Sekadar berkongsikan info selepas beberapa bertanyaan diterima... ada dua ke 3 orang bertanya ...
1. Tapak perkhemahan Sungai Pauh- tutup....
2. Mossy Forest broadwalk-dibuka jika cuaca ok..
3. Parit fall... bukak kut... ada Hide Out Cafe kat situ...
4. Robinson Fall - bukak kut .... bukan ada apa2 pun nak pergi tengok.. tapi mat saleh satu dunia akan melawat robinson falls kalau datang ke sini.. cuma.. agensi sini tak de apa2 nak buat untuk updgrade ke .. tambah pit stop ke . pelantar tinjau ke .. tak de nilai di mata mereka...
5. Gunung Jasar - rasanya boleh kut sebab tanah negeri bukan hutan simpan.... boleh huat tapak banglo nanti tu kalau pemaju hantar permohonan..
6. Gunung Perdah ... boleh kut boleh tengok tapak rumah dan tangki air .. naik dengan kereta aje.. dah gondol... lot banglo banyak kat situ.. betul2 puncak gunung... bukan kaki gunung... kelasssss...
7. Pendakian ke Gunung Irau, Berembun, Brinchang dan 13 gunung ganang lain yang melingkari dataran rata Cameron Highland juga ditutup.
7. Pendakian ke Gunung Irau, Berembun, Brinchang dan 13 gunung ganang lain yang melingkari dataran rata Cameron Highland juga ditutup.
Jawapan ni main kut kut sebab bukan ada kena mengena pun dengan pejabat hutan... Nak tahu lebih lanjut hubungi Pejabat Hutan Cameron Highlands....
Nak tahu yang asas.. baca la notis kat bawah ni yg dicopy paste sepenuhnya dati laman forestry.pahang.gov.my .. nak gasak pun gasak kat sana why tutup why why why why... buat muka macam korang aje yg bayar cukai pendapatn 24% setahun ... kerekkan sikit nada.. belajar dengan hudak2 wechatt...
Harap ada sikit menjawab... walaupun jawapan syok sendiri... jangan marah ya...
*********
PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI
(1 NOVEMBER 2019-31 JANUARI 2020)
Dimaklumkan mulai 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020, Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Pahang akan ditutup kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti termasuk pendakian gunung disebabkan musim tengkujuh.
Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan kepada Taman Eko Rimba Mossy Forest, Cameron Highlands yang mana kawasan ini hanya ditutup ketika cuaca hujan sahaja.
Pengunjung masih boleh melakukan aktiviti rekreasi di kawasan boardwalk Taman Eko Rimba Mossy Forest apabila keadaan cuaca mengizinkan atau berkeadaan baik.
Bagi pengunjung yang tidak mematuhinya, tindakan undang-undang akan dikenakan dibawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang : 09-5732911-2914
No comments:
Post a Comment