TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 29, 2019

Kisah Minggong bunuh 41 pengganas komunis


Minggong bunuh 41 pengganas komunis

IBAN Minggong Anak Panggit, bekas anggota Sarawak Renjers, tidak pernah bangga sekalipun dapat membunuh 41 pengganas komunis selama berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Malah, sepanjang kariernya sebagai anggota keselamatan, beliau terbabit dalam 29 pertempuran. Dalam semua pertempuran itu, pasukannya dapat membunuh 114 pengganas komunis.

Bagi Minggong, apa yang dilakukannya semata-mata kerana tugas dan tanggungjawab terhadap negara. "Saya tidak pernah berasa bangga dengan kejayaan itu. Saya hanya menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat," kata Minggong yang dilahirkan pada 12 April 1933 di Lubok Antu, Sarawak.

Minggong menyertai pasukan Sarawak Ranjers sewaktu usianya 15 tahun. Pada waktu itu tidak ramai belia Iban menyertai pasukan tentera kerana lebih suka dengan kehidupan tradisi di pendalaman tanpa sebarang gangguan. Minggong yang juga pernah berkhidmat sebagai anggota tentera British, berkata beliau mengikuti latihan rekrut di Port Dickson pada 1948. "Sebagai belia Iban, saya tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam hutan. Saya memang sudah biasa dengan keadaan seumpama itu, seperti menghidu atau menjejak musuh," katanya. Malah, sejak kecil lagi beliau diasuh oleh bapanya mengenai ilmu kebatinan, kepercayaan serta adat resam bangsa Iban.

Baginya, setiap ilmu yang diturunkan perlu diamalkan dengan penuh keyakinan bagi bekalan zaman dewasa. "Sebaik menyertai pasukan renjers, saya memang sudah meramalkan akan bertempur dengan pengganas komunis pada bila-bila masa sahaja. Lagipun, pada waktu itu pengganas komunis ramai dan sering mengancam rakyat," katanya yang mula berkhidmat dengan pasukan Sarawak Renjers sewaktu zaman darurat pada 1948. Malah, pertempuran pertama beliau dengan pengganas komunis ialah pada 22 September 1948, tidak lama selepas menyertai Sarawak Renjers. Pertempuran itu berlaku di Sungai Siput, Perak. Dalam pertempuran itu, pasukannya dapat membunuh 14 pengganas komunis. Dan, beberapa bulan kemudian pasukannya bertempur sekali lagi di kawasan yang sama yang menyebabkan enam pengganas komunis terbunuh.

Menurut Minggong, bertempur dengan komunis amat sukar kerana pengganas terlalu pantas dan cekap di dalam hutan. "Kami terpaksa menggunakan segala pengalaman yang ada bagi mengesan jejak musuh," katanya sambil menyifatkan tugas itu amat mencabar dan memerlukan banyak kesabaran.

Menurut Minggong, kejayaan paling besar bagi pasukan dan dirinya ialah pada 13 November 1952 apabila pasukannya membunuh 19 pengganas komunis dalam pertempuran yang paling hebat di Air Panas Estet, Labis, Johor. Dalam pertempuran di Labis itu, beliau sendiri membunuh enam pengganas komunis. Peristiwa itulah yang memberinya tuah apabila beliau dianugerahkan pingat George Medal oleh Kerajaan British. Minggong menerima anugerah itu bukan saja kerana dapat membunuh ramai pengganas komunis, malah kecekapannya mengawal anggota pasukannya setelah pegawai mereka, Leftenan Bald, terbunuh. "Tidak pernah saya mengalami pertempuran sebegitu hebat. Peluru musuh limpas di kiri dan kanan saya bertalu-talu. Mujur saya ada pelias," kata Minggong.

Menurut Minggong, pelias adalah azimat atau ilmu kebatinan orang Iban yang diturunkan sama ada secara terus atau melalui mimpi oleh nenek moyang mereka. Orang Iban percaya pelias dapat menjauhkan diri mereka daripada segala bahaya. "Ada juga pelias yang dipakai di badan dengan cara memberi tanda seperti yang saya pakai. Bangsa kami percaya ada pelias yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi kebal," ujarnya. Minggong juga berkata, kebanyakan pahlawan Iban mempunyai pelias dan yakin terhadap ilmu kebatinan.

Minggong berhenti berkhidmat daripada pasukan Sarawak Renjers pada 1957 dan kemudian menyertai pasukan Polis Hutan di Sarawak sebagai Inspektor. Dalam pasukan Polis Hutan juga Minggong terpaksa berdepan dengan operasi yang sering dijalankan bagi memburu pengganas komunis.

Minggong bersara pada 12 April 1988, iaitu selepas 31 tahun berkhidmat dengan Polis Hutan. Pangkat terakhirnya ialah Penolong Penguasa. Minggong kini menetap di Kuching bersama isteri dan tujuh anaknya.

Kerana sikap kepahlawanannya itu juga Minggong dikurniakan beberapa pingat lain, termasuk Defence Medal, Pingat Medal, Borneo Medal dan Ahli Mangku Negara. Selain itu, beliau juga menerima beberapa surat penghargaan daripada pejabat Perdana Menteri British dan General Sir Charles Keightley (Commander in Chief Far East Land Forces).

Kisah dari Gubir.



Sepanjang perkhidmatan Abah saya dalam Tentera Darat Malaysia (dari tahun 1972 hingga 1993), beliau telah terlibat dalam beberapa siri operasi insurgensi Pengganas Komunis. Antaranya di Lundu, Sarawak dan Gubir, Kedah. Walaubagaimanapun, salah satu operasi di Gubir mendatangkan kesan mendalam kepada beliau, berkekalan sehingga ke saat ini, di mana beliau telahpun lama bersara dari perkhidmatan.

Ketika itu kawasan Gubir masilh lagi ditandakan di dalam peta Malaysia sebagai salah satu kawasan merah di mana aktiviti Komunis sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Menjelang waktu senja, platun Abah saya seramai hanya 5 orang telah sampai ke "highest observational/recce coordinate". Aktiviti pada hari tersebut ditamatkan memandangkan hari sudah malam dan arahan dari markas mengarahkan supaya mereka supaya "hold pattern until further instructions and observe".


Di dalam kegelapan hutan, Abah dan rakan-rakan platun di satu puncak topografi terpandang sebutir cahaya dari jauh. Setelah disemak pada peta, sebutir cahaya itu rupanya adalah bandar Georgetown, Pulau Pinang. Rupanya dari hutan, bandar Georgetown hanya kelihatan begitu kecil sebesar butir cahaya.

Abah saya sambil selamba mengatakan bahawa kepada anggota yang lain, kita bertugas di hutan, meninggalkan anak bini di rumah untuk memastikan keselamatan sebutir cahaya tersebut dari pengganas Komunis, agar cahaya tersebut dan juga cahaya-cahaya yang bertaburan di seluruh Bumi Malaysia ini kekal bercahaya sebagai tempat yang selamat dari ancaman untuk terus diduduki rakyat Malaysia.

Tetapi, beliau menitiskan air mata sebaik sahaja beliau bersara dari Tentera dan menjadi orang awam. Saya tanya mengapa sampai begitu hiba...

Beliau mengatakan, "Abah rasa sungguh sedih, kerana dalam sebutir cahaya yang Abah dan kawan-kawan jaga selama ini, adalah jauh indah khabar dari rupa.."

"Rupa-rupanya, dalam sebutir cahaya itu, dan butir-butir cahaya yang lain terdapat terlalu ramai manusia yang tidak bersyukur, dan langsung tidak berterima kasih di atas pengorbanan kami sebagai Tentera dalam menjaga keamanaan negara....Abah hanya tahu selepas Abah menjadi orang awam dan melihat sendiri di depan mata..."

Dan saya rasa, pada pagi esok, 31 Julai 2018 yang merupakan Hari Pahlawan, Abah saya akan bertambah sedih dan hampa kerana kini, pengganas Komunis sudah dianggap sesetengah rakyat sebagai Pejuang Negara!!!

Apakah makna pengorbanan anggota Tentera dan keluarga mereka selama ini diperlekehkan dan dihina? Adakah keamaan yang anda kecapi selama ini hanya datang bergolek begitu sahaja?

Catatan pengalaman Abah saya ini ditujukan khas untuk semua anggota Tentera, khususnya kepada mantan-mantan Pahlawan Negara yang telah mendedikasikan masa muda belia mereka, ketika mereka berkeringat gagah perkasa menjaga keamaan anda dan keturunan anda sebelum dan selepasnya. 

Kini, kesemua pahlawan ini sudah senja usianya. Abah saya sudah menghampiri usia 70-an. Ada kawan-kawan lain yang sudah sakit, gering dan sudah meninggal dunia. 

Hargailah mereka. Hormati perjuangan mereka, Kerana tanpa mereka, anda dan keturunan anda tak tahulah entah ke mana dalam bumi Malaysia ini.

Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada semua Pahlawan Negara. Al Fatihah kepada pahlawan yang telah gugur mempertahankan negara, dan mengekalkan semangat perjuangan sehingga menutup mata...

Gempur Wira!

Kisah dari Ulu Lenggong Perak


Inilah kenderaan tentera yg d tembak oleh pengganas komunis d ulu Legong tahun 82.mengakibatkan 9 anggota terbunuh Perut ditoreh, isi perut sengaja diburaikan, kemaluan dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain. 7 orang perajurit terkorban dan jenazah mereka dizalimi sezalim-zalimnya. Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis? Adakah mereka pejuang kemerdekaan atau manusia berhati iblis dan berperilaku binatang?

Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;

Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!

Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!

Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan. Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. Binatang!

Saturday, November 9, 2019

Jalan Mendap dan penutupan satu lorong

STATUS TERKINI.

LAPORAN BENCANA JALAN PERSEKUTUAN



Jenis Kejadian : Tension Crack/Rekahan/Mendapan
Tarikh Kejadian: 07/11/2019
Masa: 10.30 a.m
Daerah: Cameron Highlands
No. Laluan: FT 059
Nama Jalan: Jalan sempadan Tapah - Cameron Highlands
Seksyen: 54.30 - 54.80
Lokasi/Landmark: Kuari
Panjang Kaw. Terlibat : 50.00m
Lebar : 3.00m.
Status Terkini: Jalan masih lagi ditutup satu Lorong.(08/11/2019)

Sila patuhi pengawal lalulintas dan papan tanda jalan

Segala Kesulitan amatlah dikesali

Kesulitan Hari ini adalah untuk keselesaan pada Masa hadapan.

Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 

#jkrcameron

Thursday, November 7, 2019

ELAK KUNJUNG TEMPAT BERISIKO DI MUSIM HUJAN

Musim tengkujuh bermula dari November ke Januari setiap tahun. Bahaya menanti kerana ada taburan hujan yang lebih yang lebih tinggi dan kerap kerana dilanda angin monsoon timur laut setiap tahun dari Laut China Selatan.

Akan berlaku hujan lebat berpanjangan yang boleh mengakibatkan banjir dan bencana alam lain seperti tanah runtuh dan ribut. Ianya merbahaya untuk semua aktiviti luar seperti pendakian gunung dan juga berkelah di sungai. 

Di Cameron Highlands atau Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri telah menutup semua Taman Eko Rimba dibawah jagaan mereka serta membekukan permit memasuki dan melakukan aktiviti pendakian.

Untuk keselamatan semua. Cegah sebelum parah. 

Namun masih ada yang akan degil dan engkar pada arahan ini. Mereka akan tetap melakukan aktiviti luar ini kerana musim cuti katanya. 

Semoga mereka mendapat hukuman yang ditetapkan jika  ditangkap oleh Renjer Hutan kerana jika dibiarkan, akan menyusahkan banyak pihak untuk menyelamatkan mereka kelak.    

#JomBeringat


Bermula akhir bulan Oktober 2019 hingga Mac 2020, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku Monsun Timur Laut yang menyebabkan hujan lebat dan seterusnya kejadian banjir.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bercuti atau melakukan aktiviti riadah di tempat-tempat berisiko sepanjang musim hujan ini sebagai langkah keselamatan.

Antara tempat yang perlu dielakkan adalah seperti kawasan tanah tinggi, berbukit, sungai, air terjun dan pantai. 

Kawasan tanah tinggi dan berbukit mempunyai risiko hakisan terutamanya ketika hujan. Manakala kawasan sungai, air terjun dan pantai berpotensi berlakunya kejadian arus deras dan paras air meningkat secara tiba-tiba disebabkan oleh kepala air dan banjir.

Selain itu, pemantauan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak juga perlu diambil perhatian. Pastikan mereka tidak sesekali mendekati kawasan seperti yang dinyatakan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kredit gambar: Berita Harian dan New Straits Times

Dari Facebook : Polis Di Raja Malaysia.

Tuesday, November 5, 2019

Senarai Homestay di Cameron Highlands.

Saya ulang siar atau copy paste senarai homestay di Cameron Highlands.

Senarai saya perolehi dari page Facebook Cameron Highlands Group.

Yang ini senarai pengusaha homestay yang berdaftar mereka. Sah dan sahih. 


Senarai apartment&homestay di dalam chg group.




HARGA TERBAEKKKK DARI LADANG TEH BOHHH,  HOMESTAY HOTEL APRTMENT YANG MENARIK. DAN DI PERCAYAIII... 
PASTIKAN BOKING PUNYA ID BOKING CHG GROUP . DI SENARAI YG TELAH ADMIN LIST KAN DI BAWAH 

CHG 001-Siima suit Tanah rata Siima Suit
+601139316321

CHG 002-Norihan kamarudin Golden hill Norihan Kamarudin
Kamarudin 
013-2108387 

CHG 003-Dilla sherla Tanah rata PRIMA Dilla Shrella
019-7503938 

CHG 004-Nur syamshaera Golden Hill Nur Syamshaera Mustapar
0199598939 

CHG 005- Mohd isham kea farm /brinchang/tanah rata Mohd Isham
013-2723591

CHG 006-Azimah Tanah rata Prima Azimah Fadzil
0199408573 jan

CHG 007-Dr syed satahkatulah Golden hill 
012-6080586  Syed Satahkatulah Mohamed Kalik

CHG 008-Jom jom Brinchang
017-5701740

CHG 010-Azizi Tanah rata suriana royal lily azizi
019-6212160 Azizi cameron

CHG O12-Ahmad Khairul Amin/Nurul Ibtihal Tanah rata prima Ahmad Khairul Amin
014-5346547 

CHG 013-Azhari Abdul Karim Tanah rata prima
0122032470  Azhari Abdul Karim

CHG 014-Rose apartment kea farm
Roslinda Yazid
0174645491

CHG 015-
Nurul Farhana Bt Aziz & Irwan Bin Ramli Golden Hill
013-4506931 NurulFarhana Aziz

CHG 016-Nana Lacy Nordiana bt Mohamad Nazeri  C4-2-6 Perumahan Makmur Cameron Jaya 39000 Tanah Rata-0198132237 Nana Nanalacy

CHG 018 - Nura Adila Rahimi Carnation park 
Tanah rata 
019-4473176 

CHG 020 - Faizal Latif 
Tanah rata prima
014-6649110 

CHG 021 - Nur elieza  
Tanah rata prima
012-3569287 Elieza Kamarudin

CHG 022 - Nanard Amir Tanah Rataprima
0175298014  

CHG024 - Farah Amirah bt Zulkifli
K&A Homestay Cameron Highlands, Prima Tanah Rata-0143680764 Farah Amirah

CHG025 - Zarina
Dedesaku Homestay Kg Taman Sedia-0134647989

CHG026 - IZZAT PRIMA 
01159563680  Mohammad Izzat

CHG027 ~AHMAD SHAHIRUL 
011-16605263  Mohd Jasni Abbas

CHG028  ~ Adam Fahmi
0193085858 Adam Fahmi Ghazali
*Hillside Cottage, Cameron Highlands*

CHG029 ~muhammad falahi bin hamdan Golden hill Nana RAzak
011-2610 1770

CHG030 - Ekin ramli tanah rata prima 
0139146730 Ekin Ramli

CHG031-Nonie prima
Tanah rata Nonie ZD
013-595 9753 

CHG032-Siti Fairuz/Salmiza Siti Fairuz Mohd Saufi
Rumah Prima Tanah Rata
014-5169918 Siti fairuz

CHG033 - YUSRA BUSRA
PRIMA TANAH RATA
013-3512875 Yusra Busyra


Monday, November 4, 2019

The Lemoians; The Botaks & The Kerintings, Dari Lemoi ke Bukit Jalil.

Saya kongsikan kisah membanggakan dan mengharukan dari catatan Cikgu Hanisah mengenai murid-muridnya "Dari Lemoi ke Bukit Jalil".... 

Sebagai warga Cameron, sayaa sentiasa bangga dengan mereka malah sangat berbangga dengan kegigihan guru-guru yang berbakti di sana. 

Tahniah cikgu... Tahniah Lemoinian.. 

The Lemoians; The Botaks & The Kerintings, Dari Lemoi ke  Bukit Jalil.





DARI LEMOI KE BUKIT JALIL.

Sebenarnya, program asal hanyalah untuk anak-anak SK Lemoi menyertai Hari Sukan Ohana di UM Arena pada siangnya. Bermain bola sepak, bola jaring dan sukaneka bersama anak-anak Tahfiz dan Anak Yatim Rumah Mak Ngah.

Tetapi, dalam proses itu saya diberitahu oleh Anip's dan team The Ohana FC bahawa anak-anak Lemoi akan mengiringi pemain bola sepak ketika saingan Piala Malaysia Peringkat Akhir di Bukit Jalil.

Terasa bagai bermimpi. Walaupun sebenarnya, untuk bermimpi mendapat peluang seperti itu pun kami tidak berani. Tidak mudah untuk membawa keluar 33 orang anak ini keluar. Banyak yang perlu difikirkan. Tapi berkat usaha The Ohana yang merancang semuanya, telah dipermudahkan jalan kami. Alhamdulillah.

Keluar pagi Jumaat selepas sekolah dengan dua buah pacuan empat roda dan membonceng motor guru-guru sehingga ke Ringlet. Dari situ kami menaiki bas pula untuk ke Kuala Lumpur.

Team The Ohana siap menunggu untuk menyambut ketibaan anak-anak di D'Kayangan Grill & Steamboat, Shah Alam untuk sama-sama makan malam. Terima kasih D'Kayangan kerana menaja makan malam kami pada malam itu. Pengalaman anak-anak makan grill & steamboat semestinya. Walaupun awalnya tidak tahu dan janggal, tetapi team The Ohana tekun dan sabar menunjuk ajar dan membantu anak-anak.

Kami menginap di Universiti Malaya kerana pagi Sabtu anak-anak akan bermain bola sepak, bola jaring dan sukaneka di UM Arena.

Jam 4 petang, kami bergerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika ini debaran (baca; cikgu. Murid rileks je) mula terasa. Boleh ke anak-anak menggalas tugas ini. Boleh ke mereka pimpin tangan pemain masuk padang? Boleh ke mereka bawa bola? Boleh ke mereka bawa syiling? Macamana ketika nyanyi lagu negeri dan Negaraku nanti? Ketika semua 80,000 lebih pasang mata menumpu perhatian ke atas padang? Macam-macam fikir, risau takut ada terbuat salah dimana-mana bahagian.

Sampai di SNBJ, penyokong JDT dan Kedah telah mula memenuhi perkarangan. Kami diberikan pas khas "escort kids" seterusnya dibawa masuk ke stadium oleh team MFL untuk stadium tour. Tipulah tidak teruja, bahkan cikgu yang lebih teruja. Alhamdulillah, terima kasih anak-anak. Cikgu hanya menumpang rezeki kalian.

Beberapa buah kamera mengekori kami; MFL, Majalah 3 dan MHI khususnya. Anak-anak masih steady. Muka masing-masing dah nampak teruja. Terutama The Botaks semestinya. Mereka ada favorite player. Bahkan ada yang berhajat untuk memegang tangan Sumareh. Apakan daya, Pahang gagal mara ke akhir. Begitupun, Pahang hantar The Botaks mewakili ke saingan akhir ini. Hahaha.

Dua kali raptai perbarisan masuk padang. Kami pilih Robin untuk membawa "toss coin". Robin akan membuat kemunculan paling istimewa kerana namanya akan disebut oleh pengacara. Wahhh... ini memang bukan biasa-biasa untuk Robin sendiri khususnya.

Sebenarnya, yang lebih gemuruh adalah kami. Bayangkanlah. Di sekolah pun untuk sesuatu persembahan mesti latihannya berhari-hari. Tapi ini acara besar tumpuan seluruh rakyat Malaysia tapi latihannya cuma dua kali. Dan hanya dua guru bersama Anip sahaja yang dibenarkan bersama di lorong, sementara kami hanya menunggu di bilik atas yang telah dikhaskan.

Sebelum acara bermula, anak-anak dibawa ke bilik persalinan pemain. Mereka berpeluang melihat persalinan pemain-pemain depan mata mereka. Apapun, baru saya tahu mereka sebenarnya peminat JDT. Nama Safawi dan Akhyar sering sahaja disebut. Dan tempat kami adalah di bahagian penyokong Kedah. Bayangkan mereka bersorak untuk JDT di atas tempat duduk penyokong-penyokong Kedah. Hahaha haru!

Anak-anak juga berpeluang menunggu ketibaan pasukan ke bilik persalinan. Mereka bertepuk tangan dan menepuk tangan pemain-pemain yang menyuakan tangan kepada mereka. Dan sudah tentulah tepukan paling gemuruh untuk Safawi dan Akhyar. Cikgu Syam Din seorang je tepuk dan sorak untuk Baddrol Bakhtiar.

Acara bermula. Kami menunggu dengan debar di atas, di ruang khas untuk kami di sebelah suite eksekutif yang berharga puluhan ribu. Ketika pengacara pengumumkan perarakan masuk, kami punya berdebar dan teruja. Sebaik melihat anak-anak memimpin tangan pemain masuk ke padang sambil melambai kepada penonton; saya sebak sungguh-sungguh melihat mereka.

Teratur mereka masuk ke padang. Tertib ketika menyanyikan lagu negeri dan Negaraku. Dan keluar semula sebaik lagu Negaraku habis dinyanyikan dalam satu barisan dengan berpimpin tangan. 

Seterusnya nama Robin disebut sebagai pembawa "toss coin" wajahnya muncul di layar gergasi. Serba sedikit cerita tentangnya dibaca dengan penuh semangat oleh pengacara. Meremang! Ya! Itulah anak kami. Si kecil yang saya tahu sedang kuat melawan perasan gemuruhnya. Riak wajahnya cukup menunjukkannya. Seluruh perhatian kepada dia. 

Dan air mata saya tidak dapat ditahan lagi. Berkongsi perasaan sebak dan terharu bersama team Ohana dari atas sini. Momen yang paling indah, paling mengharukan dan paling seperti mimpi yang menjadi realiti.

Terima kasih Anip! 
Terima kasih The Ohana FC!
Terima kasih Malaysian Football League.
Terima kasih semua warga Lemoi yang sentiasa menyokong dan mendoakan.
Terima kasih Tuan GB Shaharoni Salleh yang menyokong dan memberikan persetujuan serta seterusnya menguruskan pelepasan anak-anak dan kami.
Terima kasih Dato' Pengarah JPN dan Unit Sukan atas pelepasan dan kebenaran yang diberikan kepada kami.
Terima kasih Puan Farahanim Razak.
Terima kasih semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.

Semoga yang baik-baik untuk anda.

Alhamdulillah. Rezeki yang datang buat anak-anak Lemoi; anak-anak Orang Asli dari suku kaum Semai yang hidup mereka jauh di tengah hutan dan jauh dari kemudahan asas termasuk bekalan air bersih dan elektrik telah diberi peluang yang besar.

Sungguh. Untuk peluang seperti ini, bermimpi pun kami tidak berani.

Penghargaan sebesar-besar untuk The Ohana FC yang melorongkan peluang kepada anak-anak kami. Semoga balasan yang baik-baik untuk anda semua. Semoga segala kebajikan yang telah dan akan anda usahakan nanti akan dipermudahkan olehNya.

Dari kami, tiada yang lain dapat kami berikan hanya ucapan terima kasih untuk kasih sayang anda buat anak-anak kami. The Lemoians; The Botaks & The Kerintings.

This Is Lemoi!


Saturday, November 2, 2019

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI (1 NOVEMBER 2019-31 JANUARI 2020)

Sekadar berkongsikan info selepas beberapa bertanyaan diterima... ada dua ke 3 orang bertanya ...

1. Tapak perkhemahan Sungai Pauh- tutup....
2. Mossy Forest broadwalk-dibuka jika cuaca ok..
3. Parit fall... bukak kut... ada Hide Out Cafe kat situ... 
4. Robinson Fall - bukak kut .... bukan ada apa2 pun nak pergi tengok.. tapi mat saleh satu dunia akan melawat robinson falls kalau datang ke sini.. cuma.. agensi sini tak de apa2 nak buat untuk updgrade ke .. tambah pit stop ke .  pelantar tinjau ke .. tak de nilai di mata mereka... 
5. Gunung Jasar - rasanya boleh kut sebab tanah negeri bukan hutan simpan.... boleh huat tapak banglo nanti tu kalau pemaju hantar permohonan.. 
6. Gunung Perdah ... boleh kut boleh tengok tapak rumah dan tangki air .. naik dengan kereta aje.. dah gondol... lot banglo banyak kat situ.. betul2 puncak gunung... bukan kaki gunung... kelasssss...
7. Pendakian ke Gunung Irau, Berembun, Brinchang dan 13 gunung ganang lain yang melingkari dataran rata Cameron Highland juga ditutup. 

Jawapan ni main kut kut sebab bukan ada kena mengena pun dengan pejabat hutan... Nak tahu lebih lanjut hubungi Pejabat Hutan Cameron Highlands....

Nak tahu yang asas.. baca la notis kat bawah ni yg dicopy paste sepenuhnya dati laman forestry.pahang.gov.my .. nak gasak pun gasak kat sana why tutup why why why why... buat muka macam korang aje yg  bayar cukai pendapatn 24% setahun ... kerekkan sikit nada.. belajar dengan hudak2 wechatt... 

Harap ada sikit menjawab... walaupun jawapan syok sendiri... jangan marah ya... 

*********
PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI
(1 NOVEMBER 2019-31 JANUARI 2020)

Dimaklumkan mulai 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020, Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Pahang akan ditutup kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti termasuk pendakian gunung disebabkan musim tengkujuh. 

Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan kepada Taman Eko Rimba Mossy Forest, Cameron Highlands yang mana kawasan ini hanya ditutup ketika cuaca hujan sahaja.  

Pengunjung masih boleh melakukan aktiviti rekreasi di kawasan boardwalk Taman Eko Rimba Mossy Forest apabila keadaan cuaca mengizinkan atau berkeadaan baik. 

Bagi pengunjung yang tidak mematuhinya, tindakan undang-undang akan dikenakan dibawah Akta Perhutanan Negara 1984.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang : 09-5732911-2914

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock