TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, July 31, 2021

Punai Tanah atau Emerald Dove di Cameron Highlands

Burung Punai Tanah atau Emerald Dove ini telah saya temui dua minggu lepas sebenarnya. Agak lama saya tak mengambil gambar burung sejak dua menjak ini sebab kesibukan dalam kerja harian.

Burung Punai Tanah ini dua kali saya temui tetapi tidak membawa kamera pada pertemuan pertama.
Saya sebenarnya agak keliru nama saintifiknya kerana ada beberapa subspesis namun jika dilihat taburan di India hingga ke Asia ia adalah indica, jadi saya konsikan sebagai Chalcophaps indica sahaja dahulu.
Saya rasa burung ini jantan kerana mempunyai strike putih dibahunya dan sedikit warna perang di atas kepalanya.
Harap-harap saya dapat temuinya semula nanti sebab masa saya temuinya hari itu agak singkat di pinggir jalan. Hajat di hati kalaulah dapat background semak-semak sikit ...














17,786 kes harian positif di Malaysia

Sehari lagi dicatatkan kes harian sekitar 17,000 dan hari ini 17,786 kes dicatatkan. Tertinggi lagi ni....



 

Penangguhan Persidangan Parlimen ????

 Ada permohonan persidangan parlimen ditangguhkan kerana kes COVID-19... ke kes derhaka???



11 kes positif harian di Cameron Highlands

 Hari ini kes positif harian di Cameron Highlands meningkat kepada 2 angka  iaitu 11 kes.

Agak membimbangkan. 




Friday, July 30, 2021

Kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri pula membalas jawapan bagi mereka berkaitan dengan Kenyataan YDPA berkaitan isu pemansuhan ordinan darurat yang tidak dipersembahkan kepada baginda... 

Saya kongsikan aje .....





9 Kes harian terkini

9 kes dilaporkan di Cameron Highlands hari ini melibatkan Kluster Desa Corina dan 1 kes di Taman Puncak Arabella. 

9 kes terbaru hari ini.. selain 8 kes melibatkan Kluster Desa corina yang berjumlah 56 kes, kita ada 1 kes dari Puncak Arabella....

17,000 kes

Saya rangkumkan 2 hari berturut-turut kes harian positif melebihi 17 ribu kes .

Sebab ada hal lain yang menyebabkan ianya tenggelam semalam dan kelmarin di Sidang Zoo Parlimen Malaysia. 

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA

Tahap Keselamatan Negara Terkawal.

itu aje saya nak tulis.... 


Thursday, July 29, 2021

Kenyataan Media Istana Negara

saje nak simpan ... sejarah hari ini.. 


Warkah dari Istana....

 Tersebar 4 halaman Warkah Dari Istana yang menceritakan secara terperinci apakah yang dimaksudkan oleh YDPA berkaitan isu yang sedang dihadapi di negera ini. 

Saya kongsikan sahaja lembaran warkah tersebut. 




Monday, July 26, 2021

Wanning Gibbous @ Bulan Selepas Purnama

Hajat di hati nak rakam gambar bulan penuh pada 24 Julai 2021 tapi tak dapat sebab cuaca tak cantik malam tersebut. 

25 Julai 2021 saya dapat peluang ambil gambar bulan selepas purnama ataupun bahasa enggerisnya wanning Gibbous.

Bulan pada malam tersebut berada pada 97% selepas fasa bulan penuh semalam sebelumnya. 

Ini adalah rakaman gambar bulan malam tersebut berdasarkan beberapa tetapan kamera yang saya hemtam sahaja. 











Kalau nak tengok gambar bulaan masa fasa Selepas Purnama @ Wanning Gibbous , Klik
Kalau nak tengok gambar fasa bulan hampir purnama, atau Waxing Gibbous, Klik
Kalau nak tengok gambar fasa bulan Separa Purnama first Quarter, Klik

Sunday, July 25, 2021

Kes kumulatif mencecah 1 juta kes

Hari ini satu lagi rekod dicatatkan selain daripada kes harian tertinggi iaitu kes kumalatif telah mencecah 1,000,000 kes. 

1/32 ..... bersamaan 3 peratus rakyat Malaysia telah positif COVID-19...  atau setiap 1 daripada 32 rakyat Malaysia dalah pesakit COVID-19.

17,045 kes harian tertinggi!!!

Sekali lagi minggu ini berturutan saling memecahkan rekod kes harian tertinggi dan kali ini 17,045 kes hari ini dicatatkan. 

Kali pertama angka 17,000 kes. Melangkau angka 16,000 kes. 

Ini menepati statistik dan jangkaan angka akan mencecah 26,000 kes harian menjelang Ogos ini. 

Saturday, July 24, 2021

Menghampiri 1 juta kes COVID 19

Hari ini selain rekod tertinggi positif harian kes Covid -19 , juga menujukan jumlah kumulatif kes menghampiri 1 juta kes akan dicatakan. Ini memandanglan trend kes harian masih lima angka setiap hari. 

1 kes di Cameron Highlands

Satu kes dilaporkan di Camerom Highlands iaitu di Perumah Makmur Tanah Rata melibatkan warganegara Malaysia. 




Tertinggi Positif COVID-19

Hari ini mencatatkan kes harian positif tertinggi setakat ini. Hari kedua berturut-turut melepasi angka 15 ribu kes. 


Varian Delta dikesan di Cameron Highlands

Dilaporkan dua kes COVID-19 di Cameron Highlands turut melibatkan varian Delta yang sangat merbahaya dan pantas untuk dijangkiti. 




Kematian pertama di Cameron Highlands akibat COVID-19

Dicatatkan hari ini terdapat satu kamatian akibat COVID-19 di Cameron Highlands.

Ini adalah kes kematian pertama bagi daerah ini. Dirujuk melibatkan Kluster Kailan Tringkap.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarganya. 

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock