TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, June 20, 2011

Koperasi Permodalan Felda .. KPF2....

Aku hari ini mencedok lagi laman web kawan aku ... http://feldakumai.com/ yang sekali bercerita mengenai KPF tetapi lebih terkini KPF2.. KPF yang asalnya telah pun mencapai kuota penuh yang dibenarkan dan kini KPF2 telah diluluskan. Sebab itulah permohonan anda yang terdahulu ada yang tak di luluskan lagi sehingga kini... aku pun sendiri tengah mencari maklumat berkaitan KPF2 .. jadi permulaan maklumat , apa kata aku kongsi maklumat dari website ini... sebagai pemangkin kepada anda untuk mencari maklumat yang lebih lengkap...


semangat ni ..semangat ....
Sebelum ni aku pernah masukkan berita yang Felda akan melancarkan KPF 2 untuk Generasi Felda. Yang tak ingat berita tu, aku letakkan link di sini. Felda tubuhkan KPF 2.
Baru hari ni aku tahu yang penubuhan KPF 2 telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 14 April 2011 setelah aku bukak laman web Felda. Pelik juga kenapa tiada pengumuman mengenainya di media-media.
Apakah KPF 2? KPF 2 di tubuhkan sebagai pelangkap kepada KPF, di mana keanggotaannya adalah untuk generasi baru Felda seluruh negara yang tinggal di dalam mahupun di luar rancangan Felda, kakitangan Felda dan juga anak kakitangan Felda. Syarat-syarat untuk menjadi anggota KPF 2:
  1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Malaysia.
  4. Generasi baru peneroka Felda yang bukan pengganti peneroka yang samaada tinggal di dalam atau diluar rancangan / Kakitangan Felda / Anak kakitangan Felda
  5. Bukan seorang yang Bankrap.
  6. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  7. Bukan yang seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  8. Bukan seorang yang telah dibuang menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
Camne nak daftar? Download borang di sini. Isi dan hantarkan ke pejabat Felda atau ibu pejabat Felda beserta bayaran RM20 dan syer minima RM100 dalam bentuk wang pos ataupun bank draft.
Sebagai generasi Felda kita seharusnya mengambil peluang pelaburan seperti ini. Harap-harap dividen KPF 2 ni setanding dengan KPF.

4 comments:

Anonymous said...

KPF2
KPF2 .. Selaku lakunya... Nak tipu ahli sahaja !!! .. Kpf2 AKAN membayar dividen Bulan depan (October 2013) .. Selapas 2 tahun .. Apa yang ahli melabur hanya dibayar . 1% deviden sahaja ... Disini saya mengalu -alukan .. Kita boycott rancangan / program KPF2 .. Duit-duit kita simpan/labur FD dekat bank.. Kurang-kurang ada3.5% setahun.. Simpanan biasa pun ada 1.5%... Rasa tertipu Dari KPF2.. Jangan rupa .. KPF1 tahun 2013.. Dividen dibayar 16.5%

Anonymous said...

betul.....mak sya dpat RM20 je utk dividen khas awal Januari 2014.....bagi KPF2.....sya pn nak keluarkan duit balik...masuk ASB lg bagus

Anonymous said...

Korang punye ayat mmg x boleh blah... x boleh nak bersyukur apa yang apa yang korang dapat... nielah pikiran orang-orang melayu sekarang..

Unknown said...

xkan baru setup terus untung 16%..lama2 naik la keutungan dia...apa da...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock