Subuh pagi 14 November 2015, kelihatan jemaah seperti bertambah ramai berbanding dengan hari biasa atau pada hujung minggu di Masjid Kayangan Brinchang.
Suasana sungguh meriah dengan sebahagian jemaah adalah pelancong tempatan yang menumpang singgah di Masjid Kayangan ini selepas mengharungi perjalanan lewat malam dari destinasi masing-masing untuk bercuti di sini.
Tidak ketinggalan adalah adik-adik sekolah yang mengikuti rombongan sekolah masing-masing turut singgah untuk bersolat subuh dan aksi mereka terutama ketika mengambil wuduk jelas mencuri perhatian apabila menjerit 'sejuuuukkkkkkk' ketika menyentuh air.
Ini adalah pemandangan yang biasa akan anda lihat setiap minggu di Masjid Kayangan ini dan ia sentiasa dikunjungi lebih ramai jemaah setiap kali hujung minggu dan musim cuti sesuai dengan kedudukan yang terletak di Pekan Brinchang dan sebagai mengimarahkan aktiviti pelancong dan kariah masjid, kuliah subuh turut dilangsungkan pada pagi itu.
Namun pada pagi tersebut pertambahan kehadiran jemaah tambahan dirasai oleh kariah tempatan dan menimbulkan tanda tanya sehinggalah sebilangan dari mereka mulai mendaftarkan diri sebaik sahaja meja lipat dibuka di laman masjid oleh Ustaz Hayazi dan rakan-rakan.
Satu demi satu jemaah terbabit mendekati meja tersebut dan mulai meneliti senarai nama yang telah disediakan.
Akhirnya mereka mengesahkan pendaftaran sebelum menerima bag sandang yang mengandungi cenderehati seperti baju bewarna kuning, air mineral jenama GAU, sebungkus roti dan juga sekotak kecil kurma.
Kelibat mereka mulai mendapat perhatian jemaah yang lain dan ada yang juga menghampiri meja tersebut untuk bertanya untuk apakah pendaftaran tersebut.

10 minit berlalu, tanda tanya kian jelas terjawab apabila kelibat jemaah yang mendaftar tadi mulai menukar dan memakai baju kuning serta kelibat beberapa lelaki berbaju khas berwarna hitam juga mulai memenuhi laman masjid seawal 6.45 pagi dan tertera di dada baju mereka adalah "Hiking Gunung Brinchang".
Benar, mereka adalah di antara 135 peserta yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai XPDC Pendakian Gunung Brinchang anjuran Masjid Kayangan Brinchang.
Mereka perlu memastikan perut tidak kosong dan tidaklah pula terlalu penuh kerana aktiviti selepas ini menuntut kekuatan seluruh anggota badan dan juga mental.
Tepat 7.15 pagi, MC yang bertugas mulai memperkenalkan diri dan berkongsikan atucara program XPDC pendakian yang kepada semua peserta.
Sebagai permulaan, tepat pukul 7.30 pagi, semua peserta XPDC dibawa ke Kaki Gunung Brinchang yang terletak betul-betul di Pusat Rawatan Air milik Pengurusan Air Pahang (PAIP) yang turut sama menjadi rakan penganjuran program.
Dua buah lori iaitu milik PAIP dan Polis Di Raja Malaysia bersedia mengangkut peserta dan pastinya aksi 'pesalah' oleh peserta yang menaiki 'black Maria' yang lengkap dengan pagar geriji mencuit hati semua pihak.
Di Kaki Gunung Brinchang, acara perasmian ringkas dan persediaan untuk melakukan pendakian dimulakan dengan bacaan Doa oleh Iman Hafiz.
Dalam Doanya, beliau memohon semoga program XPDC ini dipermudahkan dan semua peserta dan urusetia sentiasa dilindungi sepanjang masa dengan niat adalah melakukan ibadah dalam berekreasi.
Dalam Doanya, beliau memohon semoga program XPDC ini dipermudahkan dan semua peserta dan urusetia sentiasa dilindungi sepanjang masa dengan niat adalah melakukan ibadah dalam berekreasi.
Taklimat keselamatan seterusnya mengambil tempat di mana terdapat 2 taklimat keselamatan diberikan.
Pertama, Taklimat Keselamatan Kerohanian oleh Ustaz Fauzi dari Ibupejabat Polis Daerah Cameron Highlands yang menerangkan kepada peserta untuk menjaga tata adab memasuki kawasan hutan dengan menjaga tingkahlaku dan tidak melakukan kerosakan.
Ini sebagai menghormati penghuni lain yang telah lama berada di sana dan selaras dengan beberapa firman Allah yang mengarahkan kita memakmurkan alam dan tidak melakukan kerosakan seperti dalam beberapa poster Muhasabah yang disediakan di laluan pendakian.

Taklimat Keselamatan Pendakian kemudian mengambil tempat dan kali ini Tuan Mokhtar juga dari Ibu Pejabat Polis Cameron Highlands menyampaikan taklimat perihal penting menjaga keselamatan diri dan pasukan sepanjang melakukan pendakian.
Beliau turut berkongsikan maklumat bahawa Cameron Highlands mempunyai 12 gunung ganang yang melingkari daerah tanah tinggi ini dan laluan trek pendakian ke Gunung Brinchang ini adalah melalui trek pendakian No 1 sejauh 1.92 km.
Semua peserta XPDC akan mendaki sehingga di puncak pada di ketinggian 2,032 meter dari aras laut atau 6,667 kaki dalam tempoh 2 jam 30 minit bagi kadar pendakian normal.
Semua peserta XPDC akan mendaki sehingga di puncak pada di ketinggian 2,032 meter dari aras laut atau 6,667 kaki dalam tempoh 2 jam 30 minit bagi kadar pendakian normal.
Kemuncak acara perasmian adalah Ucapan Perasmian XPDC dan tentunya kehadiran Yang Hormat Dato' Pegawai Daerah Cameron Highlands Yang Hormat Dato' A Rahman Hamzah yang berbaju hijau menjadi tumpuan semua peserta dan urusetia.
Namun kehadiran Yang Hormat Dato' bukan untuk sekadar menyampaikan ucapan perasmian XPDC ini atau berkongsikan nasihat serta tips pendakian sebaliknya beliau merupakan salah seorang peserta pendakian dengan nombor pendaftaran 177.
Ini menerbitkan rasa kagum dikalangan peserta XPDC khasnya dari luar daerah Cameron Higlands kerana mereka tidak pernah melihat sendiri bagaimana seorang Pegawai Daerah akan turut sama mendaki.
Namun bagi kami di Cameron Highlands sememangnya mengetahui penglibatan aktif Yang Hormat Dato' dalam aktiviti riadah di sini terutamanya pendakian gunung dan juga berbasikal.
Untuk rekod ini bukanlah gunung pertama yang telah didaki oleh Yang Hormat Dato sejak mengetuai pentadbiran daerah tanah tinggi ini sejak dua tahun lepas malah untuk Gunung Brinchang adalah pendakian yang berulang kali dilakukan olehnya bersama kakitangannya.
Namun bagi kami di Cameron Highlands sememangnya mengetahui penglibatan aktif Yang Hormat Dato' dalam aktiviti riadah di sini terutamanya pendakian gunung dan juga berbasikal.
Sebaik selesai perasmian, peserta XPDC mulai diberikan kumpulan pendakian masing-masing di mana setiap kumpulan 10 peserta pelbagai peringkat umur dan jantina.
Setiap kumpulan pendakian akan disertai dua marshall pendakian dari kalangan urusetia yang akan mengetuai pendakian tersebut dan menyediakan sebarang khidmat yang diperlukan kelak.
Setiap kumpulan pendakian akan disertai dua marshall pendakian dari kalangan urusetia yang akan mengetuai pendakian tersebut dan menyediakan sebarang khidmat yang diperlukan kelak.
Seperti biasa dan menjadi kewajipan kepada semua peserta acara senamam sebelum pendakian dilakukan dan kali ini seorang lagi wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands yang lebih dikenali sebagai Mat Rock mengetuai sesi senaman tersebut.
Tepat 8.45 pagi, pendakian pun bermula menuju puncak Gunung Brinchang dan kisahnya akan saya kongsikan dalam catatan seterusnya...
Untuk koleksi gambar selebihnya dan lebih banyak boleh dilihat di laman Facebook mrkumai.blogspot. Jenguk-jenguklah di sana ya...
No comments:
Post a Comment