Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, August 11, 2016

Taman Pertabalan Tanah Rata terkini..

Saya sekadar nak berkongsikan Taman Pertabalan di Tanah Rata. 

Sekadar membawa anak-anak bermain di waktu petang di mana mereka lebih tertarik bermain basikal dari bermain permainan yang tersedia di sini.

Apa yang boleh anda lakukan di sini?
1. Bersantai dengan anak-anak sepanjang waktu sebab suhu yang nyaman sepanjang hari kecuali hujan.
2. Lepak dan berkelah menikmati bekalan makanan anda dengan menghamparkan tikar dan makan beramai-ramai samada di atas rumput ataupun di bawah pondok rehat yang ada.
3. Menikmati pisang dan lain-lain gorengan yang boleh dibeli dari gerai jualan di seberang jalan.
4. Menyewa basikal untuk anak-anak atau kasut roda di waktu petang.
5. Menggunakan tandas awam yang selesa... cuma lewat petang masih belum ada bekalan elektrik di sini.

Ketika kunjungan tersebut saya mendapati ramai pengunjung dari Arab yang sedang bersantai dengan menghamparkan tikar dan duduk bersembang dengan suasana suhu persekitaran sekitar 19-23 darjah celcius. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: