TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, July 14, 2021

Ladang Teh di waktu PKP

 Adakah ladang-ladang teh masih dibuka ketika tempoh PKP dan PKPD?

Ini mungkin pertanyaan yang bermain dalam fikiran anda. Jadi saya boleh kongsikan sedikit daripada pemerhatian saya.

Cameron Valley atau Bharat Tea Plantation menutup semua hentian Kedai Teh Mereka. Pada masa sebelum PKP mereka masih membuka namun akibat tidak boleh rentas daerah dan negeri mereka terus menutup Tea Shop mereka. Namun kerana lokasi mereka hanya di jalan utama, sering saya melihat ada jugak orang tempatan yang melepas rindu mengambil gambar dari tepi pagar mereka terutama di Tea Shop 2 ini. 

Manakala di BOH Plantation pula mereka juga menutup sepenuhnya Tea Centre mereka baik di HABU ataupun di SUNGEI PALAS. Kedua-dua ladang teh mereka ini turut tidak menerima kehadiran tetamu yang tidak mempunyai temujanji berkaitan urusan kerja atau rasmi . Laluan masuk dikawal sepenuhnya oleh Polis Bantuan atau anggota keselamatan mereka. 

Namun bagi kedua-dua ladang mereka, sebahagian kawasan ladang teh masih boleh dilalui kerana status jalan merentasi sebahagian ladang teh ini adalah jalan negeri. Maka ada kalanya kelihatan penduduk tempatan mengambil gambar dan singgah melihat seketika penaroma ladang teh terutamanya di Ladang Teh Sungei Palas.

Jadilah untuk melepas rindu dan juga tekanan sedikit dengan ke sini.. tapi masih terhad pergerakan semasa PKPP atau fasa 2 Pelan Pemulihan Negara 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock