Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Ahad, 29 Januari 2017

Penipuan Homestay @ Cameron Highlands

Lagi ada pelancong yng terkena tipu oleh scammer homestay.

Saya pernah kongsikan kisah penipuan ini dahulu dan minggu ini ada lagi pelancong yang memaklumkan dirinya ditipu apabila berurusan dengan individu ini.




Selepas semua persetujuan dicapai, maka pelancong ini setuju untuk menyewa homestay dan membuat bayaran deposit.

Akhirnya di hari sepatutnya masuk atay check in dimaklumkan ada kerosakan teknikal di homestay tersebut. 

Malangnya penyewa dah sampai di lokasi dan perlu mencari unit homestay yang lain.

Tarikan utamanya adalah sewa murah untuk pakej dua malam iaitu RM 250 sahaja untuk apartment 3 bilik!.

Rupanya si scammer bernama Afandi Burhanuddin ini memang membuat penipuan seluruh malaysia khasnya kawasan perlancongan seperti Langkawi, Port Dickson dan Cameron Highlands. 

Popular kesnya sebelum ini malah kalau anda membuat carian di Google terdapat banyak pihak yang berkongsikan kisah penipuan penjenayah ini dialami oleh penyewa.

Namun saya tak pasti sejauh mana tindakan pihak terbabit.

Saya kongsikan scrern shoot gambar berkaitan dengan scammer homestay ini.

Berhati-hqti berurusniaga ya .   

1. Pastikan anda membuat semakan dengan pemilik homestay yang anda ingin sewa, 
2. Dapatkan testitimoni dilaman facebook Cameron Highlands Group , Homestay Cameron Highlands, Penduduk Cameron Highlands. Insyallah ada yang akan membantu dengan memberikan respon pertanyaan anda. 

Sent from my S7edge smartphone

Sabtu, 28 Januari 2017

Laluan Jambatan Kampung Taman Sedia dibuka semula

Saya pernah berkongsikan catatan berkaitan penutupan sementara jambatan menghubungkan Kampung Taman Sedia dan Padang Golf yang ditutup sementara untuk kerja pembaikan selepas hujan lebat tahun lepas.

Berita yang dikongsikan oleh Saudara Azizi Ahmad melalui facebooknya tadi jambatan tersebut sudah mulai dibuka untuk kenderaan ringan memang dinanti.



Ini memang amat memudahkan perjalanan kami yang sering menggunakan lalauan tersebut. Tapi hanya untuk kenderaan ringan sahaja

Sent from my S7edge smartphone

Jumaat, 27 Januari 2017

Kea Farm yang terbakar tu ada dibuka ke?

Ada yang masih bertanya apakah Pasar Jualan Sayur-sayuran di Kea Farm yang terbakar minggu lepas telah dibuka semula?

Jawapan saya tak pernah ditutup pun pasar Kea Farm tu walaupun di hari ianya terbakar. 



Sebabynya yang terlibat adalah 9 gerai termasuk sebuah restoran. 

Yang lebih 40 buah gerai jualan yang lain tidak terjejas dan tetap dibuka hatta di hari kejadian. 

Tak perlu risau. Harap menjawab. 

Jangan tanya sangat kat  Mak Kiah dan Kak Leha  yang duduk kat Boston dan Chicago tu samada Kea Farm dibuka atau tidak.


Sent from my S7Edge smartphone

Fitnah Jalan Simpang Pulai ditutup?

Sejak kelmarin ada mangkuk ayun kaki keyboard warrior dok sebarkan kononnya Jalan Simpang Pulai ditutup kerana runtuh.

Gambar gambar sebegini dikongsikan oleh mangkuk ayun tersebut dan disebarkan pula oleh mangkuk ayun yang lain.

Ianya palsu. Gambar jalan yang ditutup adalah Jalan Felda Aring 8 Ke Tasik Kenyir dan bukannya Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Hentikanlah fitnah fitnah sebegini.

Tanah runtuh: Jalan Aring 8 - Kuala Berang ditutup
AKMALIAH RAZAK
22 Januari 2017
asd
- Foto Sinar Harian
GUA MUSANG - Laluan FT185, Jalan Aring 8 - Kenyir - Kuala Jeneris, ditutup kepada semua kenderaan akibat runtuhan jalan di Seksyen 52 (daerah Hulu Terengganu).
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, laluan FT185, perlu ditutup kepada semua kenderaan bermula dari Felda Chiku hingga simpang Tasik Kenyir.
Katanya, laluan berkenaan ditutup kerana runtuhan jalan yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, semalam, dikhuatiri memberi risiko bahaya kepada pengguna.
"Kawasan runtuhan berkenaan melibatkan 30 meter dan tidak selamat untuk digunakan kepada semua jenis kenderaan. Pengguna yang mahu ke Kuala Terengganu perlu menggunakan laluan lain.
"Jalan berkenaan akan dibuka semula selepas notis pemberitahuan nanti. Kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan yang berlarutan sejak kelmarin," katanya lagi.

Sent from my S7edge smartphone

Jumaat, 20 Januari 2017

KEJADIAN KEBAKARAN DI KAWASAN KEDAI PENIAGAAN KEA FARM.

Lagi kisah kebakaran di Kea Farm semalam. Saya ambil dari laporan ringkas Ketua Polis Daerah Cameron Highlands:

KEJADIAN KEBAKARAN DI KAWASAN KEDAI PENIAGAAN KEA FARM CHD.

➡Pada 20/01/17 jam 0055 hrs anggota gerakan terima maklumat daripada orang awam melalui telefon menyatakan ada kebakaran di kawasan perniagaan Kea Farm.
➡Pihak polis telah hubungi Bomba CHD.
➡Pada jam 0110 hrs pihak bomba sampai tempat kejadian.Kerja memadamkam kebakaran masih dijalankan.

➡Tempat kejadian merupakan:
1)Bangunan kayu yg merupakan kedai menjual sayuran , pakaian, cenderahati dan makanan.
2)Setakat ini maklumat diperolehi semasa kejadian tiada penghuni .
3)Setakat ini juga tiada kemalangan jiwa berlaku.
4)Anggaran kedai yg terbakar sebanyak 7 buah dan 1 bangunan kedai makan.


➡Setakat ini kebakaran berjaya dikawal.Walaubagaimanapun kebakaran masih lagi belum dipadam sepenuhnya.
➡Laporan penuh akan menyusul.
Untuk makluman awal.

Dari KPD CHD
DSP HASADID A.HAMID
Tkasih.

Sent from my S7edge smartphone

Maklumat kebakaran di Kea Farm dari sumber Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.

Maklumat kebakaran di Kea Farm dari sumber Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.



Assalamualaikum/ selamat Sejahtera 
Datò / Tuan / Encik

BBP Cameron Highlands 

Operasi :
Kebakaran kedai dan restaurant 

Alamat :
Kea farm ( jln kg.raja - Brinchang )

Kekuatan anggota:
PPgB haziq hazmi ( OC )
PBK II muahamad
PB x 5
Jumlah : 7 ( pegawai dan anggota)

Logistik:
FRT C.H
Water tanker
Hilux

Tindakan operasi:

T.P : 00:47
J.K : 00:48
M.O : 01:00
O: K : 06:00
O: T : 07:00

Bantuan:
PBS Tringkap ( 7 anggota)

Panggilan:
MERS ( 999 )

Kronologi:
Terima panggilan dari sistem mers (999)  satu kebakaran kedai di kea farm , kebakaran melibatkan lapan (8) buah kedai . Antara jenis kedai restaurant, kedai buah ,kedai cendermat . Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa .pemadam di lakukan offensive dan defensive keseluruhan kedai . Kerja - kerja siasatan akan di lakukan dalam masa 14hari . Punca kebakaran sedang di siasat .

Anggaran kerugian:
RM 500,000

Kerugian / harta benda diselamatkan:
40 unit kedai pelbagai jenis perniagaan .

Sent from my S7edge smartphone

Jumaat, 13 Januari 2017

Operasi Khidmat Masyarakat OKPIM 17.

Saya mendapat maklumat satu Program Operasi Khidmat Masyarakat akan dianjurkan pada 13-15 Februari 2017. 


Program ini dianjurakan Kelab Hujjah, Jabatan Syariah Falkulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semua aktiviti adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat.


Sent from my S7edge smartphone

Program OPKIM di Kampung Taman Sedia

Saya dimaklumkan sedang berlangsung sekarang Operasi Khidmad Masyarakat anjuran Kelab Hujjah, Jabatan Syariah, Falkulti Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia  ( UKM) di Kampung Taman Sedia.

Pelbagai aktiviti dirancang dan disusun untuk manfaat ramai sepanjang 3 hari program dimana melibatkan aktiviti di Perkampungan Orang Asli dan dakwah jalanan di Pasar Malam Brinchang.

Teringat masa zaman saya. Kami juga menganjurkan program OPKIM ini di serata tempat. Saya teringat di Jengka 9, Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 serta Felda Kerteh 6 di Dungun. 

Apa khabar keluarga angkat di sana....

Sent from my S7Edge smartphone

Khamis, 12 Januari 2017

Lokasi Tapak Pasar Malam Baru @ Sungai Ruil @ Golden Hill

Yang menjadi soalan panas sekarang adalah lokasi pasar malam baru yang menggantikan lokasi pasar malam di Brinchang mulai 10 Februari 2017.

Untuk tapak pasar malam tersebut telah saya kongsikan satu catatan lebih awal di SINI


Saya ringkaskan PANDUAN KE LOKASI PASAR MALAM YANG BARU seperti di bawah:

1. Terletak di antara Pekan Brinchang dan Pekan Tanah Rata.

2. Jarak dari Pekan Tanah Rata 3.6 km dan 2.3 km jarak dari Pekan Brinchang melalui jalan utama Persekutuan 59.

3. Lokasi Pasar Malam adalah 0.8km dari jalan utama ini iaitu anda perlu masuk ke Golden Hills dan Perkampungan Sungai Ruil  melalui persimpangan di hadapan Villa Dahlia

Jika anda dari Brinchang, anda perlu melalui Padang Golf dan Cameron Highlands Resort sebelum sampai ke persimpangan ini dihadapan Villa Dahlia di sebelah kanan.

Manakala dari arah Tanah Rata anda akan menemui Hotel Rossa De La Rossa sebelah kiri dan menemui persimpangan masuk.

Laluan masuk adalah 2 hala dengan masing-masing 2 lorong yang kemas tersusun cantik.

4. Tapak Pasar Malam baru ini anda tidak dapat melihatnya dari laluan utama macam sekarang. 

5. Ini dipercayai mampu mengelakkan kesesakan di laluan utama berbanding apa yang berlaku sekarang. Nanti kita lihat adakah mencapai objektifnya. 

6. Atas kertas 3.6 km dan 2.3 km tak lah jauh sangat. Cuma nak berjalan kaki tu memang terasa jugalah jauhnya. 

Cuma agak jauh dari pandangan dari laluan utama memungkinkan kurang sambutan untuk berkunjung ke pasar malam ini dan ini membimbangkan semua peniaga pasar malam terbabit. 

Selamat maju jaya kepada semua..

Kemaskini 1 Jun 2017:
Untuk panduan arah secara visual peta ke Pasar Malam Cameron Highlands sebab ada yang komen catatan ini terlalu bernaratif atau bahasa modennya ala membebel ...saya kongsikan di SINI.  

Sent from my S7edge smartphone

Laluan Jambatan Kampung Taman Sedia di TUTUP


Saya sekadar nak berkongsikan bahawa jambatan ke Kampung Taman Sedia dari arah Padang Golf DITUTUP untuk kerja pembaikan akibat hakisan pada strukturnya ketika hujan lebat hujung tahun lepas sehingga ke satu masa yang akan diumumkan kelak.

Sila gunakan jalan masuk utama dari arah Pekan Tanah Rata untuk ke Kampung Taman Sedia.

Sent from my S7edge smartphone

Tapak Pasar Malam Baharu @ Cameron Highlands


Saya ditanya mengenai tapak pasar malam yang baharu bagi tahun 2017 dari rakan-rakan fb. 


Saya jawab seadanya yang saya tahu. Saya bukan kakitangan kerajaan dan bukan ada kaitan dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)

Saya juga bukan peniaga pasar malam di Brinchang. 

Cuma saya ambil tahu perkembangan sekitar Cameron Highlands dari rakan-rakan sahaja. 

Jadi kalau nak tahu apa yang sahih tepat dan sangat dipercayai, anda hubungi MDCH kerana mereka adalah majlis tempatan yang menguruskan soal-soal perbandaran dan yang berkaitan MDCH.

Yang saya tahu dari sumber rakan-rakan:

1. Notis perpindahan dikeluarkan oleh MDCH hujung tahun 2016 yang memaklumkan tapak baharu di jalan masuk ke Perkampungan Sungai Ruil atau lebih tepat Golden Hill.


Catatan awal mengenainya ada saya kongsikan di SINI
2. Soal perjumpaan dan cabutan nombor tapak, permintaan, isu berbangkit dan sebagainya tu tak perlu saya kongsikan dan anggaplah ianya adalah soal pihak pengurusan pihak MDCH dan peniaga terbabit. 

Jangan sudu terlebih pula dari kuah dan lauk ya.. kita diam-diam sudah... jangan jadi keyboard warrior.... atau kepoh sekampung macam joyah dalam siri OPAH ya..

3. Pemerhatian saya di lokasi baru tengahari tadi 247 tapak disediakan dan saya dengar hanya untuk peniaga yang diberikan lesen di tapak lama. 

Jangan tanya saya boleh tolong nak dapatkan tapak ke tidak.. saya bukan kakitangan MDCH.

Jangan nak jeling-jeling ke bawah... ke atas atau ehem ehem.. #rasuahadalahjenayah tau .. MDCH dah gunakan hastag ni.  Kipidap...

4. Pasar Malam Brinchang akan tetap diadakan di tempat sama pada Cuti Tahun Baru Cina ini bagi yang bertanya maklumlah dah rancang dan dah pula menyewa apartment.

Tapi tak kan tak de pasar malam anda nak batalkan percutian anda pula...

5. Tarikh akhir pasar malam di Brinchang adalah 5 Februari 2017 yakni Sabtu malam Ahad. 

Bawaklah tisu... tuala ke... nak menangis ke meraung ke ... nak ambil swafoto terakhir di sana dan upload di FB dengan caption.."di sinilah cinta mula berputik"... Silakan...

6. Tarikh mula pasar malam di Golden Hill dan Perkampungan Sungai Ruil adalah 10 Februari 2017. Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad.

7. Bagaimana nak ke sana? Jangan risau akan ramai kongsi location nanti. Dan kita berharap MDCH akan membantu menyediakan banner makluman arah dan lokasi serta promosi berkaitan.

Pastinya kita tak mengharapkan nanti untuk Bomba dan Penyelamat ataupun Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional atau Persatuan itu dan ini untuk menyediakan poster atau banner arah dan lokasi tersebut. 

Atau jangan pula berharap atau anda telepon Majlis Daerah Tapah atau Lojing untuk menyediakannya. Marah dia orang nanti..

Kita mengharapkan MDCH tau...

Untuk panduan lokasi... saya dah masukan satu catatan berasingan. KLIK  untuk ke catatannya

8. Soalan 'kenapa begitu dan begini' atau 'bukankah atau saya rasa" atau "sape punya idea" atau "tak fikir ke atau dah makan ke belum tu", sila tanya pihak MDCH untuk maklumat lebih tepat. 

Anda kena beranikan diri tau... jangan telunjuk dan ibu jari laju menaip keyboard tapi nak bersuara dengan tekan dial nombor MDCH tak berani. 

Kesian orang lain kena jawab dan lepas tu baru tahu itu bukan jawapan yang sebenar. Tarik nafas... katakan.. anda boleh lakukan.. telepon MDCH .... 


Perkmpungan Orang Asli Sungai Ruil... termoden di Malaysia
9. Saya ternantikan promosi rakan-rakan apartment percutian dan rumah teres di sekitar Golden Hill untuk letakan caption apartment berhadapan dengan pasar malam baharu.. atau sekadar berjalan kaki sahaja ke pasar malam.... ibaratnya LRT dan MRT dah dibuka dikawasan kejiranan anda ni.

Kepada rakan-rakan yang dah lama gunakan caption di atas  sekitar tapak pasar malam yang lama, bertabahlah untuk menukar atau memadamkannya dari poster promosi anda... bertabahlah...

Harap membantu catatan ini ya... 


Rabu, 11 Januari 2017

Kayuhan Cameron Riders ke Fraser Hill

Membuka lembaran tahun baru, Cameron Rider telah melakukan kayuhan pendakian ke Fraser Hill.

 
Kayuhan yang menggunakan laluan Raub - Bukit Fraser ini memang sinonim dengan laluan pendakian biasa di Cameron Highlands.
 



Tahniah Cameron Riders .. 

Sent from my S7edge smartphone

Selasa, 3 Januari 2017

Tawaran tapak food truck oleh MDCH

Tadi , Majlis Daerah Cameron Highlands telah membuka tawaran untuk menyewa tapak perniagaan 'food truck' di Tanah Ratap pada Jumaat dan Sabtu.

Lokasi adalah di tapak boot car sale yang saya perhatikan agak malap aktiviti di sana. Mungkin dengan penamabahan food truck ini akan menambah seri dan kerancakan aktiviti boot car sale di sana kelak.

Dapatkan maklumat lanjut daripada pihak Majlis Daerah Cameron Highlands kalau anda berminat. 

Saya kongsikan sahaja... 

Cadangan Penambahbaikan identiti bandar perlancongan

Assalamualaikum Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.

Yang berbahagia Dato,
Salam tahun baharu 2017 untuk Yang Berbahagia Dato dan seluruh warga MDCH.

Semoga tahun ini lebih banyak perancangan yang dirancang untuk kesejahteraan bandar dan juga perlancongan di Cameron Highlands dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan mendatangkan manfaat kepada bukan hanya warga CH tetapi menular kepada 820 ribu pelancong yang akan hadir ke daerah perlancongan tanah tinggi ini.
 
 
Yang berbahagia Dato,
Saya telah lama perasan setiap kali ke luar daerah, saya melihat ada satu statement entry atau landmark statement daerah tersebut.

Namun di Cameron Highlands kita hanya ada satu sahaja iaitu di Taman Mini Menara Jam berhampiran Oly Aparment Tanah Rata.

 
Yang kedua yang agak sukit untuk diterjemahkan atau dibaca adalah di Taman Pertabalan Tanah Rata yang dibuat melalui susun atur paip kecil yang perlu amat diamati sebelum diketahui akan perkataaan Cameron Highlands.

Tapi kita tiada sepertinya landmark statement seperti Daerah Temerloh, Bera dan Kuantan.

Yang ada adalah Masjid Abu Bakar di cerunnya.
 
 
Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada pihak Yang Berbahagia Dato kiranya dapat melihat peluang untuk diwujudkan landmark statement Bandar tumpuan seperti Tanah Rata , Brinchang dan sebagainya yang difikirkan terbaik.

 
Saya pernah melihat satu keluarga mengambil gambar dihadapan Pejabat Pengurusan PAIP hanya kerana mahukan perkataan Cameron Highlands sebagai rakaman kenangan atau bukti kehadiran.

Saya kongsikan beberapa koleksi gambar landmark statement yang saya perolehi dari laman web.

Terima kasih atas perhatian jika ada atas email cadangan ini.
 


 

Semuanya atas dasar inginkan yang terbaik untuk daerah ini kepada semua warganya dan juga pelancongan di sini.

Terima kasih.

Selamat tahun baru ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...