TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, July 6, 2021

Harga Jagung Cameron Highlands sewaktu PKP 2021

Waktu PKP yang sedang berlangsung sejak beberapa bulan ini menyebabkan beberapa barangan atau produk pilihan pelancong tidak dapat dipasarkan atau kurang permintaan.

Saya dah kongsikan harga strawberry di wkatu PKP yang bagaikan jatuh ke paras terendah dalam catatan saya semalam (Klik Sini) dan kali ini saya kongsikan pemerhatian saya mengenai harga jadung Cameron Highlands.

Permerhatian saya ke atas harga jualam Jagung Cameron Highlands adalah berdasarkan kedai-kedai sekitar Tanah Rata, Ringlet dan Brinchang sahaja. Selebihnya saya tidak sempat ke sana sini meninjau. Lagipun PKP kan, mana boleh ke sana ke sini kan. 

Harga Jagung Cameron Highlands tidaklah terlalu jatuh teruk harganya. Masih terjual atau dijual sekitar RM 2.50 setongkol bagi grade biasa dan RM 3 bagi grade AAA.  Harga biasa bagi kedua-dua grade ini biasanya sekitar RM 3 setongkol bagi grade biasa dan RM 4 bagi grade AAA. 

Jadi tak lah terlalu teruk jatuh harganya kan.

Cuma Jagung Susu Cameron Highlands bagi grade biasa dijual sekitar RM 2 setongkol berbanding harga biasa RM 2.50 setongkol. Juga tidak banyak perbezaan harga yang ketara bagi harga jualan jagung ketika PKP ini. 

Saya nak jelaskan, saya tidak menjual jagung. Jangan tanya saya berapa nak jual jagung ya. 

Untuk koleksi catatan jagung saya terdahulu anda boleh klik DI SINI. 



No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock