Antoine Henri Becquerel dengan Ernest Rutherford, juga membetulkan kesalahan dalam edisi pertama. Henry Ford juga dimasukkan di sini dari yang sekedar “Tokoh-tokoh Terhormat”, menggantikan Pablo Picasso. Akhirnya, urutan itu ditata kembali.



100 Tokoh menurut Michael H. Hart – Berdasarkan Peringkat dan Pengaruhnya


  1. Nabi Muhammad: Penyebar agama Islam, penguasa Arabia, mempunyai karir politik dan keagamaan yang luar biasa, namun tetap seimbang dan serasi, mengakibatkan Nabi Muhammad memiliki banyak pengikut, dan juga menjadi panutan seluruh masyarakat dunia hingga saat ini. Junjungan Besar bagi kami Umat Islam...
  2. Isaac Newton: Fisikawan, pencetus Teori Gravitasi umum, Hukum gerak  
    Isaac Newton
  3. Yesus / Nabi Isa: Isa Al Masih Kristen
  4. Siddhartha Gautama (Buddha): Pendiri agama Buddha
  5. Kong Hu Cu: Pendiri agama Kong Hu Cu
  6. Santo Paulus: Penyebar ajaran Kristen
  7. Ts’ai Lun: Penemu kertas
  8. Johann Gutenberg: Mengembangkan mesin cetak, mencetak Alkitab
  9. Christopher Columbus: Penjelajah, memimpin orang-orang Eropa ke Amerika
  10. Albert Einstein: Fisikawan, penemu Teori Relativitas
  11. Louis Pasteur: Ilmuwan, penemu Pasteurisasi
  12. Galileo Galilei: Astronom, secara akurat mengemukakan teori Heliosentris
  13. Aristoteles: Filsuf Yunani yang berpengaruh
  14. Euclides: Matematikawan, membuktikan tentang Geometri
  15. Nabi Musa: Nabi terbesar Yahudi
  16. Charles Robert Darwin: Biologis, mendeskripsikan teori Evolusi
  17. Kaisar Qin Shi Huang: Kaisar Tiongkok
  18. Augustus Caesar (Kaisar Agustus): Kaisar pertama [Kekaisaran Romawi]
  19. Nicolaus Copernicus: Astronom, salah satu tokoh Teori Heliosentris
  20. Antoine Laurent Lavoisier: Bapak Kimia modern, Filsuf dan Ekonom
  21. Constantine yang Agung: Kaisar Romawi yang menjadikan agama Kristen sebagai agama resmi negara
  22. James Watt: Mengembangkan Mesin uap
  23. Michale Faraday
  24. Michael Faraday: Fisikawan, Kimiawan, menemukan Induksi Elektromagnetik  
  25. James Clerk Maxwell: Fisikawan, penemu Spektrum Elektromagnetik
  26. Martin Luther: Pendiri agama Protestan dan aliran Lutheran
  27. George Washington: Presiden pertama Amerika Serikat
  28. Karl Heinrich Marx: Bapak Komunisme
  29. Wright Bersaudara
  30. Orville Wright dan Wilbur Wright: Penemu Pesawat terbang  
  31. Genghis Khan: Penakluk dari bangsa Mongol
  32. Adam Smith: Ekonom, pelopor Kapitalisme
  33. Edward de Vere, 17th Earl of Oxford: Kemungkinan menulis karya yang berkaitan dengan William Shakespeare
  34. John Dalton: Kimiawan, Fisikawan, penemu Teori Atom, Hukum Tekanan Parsial (Hukum Dalton)
  35. Alexander The Great
  36. Alexander yang Agung / Iskandar Zulkarnain: Penakluk dari Makedonia  
  37. Kaisar Napoleon Bonaparte: Penakluk dari bangsa Perancis
  38. Thomas Alva Edison: Penemu bola lampu dan Fonograf, dll.
  39. Antony van Leeuwenhoek: Ahli Mikroskop, mempelajari kehidupan mikroskopis
  40. William Thomas Green Morton: Pelopor Anestesiologi
  41. Guglielmo Marconi: Penemu Radio
  42. Adolf Hitler: Penakluk, memimpin Blok Poros dalam Perang Dunia II
  43. Plato: Filsuf Yunani
  44. Oliver Cromwell: Politikus Inggris dan pemimpin militer
  45. Alexander Graham Bel 
  46. Alexander Graham Bell: Salah seorang penemu Telepon 
  47. Alexander Fleming: Penemu Penisilin, memajukan Bakteriologi, Imunologi
  48. dan Kemoterapi
  49. John Locke: Filsuf dan Teolog liberal
  50. Ludwig van Beethove: Komponis musik klasik
  51. Werner Karl Heisenberg: Pencetus Prinsip Ketidakpastian
  52. Louis-Jacques-Mandé Daguerre: Penemu/pelopor Fotografi
  53. Simon Bolivar: Pahlawan nasional dari Venezuela, Kolombia, Ekuador, Peru,dan Bolivia
  54. René Descartes: Filsuf Rasionalis dan matematikawan
  55. Umar Bin Al Khatab (Dikatakan) 
  56. Umar bin al-Khattab: Khalifah Ar-Rasyidin kedua, memperluas Daulah  
  57. Khilafah Islamiyah. Penerus cita-cita Nabi Muhammad SAW.
  58. Paus Urbanus II: Penyeru Perang Salib
  59. Michelangelo
  60. Michelangelo Buonarroti: Pelukis, pematung, arsitek
  61. Asoka: Raja India yang masuk dan mengembangkan agama Buddha
  62. Santo Augustinus: Teolog Kristen awal
  63. William Harvey: Penemu sirkulasi darah
  64. Ernest Rutherford, 1st Baron Rutherford of Nelson: Fisikawan
  65. John Calvin: Tokoh Reformasi Gereja, pendiri Calvinisme
  66. Gregor Johann Mendel: Penemu teori genetika
  67. Max Karl Ernst Ludwig Planck: Fisikawan, mengemukakan Termodinamika
  68. Joseph Lister
  69. Joseph Lister, 1st Baron Lister: Pelaku penemuan Antiseptik yang secara besar mengurangi kematian akibat pembedahan 
  70. Nikolaus August Otto: Penemu mesin pembakaran 4 tak
  71. Francisco Pizarro: Penakluk dari bangsa Spanyol yang menaklukkan Kerajaan Inka di Amerika Selatan
  72. Hernando Cortes: Penakluk dari bangsa Spanyol yang menaklukkan Meksiko
  73. Thomas Jefferson: Presiden ketiga AS
  74. Ratu Isabella I: Penguasa Spanyol, penyokong Cristopher Colombus
  75. Joseph Stalin
  76. Joseph Stalin ([[Joseph Vissarionovich Dzugashvili]: Tokoh revolusioner dan penguasa Uni Soviet   
  77. Julius Caesar: Penguasa Roma
  78. Raja William I sang Penakluk: Meletakkan pembangunan Inggris modern
  79. Sigmund Freud: Pendiri sekolah Freud untuk psikologi, ahli psikoanalisis
  80. Edward Jenner: Penemu vaksin cacar
  81. Wilhelm Conrad Roentgen: Penemu sinar X
  82. Johann Sebastian Bach: Komponis
  83. Lao Tzu: Pendiri Taoisme
  84. Voltaire: Penulis dan filsuf
  85. Johannes Kepler
  86. Johannes Kepler: Astronom penemu Hukum Kepler tentang pergerakan planet 
  87. Enrico Fermi: Salah satu tokoh abad atom, Bapak Bom Atom
  88. Leonhard Euler: Fisikawan, matematikawan penemu Kalkulus Diferensial danIntegral serta Aljabar
  89. Jean-Jacques Rousseau: Filsuf dan pengarang Prancis
  90. Niccolò Machiavelli: Penulis Sang Pangeran (risalat politik yang berpengaruh)
  91. Thomas Robert Malthus: Ekonom penulis Esai Prinsip Populasi dalam Pengaruhnya pada Kemajuan Masa Depan pada Masyarakat
  92. John Fitzgerald Kennedy: Presiden AS yang mendirikan “Program Luar Angkasa Apollo”
  93. Gregory Goodwin Pincus: Endokrinolog, menemukan pil KB
  94. Mani (en): Nabi Iran abad ke-3, Pendiri Manicheanisme
  95. Vladimir Ilyich Lenin (Vladimir Ilyich Ulyanov): Tokoh revolusioner dan pemimpin Rusia
  96. Kaisar Sui Wen: Menyatukan Tiongkok, pendiri Dinasti Sui
  97. Vasco Da Gama
  98. Vasco da Gama: Navigator, penemu rute pelayaran Eropa ke India  
  99. Raja Cyrus yang Agung: Pendiri kekaisaran Persia
  100. Tsar Peter yang Agung: Mendekatkan Rusia kepada Eropa
  101. Ma Zedong
  102. Mao Zedong (Mao Tse-tung): Bapak Maoisme, komunisme Tiongkok
  103. Sir Francis Bacon: Filsuf, menggambarkan secara induktif metode ilmiah
  104. Henry Ford
  105. Henry Ford: Pembuat kereta
  106. Meng Tse: Filsuf, pendiri sekolah Konfusianisme
  107. Zarathustra (Zoroaster): Pendiri Zoroastrianisme
  108. Ratu Elizabeth I: Ratu Inggris, memperbaiki Gereja Inggris setelah Ratu Mary
  109. Mikhail Gorbachev
  110. Mikhail Sergeyevich Gorbachev: Perdana Menteri Rusia yang mengakhiri Komunisme di Soviet Union dan Eropah Timur
  111. Raja Menes: Menyatukan Mesir Atas dan Mesir Bawah Kaisar Charlemagne: Kaisar Romawi Suci
  112. Homer: Penyair epik
  113. Kaisar Justinianus I: Kaisar Romawi, menaklukkan kembali kekaisaran Mediterania
  114. Mahavira: Pendiri Jainisme

TOKOH-TOKOH TERHORMAT 
  1. St. Thomas Aquinas: Filsuf Kristen awal yang berpengaruh
  2. Archimedes: Matematikawan dan insinyur besar Yunani kuno
  3. Charles Babbage: Matematikawan dan penemu pelopor Komputer
  4. Kaisar Khufu (Cheops): Pembangun Piramida Besar
  5. Marie Curie: Fisikawan penemu radioaktif
  6. Benjamin Franklin
  7. Benjamin Franklin: Politikus Amerika dan penemu penangkal petir
  8. Mohandas Karamchand Gandhi: Pemimpin India dan pembaharu Hindu
  9. Abraham Lincoln: Presiden ke-16 AS, memimpin selama Perang Sipil AS
  10. Ferdinand Magellan: Navigator, memberi nama Samudra Pasifik, pertama kali mengelilingi dunia
  11. Leanardo Da Vinci
  12. Leonardo da Vinci: Seniman, artis  

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock