Hari ini menunjukan sedikit penurunan kes positif harian CVID-19 di seluruh negara namun masih dalam lingkungan 5 angka.
10,710 kes dilaporkan dengan Selangor mencatatkan bawah 5,000 kes selepas 3 hari melebihi angkat tersebut. Begitu juga dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang kembali dibawah paras 1000 kes.
Kebimbangan terasa bilamana melihat peningkatan kes di 3 buah negeri iaitu Johor, Sabah dan juga Kedah yang agak ketara sejak dua hari ini. Malah Johor kini berada dikedudukan ketiga tertinggi mengambil alih kedudukan Negeri Sembilan.
Apapun kita mengharapkan cuti hari raya Aidiladha Selasa ini tidak akan menyumbangkan penambahan kes akibat pulang beraya di kampung biarpun laporan media mengatakan pertambahan jumlah aliran trafik ke Pantai Timur khasnya Kelantan sedang berlaku.
No comments:
Post a Comment