TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, March 22, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Waktu yang sesuai...

 
Untuk catatan kali ini, rasanya ramai yang tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk ke sini melancong dan bercuti. Soalan pertama, musim hujan ke tidak di sini. 

Untuk sedikit tips mengenai waktu yang sesuai adalah sukar sebenarnya kerana kalau saya katakan inilah yang terbaik , senario perubahan cuaca di sekitar sini kebelakangan 5 tahun saya menetap di sini berubah-ubah coraknya.

Musim Hujan:
Pada tahun 2007, musim hujannya adalah sekitar bulan Julai hingga Oktober tetapi pada tahun 2009, seawal April hingga ke penghujung tahun malah melangkau sehingga bulan February tahun 2010.

Pada tahun 2010 musim hujan nampaknya agal lenggang sekitar Oktober ke December. Masuk tahun lepas musim hujan adalah sekitar bulan yang sama dan tahun ini, 2012, sehingga catatan ini dibuat yakni March, cuaca agak baik kecuali awal Januari yang lalu

Istilah musim hujan bukanya bermaksud hujan biasa tetapi musim hujan yang berpanjangan atau setiap hari.
Paling teruk saya rasa ketika tahun 2009 yang hujannya mencecah 240 mm sebulan malah saya pernah mencatatkan setinggi 2600 mm setahun.  (Saya kurang ingat bulan dan tahun yang mana).

Apapun purata hujan tahunan di sini sekitar 2000 mm - 2400 setahun.

Kenapa saya mengambil tahu mengenai taburan hujan? Kerana keperluan tugasan dan kerja harian saya sebagai petani yang memerlukan data-data ini.

Sekitar pemerhatian kasar saya, waktu yang sesuai ketika lewat Feb hingga ke penghujung May serta seawal Ogos ke penghujung Oktober.

Tips untuk mengetahui corak cuaca disini ialah mengambil contoh corak cuaca di sebelah utara khasnya di Perak. Jika musim hujan atau angin di sana biasa di sini terkena tempiasnya.

Suhu:
Untuk suhu saya akan kecualikan penulisan ini kerana saya akan dapatkan perincian terkini dan rekod terdahulu yang saya simpan. Mungkin saya kongsikan di sini ataupun dibuka satu lagi catatan yang lain.

Hari dan Minggu:
Saya sering ditanya bila hari yang sesuai. Jawapan saya sekitar penghujung minggu jika anda tidak kisah akan kesesakan dan kesibukan yang ada disini. Manakala untuk hari Isnin biasanya banyak kedai -kedai dan pusat jualan yang ditutup kerana rehat selepas sesak dan sibuk di hari minggu. Malah kadangkala melangkau ke hari Selasa.

Namun biasanya untuk musim cuti sekolah, ianya akan terus dibuka. Manakala untuk yang sesuai adalah semua minggu kecuali cuti sekolah atau hujung minggu yang panjang kerana cuti umum melainkan anda tidak kisah dengan kesesakan dan kesibukan.

Cuba elakan datang selepas minggu cuti sekolah kerana pasti kedai-kedai akan bercuti panjang kerana menghilangkan penat ataupun istilah orang sini 'mengira duit untung yang tak habis lagi' selepas cuti yang sibuk dan ramai pengunjung. Malah kami sebagai penduduk tempatan kadangkala sukar untuk mencari kedai makan. 

Juga elakkan untuk datang semasa cuti perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Haji kerana kedai makan Muslim kebanyakkan di tutup untuk dua atau tiga hari pertama malah kadangkala ditutup terus melainkan anda mewah makan di hotel dan makanan segera seperti KFC ataupun Marrybrown ataupun Starbuck. 

Apapun saya mengharapkan catatan ini membantu anda membuat keputusan..

Tips :
  1. Samada musim hujan atau tidak seperti yang anda ramalkan, bawa payung yang ada. Membeli satu payung mungkin tidaklah mahal tetapi untuk 3 atau 4 unit adalah membazir.
  2. Bawa baju sejuk bersama untuk anak-anak kecil.
  3. Bawa tambahan selimut atau toto jika menginap di apartment percutian kerana jika ramai pasti akan berebut. Kalau ingin membeli di sini, pilihan adalah di Pasaraya Sakan di Brinchang.
  4. Bergerak awal pagi untuk mengelakkan hujan di waktu petang...
Selamat melancong... jika catatan ini membantu anda... catatkan komen anda di bawa... komen anda menambah semangat menulis catatan lain... 

19 comments:

noulha said...

terima kasih untuk penjelasan yang detailed sekali. sy nak tny, untuk musim cuti sekolah pasar malam brinchang memang ada kan tak kira hari ahad-khamis?

noulha said...
This comment has been removed by the author.
Mrkumai @ Jack said...

Terima kasih ... memang kalau cuti sekolah , pasar malam akan dibuka sepanjang tempoh cuti sekolah tersebut. malah kadang kala seawal jam 2 petang dah mula menyusun meja dan khemah ...

kadang kala kalau cuti umum yang jatuh pada sambungan cuti mingguan seperti hari isnin atau jumaat ... maka pasar malam akan turut bersambung ..

selamat melancong ke CH ...

Mohamad Ashik said...

Tq. Untuk info. Cuti sekolah jalan jem teruk ker? Saya memang tak pernah ke CH. 1st time nak pergi hujung bulan 5 nie ms cuti sekolah.

leen said...

Terima kasih atas pengkongsian maklumat yg berguna. Saya bercadang untuk melawat Cameron Highland lagi pada Disember 2013 ini. Agak2 musim hujan tak ya masa tu. :)

Mrkumai @ Jack said...

sukar untuk meneka cuaca. cuma pengalaman mengatakan hujan tetapi tidaklah selebat bulan 10 dan 11 yang biasanya lebat...

zue awi said...

Saya nak pergi CH pada hari sabtu ni (14 Sept 13). Sekarang musim hujan ke? pada waktu pagi atau petang? terima kasih.

Dunia Mrs. Pejan said...

Hai..
Terima kasih atas segala info yang dikongsikan bersama. Boleh saya tahu, sekarang ni iaitu awal bulan 10 2013 ni memang cuaca di Cameron Highlands sentiasa hujan ke?? Memang bulan 10 tidak digalakkan untuk bercuti ke sana ke??

Mrkumai @ Jack said...

Sekarang sepatutnya musim hujan cuma kali ini kekerapan kurang sedikit berbanding tahun lepas.. kira masih terasa panas.

Cuma kalau dia nak berkabus tu, tetiba aje akan berkabus. Rasanya dah beberapa kali berkabus tebal dalam minggu ini dan sudah.

Dan ketika saya menulis ini, baru turun hujan sedikit lebat ...

selalunya petang sahaja... pagi sekali sekala..

Anonymous said...

Agak2 bulan nov nanti musim ujan atau tdak

Unknown said...

sy nk ke sana bln 12 ni, cuaca ok x?

Anonymous said...

sy nak tanya,sy nak menginap seorng klu boleh area brinchang..tapi klu boleh ada sediakan tmpat untk memasak,dapur.... dan harga yg berpatutan sbb sy akan menginap dlm 3ari....

Anonymous said...

Boleh bg tips bila masa yg sesuai utk memetik strawberry?

Anonymous said...

Adakah selamat jika saya melawat cameron sekarang

Cik Poy said...

Alhamdulillah.Trime kasih kpd penulis krn dpt mluangkn mase brkonsi maklumat menarik dn brguna khususnya kpada org cm sya yg mmg x prnh ksane.
Sya sekeluarga ad wat prancangan nk ksane mngkin dalam bulan 4. kami merancang pergi pada hari rabu,khamis n jumaat. Adakah hari itu sesuai? saya perlukan cuaca yg baik coz my father mnggunakan kerusi roda. TQ

Unknown said...

Gud info

Unknown said...

Hai.. Tumpang tnya Agak2 hujung bulan satu(20/01/2018) kalau saya pergi cameron .. Cuaca dia okk tak..

Unknown said...

Hai..nak tanya boleh.. bulan 3 november 2018..rasa nye cuaca macam mana dekat sana.. hujan lebat atau biasa2..

mie said...

Err..bulan ini yakni bulan 12 sesuai x utk ke ch?sy dari trengganu.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock