Sejak hari Khamis yang lalu, Cameron Highland dipenuhi dengan pelancong tempatan yang bercuti sempena dengan cuti panjang untuk Deepavali.
Dan semestinya apartment percutian menjadi pilihan untuk menjimatkan perbelanjaan khasnya yang datang bercuti secara berkeluarga besar.
Di kawasan apartment saya juga dipenuhi dengan pelancong tempatan berkeluarga ini yang silih berganti saban hari.
Malangnya mereka yang berseronok bercuti ini meninggalkan kami dengan sampah sarap dari kenderaan masing-masing sebelum bergerak keluar.
Semuanya hanya dilonggokan di sisi kereta masing-masing sahaja tanpa ada usaha untuk membuang di tong sampah atau lebih tepat tanpa rasa bersalah apatah lagi samaingin menghargai kesempatan diberikan peluang untuk menginap bersama dengan penduduk tempatan dengan harga yang menjimatkan berbanding pilihan di hotel.
Mungkin ini adalah didikan dari kecil dalam diri mereka untuk melakukan perkara ini semudah itu. Atau mereka ingin mendidik anak-anak mereka yang turut sama bercuti ini akan mudahnya membuang sampah di tempat awam tanpa rasa bersalah atau rasa takut.
"Buang sahaja sampah ke bawah kereta anak-anak, ini amalan mulia !" Kata si ibu kepada anak-anaknya.
"Buang sahaja sampah ke bawah kereta anak-anak, ini amalan mulia !" Kata si ibu kepada anak-anaknya.
Jadi semuanya mudah, anda berseronok kami pula perlu menyumbang keseronokan anda dengan menanggung yuran penyelengaraan setiap bulan demi keselesaan kami.
Bertimbang rasalah .. jangan fikir seronok bercuti anda sahaja.
Tetapi kalau dilihat pada kawasan meletak kereta milik hotel, tidak pula mereka melakukanya. Bersih dan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah walaupun agak jauh.
Tapi kalau menginap di apartment percutian, tidak pula melakukan perkara yang sama...
Jadi .. jelaslah .. sikap ini memang diamalkan dirumah dan kawasan kediaman sendiri... atau mentaliti penyewa apartment percutian sememangnya begitu ?
Tepuk dada tanya iman...
Ini belum lagi bab buat bising, meletak kereta sesuka hati dan pelbagai ragam yang perlu dihadam oleh penduduk tempatan yang sangat bersabar dan memahami pelancong tempatan perlu diberikan ruang dan peluang untuk menikmati percutian di Cameron Highlands yang indah ini.
Terasa? Lantaklah ....
Ini belum lagi bab buat bising, meletak kereta sesuka hati dan pelbagai ragam yang perlu dihadam oleh penduduk tempatan yang sangat bersabar dan memahami pelancong tempatan perlu diberikan ruang dan peluang untuk menikmati percutian di Cameron Highlands yang indah ini.
Terasa? Lantaklah ....
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
1 comment:
Salam,
Kita boleh menjadi negara maju cukup dgn tidak membuang sampah merata2.
Terima kasih.
Post a Comment