TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Stesen Mardi. Show all posts
Showing posts with label Stesen Mardi. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

Bermain Arnab di Taman Arnab Stesen MARDI Tanah Rata

Masih lagi dengan kisah di Stesen MARDI Tanah Rata. Saya sekadar berkongsikan kisah kunjungan saya ke sana bersama keluarga sahaja tau. 

Kali ini adalah aktiviti terbaru di Stesen MARDI Tanah Rata iaitu peluang bermain bersama arnab di Taman Arnab di sana. 


Kalau sebelum ini, pengunjung hanya boleh melihat arnab dari luar kurungan Taman Arnab sahaja, kali ini anak-anak kecil diberikan peluang untuk bermain, menyentuh dan memberi makan dengan arnab di dalam ruangan khas. 

Bayaran RM 2 dikenakan bagi setiap kanak-kanak dan tambahan RM 1 jika mahu memberikan arnab makanan yang disediakan. 

Jadi, seronok jugak anak-anak saya bermain dengan arnab yang mana selama ini mereka hanya memberi makan arnab dari luar kandang sahaja.  

Stesen MARDI Tanah Rata terletak di Tanah Rata iaitu di Persiaran Dayang Endah. Untuk memudahkan anda ke sana, memang banyak papan tanda disediakan dengan nama Taman Agroteknologi MARDI. Namun jika masih lagi keliru, anda cari sahaja jalan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Pasti anda akan temui Stesen MARDI dipertengahan jalan tersebut.

Untuk masuk ke Taman Agroteknologi MARDI ini, ada bayaran masuk dikenakan di mana tiket masuk keseluruhan taman Stesen MARDI ini.  

Saya kongsikan sahaja gambar-gambar mereka bersama dengan arnab-arnab yang jinak di Stesen MARDI.








Ekspo Usahawan Muda MARDI 2017 di Stesen MARDI Tanah Rata

Bagaikan menyambung tradisi untuk tahun ketiga, Stesen MARDI Tanah Rata kembali memeriahkan stesennya sempena dengan pengisian cuti sekolah kali ini dengan penganjuran acara tahunan mereka iaitu EKSPO KEUSAHAWANAN MUDA MARDI 2017.


Acara ekspo ini dianjurkan bagi mengembangkan pemasaran perniagaan para usahawan muda dibawah bimbingan mereka.


Kali ini permerhatian saya kepada suasana yang lebih selesa untuk pengunjung di mana MARDI menyediakan khemah yang besar dan sebahagiannya dijadikan laluan pengunjung dan ini memang membantu kerana cuaca hujan sekarang.

Saya bukan sebahagian daripada penganjur ekspo ini tetapi sekadar sebagai salah seorang pengunjung sahaja dan jika ada pertanyaan sila lanjutkan kepada pihak MARDI Tanah Rata.
Cuma saya tak nampak gerai jualan anak benih di sini berbanding tahun-tahun lepas.   

Selebihnya saya kongsikan gambar-gambar peserta ekspo ini sahaja ya.  














Monday, November 27, 2017

Anggur di Stesen Mardi Tanah Rata

Saya kali ini nak bawakan beberapa catatan mengenai Stesen MARDI Tanah Rata. Sebabnya dah lama saya tak masuk sana untuk bersantai. Selalunya sekadar bersarapan sekali dua seminggu di Cafe Ros yang berada dalam kawasan Stesen MARDI. 

Untuk yang malas membaca sampai habis, saya ni sekadar berkongsi info kunjungan saya ke Stesen MARDI ini sahaja, bukannya sebahagian daripada kakitangan Stesen MARDI Tanah Rata. Jadi jangan tanya saya itu dan ini ya.


Catatan pertama ini mengenai Plot Kajian Anggur mereka sebab sekarang musim anggur di dua kebun di Cameron Highlands. 


Catatan mengenai keduanya telah saya kongsikan terdahulu dalam blog ini atau saya mudahkan anda dengan link di bawah ini. 



Berbalik kepada Plot Tanaman Angur di MARDI Tanah Rata ini, ianya di tanam untuk tujuan kajian  bukan untuk kormersial. Jadi anda boleh lihat dari luar plot kajian tanaman. 

Tak boleh nak berselfie dan sentuh-sentuh buahnya jika ada dan tidak boleh membeli buahnya biarpun ianya masak kerana semuanya diperlukan untuk cerapan data kajian. 


Jangan anda rasa nak bertanya kenapa errrk???.... Dah begitu tujuan ianya ditanam oleh MARDI.


Saya dapati terdapat 7 batas tanaman pelbagai jenis anggur di tapak kajian ini. Jadi kalau anda ke sana anda boleh mengenali jenis-jenis anggur ini dengan membaca penerangan ringkas di hadapan plot ini. 

Kalau anda datang masa musim buah anggur di sini kira anda dapat bonus la masa kunjungan tersebut.

Friday, December 4, 2015

Jualan benih "Kelapa Matag" di Stesen Mardi

Antara yang menarik di Karnival Agreprenuer Muda bimbingan MARDI adalah jualan anak benih kelapa Matag yang sukar dicari. 

Kalau tak silap saya hanya ada dua sahaja pusat pengeluaran anak benih kelapa mataq ini iaitu di Bagan Datoh dan juga Muar. (Kalau tak silap saya la).


Dan stok anak benih ini datangnya dari Muar, Johor dan dijual dengan harga RM 20 sepokok dan jika membeli 3 pokok harga diskaun adalah RM 50. 

Terdapat dua jenis varieti anak benih iaitu buah warna hijau dan kuning untuk dipilih. 


Alhamdulilah, kira murah bagi saya yang pernah membeli RM 25 sepokok tiga bulan lepas. 


Jadi pergilah ke Stesen MARDI sepanjang cuti persekolahan ini dan temui si penjualnya iaitu En. Zaiman Mohd Nor atau anda boleh hubungi beliau di HP 010 5239879. 


Ingat !!! saya bukan penjualnya.. saya kongsikan catatan ini sebab saya rasakan ini peluang untuk anda membeli anak benih kelapa matag. 

Saya dan rakan-rakan membelinya hampir 24 pokok dari En, Zaiman. 




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, December 3, 2015

Karnival Agrepenuer Muda bimbingan MARDI @ Stesen Mardi Tanah Rata

Saya ingin berkongsikan jika anda ke Stesen Mardi di Tanah Rata, kini sedang berlangsung "Karnival Agrepenuer Muda bimbingan MARDI" yang mana terdapat pelbagai produk jualan pengeluaran industri hiliran dibawah bimbingan MARDI. 

Ianya akan berlangsung sepanjang cuti sekolah ini.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, August 16, 2015

Kiosk Gambar Kenangan Mickey Mouse di Stesen Mardi

Antara penambahbaikan yang saya perhatian di Stesen Mardi adalah Kiosk Gambar di pintu masuknya. 


Saya lihat Mardi telah membuka kiosk untuk gambar kenangan dengan perkhidmatan mengambil gambar berlatarkan sudut menarik di sini serta dibingkaikan dengan bingkai khas sama seperti di kawasan perlancongan di tempat lain di seluruh negara.


Tidak terlewat rasanya walaupun konsep ini bukan yang baharu diperkenalkan.


Lebih menambah seri tarikan, maskot pasangan Mikey Mouse yang turut bersama anda untuk bergambar. 

Harganya sekitar 20-25 ringgit dengan gambar yang siap berbingkai. 

Cubalah ... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, June 18, 2015

Mulberry di Cameron Highlands

Jika anda seorang peminat "mulberrys" tak kisahlah samada red, blue atau white atau baki 7 lagi jenis berries, tapi tak pernah berpeluang melihat pokok tersebut, maka saya ingin memaklumkan bahawa di Cameron Highlands ianya mudah ditemui tumbuh meliar.


Tetapi saya nak berkongsikan maklumat cara mudah untuk melihatnya iaitu jika anda ke Stesen MARDI, anda boleh melihat tanaman mulberry ini ditanam sekitar 12 pokok yang berusia 3 tahun dan sudah berbuah.

Plot tanaman mulberry ini terletak berhampiran dengan Kilang Teh MARDI.


Baru-baru ini ketika saya bersama keluarga ke sana, saya melihat ianya lebat berbuah dengan warna merah sebelum bertukar ke warna hitam bagi buah yang masak.

Saya kongsikan gambar-gambar pokok mulberry tersebut di dalam catatan ini.

Tapi sebelum itu, saya sekadar menulis catatan dan maklumat mengenai lokasi di mana tanaman ini boleh mudah dilihat bukan pula saya menjualnya apatah lagi untuk dibuat pesanan...

Anda pergi ke Stesen MARDI untuk maklumat lanjut.








KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock