TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, July 20, 2021

Waxing Gibbous di Tanah Rata

Saja aje bagi gempak guna istilah bahasa enggeris bagi gambar fasa bulan malam ini. 

Pada catatan 17 Julai 2021, gambar fasa bulan adalah gambar first quarter dan malam ini saya kongsikan fasa bulan Waxing Gibbous. 

Tak payah pening-pening dok firkikan apakah maksudnya. Dalam bahasa kita Waxing Gibbous tu Fasa Bulan Hampir Purnama atau bulan hampir penuh. Itu aje.

Dan malam ini bulan hampir penuh adalah pada peratusan 83.5% dan dijangkakan fasa bulan penuh pada 24 Julai 2021 ini. 

Ini adalah koleksi malam ini dengan pelbagai setting pada kamera D90 saya yang berusia 11 tahun dan menggunakan lensa 70-200 mm + TC20E-II pada laras terpanjang 200 mm x 2 iaitu 400 mm. kalau format 35 mm ia adalah 600 mm. 








Harap-harap cuaca malam 24 Julai nanti akan terang macam malam ini untuk rakaman gambar bulan penuh.

Kalau nak tengok gambar bulaan masa fasa Selepas Purnama @ Wanning Gibbous , Klik
Kalau nak tengok gambar fasa bulan hampir purnama, atau Waxing Gibbous, Klik
Kalau nak tengok gambar fasa bulan Separa Purnama first Quarter, Klik

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock