Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 27, 2015

Stesen Minyak BHP di Blue Valley sudah dibuka

Saya sekadar nak kemaskinikan status Stesen Minyak di Blue Valley iaitu BHP. Catatan saya sekitar 3 bulan yang lalu mengesahkan masih belum dibuka. KLIK


Namun, sejak sebulan setengah yang lalu ianya telah dibuka. Saya sendiri melihatnya beroperasi semasa turun ke Ipoh. 

Ini memang sangat memudahkan urusan semua pengguna jalan raya dari Simapng Pulai ke Cameron Highlands dan tentunya pengguna ke Gua Musang akan menarik nafas lega kerana kini sudah ada bekalan minyak di pertengahan perjalanan mereka berbanding dahulu. 

81 km jarak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai dan tambahan 145 km untuk ke Gua Musang pastinya amat memerlukan bekalan minyak dan untuk mendaki 21 km berlainan arah ke Pekan Brinchang di mana terletaknya Stesen Minyak Petronas dan Shell pasti tidak berbaloi kerana tambahan 21 km pula untuk kembali ke Blue Valley.

Pengamatan saya pula di Stesen Shell dan Petronas di Brinchang agak lengang bagi bahagian diesel kerana petani dan pekebun yang berada di Blue Valley, Kg Raja, Tringkap, Kuala Terla malah Lojing Kelantan hanya perlu ke sini berbanding perlu ke Brinchang.

Stesen Minyak ini pastinya akan menjadi tumpuan persinggahan untuk berehat dan mendapatkan bekalan sepanjang perjalanan anda.

Namun semasa dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Cameron Highlands sekitar jam 12 tengah malam, saya mendapati ianya ditutup. 

Saya sendiri tak pasti waktu operasinya.

Insyallah saya akan kongsikan jika singgah ke sana kelak atau anda yang telah ke sana dan tahu waktu operasi stesen minyak ini boleh berkongsikan di ruangan ulasan.





Thursday, November 26, 2015

12 darjah Celsius


Saya ambil terus catatan wartawan harian metro dalam versi online mereka mengenai Stesen Mardi di Tanah Rata dan ada yang saya rasakan benar dan bersetuju dan ada yang saya rasa sebaliknya.

Apapun terpulang di mata dan pandagan anda ketika berkunjung ke sini dan bagi saya Stesen Mardi adalah tempat terbaik untuk mengenali akan sejarah dan industri pertanian di sini jika anda mencari dalam satu tempat yang selesa dan segalanya dikumpulkan.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, November 25, 2015

XPDC Gunung Brinchang... Penutupan

Catatan ini adalah sekitar penamat atau penutupan XPDC Gunung
Brinchang yang dianjurkan oleh Masjid Kayangan pada 14 November yang
lalu.

Bukan sekadar majlis penutup tetapi turut diselangi dengan acara
cabutan bertuah kepada para peserta.

Setelah peserta sampai di perkarangan Masjid Brinchang sekitar 1
petang semuanya membersihkan diri untuk sama-sama menunaikan solat
zohor berjemaah sebelum menikmati makan tengahari yang disediakan.

Alhamdulilah tiada peserta yang menghadapi kesukaran atau musibah
semasa melakukan pendakian.

Alhamdulillah juga, cuaca ketika pendakian amat baik berbanding
hari-hari sebelumnya dan ketika sampai di masjid suasana mulai hujan
renyai-renyai.

Penutupan XPDC Mendaki Gunung Brinchang dilakukan secara ringkas oleh
Pengerus Masjid Brinchang, Sarjan Bani yang turut membuat cabutan 50
nombor bertuah termasuklah hadiah utama yang disumbangkan oleh
Pasaraya Sakan iaitu sebidang permaidani.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini baik yang
menyertai pendakian ataupun pasukan sokongan dan urusetia yang
bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran program.

Insyallahdari maklumbalas yang diterima amat baik dan meminta agar
program sebegini akan dilangsungkan pada masa hadapan..

Insyallah ...


Monday, November 23, 2015

Kayuhan Kabus Cameron Riders

Antara soalan dari rakan riders dari luar sejak dua minggu ini adalah adakah sesuai untuk naik ke Cameron Highlands dan melakukan kayuhan santai.

Adakah di Cameron Highlands hujan?
Adakah di Cameron Highlands sesak?
Adakah terlalu sejuk untuk berkayuh?

dan beberapa soalan lain.

Jawapan saya yang kurang berkayuh di sini adalah :

Cameron Highlands memang sedang musim hujan.
Cameron Highlands kurang sesak sebab cuti sekolah yang panjang dan kalau sesak sekalipun, sebagai riders pasti mudah menyelit malah mungkin lebih laju dari kereta jika berlaku kesesakan.
Cameron Highlands memang sejuk sekarang ini.

Dan apapun jawapan saya yang mungkin kelihatan mengerunkan pula untuk anda berbasikal di sini sekarang ini, saya ingin bertanya pula kepada anda...

Di manakah anda boleh berbasikal dalam suasana berkabus tebal... ?
Di manakah anda boleh berbasikal pada waktu siang dalam suasana sejuk?
Di manakah anda boleh menikmati suasana berbasikal sepanjang hari?

Jika anda mengatakan di Cameron Highlands sebagai jawapan, maka datanglah sahaja ke sini kerana inilah kelainan jika anda berkayuh di Cameron Highlands.

Cuma pastikan anda ada lampu keselamatan di basikal anda biarpun berbasikal di waktu siang kerana kabus datang tanpa diundang...

Saya kongsikan gambar-gambar Cameron Riders yang berkayuh dalam suasana berkabus dan gambar ini saya rakamkan di sekitar Bharat Tea ke Tanah Rata yang biasa dapat dilihat diwaktu petang...

Kabus ke hujan ke tetap kayuh sebab kalau nak tunggu panas memang tak akan ada di waktu sekarang ini.


Selamat berkayuh... Ingat .. utamakan keselamatan ....

XPDC Gunung Brinchang... di puncak

Catatan seterusnya XPDC Gunung Brinchang anjuran Masjid Kayangan Brinchang ini saya teruskan dengan suasana di puncak Gunung Brinchang.


Pastinya wajah-wajah ceria peserta yang selamat sampai di Puncak Gunung Brinchang dapat dilihat di kalangan semua peserta.

Pendakian yang menuntut kekuatan stamina dan fizikal peserta akan berbaloi apabila mereka sampai di puncak dengan masa purata sekitar 2 jam 30 minit. 


Malah kumpulan Yang Hormat Dato' Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato A Rahman Hamzah hanya memerlukan kurang dua jam untuk sampai di puncak. 

Malah ketibaan semua peserta disambut oleh Tuan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, yang telah berada di puncak Gunung lebih awal.


Untuk anda yang belum pernah sampai di puncak Gunung Brinchang, puncak gunung ini berada pada paras 2,032 meter dari aras laut atau 6,667 kaki.

Ianya merupakan lokasi di mana terletaknya Stesen Telekom yang telah dibina awal 1960 an lagi. 

Kedudukan stesen ini sebenarnya di antara dua negeri iaitu Pahang dan Perak dan ditengah lamannya garisan sempadan yang dilukis sepanjang halaman stesen ini. 


Namun stesen ini berstatus kawasan larangan kepada semua pelawat.

Untuk sampai di puncak gunung ini, terdapat laluan jalanraya bertar yang menghubungkan stesen ini ke ladang teh dan dipecayai antara laluan bertar kenderaan paling tinggi di semenanjung Malaysia.

Berbalik kepada kisah pendakian Gunungn Brinchang, Alhamdulillah cuaca pada waktu pendakian amat baik berbanding dengan hari-hari sebelumnya. 


Malahan ini adalah kebimbangan urusetia setiap hari sebelum hari XPDC. Alhamdulillah berkat dengan doa dan solat hajat yang dibuat, cuaca amat baik sepanjang pendakian. Amin... 

Alhamdulillah ..

Hanya 11 peserta XPDC yang tidak berjaya sampai kepuncak kerana menghadapi kesukaran pendakian dan diarahkan oleh pihak marshall dan pasukan perubatan untuk tidak meneruskan pendakian demi kebaikan bersama. 


Insyallah di lain waktu, mereka boleh menyertai XPDC ini dan menawan puncak Gunung Brinchang dengan persedian yang lebih baik. 

Pada awalnya, peserta dijangkakan akan menuruni semula gunung ini namun di atas faktor cuaca yang nampaknya akan hujan pada waktu petang ramai pula yang memilih untuk menaiki kenderaan 4X4 yang disediakan.


Apapun tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua pihak Urusetia dan juga pasukan sokongan yang bertungkus lumus memberikan yanag terbaik untuk XPDC ini. 

Sekitar ketibaan di Puncak Gunung Brinchang

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: