Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Wednesday, August 31, 2016

Ceramah Dato Ustaz Kazim Elias di Cameron Highlands

Saya menerima hebahan ini dari group WhatsApp rakan-rakan Cameron Highlands tadi. 
Ustaz Kazim akan kembali Berceramah di Cameron Highlands selepas kali terakhir beliau ke sini sekitar 3 tahun lepas.
Jemputan ke Ceramah Perdana Sempena Hari Kemerdekaan Ke 59 Tahun 2016 Peringkat Daerah Cameron Highlands
Penceramah Ybhg Dato' Ustaz Kazim Elias

Tarikh : 6 September 2016 (Selasa)‎
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Padang Awam MDCH, Tanah Rata Cameron Highlands.

Semua dijemput hadir.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Selamat Hari Merdeka ke 59

mrkumai.blogspot.com ‎ ingin mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua rakyat Malaysia. 

Semoga Kemerdekaan ke 59 ini membawa penuh pengertian dan marilah bersama-sama kita meneruskan pengisian Kemerdekaan dengan lebih bermakna.

#sehatisejiwa

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa 2016

Telah berlangsung sebentar tadi kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa bagi Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 59 peringkat Cameron Highlands.

Seramai 117 Peserta pelbagai usia dan bangsa telah menyertai kayuhan ini.

Insyallah, Saya akan kongsikan koleksi gambar sepanjang kayuhan tadi.

Tahniah dan terima kasih diatas kayuhan penuh semangat Kemerdekaan tadi...

Anda semua terbaik!!!?

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, August 30, 2016

Lagu MERDEKA #SEHATI SEJIWA

Esok kita akan menyambut 
KEMERDEKAAN KALI KE 49 
bertemakan 
"MALAYSIA SEHATI SEJIWA".


Jom kita nyanyikan lagi tema 
"#SEHATI SEJIWA": 




Demi ……tanah yang bertuah 
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini 
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Penyanyi : Alif Satar

Latar Chorus : Gemersik Chorus
Ciptaan : Yuri Edris
Lirik ; Siso Koprastasa dan Yuri Edris

Kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa 2016 Cameron Highlands


Kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa

Tarikh : 30 / 08 / 2016
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Perkarangan Pejabat Belia & Sukan

# TSHIRT DI SEDIAKAN UTK 59 PESERTA TERAWAL SAHAJA

Tentatif

9.00 mlm - Pendaftaran
9.30 mlm - Taklimat Laluan
9.45 mlm - Sesi Regangan
9.50 mlm - Bacaan Doa ( Ust Hayazi )
10.00 mlm - Flag Off ( YH Dato Pegawai Daerah )
10.30 mlm - CP depan IPD Brinchang
11.00 mlm - Peserta Menamatkan Kayuhan di Pejabat Belia
11.15 mlm - Minum mlm
11.30 mlm - Cabutan Bertuah
12.00 mlm -Sambutan Ambang Merdeka
Persembahan Bunga Api

Monday, August 29, 2016

Statistik Penduduk Malaysia 2016


Ini adalah statistik terbaru jumlah penduduk di Malaysia 2016.
 
Jumlah penduduk 31.7 juta orang dengan 16.4 juta adalah Lelaki dan 15.3 Juta adalah wanita. Negeri Selangor mempunyai jumlah pennduduk teramai dengan 19.95% menetap di sana bersamaan 6.32 juta penduduk.
 
Kalau ada perincian yang lebih tepat akan saya kongsikan kelak.
 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kayuhan Malam Ambang Merdeka Cameron Highlands 2016

 

Cameron Riders dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands akan menganjurkan Kayuhan Malam Ambang Merdeka 2016 pada 30 Ogos 2016 bermula pada pukul 9.00 malam di Padang MDCH melibatkan laluan sekitar Pekan Tanah Rata dan Brinchang bersempena Sambutan Ambang Merdeka peringkat Daerah Cameron Highlands.
 
Kayuhan yang dianjurkan secara tertutup ini dibuat sebagai memeriahkan acara ambang merdeka dan seramai 100 ahli Cameron Riders akan menyertai kayuhan ini.
 
Jika anda berada di sekitar Cameron Highlands pada malam ambang merdeka, kami mengalu-alukan kehadiran anda dan untuk sama berkayuh.
 
Percuma .. Pastikan anda membawa lampu basikal dan peralatan keselamatan yanag bersesuaian untuk kayuhan malam ambang merdeka ini.

 
Untuk rekod, tahun lepas kami menganjurkan Kayuhan Sehati Sejiwa sebagai penutup sambutan bulan kemerdekaan dengan penyertaan lebih 150 peserta secara santai.

Sunday, August 28, 2016

Cameron Highlands KOM Challenge 2016 anjuran DRCC

Kami ingin mewar-warkan acara yang dianjurkan oleh Darul Ridzuan Cycling Club (DRCC) iaitu Cameron Highlands KOM Challenge 2016. 


Jika tahun lepas bermula di Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pulai, kali ini perlepasan akan dibuat di Stesen Petronas Simpang Pulai dan menuju ke penamat di Meiko Strawberry , Blue Valley, Cameron Highlands. 

Lebih banyak kategori dibuka seperti Folding Bike, Road Bike dan Mountain Bikepada tahun ini dan memberikan kelebihan kepada para riders yang berkenaan. 

Kami, Cameron Riders akan turut sama menyokong penganjuran dengan tugasan marshall kelak. Terima kasih kerana mengundang kami untuk terlibat sama dalam penganjuran ini. 

Dan hubungi Darul Ridzuan Cycling Club untuk maklumat lanjut.. 

Sebagai rakan berbasikal dari Daerah Jiran, kami mengucapkan selamat datang ke bumi Cameron Highlands... 

Hai Melayu

Saya perolehi sajak dari A. Samad Said ini dari whatsapp group saya. Secara jujur saya tidak menyukai A. Samad Said sejak dua menjak beliau terlibat dengan parti politik kerana sebab-sebab yang tertentu . Tak apa.. dia pun bukan kenal saya dan pasti tak kisah saya tak suka sikap beliau. 

Namun saya tidak dapat untuk tidak bersetuju dengan beliau mengenai sajak beliau ini... Hai Melayu dan betul apa yang beliau cakap ini ...  

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...

Gambar ini saya tak tahu apa motifnya...banggang atau sangap barangkali ...  

*HAI MELAYU..*

Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun, 
Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
*Lalu melayu ada apa?*

Harapkan Ustaz,
Saling menyesat,
Harapkan hiburan, 
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa,
Banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, 
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, 
Banyak digadai kepada *Korporat!!*

Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi *tuan*,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon _perjuangan ini untuk kalian!_
Kerja sikit, 
Sembang kencang,
Banyak rungut, 
Sikit rancang,
Siapa tegur, 
Dituduh lancang,
Duduk warung,
Gigit kacang!

Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau *melayu* aku pun *melayu*,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
Kau cuma tahu *ber gaya*.

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana *Malaya* bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki sesama bangsa harus guris,
Bersatulah Melayu kerana *agama*, *bangsa*,
Moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara,
Berjasa dan Berkuasa.......
Pedih menyengat.....
Untuk muhasabah diri kita

*JIKA TAK NAK BERUBAH*, *TERUSLAH JADI MELAYU YANG*
*LAYU DI TANAH SENDIRI*

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, August 27, 2016

Cameron Highlands: PM Umum Tiga Projek


Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan tiga projek bernilai RM20.2 juta di Parlimen ini, tahun depan.
Perdana Menteri berkata, projek terbesar membabitkan pembinaan Jalan Pos Betau-Pos Lenjang bernilai RM15 juta dan baik pulih masjid di Kampung Tanjung Gahai bernilai RM200,000. Katanya, projek ketiga adalah pembinaan gerai bernilai RM5 juta dalam DUN Tanah Rata.
Najib mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, sebentar tadi.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Fun Ride Tapah ke Lumut sempena Karnival Gegar Merdeka Daerah Tapah

Klinik kesihatan Tapah menganjurkan satu kayuhan santai bermula dari Tapah ke Lumut sempena Karnival Gegar Merdeka Daerah Tapah  bersempena dengan Karnival Gegar Merdeka mereka.

Hubungi mereka untuk maklumat lanjut. 
 
Kami sekadar menyokong penganjuran rakan-rakan.
 
Maklumlah... Cameron dan Tapah kan berjiran...
 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Temerloh Fellowship Ride 2016

Kami, Cameron Riders nak berkongsikan kisah Penganjuran Kayuhan Fellowship Ride 2016 anjuran Tourism Pahang Malaysia dan rakan penganjur yang lain.

Kayuhan 80 kilometer ini melibatkan Titik Tengah Semanjung Malaysia pastinya unik kerana ada gajah... ada ikan patin ... apa tu? Rahsia..


Hubungi pihak penganjur untuk malumat lanjut ..

Kami di Cameron Riders menyokong penuh penganjuran rodong-rodong kami ni ..

Moh kita berkayuh di Temerloh ..

Friday, August 26, 2016

Lawatan Perdana Menteri ke Cameron Highlands


Sabtu ini, 27 Ogos 2016, dijangkakan Cameron Highlands akan sesak teruk kerana kehadiran Perdana Menteri untuk beberapa urusan rasmi dan partinya.

Lokasi terlibat, Padang Golf MDCH untuk pendarata ketibaan dan perlepasan helikopter yang membawanya sebelum ke Dewan Sekolah Menengah Ahmad Shah untuk merasmikan Mesyuarat Bahagian Umno Cameron Highlands dan Majlis Perasmian dan Penyerahan kunci rumah di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.

Saya masih menantikan jika ada notis makluman dari pihak terbabit khasnya penutupan jalan jika ada. Kalau ada Saya kongsikan nanti maklumat selanjutnya.

Rancang perjalanan anda demi mengelakan kesesakan atau terperagkap dalam kesesakan. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, August 22, 2016

Sejarah Cameron Highlands


Sejarah Cameron Highlands dari Papan Tanda MDCH di Tanah Rata. Saya ringkaskan seperti di bawah:

1. Memulakan ekpisidi mengukur sempadan pada Februari 1885 
2. Menamatkan ekpidisi pada 1 September 1885
3. Merekodkan 1372.5 meter aras ketinggian tertinggi di Cameron Highlands.
4. Menyatakan terdapat satu dataran tanan tinggi di tengah banjaran yang sedang diukur tetapi tidak menyatakan secara jelas lokasi tersebut dalam catatannya.
5. Laluan ekpesidi mengukur sempadan menganjur ke kawasan Kampung Raja.
6. Kerajaan British dalam mesyuarat mereka hanya menerima laporan William untuk makluman dan dinamakan sebagai 'Hill Station' dan diminitkan kali pertama dalam Mesyuarat Persuruhjaya Tinggi British pada tahun 1886.
7. 1886, peruntukan sebanyak 20,000 disediakan untuk memanjangkan lorong sempit ke Cameron Highlands
8. 1902 Diminitkan oleh Persuruhjaya British untuk mengarahkan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk memilih kawasan yang diperlukan untuk urusan rezab tanah yang bersesuaian untuk urusan pentadbiran dan juga sebagainya. Jalan ke sini dipanjangkan lagi sehingga mencecah 34 km.
9. 1904 - Kerja Ukur Pertama dijalankan untuk mengesahkan lokasi yang dicatatkan oleh Cameron dan membuat kesimpulan Lubuk Tamang adalah kawasan yang dinyatakan oleh Cameron sebagai dataran tanah tinggi namun pada hanya ketinggian 3000 kaki dari aras laut.
10. 1920 - Pengarah Muzium Negeri Pahang melakukan ekspedisi untuk mengetahui kajian geologi yang diperlukan untuk tujuan pembangunan dan pertanian. Lakaran pertama Hill Station dihasilkan.
11. Ekspedisi ini juga merumuskan kawasan dataran tanah tinggi sebenar yang dinyatakan oleh William Cameron adalah melibatkan Tanah Rata dan Brinchang.  
12. 1925 - Sir George Maxwell melakukan ekspedisi ke sini dan menetapkan bahawa kawasan ini akan dibangunkan sebagai Hill Station.
13. 18 Mei 1926 sebuah jawatankuasa pembangunan diwujudkan untuk merangka pelan pembangunan Hill Station sehingga November 1931.
14. Pada 1 Julai 1931 Seorang Penolong Pegawai Daerah di tempatkan di sini sebagai pentadbiran daerah sama seperti daerah yang lain.
15. Jadi disimpulkan bahawa Cameron Highlands mulai secara rasmi wujud mulai 1 Julai 1931.

Yang lain tu tungggu la..saya updatekan nanti .. atau anda baca sendiri jika di papan tanda MDCH ini... 

Papan Tanda maklumat Sejarah dan Informasi

Jika anda ingin mendapatkan maklumat sejarah dan juga peta kawasan untuk merancang lawatan anda di Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands telah memanfaatkan papan tanda milik mereka setelah sekian lama kosong.


Kini anda boleh mendapatkan maklumat sejarah dan juga maklumat pelan kawasan di depan Terminal Fressia dan juga di depan bangunan Kedai PKNP atau Klinik Ayob di Tanah Rata

Syabas MDCH ...

Wajah William Cameron


Saya tercari-cari apakah wajah William Cameron yang telah menemui bukit bukau di tengah jajaran Banjaran Titiwangsa semasa mengukur dan menandai sempadan negeri Pahang dan Perak pada tahun 1885.

Namanya diabadikan di sini pada tahun 1920 sehingga kini. 

Dan saya menemui wajahnya di Papan Tanda MDCH yang diperbaharui di tengah bandar Tanah Rata baru-baru ini.

Friday, August 19, 2016

Lokasi Baharu Car Boot Sale di Tanah Rata


Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands telah memindahkan tapak Car Boot Sale dari Padang Awam MDCH ke Tapak Letak Kereta MDCH di Tanah Rata.

Saya rasa bagi menarik pelancong di Tanah Rata sebab lokasi lebih strategik berbanding dengan lokasi asal.

Saya masih belum sempat ke Car Boot Sale ini. Insyallah akan saya kongsikan jika ada kelapangan ke sana kelak.

Kerosakan Tandas di Terminal Fressia dan Taman Pertabalan


Pihak MDCH, 

Salam Sejahtera,

Saya ingin mengajukan aduan untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan iaitu Tandas Awam di Tanah Rata.

1. Tandas Rosak di Terminal Fressia

Saya berkunjung ke Terminal Fressia di Tanah Rata baru-baru ini kerana menyambut rakan yang datang menaiki bas.

Dan seperti dijangka mana-mana penumpang yang tiba antara tumpuan utama adalah mencari tandas selepas mengharungi perjalan 3-4 jam.

Apa yang mendukacitakan adalah kerosakan tandas di Terminal Fressia yang diceritakan telah lama berlaku dan dilaporkan oleh penjaganya namun tiada tindakan susulan diambil oleh pihak yang berkenaan. 

Tandas lelaki tersumbat atau lebih tepat airnya melimpah keluar. Difahamkan sump dibelakang tandas ini telah melimpah atau tersumbat. Saya tidak pula memeriksa keadaan sump tersebut kerana bukanlah tugas orang awam untuk melakukan pemeriksaan dan saya percaya bukan tugas pelancong tempatan dan luar negara untuk melakukannya juga. 

Yang dikesalkan adalah terlalu lama ianya diambil untuk melakukan pembaikan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kunjungan saya selepas raya tahun ini ianya sudah berlaku cuma saya tidak terlalu kisah kerana tidak menggunakannya ketika menikmati minum petang di sini. 

Namun minggu lalu memang perlu saya kisahkan kerana menyaksikan rakan dari luar malah pelancong asing yang tiba dengan bas terpaksa menggunakan tandas wanita bagi urusan mereka itu. Itupun setelah tiada pengguna wanita di tandas mereka. 

Saya memohon keprihatinan pihak MDCH untuk melakukan kerja pembaikan dengan kadar segera.

Saya amat percaya bukan satu obkjektif dan misi pihak MDCH untuk menyediakan perkhidamatan tandas sebegitu kepada bukan sahaja pelancong malah orang tempatan di Terminal Fressia, Tanah Rata yang cantik dari luaran namun tidak mahulah busuk dan sopak di dalamnya. 

Saya percaya, dengan kepakaran dan sistem pengurusan pihak MDCH yang sedia ada akan dapat menyelesaikan masalah ini. 

2. Bekalan Elektrik di Tandas Awam Taman Pertabalan

Terlanjur saya memanjangkan aduan tandas ini, izinkan saya memanjangkan pula aduan tiada bekalan elektrikdi Tandas Awam Taman Pertabalan. Tahniah yang saya dahulakan kerana mampu menyediakan tandas yang bersih dan selesa walaupun ada sedikit kekurangan seperti tab air yang rosak. 

Namun pengalaman saya menggunakan tandas tersebut sekitar hampir 7 malam selepas anak-anak bermain di sana  hari Selasa yang lalu suasana agak gelap kerana tiada lampu dibuka. 

Apabila ditanya kepada penjaga tandas beliau menyatakan masih belum ada bekalan dan kalau benar, saya rasa sudah hampir 3 bulan beliau memulakan kerja sebagai penjaga tandas di sana. 

Umum mengetahui taman pertabalan menajdi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong asing dan tempatan dan saya tidak pasti pewrkhidmatan tandas tanpa lampu ini memang dirancang untuk ditawarkan kepada mereka.

Saya percaya sekali lagi dengan keupayaan teknikal dan sistem pengurusan sedia ada oleh pihak MDCH mampu untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik berkenaan demi kesejatheraan bandar dan warganya.  

Saya berharap ada tindakan segera dilakukan. Insyallah bandar dan daerah kita ini mampu memberikan pengalaman yang menarik untuk semua pihak. 

* Untuk makluman, saya kongsikan juga aduan saya ini di laman blog, mrkumai.blogspot.com saya. 

Thursday, August 18, 2016

Kejohanan Motocross Tertutup Cameron Highlands 2016: Akhir Veteran dan Novice

Aksi untuk kategori Novice dan Veteran Akhir yang digabungkan ketika Kejohanan Motocross Tertutup Cameron Highlands 2016 yang telah berlangsung pada 14 Ogos 2016 yang lalu di Trek Lasak Carnation , Tanah Rata.

Tahniah kepada semua pemenang...


Koleksi gambar selebihnya di laman facebook mrkumai.blogspot

Kejohanan Motocross Tertutup Cameron Highlands 2016 Kategori Advice

Aksi untuk kategori Advice atau Junior ketika Kejohanan Motocross Tertutup Cameron Highlands 2016 yang telah berlangsung pada 14 Ogos 2016 yang lalu di Trek Lasak Carnation , Tanah Rata.

Kelibat peserta mendapat sokongan yang paling meriah berbanding dengan kategori lain. Maklumlah penunggang pun orang muda....

Tahniah ...


Tahniah ...

Koleksi gambar selebihnya di laman facebook mrkumai.blogspot

Wednesday, August 17, 2016

Sewaan Gelanggang Futsal di Tanah Rata

Kepada yang berminat untuk menggunakan Gelanggang Futsal berbumbung di Tanah Rata kini terdapat dua gelanggang futsal yang lengkap berbumbung ditawarkan untuk sewaan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. 


Hubungi mereka untuk maklumat dan urusan selanjutnya. Selamat berfutsal di Cameron Highlands. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kejohanan Takraw Antara Jabatan Kerajaan Cameron Highlands

Juga berlangsung pada minggu lepas adalah Kejohanan Takraw Antara Jabatan Kerajaan Cameron Highlands anjuran AJK dan Biro Sukan Masjid Kayangan, Brinchang.

Sebanyak 33 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Veteran dan Master.

Tahniah kepada semua penganjur yang terlibat dan peserta yang telah mempamirkan aksi terbaik mereka.

Koleksi gambar selebihnya di facebook mrkumai.blogspot


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...