TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 25, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands: Kea Farm

Pemandangan kawasan pertanian KEA FARM
Tempat membeli belah paling popular di sini pastinya KEA FARM yang juga merupakan perhentian yang paling tinggi. Kea Farm ini merupakan pasar basah yang hanya menumpukan sayur-sayuran segar, bunga segar, buah-buahan dan pelbagai  jenis cenderemata untuk dibeli dan dibawa pulang.  

Lokasinya adalah bersebelahan Hotel Equatorial yakni sekitar 2300 meter di atas paras laut dan betul-betul berada di laluan utama jalan Cameron Highlands. 



Kenapa ia popular? Apa keistimewaanya? Mungkin ianya amat mudah dijawab kerana lokasi dan juga tumpuan orang ramai membeli sayur-sayuran segar yang dibawa keluar dari kebun. 

Dari jenis sayuran berdaun seperti sawi, kubis, sayuran kegemaran Kaum Cina, kubis, brokoli dan sehinggalah kepada buah-buahan seperti jagung, strawberry, limau dan sebagainya.  

Namun perlu diingatkan bukan semuanya berasal atau ditanam di Cameron Highlands. Contohnya buah-buahan seperti limau , pessimon dan juga jambu.

Begitu juga dengan jenis sayuran antaranya seperti lobak merah besar, cendawan, asparagus dan pelbagai lagi kerana tidak ditanam di sini atau kurang di tanam.

Selain itu, jagung mutiara yang menjadi pilihan utama pembeli juga biasanya dicampur dengan jagung yang dibawa dari bawah seperti dari Malim Nawar, Chemor, Kampar dan Simpang Pulai. Manakala limau besar dan juga Jambu Batu sudah pasti bukan hasil produk tanaman dari Cameron Highlands.


Selain daripada buah-buahan, terdapat pelbagai cenderamata yang mengambarkan mengenai Cameron Highlands yang di jual di sini dengan pelbagai bentuk seperti key chain strawberry, baju, kasut, beg, permaianan dan juga pelbagai makanan ringan seperti jem, coklat, syrup air minuman dan pelbagai lagi termasuklah pilihan tea.


Untuk teh, suka untuk saya ingatkan anda hanya BOH dan Cameron Valley keluaran asli dan aktif bagi Cameron Highlands. Namun anda akan menemui pelbagai jenama lain seperti Highlands Tea, Coklat Tea dan pelbagai lagi. Dikhabarkan ianya dibungkus semula dan sumbernya adalah dari Indonesia. 


Kadang-kadang anda akan menemui Blue Valley Tea. Muskhilnya, ladang teh Blue Valley sudah lama berkubur dan bertukar menjadi kebun-kebun sayur. 


Manakala bagi kaum wanita pastinya pilihan utama adalah membeli bunga-bungaan seperti ros, dahlia, carnation dan pelbagai lagi yang segar dan baru dipetik dari kebun malah terdapat yang sudah diawetkan. Begitu juga dengan pilihan pokok-pokok berpasu yang juga dijual termasuklah kaktus.

Tips Keselamatan :

  • Terletak di jalan utama, maka keselamatan ketika melintas amatlah perlu diberi tumpuan terutama yang membawa kanak-kanak kecil yang sememangnya teruja untuk melintas jalan dengan segera kerana tarikan di seberang jalan.
  • Jangan meletak kenderaan di sepanjang garisan kuning. Nanti bila tiba sang Jaka Putih meletak nota samannya pastinya akan menaikkan kos pembelian anda yang awalnya murah. 
  • Ketika melalui deretan kedai di jalan menuju kedalam, beri tumpuan kepada kenderaan kerana ianya juga merupakan jalan tunggal bagi penduduk untuk keluar ke jalan utama. 
  • Letak kenderaan anda sama ada lebih jauh sedikit menghala ke Hotel Equatorial.

Tips Membeli Belah:
  • Jangan terpedaya dengan jumlah paket plastik seperti 12 paket RM 10 kerana jika anda meneliti beratnya tidak sampai sekilo. Contohnya anda membeli 12 paket sawi dengan hanya RM10 dan kelihatan murah tetapi tahukah anda sekilo sawit hanya sekitar RM 3-5. Cuma anda boleh mempelbagaikan jenis sayur yang boleh dibeli.
  • Jangan terpedaya dengan longgokan kubis besar yang di sertakan dengan cauliflower dan brokoli seperti longgokan 3-4 biji semuanya. Harga kubis hanya sekitar RM 2-4 sekilogram !!! Mahal sedikit cauliflower dan brokoli (pastikan ada daun bersama, jika tidak adalah dari China!)
  • Ingin membeli Carot besar ? Anda boleh membelinya di Tesco kerana carot besar tidak ditanam di Cameron Highlands. Semuanya dari China. Baby carrot beserta daun barulah yang ditanam di sini.
  • Jagung besar dan panjang adalah jagung dari bawah. Jagung Cameron adalah kecil dan pendek. Dua-dua rasanya manis. Perlu di kukus bukannya rebus.
  • Strawberry murah di sini tetapi janganlah membeli strawberry yang berlapikkan daun. Anda membayar untuk sampah sebenarnya kerana buahnya sedikit dan daunnya sekadar perhiasan bukan untuk dimakan.
  • Jambu batu yang digelar Jambu Kristal atau Epal Cameron Highlands adalah jambu Bidor yang dikisar kulitnya dan direndam dengan pewarna samada hijau ataupun pink.


  • Bunga yang segar adalah ros, dahlia,carnation dan sebagainya. Kalau ada yang menawarkan daun yang diawet dan tahan sehingga 2-3 tahun , gelakkan sahaja. 
  • Bagi pengunjung muslim, hanya deretan kedai atau gerai makanan di bahagian hadapan sahaja yang benar-benar diusahakan oleh peniaga muslim. Di bahagian dalam kebanyakkan adalah penjualnya gadis Indonesia tetapi dimiliki oleh peniaga Cina. 
  • Tertarik dengan gadis penjual.? Anda mungkinmendapati mereka boleh bertutur dalam dialek Kelantan dan Utara tetapi mereka adalah gadis Indonesia!!! Jangankan bahasa loghat anda mereka boleh bertutur malah dialek tianghua, mandarin malah hakka pun mereka tahu!!!
Sentiasa bertanyakan harga rendah dan rasional. Jangan malu tawar menawar dan usah bimbang peniaga ini tidak lah akan menjadi samseng atau paling hebat tidaklah sampai tahap peniaga samseng di Petaling Street.
Selain daripada KEA Farm terdapat sebuah lagi hentian popular iaitu hanya 300 meter ke atasnya iaitu Simpang Sungei Palas.  

5 comments:

Anonymous said...

tips yg menarik untuk mebeli belah

Anonymous said...

tips yg menarik untuk mebeli belah

Mrkumai @ Jack said...

terima kasih

Unknown said...

Terima kasih kongsi tips. Cadang nak ke Cameron hujung minggu ni.. Sangat bermanfaat. TQ

http://aisasalwani.blogspot.com/

Anonymous said...

Good info. Tqvm!!!

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock