Saya sekadar nak berkongsikan pengalaman membeli strawberry semasa waktu PKP di Cameron Highlands. Pemerhatian saya ini juga dibuat disekitar Tanah Rata sahaja bukannya sampai ke Pekan-pekan yang lain seperti Kea Far, Tringkap dan ke atas.
Jadi saya berharap yang membaca catatan ini dapat memahami bahawa saya sekadar berkongsi pengalaman membeli strawberry dengan harga murah di zaman PKP bukannya menjual strawberry.
Harga termurah saya selalu dapat adalah RM 10 sekilogram iaitu di Kedai Adik Aisyah di Prima Tanah Rata yang boleh saya pergi bila-bila masa. Manakala di Kampung Taman Sedia pula harganya sekitar RM 15 -18 sekilogram tetapi kena telepon dahulu untuk mereka petik lebih awal. Kalau di Brinchang pula saya selalu ke Big Red Strawberry atau terus ke Pasaraya Jimat di mana sekitar RM 15-20 sekilogram.
Jadi benarlah harga strawberry memang murah sangat di waktu PKP. Kekurangan permintaan berbanding penawaran menyebabkan harga jatuh. Selalunya harga strawberry sekitar RM 25 keatas malah musim cuti sekolah ada yang mencecah sehingga RM 40 sekilogram.
Namun ada peniaga yang kreatif dengan membuat COD kepada pelanggan malah ada yang lebih gigih membawa turun strawberry ke bandar-bandar dan daerah-daerah lain. Ada yang meniaga secara online dan ada yang menumpang di pasar malam atau pagi. Semuanya untuk tujuan survival pendapatan mereka. Hidup mesti diteruskan.
Semoga COVID-19 segera dapat dikawal. Biarpun peluang untuk dapatkan strawberry murah terlajak ini akan tamat sekiranya COVID-19 berakhir, saya secara peribadi lebih kepada mahu melihat suasana ekonomi dapat dipulihkan. Peniaga mampu kembali tersenyum. Pengusaha strwberry mampu menarik nafas lega.
Cukuplah bagi saya dan keluarga makan strawberry pagi petang dan malam dan sambil tengok TV di rumah.
No comments:
Post a Comment