TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, March 31, 2020

COVID 19- TERKINI: Situasi terkini kes dan kematian COVID-19 di negara ASEAN


Tahniah @KKMPutrajaya atas jumlah pesakit sembuh paling tinggi!

Walaupun Malaysia mempunyai kes tinggi tetapi kadar kematian di Malaysia masih rendah berbanding dunia.

Kemaskini: @WHO

COVID 19- Alhamdulillah, mereka telah pulih


Kumpulan pertama pesakit #COVID19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun sudah pulih dan dibenarkan pulang.

Sumber: Twitter Rasmi KP Kementerian Kesihatan

COVID 19- Kesiapsiagaan Hospital kita


Kesiapsiagaan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Menangani COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

COVID 19- Pesakit yang telah sembuh


Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 31 Mac 2020.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 58 orang.

Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 437 orang. 

Terima kasih kepada barisan hadapan!

COVID 19 - Statistik Saringan COVID 19 terkini


#COVID19Malaysia Seramai 40,483 orang telah disaring setakat ini dengan 2,766 adalah positif.

Bilangan sampel yang diuji akan terus meningkat dengan pertambahan kapasiti makmal ujian termasuk makmal hospital universiti dan swasta.

COVID 19 - Kes terkini 31 March 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 31 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

Sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan enam (6) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

COVID 19- Graft Jangkitan mengikut Umur Bulan March 2020

Terdapat dua (2) kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain iaitu lingkungan umur 26-30 tahun dan 56-60 tahun.

KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk duduk dirumah sambil mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dan jarakkan diri antara satu sama lain.

COVID 19 - Graft rekod jangkitan, sembuh dan kematian Bula March 2020


Setelah dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes harian terus meningkat dan kadang-kala mendatar, manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. 

Tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak dimana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan.

Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

COVID 19 - Status COVID 19 terkini , 31 March 2020


Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 12 tengahari pada 31 Mac 2020.

Keseluruhan kes positif 2,766 dengan 19.4% telah sembuh bersamaan 537 pesakit dan 1.55% atau 43 kematian.

COVID 19 - Perempuaan celaka!!!

Celaka Perempuan ni!! 

Harap-harap kena 3 bulan penjara san 10 ribu denda atau tambahan 2 bulan penjara. 

"Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jem teruk everywhere menyusahkan orang!"

Padah keluarkan kenyataan itu ke arah polis ketika sekatan jalan raya Op Covid-19 PKP, seorang wanita ditahan oleh polis. Kejadian berlaku di Persiaran Surian, Petaling Jaya pagi tadi selepas suspek marah kerana perlu menunggu lama akibat pemeriksaan oleh polis.


COVID 19 - Kematian terkini 31 March 2020


#COVID19Malaysia Enam kematian baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan 43 kematian setakat ini. 

Kebanyakan kematian individu mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Justeru, individu berpenyakit perlu meningkatkan langkah pencegahan dan pastikan bekalan ubat tidak terputus.

COVID 19- 1 orang sahaja ya


Rasanya sejak dua minggu lepas dah kena soal kenapa berdua kalau bawak kereta masa pemeriksaan polis. 

Tapi mulai esok sudah jadi mandotori.  Hanya pemandu sahaja ya.. 


COVID 19 - Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 semasa COVID -9 ini. 

Anda layak dikumpulan mana? 

Bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 semasa COVID -9 ini.

Anda layak dikumpulan mana? 

COVID 19-Statistik COVID-19 bagi seluruh dunia. 31 March 2020


Negara Amerika Syarikat mencatatkan kes yang tertinggi iaitu 142,106 kes atau 19.7% dari jumlah keseluruhan kes dunia. 

Negara Itali pula mencatatkan negara kedua kes yang tertinggi di dunia iaitu 97,689 kes atau 13.5% kadar peratusan.

COVID 19- Info Grafik PKPD di One City


Info grafik berkaitan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan di One City.

COVID 19 - Tsunami??


stay at home.. duduk di rumah .. jangan engkar .. jangan gagal patuhi arahan .. jika tidak .... 

COVID 19 - Statistik mengikut Negeri at 30 Mac 2020


Statistik Positif COVID-19 mengikut negeri setakat 30 Mac 2020. 

COVID 19-Kes Terkini 29 Mac 2020


UPDATE #COVID19Malaysia 30 Mac 2020.

Bilangan pesakit yang telah sembuh dan discaj terus meningkat.

Terbaru  9⃣1⃣🎈 pesakit telah sembuh dan dibenarkan balik. 

Paling tinggi setakat. 

Jumlah keseluruhan 4⃣7⃣9⃣orang. 🎈


UPDATE #COVID19 30 Mac 2020.

Kes baru: 156

Jumlah keseluruhan : 2,626

ICU : 94 (62 bantuan alat pernafasan).

UPDATE #COVID19Malaysia 30 Mac 2020.

Dukacita kematian berlaku tiga lagi kematian menjadikan 37 keseluruhan setakat ini. 

KKM mengucapkan takziah dan berharap keluarga pesakit terlibat tabah menghadapi dugaan.

COVID 19- Kematian terkini 29 Mac 2020



Dukacita kematian berlaku tiga lagi kematian menjadikan 37 keseluruhan setakat ini. 

KKM mengucapkan takziah dan berharap keluarga pesakit terlibat tabah menghadapi dugaan.

COVID 19- Tempoh Kuarantin


Bagi individu yang telah diarahkan untuk menjalani 'home/self surveillance' pastikan anda mematuhi tatacara Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan. Untuk makluman, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ini merupakan arahan yang termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebarang khidmat nasihat mengenai COVID19, boleh hubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian 03 8881 0200, 03 8881 0600 atau 03 8881 0700. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian COVID19 melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm

Monday, March 30, 2020

COVID 19 - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ketiga


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 hingga 13 April 2020.




COVID 19 - Kematian ke 35


Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini.

Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

- KP KKM -

Sunday, March 29, 2020

COVID 19- Kes kematian terkini


Dukacita dimaklumkan kes kematian COVID-19 hari ini bertambah sebanyak 7 kematian. 

Ini menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 34 orang. 

1. Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

2. Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64thn. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.

3. Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. 

4. Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. (PALING MUDA)

5. Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. 

6. Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. 

7. Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. 

Daripada 34 kematian setakat ini:
1. 55.6%  individu berumur 60 thn dan ke atas. 
2. 67.6% menghidap penyakit kronik spt diabetes, darah tinggi, buah pinggang dan jantung. 

Golongan ini berisiko tinggi kena komplikasi yg teruk. Pastikan bekalan ubat sentiasa cukup.

Sumber: KKM

COVID 19- PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI BATU 21-24 SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI BATU 21-24 SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. 

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order), arahan kedua selepas Simpang Renggam, di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasuk tujuh (7) kampung iaitu dua (2) perkampungan Orang Asli dan lima (5) perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini:
 Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

 Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

 Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

 Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

 Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan 
boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
29 Mac 202

COVID 19- TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020.


Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospita 68. 

Paling tinggi setakat ini. 

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 388

Terima kasih kepada semua. We ❤ you so much.


TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020. 

Bilangan kes baru 152 

Keseluruhan kes 2,470

Unit Rawatan Rapi 73 pesakit, termasuk 52 guna bantuan alat pernafasan.

TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020.

Dukacita dimaklumkan kes kematian bertambah sebanyak 7 kematian. 

Ini menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 34 orang. 

Salam takziah dan moga keluarga pesakit tabah hadapi dugaan ini.

COVID 19- Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (29 Mac 2020)



1. 997 sekatan jalan raya dilakukan, lebih 300000 kenderaan telah diperiksa  

2. 3223 premis diperiksa oleh PDRM dan sebahagiannya diarahkan untuk ditutup

3. 649 individu telah ditahan kerana ingkar PKP pada Sabtu

4. Bekalan makanan mencukupi, tidak perlu pembelian panik oleh rakyat

5. Banyak pasaraya telah mulai patuh mengenai penjarakan sosial dan mengehad bilangan pelanggan

6. Kerajaan ucap terima kasih kepada NGO kerana beri sumbangan

7. NGO tidak dibenarkan hantar bantuan terus kepada golongan sasar untuk lindungi anggotanya daripada risiko dijangkiti COVID-19

8. Sekatan ke luar negara masih kekal

9. Rakyat Malaysia yang mahu pulang perlu melalui proses saringan

10. SOP baharu fasa kedua PKP mungkin akan diumum esok

COVID 19- kemaskini 28 Mac 2020


Perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020.

Bilangan kes baru -159

Jumlah keseluruhan kes - 2,320

Pesakit di ICU : 73 orang  (54 orang bantuan alat pernafasan)

#COVID19  Perkembangan terkini di Malaysia, 28 Mac 2020.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian menjadikan 27 kematian setakat ini. 

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga pesakit.

Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162 merupakan lelaki 
warganegara Malaysia berumur 61 tahun. 

Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. 

Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan

kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. 

Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi. - KPK @DGHisham

Laporan media yang mendakwa seorang pesakit #COVID19 membunuh diri di sebuah hospital adalah tidak benar. 

Memang berlaku kes bunuh diri tetapi tidak melibatkan pesakit #COVID19 - KPK @DGHisham

COVID 19- Statistik seluruh dunia 28 mac 2020


Statistik COVID-19 Di seluruh dunia pada 28 Mac 2020.

Amerika Syarikat merupakan negara paling tinggi  di dunia dengan  jumlah 104,007 kes  atau 17.4%  dari jumlah keseluruhan kes di dunia . Bagi kadar kematian pula  ialah 1.5%  atau 1,581 kes.

Hampir kesemua negara di dunia iaitu 201 negara mempunyai kes positif COVID-19.

Saturday, March 28, 2020

COVID 19- Kea Farm, Cameron Highlands


Kea Farm @ PKP COVID-19.

Semalam lalu depan Kea Farm....  Pasar atau deretan kedai sayur dan buah yang biasanya sibuk setiap hari atau sesak dihujung minggu dengan pelancong kini sunyi dan sepi. Tiada kedai sayur dibenarkan operasi.

Demi kebaikan semua...

COVID 19- Kes Pertama di Cameron Highlands

Cameron Highlands telah dikeluarkan dari lokasi hijau yang tidak mempunyai kes jangkitan positif COVID 19. 

Ini memang menyedihkan dan pada masa yang sama membimbangkan kerana sudah ada kes positif di sini. 

Pesakit yang malang itu adalah seorang bayi berusia 3 tahun 26 hari yang disyaki dijangkiti daripada ayahnya yang pulang dari Sabah. Saya kongsikan sedikit info dari WhatsAPP kami .



Maklumat mendedahkan pada 25 MAC 2020, jam 1850, bertempat di IPD CAMERON HIGHLANDS, telah terkesan seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun telah positif Covid-19 dan merupakan kes positif pertama di Daerah CAMERON HIGHLANDS.

Butir-Butir Subjek

(a) Nama: MOHD ***  bin MOHD ****
(b) Kpt: 170227-06-0***
(c) Umur: 3 Tahun 26 hari
(d) Alamat: Kg Loon Pos Telanok, Ringlet CAMERON HIGHLANDS.

Ulasan.

Subjek adalah anak kepada lelaki keturunan SABAH yang berkahwin dengan wanita orang Asli yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Pos Telanok, Ringlet CAMERON HIGHLANDS.

Subjek kini berada di Wad ICU kanak-kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri BAINUN, IPOH PERAK. Subjek dipindahkan pada hari semalam 24 MAC 2020, jam lebih kurang 1300 ke Hospital Raja Permaisuri BAINUN, IPOH PERAK dan disahkan oleh doktor pakar hospital tersebut bahawa subjek positif Covid-19.

Kini pihak Hospital Daerah CAMERON HIGHLANDS serta Pejabat Kesihatan dalam pemantauan untuk dikuarantin semua kakitangan yang terlibat contak dengan subjek termasuk doktor yang merawat subjek untuk dikuarantin. 

Sementara itu, siasatan awal dapati bapa subjek yang berketurunan SABAH dan ada pernah balik ke SABAH. Risikan dan pemantauan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti kontak subjek di Perkampungan Orang Asli Sungai Loon, Pos Telanok, CAMERON HIGHLANDS.

COVID 19- Bantuan kakitangan awam dan pesara kerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pekerja kontrak serta 850,000 pesara perkhidmatan awam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam, berkata bayaran itu akan dibuat pada April 2020.

“Kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.
“Bagi menghargai sumbangan mereka, kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada April 2020.
“Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan, juga pada April 2020,” katanya.


COVID 19- Bantuan mengikut pendapatan isi rumah

Mudah-mudahan dapat membantu anda yang memerlukan. 

COVID 19- Pilihan Anda

Pilihan anda untuk lakukan yang mana satu semasa Perintah Kawalan Pergeraka . 
Adakah anda akan melakukan perkara No 1? No 2? No 3? No4?


COVID 19- Mengubah Minda kita


Semasa WHO umumkan COVID-19 telah menjadi pandemik, semua orang mula risau. Bila Perintah Kawalan Pergerakan pula diumumkan, ramai yang panik. 

Jom ubah minda semasa pandemik. 

Jangan risau. Hadapi dengan tenang.

Patuh dengan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

COVID 19- Program Subsidi Upah

Sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, majikan juga menghadapi kesukaran yang besar kerana terpaksa menghentikan operasi syarikat. Lebih menjadi masalah, pada masa yang sama majikan perlu memastikan pekerja mereka dibela dan diberikan bantuan yang sewajarnya. 

Bagi mengelakan tindakan pemberhentian pekerja, kerajaan telah mengusahakan Program Subsidi Upah yang diharapkan tiada pekerja yang akan diberhentikan oleh mana-mana majikan. 


COVID 19- Talian kaunseling

Jika anda tertekan dan memerlukan bantuan kaunseling terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakana yang sedang dikuatkuasakan ini,  sila hubungi untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan emosi. 


Jangan malu kerana sekiranya kita gagal mengawal dan menguruskan tekanan sehingga menyebabkan emosi kita, ia akan lebih memburukan keadaan. 


Friday, March 27, 2020

COVID 19- Berhati-hati bila membeli hand sanitizer


Mungkin ramai yang sedang mencari hand sanitizer masa musim Covid-19 sekarang kan? Berhati-hati bila membeli terutamanya di online. 

Mana tau bila barang sampai rupa-rupanya produk tiruan yang tidak berkesan untuk menyahkuman.

Peniaga pula tolong jangan ambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar atau tidak bernotifikasi.

Penjualan ubat tidak berdaftar atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah satu kesalahan dan jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM 25,000 dan/atau tidak melebihi 3 tahun penjara.

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan tersebut. Semak dahulu sebelum klik:
1) No. notifikasi kosmetik (bagi hand sanitizer) atau 
2) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram (bagi disinfectant)

Elakkan membeli hand sanitizer daripada sumber yang diragui seperti media sosial dan platform e-dagang.

Jika anda masih ragu-ragu dengan ketulenan hand sanitizer yang dibeli, sila hubungi pengilang yang sah produk tersebut untuk mendapatkan kepastian.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Goole Play atau App Store.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19

COVID19 -Taburan kes positif dan jumlah kematian mengikut negeri


#COVID19 Taburan kes positif dan jumlah kematian mengikut negeri sehingga jam 5 petang, 27 Mac 2020.

Jika anda berada di zon hijau, kekalkan ia sebagai kawasan bebas #covid19, terus amalkan langkah pencegahan. Jika berada di zon merah, anda mesti mematuhi langkah pencegahan bagi mengelak tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan.

COVID 19- kemaskini 27 March 2020


Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di HKL dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes kematian ke-25 (kes ke-2,032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (kes ke1,321) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 jam 10.30 pagi.

COVID 19- Pemeriksaan Kesihatan Ibu dan anak


Perkhidmatan kesihatan untuk ibu hamil dan anak serta perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan situasi wabak coVid19. 

Ibu hamil perlu jalani pemeriksaan mengikut tarikh temujanji yang diberikan.


COVID 19- Kenapa perlu pentingkan diri ...

*PENAHANAN SUSPEK COVID-19*


Pada 26 MAC 2020 jam 1730, seorang lelaki Melayu warganegara MALAYSIA merupakan ahli tabligh telah ditahan pihak Polis dan KKM di Surau ERL, PUTRAJAYA dan dibawa ke Hospital Sg Buloh, SELANGOR untuk rawatan.

*Suspek*

2. Butir-butir suspek seperti berikut :-

(a) Nama : MOHD FAIZ HANIZ bin ISMAIL 
(b) KPT : 940322-XX-XXXX
(c) Alamat : No XX ,Jalan XXX ,Taman Suria Tropika ,Seri Kembangan, SELANGOR
(d) No. Telefon : 011-6202 2XXX

*Siasatan Awal*

3. Berikut adalah butiran kronologi perjalanan suspek.

(a) Pada 18 DIS 2019, suspek telah menaiki penerbangan Malindo Air OD 207 ke Delhi, INDIA untuk program Tabligh.

(b) Pada 16 MAC 2020 jam 0610, suspek bersama 5 jemaah tabligh tiba di KLIA 1 dengan menaiki penerbangan Malindo Air OD 206.

(c) Butiran jemaah tabligh yang tiba di KLIA dari INDIA bersama-sama suspek adalah seperti berikut :-

(i) AHMAD HILMI bin MUHAMAD AIDAL 
- Berada di Masjid Petaling / 013268XXXX

(ii) MOHAMED CASSIM bin IBRAHIM SAH 
- Berada di Masjid Petaling / Asal SHAH ALAM

(iii) TALIB bin ABDULLAH 
- AMIR SAB @ Ketua Jemaah Tabligh Ke INDIA / 019621XXXX
- Tiba di KLIA telah disambut oleh keluarga.
- Pulang Ke MELAKA bersama keluarga

(iv) ZAIDI bin AB WAHAB 
- Telah pulang ke MELAKA

(v) MOHD HAFIZ bin ABDUL RAZAK
- Telah pulang ke Besut, TERENGGANU

(d) Suspek bersama AHMAD HILMI bin MUHAMAD AIDAL dan MOHAMED CASSIM bin IBRAHIM SAH telah menaiki Grab Car menuju ke Masjid Sri Petaling untuk berjumpa dengan jemaah di sana.

(e) Suspek telah keluar dari Masjid Sri Petaling pada hari yang sama atas urusan keluarga di Seri Kembangan tetapi terkandas di Putrajaya Sentral kerana wang tambang tidak mencukupi dan mengambil keputusan untuk tinggal di Surau Putrajaya Sentral.

(f) Sejak berada di Surau Putrajaya Sentral pada 15 MAC 2020 suspek ada berjemaah dan bersalaman dengan pengunjung surau termasuk pemandu teksi dan orang yang tidak dikenali.

(g) Suspek juga telah membeli makanan di Kedai Serbaneka City Convenience Store dan kios makanan di Putrajaya Sentral.

(h) Suspek membuat saringan di Hospital Putrajaya pada 25 MAC 2020 dan telah menerima panggilan pihak hospital pada 26 MAC 2020 menyatakan beliau telah positif CONVID 19. 

*Kemungkinan Contact Dengan Suspek*

4. Surau tersebut kerap dikunjungi oleh pemandu teksi, peniaga gerai makan/kedai serbaneka dan pengguna ERL dan perkhidmatan bas serta anggota Polis Pelancong IPD Putrajaya.

5. Pada 20 MAC 2020 jam 1615, dua anggota Polis Pelancong IPD Putrajaya telah menunaikan solat Asar di Surau yang suspek berada dan pernah bersalaman setelah selesai menunaikan solat fardhu. Butiran anggota Polis seperti berikut :-

(a) KPL 16XXXX MOHD AMIRUDDIN bin SAMSUDIN

(b) L/KPL 195XXX FAZREEN

6. Difahamkan KPL 163XXX MOHD AMIRUDDIN bin SAMSUDIN telah menjalani ujian saringan di Hospital PUTRAJAYA pada 26 MAC 2020 jam 1830. Manakala L/KPL 195XXX FAZREEN akan menjalani ujian saringan di Hospital PUTRAJAYA pada 26 MAC 2020 (malam).

7. KPL 16XXXX MOHD AMIRUDDIN bin SAMSUDIN telah diarahkan kuarantin di rumah sehingga 4 APR 2020 bermula dari 20 MAC 2020.

*Ulasan*

8. Suspek telah membuat ujian saringan pada 25 MAC 2020 di Hospital Putrajaya dan keputusannya adalah positif.

9. Maklumat lokasi suspek berada di Surau ERL Putrajaya dimaklumkan oleh pihak Hospital Putrajaya kepada DCC Putrajaya. Bertindak atas maklumat tersebut Polis Putrajaya dan KKM telah ke lokasi bagi tujuan penahanan. Pada jam 2130, suspek telah dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan.

*Terima Kasih*

COVID 19 - Daerah Bebas kes Positif COVID 19


Dukacitanya dimaklumkan, daerah kami Cameron Highlands  telah terkeluar dari senarai daerah yang bebas kes COVID 19.

Kes pertama melibatkan seoarang bayi lelaki berusia 3 tahun 26 dari salah satu perkampungan asli di sini. 

Punca awal dipercayai jangkitan daripada ayahnya yang baru pulang dari Sabah di mana ayahnya adalah berasal dari sabah dan berkahwin dengan wanita orang asli di sini. 

Semoga bayi tersebut diberikan kesembuhan.  


COVID 19- Kematian COVID 19 mengikut jantina dan usia



COVID-19 : PERINGATAN BUAT KAUM LELAKI 50 TAHUN KE ATAS

Kematian Covid-19

Kes 1 - lelaki 34 tahun
Kes 2 - lelaki 60 tahun
Kes 3 - lelaki 58 tahun
Kes 4 - lelaki 50 tahun
Kes 5 - wanita 79 tahun
Kes 6 - wanita 40 tahun
Kes 7 - lelaki 57 tahun
Kes 8 - lelaki 69 tahun
Kes 9 - lelaki 48 tahun (doktor)
Kes 10 - lelaki 74 tahun
Kes 11 - lelaki 70 tahun
Kes 12 - lelaki 70 tahun
Kes 13 - lelaki 49 tahun
Kes 14 - wanita 51 tahun
Kes 15 - lelaki 70 tahun
Kes 16 - lelaki 75 tahun
Kes 17 - lelaki 66 tahun
Kes 18 - lelaki 56 tahun 
Kes 19 - wanita 68 tahun
Kes 20 - lelaki 76 tahun
Kes 21-lelaki 63 tahun
Kes 22- lelaki 48 tahun
Kes 23- lelaki 62 tahun
Kes 24- lelaki 35 tahun

 Kalau ikutkan statistik, golongan tua dan gender lelaki perlu lebih berjaga-jaga.

Jaga jarak sosial, jaga kebersihan, hentikan amalan merokok dan patuhi arahan kerajaan.

Update: 27 Mac 2020 (10:27 pg )

COVID 19- Punca COVID 19 di Simpang Renggam


SIMPANG RENGGAM: "Semuanya bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid," kata penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab, 45, ketika menceritakan detik permulaan merebaknya wabak COVID 19 di perkampungan berkenaan.

Menurut Roslizam, bermula dengan hanya dua orang dikesan positif wabak maut itu, kini ia menular sehingga menyebabkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk terpaksa diarahkan berkurung di kediaman masing-masing bermula tengah malam tadi melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Katanya, walaupun Kampung Ibrahim Majid terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada Bandar Baru Ibrahim Majid, namun ia adalah laluan utama ke beberapa kampung rangkaian lain yang berdekatan selain jalan pintas ke Pekan Simpang Renggam.

"Keadaan ini menyebabkan kadar penyebaran wabak COVID 19 ini berlaku terlalu pantas dan sehingga hari ini sebanyak 61 kes positif COVID 19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang.

"Dijangka jumlah ini akan meningkat dalam sehari dua jika usaha memutuskan rangkaian penyebaran wabak COVID 19 tidak dilakukan dengan lebih gigih dan sabar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab.

Roslizam dalam pada itu menyeru semua penduduk kampung yang terbabit dalam PKPD ini memberikan kerjasama sebaik-baiknya kerana apa yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kecuaian mereka dalam menangani wabak ini.

"Bagaimana pun, apa yang kami bimbang sekarang ini adalah soal bekalan makanan asas kerana tindakan mengejut arahan PKPD menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak membuat sebarang persediaan termasuk melakukan simpanan keperluan secukupnya.

"Kami amat berharap pihak kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas kerana tempoh PKPD selama 14 ini bukanlah satu masa yang singkat untuk diharungi oleh orang kampung yang kini tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap," katanya.

Selain Kampung Datuk Ibrahim Majid yang mempunyai kira-kira 1,495 penduduk, turut terjejas adalah Kampung Parit Salman membabitkan 180 penghuni, Parit Kasmani (20), Parit Takibek (120), Lorong Perdana (180), Taman Surau (95) dan Jalan Benut (

COVID 19- Kekal duduk di Rumah


Anda hanya perlu kekal duduk di rumah sahaja kerana ianya lebih mudah dan lebih selamat berbanding di luar sana.

Malah anda sebenarnya tanpa sedar lebih mendapat perlindungan istimewa daripada mereka yang terpaksa bertungkuslumus menjaga keselamatan dan kesihatan anda. 

Hargai mereka dengan kekal duduk di rumah. 

COVID 19- Perintakan Kawalan Pergerakkan Diperketatkan

Bertabahlah warga dua penempatan di Simpang Renggam yang akan menjalani 14 hari mendatang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Semoga diberikan kemudahan dalam semua urusan anda semua.  


COVID 19- Kawasan Merah


Berhati-Hati.. jika anda dikawasan ini. Yang sudah melebihi 40 kes akan ditands sebagai kawasan Merah. Kekal duduk di rumah. 


KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock