Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Selasa, 29 Januari 2013

Tema Bulan Februari 2013: Felda Kumai.. dihati selamanya...

Tema bulan February ini akan saya lebihkan kisah-kisah mengenai FELDA KUMAI .. tergerak untuk mencatatkan mengenai felda sendiri ini sebab rasanya banyak kisah yang boleh dikongsikan sekadar mengimbau kenangan di masa silam. 


Saya pasti bagi anda warga generasi felda mana sekalipun akan mempunyai kenangan silam yang manis dan pahit dan cukup berbagai rasa jika dikenang-kenang semula. 

Harapan saya catatan-catatan ini akan dapat membantu saya dan anda segar kembali dengan kisah suatu ketika dahulu... 

Namun Insyaallah, akan saya muatnaikan juga beberapa catatan mengenai Cameron Highlands jika ada bahan catatannya..

Bulan Januari 2013, agak perlahan catatan saya mengenai Cameron Highlands, namun Alhamdulillah, mencecah juga 200,000 halaman dibaca...

 terima kasih ...  Felda Kumai.. dihati selamanya...

Isnin, 21 Januari 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Doktor Ayob Resources

Memulakan semula catatan mengenai Cameron Highlands kali ini tepaksa saya melakukan bypass ataupun sedikit pintasan di mana artikel yang saya kongsikan nanti saya petik sepenuhnya dari laman blog pengusaha yang berkaitan dengan Cameron Highlands seperti holiday percutian ataupun perniagaan.

Terpaksa meminjam gambar-gambar mereka sehingga masalah kapasiti blog saya selesai. Namun di atas prinsip saya pernah mengungjungi sendiri ke lokasi mereka ini . 

Untuk catatan ini saya menjengah ke DOKTOR AYOB RESOURCES. Doktor Ayob ini sememangnya satu-satunya klinik persendirian melayu di sini . Klinik terletak di Tanah Rata bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional. Beliau mudah untuk didekati dan amat terkenal di sini. Malah ada yang bukan melayu kata, kalau dia bertanding, gerenti menang... 

Apapun bukan hanya klinik sahaja yang diusahakan oleh beliau. Beliau juga mempunyai beberapa unit apartment percutian dan homestay yang boleh ditawarkan kepada anda.

Kesemua unit yang ditawarkan khusus untuk MUSLIM sahaja. 

Homestay:

Tentunya di Kg  Taman Sedia. Saya amat mencadangkan anda mencuba banglo ini jika anda datang berkeluarga besar dan inginkan suasana yang tersendiri. Kemudahan yang lengkaop termasuklah laman yang luas dan pondok BBQ . Menyediakan surau kecil untuk berjemaah dan boleh menjadi tempat tidur bagi budak-budak bujang. 

Lokasinya di Taman Sedia yang terkenal dengan produk Strawberry. 



Royal Lily Apartment: 
The unique yellow and green entranceApartmentSejujurnya saya tidak pernah sampai ke unit beliau tetapi saya percaya dengan kemudahan yang ditawarkan amat berbaloi. 

Jika berkeluarga besar dan inginkan unit bersebelahan, di sini anda boleh mendapatkannya. 

Harga ditawarkan sekitar RM 250-300 semalam. 

Setiap unit dihias dengan berbeza konsep seperti rumah kuning yang lebih kemelayuan . Saya sukakan hiasan pembahagi ruang dapurnya. 


Rumah Teres di Taman Royal Lily:
Rumah teres dua tingkat dengan kemudahan 4 bilik dan ruang tamu serta dapur yang amat selesa.

Amat sesuai dengan kunjungan bekeluarga dengan kemudahan memasak dan boleh bersantai.

No 8 Double Storey House

Sebaiknya anda membuka laman web Dr. Ayob ini.. KLIK SINI

Pasti berbaloi..

Jumaat, 18 Januari 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Marina Chalet @ Taman Sedia

Saya akui tahun 2013, agak perlahan sedikit penambahan catatan di mrkumai ini. Selain dengan masalah kapasiti blog yang dah penuh, saya juga agak sibuk dengan perancangan dan tugasan syarikat di awal tahun. Fokus dan keutamaan perlu diberikan sewajarnya kepada amanah ini. 

Namun menyelit sedikit catatan mengenai Cameron Highlands adalah satu catatan yang lama saya ingin kongsikan malah saya pernah kongsikan sebelum ini melalui petikan akhbar mengenainya iaitu MARINA CHALET.

Saya rasa, chalet ini adalah perentas jalan kepada kewujudan chalet dan homestay di Taman Sedia. Kisahnya boleh anda cari di dalam laman mrkumai ini melalui catatan terdahulu. 

Cuma saya tidak membuat catatan mengenainya kerana tidak kesempatan untuk singgah ke sana kecuali minggu lepas semasa mengambil anak dari tadika Islam yang terletak berdekatan. 

Bersembang-sembang dengan pengurusnya yang juga anak pemilik chalet ini , Suhaimi yang ramah dan amat aktif dengan laman blog maklumat pertaniannya . Kebun Warisan . 



Selebihnya saya akan kongsikan sambungan ke laman web mereka dengan mengklik di SINI.

Pemerhatian saya, chalet ini mempunyai 18 buah bilik penginapan untuk anda pilih dan difahamkan oleh Suhaimi, dia sedang membuat 3 buah bilik untuk penginapan keluarga ala banglo. 

Kedudukan biliknya bersebelahan antara satu sama lain dan sesuai untuk penginapan keluaga dan tidak perlu memanjat bukit bagi orang tua atau warga emas ataupun ibu mengandung.  Rujuk kepada pamplet mereka di bawah untuk maklumat lanjut mengenai harga dan kemudahan yang disediakan. 


Terletak di Taman Sedia yang mempunyai pelbagai tarikan khasnya tanaman dan industri hiliran strawberry, anda boleh mengunjungi kiosk dan kebun tersebut dengan mudah. 

Terdapat ruang 'lepak' yang sesuai untuk membuat bbq ataupun duduk bersantai sampai lewat malam bagi perjumpaan reunion. 

Surau Taman Sedia hanya terletak bersebarangan dengan Marina Chalet ini dan mudah untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu solat. 

Selebihnya saya tampalkan gambar-gambar seperti di atas yang saya ambil dari laman blog mereka. Cuma Pamplet yang di atas ini rasanya versi lama. Jadi apa kata anda hubungi sendiri mereka melalui;

01933 555 42 (Suhaimi) ataupun En. Yusri 019 637 1570. 
Telepon pejabat 054911295 fakximili 05 4913199 
atau email chaletmarina@gmail.com 
atau Facebook di http://www.facebook.com/suhaimi.mike

Jumaat, 11 Januari 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Muslim Hotel and Cafe

Salam 2013. Memulakan tahun baru ini dengan sedikit perlahan dari segi catatan tambahan yang boleh dimuatkan di dalam mrkumai.blogspot.com berikutan masalah kapasiti blog yang telah habis. Saya tidak dapat memuatnaikan gambar-gambar terkini biarpun terdapat hampir 9 draft catatan yang telah disiapkan. Insyallah akan diusahakan caranya nanti. Jika anda mempunyai tips. kongsikan bersama saya di sini.  
 
Untuk tahun 2013, ini saya merumuskan sepanjang 6 hingga 7 tahun menetap di sini, penghujung tahun yang lalu Cameron Highlands lebih meriah dari segi jumlah pengunjung ke sini. Ini mungkin kerana pembukaan jalan baharu yang menghubungkan Cameron Highlands dengan daerah adik beradiknya sendiri iaitu Kuala Lipis dan Raub tanpa perlu melalui laman negeri orang lain.
 
Maka berduyun-duyun pelancong negeri sendiri datang ke daerah ini berbanding dahulu. Itu ringakasan dari pemerhatian saya...

Yang nak saya kongsikan adalah mengenai HOTEL MUSLIM yang baru dibuka disini. Kalau hendak mengira hotel-hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh pemilik Muslim, hanya terdapat beberapa kerat sahaja.
 
Picture
Untuk Hotel Muslim ini, saya kira perkembangan yang amat membanggakan. Terletak di pinggir pekan Tanah Rata dan bersebelahan jalan utama ke Brinchang hotel ini menjanjikan ciri-ciri Islamik yang memenuhi fardu kifayah terhadap pelancong Islam.
 
Dengan wujudnya hotel ini beserta dengan pembukaan Cafenya, maka ianya menjanjikan peluang kepada pelanggan Islam untuk mendapatkan kemudahan dan juga makanan halal tanpa sebarang keraguan.
 
Mempunyai 33 bilik pelbagai saiz dengan kemudahan yang lengkap memberikan keselesaan kepada anda untuk menginap di sini.
 
PictureSaya mengunjungi Hotel ini dari luar dan bersembang-sembang dengan pekerja di bahagian sambutan tetamu di kaunter, mereka menyatakan hotel ini menawarkan pakej harga bermula dari RM 60-100 untuk bilik single tanpa tingkap. Bilik Seorang bertingkap pula bermula dari RM 80-120.
 
Bagi bilik Queen tanpa tingkap RM 110 -150 , Queen Bertingkap RM 120-160 manakala bagi bilik Twin Sharing tanpa tingkap RM 110-150, Twin Sharing bertingkap RM 120-160.
 
PictureBagi bilik Triple tidak bertingkap RM 170-210, yang bertingkap RM 180-220, Bilik bekeluarga RM  190-230 dan juga bertingkap RM 200-240.
 
Bagusnya, harga yang ditawarkan beserta sarapan pagi di Muslim Cafe mereka. Kemudahan di Cafe mereka yang sifat terbuka untuk pelanggan hotel dan orang luar memberikan sedikit kelainan bagi kami kerana hidangan makanan di sini berorentasikan cafe hotel dengan kemudahan buffet. Saya selesa mengambil sarapan di sini.  
 
Ruang meletak kenderaan amat luas dan secara percuma.
 
Alamat mereka di :
 
MUSLIM HOTEL CAMERON HIGHLANDS,
MARIGOLD SQUARE, TANAH RATA, C
AMERON HIGHLANDS.
 
Tel: 054914080 atau 03-55494801
0129690975,0129850975, 0123680975, 0122160975
 
Layari laman web mereka : www.muslimhotel.com.my ada tawaran tambahan di sana. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...