TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Kampung Taman Sedia. Show all posts
Showing posts with label Kampung Taman Sedia. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Jambatan Kampung Taman Sedia ke Brinchang melalui Padang Golf ditutup 6 bulan


Saya mendapat maklumat dari facebook Tuan Azizi Ahmad berkenaan penutupan kembali Jambatan ke Kampung Taman Sedia dari arah Jalan Padang Golf untuk kerja pembaikan penuh berkuatkuasa semalam.



Kerja-kerja baikpulih jambatan di Kg Taman Sedia telahpun bermula; ianya telah bermula pada 13hb Feb 2017. 


Kerja2 baikpulih tersebut dijangka akan mengambil masa selama 6 hingga 8 minggu. Laluan ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

JKR Cameron Highlands


Info Sumber : FB Azizi Ahmad


Nasihat Perjalanan: Kampung Taman Sedia masih boleh dikunjungi untuk ke mana-mana kiosk strawberru yang terdapat di sana. 

Bukan ditutup langsung. Cuma laluan masuk ke Kampung Taman Sedia ini tinggal satu sahaja iaitu dari arah Tanah Rata sahaja berbanding dua termasuk jambatan ini. 


Sent from my S7edge smartphone

Friday, October 9, 2015

Senarai Pengusaha Homestay di Kampung Taman Sedia

Saya perolehi senarai ini dari laman FB yang dikongsikan  salah seorang ‎pengusaha Homestay di Kampung Taman Sedia yang lengkap dengan nombor telepon (dari posting asal FB VitAdeena Vitamins).

Saya rasa ini antara senarai yang terlengkap saya terima setakat ini dan semoga ianya dapat membantu anda melakukan perancangan kelak.

Hubungi mereka terus untuk maklumat lanjut mengenai homestay dan chalet mereka dan apa perkhidmatan yang disediakan dan tentunya harga yang ditawarkan. 

Yang anda hubungi ini adalah pemilik atau pengusaha homestay ini sendiri jika saya lihat dari nombor yang disediakan dan bukannya orang tengah atau runner. 

"Jangan tanya saya" sebab saya sendiri tidak pernah menginap di mana-mana homestay ini. Agak giler kerana rumah sekitar 2.5 km sahaja jaraknya.

Saya hanya berkongsikan dengan anda nombor perhubungan mereka sahaja bukannya agen atau runner mereka... 


Kredit kepada sumber.

Update 19 Oktober 2015 : Masih ada yang bertanya kepada saya melalui email untuk perincian suasana bilik dan chalet homestay di atas. 

Maaf saya katakan saya tidak ada pengalaman menginap di sana seperti penerangan di atas. 

Anda boleh hubungi pengusaha Homestay di atas terus. Jangan malu dan jangan takut untuk bertanya. Saya percaya pengusaha di atas juga mempuyai blog atau facebook atau tweeter mereka sendiri. 

Sila hubungi mereka atau saya akan kongsikan print screen pertanyaan anda melalui email di sini nanti.. saje jee...  be brave ... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, October 4, 2015

Marina Chalet di Kampung Taman Sedia

MARINA CHALET ini merupakan homestay yang pertama di Kampung Taman Sedia.

Dari laman Facebook Marina Chalet Cameron Highlands saya ambil tiga keping gambar ini sebagai pengenalan untuk anda menghubungi mereka. 

Sila ke laman facebook mereka untuk maklumat lanjut dan mengikuti testimonial yang diberikan oleh pelanggan terdahulu mereka dan tolong jangan tanya saya di sini. 

Juga hubungi mereka untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. 




Sumber ; Facebook Marina Chalet Cameron Highlands

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Neeza Chalet di Kampung Taman Sedia

Bagi mereka yang mencari Chalet atau homestay di Kampung Taman Sedia, saya kongsikan maklumat asas mengenai Neeza Chalet yang saya perolehi  terus dari facebook mereka. 


Kalau tak silap saya, ianya mulai beroperasi sejak dua tahun yang lalu di sini.

Cara terbaik untuk anda adalah melihat sendiri laman facebook mereka untuk lebih banyak paparan gambar dan juga catatan aktiviti pelanggan yang telah ke sana. 

Facebook  : Neeza Chalet Taman Sedia Ch

Jangan pula tanya saya ..... 


sumber : Facebook  : Neeza Chalet Taman Sedia Ch

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, October 3, 2015

Ros Chalet di Cameron Highlands

Seperti catatan sebelum ini, catatan ini adalah sebagai berkongsikan maklumat mengenai perkhidmatan atau perusahaan Chalet berkosepkan Homestay atau Kampungstay di Kampung Taman Sedia.

Saya "copy and paste" terus dari laman FB mereka sebagai rujukan awal bagi anda yang mencari khidmat sebegini.

Jadi tidak perlulah anda bertanya kepada saya mengenai nombor perhubungan mereka, pakej mereka dan apa juga yang ingin ditanya kepada saya sebaliknya sila hubungi mereka di laman FB mereka ini. 

Catatan ini berkongsikan ROS CHALET CAMERON HIGHLANDS.




Hubungi mereka untuk urusan seterusnya... 

Sumber : Facebook ROS CHALET CAMERON HIGHLANDS.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, October 2, 2015

Aszi Chalet @ Cameron Highlands

Saya mendapat beberapa pertanyaan mengenai chalet dan homestay di Cameron Highlands khasnya di Kg Taman Sedia. Saya kena akui, saya tidak pernah mengunjungi semua chalet di sana dan tidak semua pemiliknya saya kenal.

Jadi saya tidak memuatkan catatan mengenai chalet yang lain walaupun banyak chalet yang lain ada di sana walaupun saya sering ditanya mengenai chalet-chalet ini.

Memandangkan saya lihat pengusaha chalet makin aktif melakukan pemasaran mereka melalui Facebook, maka saya rasa tidak salah berkongsikan maklumat dari mereka ini sebagai rujukan kepada anda yang mencari chalet dan homestay di sana.

Jangan pula ada nanti yang mengatakan ingatkan saya sudah mencuba menginap di sana ? Agak kurang waras untuk menginap di sana dengan jarak rumah sekadar 2 km sahaja. 

Jadi bersumberkan dari laman blog dan FB mereka sendiri, saya cuba kongsikan mengenai perusahaan mereka di sini sebagai rujukan anda untuk menghubungi mereka terus untuk urusan yang berkaitan. 

Jangan ditanya kepada saya dan jangan diminta juga untuk saya membuat tempahan untuk anda. 

Buat yang pertama. Saya kongsikan maklumat chalet Aszi Chalet yang saya perolegi dari Lamn FB mereka.


Buat anda, cari fb Aszi Chalet Cameron Highlands untuk maklumat lanjut.


Sumber : FB ASZI CHALET CAMERON HIGHLANDS

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, August 19, 2015

Pengusaha Strawberry Melayu di Kg Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands

‎Saya tertarik dengan perkongsian oleh Saudara Yusoff yang memberi dan berkongsi maklumat pengusaha tanaman dan kiosk strawberry Melayu di Cameron Highlands. 


Ada 8 orang pengusaha Strawberry Melayu di Cameron Highlands dengan lokasi utama adalah di Kampung Taman Sedia. 

Mereka juga memiliki kiosk agrotourism berkonsepkan strawberry baik buah yang segar, Produk hiliran sehinggalah kepada makanan.

Yang pasti semuanya halal dengan diproses sendiri dan dijual sendiri. 

Yang pasti tiada isu was-was mengenai kesucian produk yang dihasilkan oleh mereka.

Yang pasti harganya sama berpatutan jika dibandingkan dengan pengusaha strawberry yang lain di sekitar Cameron Highlands.

Jadi, kenapa tidak anda jadikan pilihan utama untuk menikmati produk strawberry di sini?

Kunjungi mereka.... 

* saya suka gunakan Melayu berbanding bumiputera kerana lebih dekat dan jelas dan jangan malu dan takut untuk mengakui Melayu. 

Masakan dipanggil rasis untuk mengaku Melayu...


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, June 22, 2015

Pakej Berbuka Puasa di De Bamboo Steamboat and Grill di Kg. Taman Sedia

Saya menerima pesanan dari rakan yang mengusahakan‎ kedai makanan di Kampung Taman Sedia berkonsepkan steamboat & grill.

Beliau menawarkan pakej berbuka puasa serendah RM 10 seorang dengan menu secara buffet.


Selamat mencuba...





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, January 18, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Marina Chalet @ Taman Sedia

Saya akui tahun 2013, agak perlahan sedikit penambahan catatan di mrkumai ini. Selain dengan masalah kapasiti blog yang dah penuh, saya juga agak sibuk dengan perancangan dan tugasan syarikat di awal tahun. Fokus dan keutamaan perlu diberikan sewajarnya kepada amanah ini. 

Namun menyelit sedikit catatan mengenai Cameron Highlands adalah satu catatan yang lama saya ingin kongsikan malah saya pernah kongsikan sebelum ini melalui petikan akhbar mengenainya iaitu MARINA CHALET.

Saya rasa, chalet ini adalah perentas jalan kepada kewujudan chalet dan homestay di Taman Sedia. Kisahnya boleh anda cari di dalam laman mrkumai ini melalui catatan terdahulu. 

Cuma saya tidak membuat catatan mengenainya kerana tidak kesempatan untuk singgah ke sana kecuali minggu lepas semasa mengambil anak dari tadika Islam yang terletak berdekatan. 

Bersembang-sembang dengan pengurusnya yang juga anak pemilik chalet ini , Suhaimi yang ramah dan amat aktif dengan laman blog maklumat pertaniannya . Kebun Warisan . 



Selebihnya saya akan kongsikan sambungan ke laman web mereka dengan mengklik di SINI.

Pemerhatian saya, chalet ini mempunyai 18 buah bilik penginapan untuk anda pilih dan difahamkan oleh Suhaimi, dia sedang membuat 3 buah bilik untuk penginapan keluarga ala banglo. 

Kedudukan biliknya bersebelahan antara satu sama lain dan sesuai untuk penginapan keluaga dan tidak perlu memanjat bukit bagi orang tua atau warga emas ataupun ibu mengandung.  Rujuk kepada pamplet mereka di bawah untuk maklumat lanjut mengenai harga dan kemudahan yang disediakan. 


Terletak di Taman Sedia yang mempunyai pelbagai tarikan khasnya tanaman dan industri hiliran strawberry, anda boleh mengunjungi kiosk dan kebun tersebut dengan mudah. 

Terdapat ruang 'lepak' yang sesuai untuk membuat bbq ataupun duduk bersantai sampai lewat malam bagi perjumpaan reunion. 

Surau Taman Sedia hanya terletak bersebarangan dengan Marina Chalet ini dan mudah untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu solat. 

Selebihnya saya tampalkan gambar-gambar seperti di atas yang saya ambil dari laman blog mereka. Cuma Pamplet yang di atas ini rasanya versi lama. Jadi apa kata anda hubungi sendiri mereka melalui;

01933 555 42 (Suhaimi) ataupun En. Yusri 019 637 1570. 
Telepon pejabat 054911295 fakximili 05 4913199 
atau email chaletmarina@gmail.com 
atau Facebook di http://www.facebook.com/suhaimi.mike

Saturday, November 10, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Taman Agro Al-Mashoor

Catatan untuk tips melawat daerah ini kembali ke Kampung Taman Sedia di mana anda boleh membaca beberapa catatan yang saya kongsikan mengenainya dahulu akan sejarah, keunikan dan beberapa lokasi yang boleh anda singgah di sini. 

Untuk catatan kali ini, saya ingin berkongsikan mengenai Taman Agro Al-Mashoor yang mengusahakan tanaman strawberry sebagai tarikan utamanya di sini. 

Bercerita mengenai Al-Mashoor ini, dimiliki oleh Dato Tuan Syed Rahman yang merupakan antara pengusaha terawal tanaman strawberry di Kampung Taman Sedia ini bersama-sama rakan kongsinya Tuan Haji Khairani Mohamad ataupun catatan mengenai KHM Strawberry Farm yang pernah saya muatnaikan dahulu. 

Mereka berdua boleh dikatakan pelopor kepada tanaman ini di Kampung Taman Sedia ini malah mereka berdua mempunyai produk hiliran usahawan Melayu antara yang pertama sepanjang pengetahuan saya. 


Selain Taman Agro Al-Mashoor ini, anda boleh singgah di kiosk dan kebun yang berada selepas Kuala Terla jika datang dari Simpang Pulai atau pun Gua Musang. Kiosk di sana baharu sahaj dibuka pada 1 Jan 2012. 
Juga bagi anda yang mengunjungi Stesen Mardi sebaik sahaja anda menyeberangi jambatan selepas pintu masuk utama, anda juga boleh mengunjungi kebun strawberry milik yang sama tetapi dibawah  kerjasama bersama MARDI. 

Produk-produk strawberry yang boleh anda beli di sini seperti cordial straweberry, ais krim, acar strawberry, jem dan pelbagai lagi. Kesemua produk ini difahamkan dibuat di Stesen Mardi yang mempunyai kemudahan pemprosesan strawbery yang moden. 


Di Kampung Taman Sedia ini, lokasi Taman Agro Al-Mashoor jika anda dari Tanah Rata adalah sebelum dan bersebelahan dengan YZ Agro Farm manakala jika anda datang dari arah Brinchang anda perlu membuat satu pusingan semula ke arah Brinchang untuk sampai ke taman ini. 

Gambar-gambar yang lain akan saya muatnaikkan kemudian kerana terlalu perlahan pula internet malam ini.. 

Thursday, March 1, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Homestay di Taman Sedia


Ada yang email kepada saya bertanyakan , "Taman Sedia tu ada 2 jenis homestay sahaja ke?: Jawapan saya tentunya tidak. 

Saya berkongsi mengenai Ros Chalet (di catatan ini) dan Marina Chalet (dicatatan ini) kerana kenal pemiliknya ataupun telah terkeluar kisah mereka di laman surat khabar. 

Sebenarnya terdapat lebih sepuluh pengusaha di sana malah difahamkan separuh penduduknya  mengusahakan Homestay. 

Kerana saya kurang mengenali mereka secara peribadi, maka langkah terbaik adalah saya berkongsikan gambar-gambar ini untuk anda hubungi mereka secara terus.

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas,:


Pemiliknya Dr. Ayob (Klinik Ayob, Tanah Rata) 
Klik Gambar untuk catatan penuh
Pemiliknya Pak Cik Zainal
Dikelilingi  kebun sayur tradisional
Pemiliknya Mak Cik Zainab Sam, gerai makan tersohor di Tanah Rata 

Pemilik yang sama dengan Al Mahsor Starwberry


Hubungi Mahpot 0195480129 / 056211261
Untuk kemaskini PEMILIK HOMESTAY, sila klik di SINI

* sepatuitnya ada dua lagi homestay di sini tetapi saya kehilangan gambar chalet mereka. Nanti saya updatekan.

Anda boleh menghubungi meraka secara terus.  Dah nak dekat cuti sekolah  ni ... 

Tips
  • Ramai antara pemilik mempunyai laman blog yang mempromosikan homestay masing-masing. Dapatkan alamat url mereka.
  • Tanya kemudahan tambahan seperti bantal dan tilam tambahan, kemudahan memasak dan juga membasuh. Jika ada.
  • Tanya kemudahan untuk BBQ jika perlu.
  • Tanya kemudahan penyediaan makanan luar jika ada.
  • Atau jika mereka telah kehabisan bilik, mereka juga boleh menawarkan pilihan holiday apartment di tempat lain. 
Selamat melancong...

Update 9 November 2015 : Saya telah kongsikan senarai nombor telepon pengusaha HOMESTAY di Kampung Taman Sedia ini dalam catatan terbaru bulan Oktober 2015. Klik

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock