TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, August 19, 2016

Kerosakan Tandas di Terminal Fressia dan Taman Pertabalan


Pihak MDCH, 

Salam Sejahtera,

Saya ingin mengajukan aduan untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan iaitu Tandas Awam di Tanah Rata.

1. Tandas Rosak di Terminal Fressia

Saya berkunjung ke Terminal Fressia di Tanah Rata baru-baru ini kerana menyambut rakan yang datang menaiki bas.

Dan seperti dijangka mana-mana penumpang yang tiba antara tumpuan utama adalah mencari tandas selepas mengharungi perjalan 3-4 jam.

Apa yang mendukacitakan adalah kerosakan tandas di Terminal Fressia yang diceritakan telah lama berlaku dan dilaporkan oleh penjaganya namun tiada tindakan susulan diambil oleh pihak yang berkenaan. 

Tandas lelaki tersumbat atau lebih tepat airnya melimpah keluar. Difahamkan sump dibelakang tandas ini telah melimpah atau tersumbat. Saya tidak pula memeriksa keadaan sump tersebut kerana bukanlah tugas orang awam untuk melakukan pemeriksaan dan saya percaya bukan tugas pelancong tempatan dan luar negara untuk melakukannya juga. 

Yang dikesalkan adalah terlalu lama ianya diambil untuk melakukan pembaikan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kunjungan saya selepas raya tahun ini ianya sudah berlaku cuma saya tidak terlalu kisah kerana tidak menggunakannya ketika menikmati minum petang di sini. 

Namun minggu lalu memang perlu saya kisahkan kerana menyaksikan rakan dari luar malah pelancong asing yang tiba dengan bas terpaksa menggunakan tandas wanita bagi urusan mereka itu. Itupun setelah tiada pengguna wanita di tandas mereka. 

Saya memohon keprihatinan pihak MDCH untuk melakukan kerja pembaikan dengan kadar segera.

Saya amat percaya bukan satu obkjektif dan misi pihak MDCH untuk menyediakan perkhidamatan tandas sebegitu kepada bukan sahaja pelancong malah orang tempatan di Terminal Fressia, Tanah Rata yang cantik dari luaran namun tidak mahulah busuk dan sopak di dalamnya. 

Saya percaya, dengan kepakaran dan sistem pengurusan pihak MDCH yang sedia ada akan dapat menyelesaikan masalah ini. 

2. Bekalan Elektrik di Tandas Awam Taman Pertabalan

Terlanjur saya memanjangkan aduan tandas ini, izinkan saya memanjangkan pula aduan tiada bekalan elektrikdi Tandas Awam Taman Pertabalan. Tahniah yang saya dahulakan kerana mampu menyediakan tandas yang bersih dan selesa walaupun ada sedikit kekurangan seperti tab air yang rosak. 

Namun pengalaman saya menggunakan tandas tersebut sekitar hampir 7 malam selepas anak-anak bermain di sana  hari Selasa yang lalu suasana agak gelap kerana tiada lampu dibuka. 

Apabila ditanya kepada penjaga tandas beliau menyatakan masih belum ada bekalan dan kalau benar, saya rasa sudah hampir 3 bulan beliau memulakan kerja sebagai penjaga tandas di sana. 

Umum mengetahui taman pertabalan menajdi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong asing dan tempatan dan saya tidak pasti pewrkhidmatan tandas tanpa lampu ini memang dirancang untuk ditawarkan kepada mereka.

Saya percaya sekali lagi dengan keupayaan teknikal dan sistem pengurusan sedia ada oleh pihak MDCH mampu untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik berkenaan demi kesejatheraan bandar dan warganya.  

Saya berharap ada tindakan segera dilakukan. Insyallah bandar dan daerah kita ini mampu memberikan pengalaman yang menarik untuk semua pihak. 

* Untuk makluman, saya kongsikan juga aduan saya ini di laman blog, mrkumai.blogspot.com saya. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock