TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, September 18, 2015

Jambu Batu 'epal' Cameron Highlands


Saya tahu catatan ini jika dibaca oleh peniaga Jambu Batu Celup atau lazimnya dipromosikan sebagai Jambu Epal Cameron Highlands, mereka  akan marah kepada saya.

Namun, saya perlu jujur dan berkongsikan kebenaran kepada pengguna dan pelancong ke Cameron Highlands.

Sejak mulai menetap di Cameron Highlands pada tahun awal 2007, saya selalu ke Pasar Malam Brinchang setiap minggu kerana di sanalah‎ lubuk ilmu awal untuk mengetahui Cameron Highlands dari segi budaya pemakanan dan rahsia keistimewaan.

Saya akui, saya mulai nampak Jambu warna hijau di awal tahun 2007. Sejak itu ianya bertambah variasi warna dengan warna pink pula masuk ke pasaran.

Saya tidak membeli kerana apabila merasai sample yang dipotong ianya adalah adalah jambu batu biasa yang pada perkiraan saya telah dikisar kulitnya dan direndam dengan pewarna.

Telahan saya benar. 

Ini kerana Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) kemudian mengeluarkan amaran akan bahaya Jambu Batu Celup ini sekitar pertengahan tahun 2007.

Saya kongsikan antara kenyataan CAP:


Pulau Pinang, 2007 : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mengeluarkan amaran mengenai penjualan jambu-epal yang dipercayai mampu menyebabkan masalah tingkah laku seperti panas baran, kurang tumpuan, hiperaktif dan tindak balas alergidi kalangan remaja.

Menurut kenyataan tersebut, hasil ujian makmal yang dilakukan CAP mendapati bahan pewarna tiruan yang digunakan terhadap jambu (guava) tersebut merupakan punca tindak balas agresif terhadap perlakuan tersebut. 

Jambu (guava) itu dikupas kulitnya berbentuk epal kemudian dicelup ke dalam pewarna makanan tiruan. 

Pewarna yang digunakan ke atas jambu tersebut ialah Brillian Blue danMartrazine bagi menghasilkan warna hijau manakala Karmoisine pula bagi warna merah, menurut kenyataan itu. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan jangan tertipu dan mempercayai buah itu adalah kacukan semula jadi sedangkan ia nampak segar kerana sudah diwarnakan. 

Jelasnya, Agensi Standard Makanan di United Kingdom (UK) juga telah mengkaji keselamatan bahan penambah ini sejak tahun 2000. 

Dengan itu, CAP menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kesihatan Cameron Highlands terhadap pihak terbabit dan menasihatkan pembeli tidak membeli jambu-epal kacukan itu. 

Sumber : CAP

Jambu Batu Celup ini banyak dijual di kawasan tumpuan pelancong khasnya di Kea Farm dan Pasar Malam Brinchang yang menjadi tumpuan pelancong dan dipromosikan sebagai Epal Cameron Highlands.

Itu tidak benar! 

Jambu Batu pun tidak ditanam di Cameron Highlands secara komersial dan bagaimana buah Jambu Batu boleh bertukar menjadi epal!!!!

Jadilah pembeli dan pengguna bijak demi keselamatan dan kesihatan kita.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

2 comments:

Cathy Cath said...

Thank you very much for sharing this with the public. I just get cheated again this Tuesday. 😑😑😑

Redzanov said...

First time makan dan lepas tu tak makan lagi dah. Manis gila

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock