Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com
TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:
Monday, August 16, 2021
Sunday, August 15, 2021
Kes harian 8-15 Ogos 2021
Saya sekadar nak kumpulkan laporan kes harian yang dicatakan dari 8 hingga 15 Ogos 2021.
Tercatat 21,668 kes harian pada 12 Ogos 2021 sebagai rekod kes harian tertinggi setakat ini manakala 8 Ogos 2021 menyaksikan seramai 360 pesakit COVID-19 telah meninggal dunia dan jumlah ini merupakan jumlah kematian tertinggi sehari setakat ini.
Monday, August 9, 2021
Jenis Varian Covid-19
Jom kenali varian COVID-19 yang telah dikenalpasti di dunia. Kesan varian ini berbeza dengan yang lain dan ada antaranya amat merbahaya.
Thursday, August 5, 2021
Saturday, July 31, 2021
17,786 kes harian positif di Malaysia
Sunday, July 25, 2021
Kes kumulatif mencecah 1 juta kes
17,045 kes harian tertinggi!!!
Saturday, July 24, 2021
Tertinggi Positif COVID-19
Hari ini mencatatkan kes harian positif tertinggi setakat ini. Hari kedua berturut-turut melepasi angka 15 ribu kes.
Sunday, July 18, 2021
Jumlah kematian harian tertinggi 153 kematian
Hari ini dilaporkan 153 kematian melibatkan pesakit Covid-19 dan ini adalah angka kematian harian tertinggi setakat ini.
Takziah kepada semua keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 ini.
Status Terkini #COVID19, 18 Julai 2021
Kes sembuh= 5,778
Jumlah kes sembuh= 784,949
Kes baharu positif= 10,698 (12 import)
Jumlah positif= 916,561
Kes kematian= 153
Jumlah kes kematian= 7,019
Kes dirawat di ICU= 909
Bantuan alat pernafasan= 445
10,710 kes positif COVID-19 seluruh negara...
Hari ini menunjukan sedikit penurunan kes positif harian CVID-19 di seluruh negara namun masih dalam lingkungan 5 angka.
10,710 kes dilaporkan dengan Selangor mencatatkan bawah 5,000 kes selepas 3 hari melebihi angkat tersebut. Begitu juga dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang kembali dibawah paras 1000 kes.
Kebimbangan terasa bilamana melihat peningkatan kes di 3 buah negeri iaitu Johor, Sabah dan juga Kedah yang agak ketara sejak dua hari ini. Malah Johor kini berada dikedudukan ketiga tertinggi mengambil alih kedudukan Negeri Sembilan.
Apapun kita mengharapkan cuti hari raya Aidiladha Selasa ini tidak akan menyumbangkan penambahan kes akibat pulang beraya di kampung biarpun laporan media mengatakan pertambahan jumlah aliran trafik ke Pantai Timur khasnya Kelantan sedang berlaku.
12,528 kes positif COVID-19
Hari ini jumlah kes positif harian COVID-19 masih lagi berlegar di lima angka dengan 12,528 kes dilaporkan di seluruh negara. Jumlah kematian juga amat tinggi hari ini demgan 138 kematian dilaporkan.
6480 kes pula melibatkan pesakit tanpa bergejala dan ini mungkin menjadi penyumbang jangkitan tanpa disedari dan mereka adalah kelompok saingan kontak rapat selepas kes positif di kesan.
Saturday, July 17, 2021
12,541 kes harian COVID-19
Thursday, July 15, 2021
13,215 kes positif Covid-19 - rekod tertinggi.
Setelah 2 hari negara mencatatkan kes harian tertinggi sekitar 11,000 kes, hari ini jumlahnya lebih menakutkan iaitu 13,215 kes positif.
Ini juga merupakan rekod baharu jumlah kes tertinggi dan ianya berturutan selama 3 hari setakat ini untuk saling dipecahkan.
Semoga ianya tidak terus naik mendadak dan kembali turun jumlah kes harian ini,
Negeri Selangor menjadi penyumbang utama dan sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi bagi negeri ini dengan jumlah 6000 kes.
Hari ini pula Negeri Sembilan juga memintas Kuala Lumpur untuk berada di tempat kedua dengan 1600 kes dan 1400 kes bagi Kuala Lumpur.
Wednesday, July 14, 2021
Pecah Rekod .... 11,618 kes harian tertinggi
Semalam baru sahaja saya berkongsikan Rekod Kes Harian Tertinggi COVID-19 di Malaysia iaitu 11,079 kes.
Hanya memerlukan kurang 24 jam sahaja untuk dipecahkan rekod tersebut kerana hari ini sebanyak 11,618 kes dicatatkan hari ini.
Jangkaan ramai pihak adalah kes akan bertambah lagi banyak pada hari mendatang.
Selangor masih merekodkan lebih 5000 kes hari ini diikuti Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan 1500 kes. Perlis yang 0 kes semalam hari ini merekodkan 3 kes.
Tuesday, July 13, 2021
Sejarah kes COVID-19 tertinggi, 11,079
Hari ini tercipta satu sejarah kepada Negara Malaysia. Cuma ini bukan sejarah yang nak kita dengar, lihat, hajati atau impikan. Malah ia juga bukan satu sejarah yang nak dibanggakan atau akan dikenang sepanjang masa.
Sejarah tersebut ialah Jumlah Kes harian COVID-19 TERTINGGI . 11,079 kes positif dilaporkan pada hari. Angka yang melebihi jumlah 10,000 ribu yang dijangkakan.
Namaun ini bukan agak pelik atau berlaku secara tiba-tiba kerana bermula dari 7 Julai 2021, jumlah kes positif harian mencecah 7,000 kes sebelum ke 8,000 dan 9,000 secara berturut-turut. Tiada tanda-tanda kes akan berkurangan.
Thursday, April 30, 2020
COVID-19; Terkini 29 April 2020
Wednesday, April 29, 2020
COVID-19: Perincian kes baharu
Tuesday, April 28, 2020
COVID-19: Kes aktif yang masih dirawat setakat 28 April 2020
Trend kes-kes aktif yang boleh menjangkiti orang lain kini menurun pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP Fasa 3 yang berakhir esok.
Semoga virus COVID-19 ini dapat dihapuskan di bumi Malaysia dan negara-negara lainnya.





































