TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 23, 2015

XPDC Gunung Brinchang... di puncak

Catatan seterusnya XPDC Gunung Brinchang anjuran Masjid Kayangan Brinchang ini saya teruskan dengan suasana di puncak Gunung Brinchang.


Pastinya wajah-wajah ceria peserta yang selamat sampai di Puncak Gunung Brinchang dapat dilihat di kalangan semua peserta.

Pendakian yang menuntut kekuatan stamina dan fizikal peserta akan berbaloi apabila mereka sampai di puncak dengan masa purata sekitar 2 jam 30 minit. 


Malah kumpulan Yang Hormat Dato' Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato A Rahman Hamzah hanya memerlukan kurang dua jam untuk sampai di puncak. 

Malah ketibaan semua peserta disambut oleh Tuan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, yang telah berada di puncak Gunung lebih awal.


Untuk anda yang belum pernah sampai di puncak Gunung Brinchang, puncak gunung ini berada pada paras 2,032 meter dari aras laut atau 6,667 kaki.

Ianya merupakan lokasi di mana terletaknya Stesen Telekom yang telah dibina awal 1960 an lagi. 

Kedudukan stesen ini sebenarnya di antara dua negeri iaitu Pahang dan Perak dan ditengah lamannya garisan sempadan yang dilukis sepanjang halaman stesen ini. 


Namun stesen ini berstatus kawasan larangan kepada semua pelawat.

Untuk sampai di puncak gunung ini, terdapat laluan jalanraya bertar yang menghubungkan stesen ini ke ladang teh dan dipecayai antara laluan bertar kenderaan paling tinggi di semenanjung Malaysia.

Berbalik kepada kisah pendakian Gunungn Brinchang, Alhamdulillah cuaca pada waktu pendakian amat baik berbanding dengan hari-hari sebelumnya. 


Malahan ini adalah kebimbangan urusetia setiap hari sebelum hari XPDC. Alhamdulillah berkat dengan doa dan solat hajat yang dibuat, cuaca amat baik sepanjang pendakian. Amin... 

Alhamdulillah ..

Hanya 11 peserta XPDC yang tidak berjaya sampai kepuncak kerana menghadapi kesukaran pendakian dan diarahkan oleh pihak marshall dan pasukan perubatan untuk tidak meneruskan pendakian demi kebaikan bersama. 


Insyallah di lain waktu, mereka boleh menyertai XPDC ini dan menawan puncak Gunung Brinchang dengan persedian yang lebih baik. 

Pada awalnya, peserta dijangkakan akan menuruni semula gunung ini namun di atas faktor cuaca yang nampaknya akan hujan pada waktu petang ramai pula yang memilih untuk menaiki kenderaan 4X4 yang disediakan.


Apapun tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua pihak Urusetia dan juga pasukan sokongan yang bertungkus lumus memberikan yanag terbaik untuk XPDC ini. 

Sekitar ketibaan di Puncak Gunung Brinchang

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock