Mat Kilau, mungkin nama ini tidak asing bagi kita yang pernah mempelajari sejarah kerana beliau dijulang sebagai salah seorang Pahlawan Melayu semasa penjajahan berlaku di negara kita.
Bermula sebagai pembesar negeri dan sebelum menjadi pejuang kemerdekaan setelah campurtangan pihak Bristish dalam kutipan hasil cukai tempatan. Malangnya nada dan irama yang didendangkan oleh pihak Bristish lebih melagukan beliau sebagai penderhaka dan pemberontak yang perlu dihapuskan berbanding pahlawan bangsa dan negara.
Bertempat di Masjid Lama Kampung Pulau Tawar Jerantut, beliau telah muncul kembali dan mengistiharkan dirinya adalah Mat Kilau pada 26 Disember 1969 iaitu selepas sembahyang Jumaat. Beliau bangun dan membacakan beberapa surah dan ada sebuah buku yang menceritakan secara terperinci dan aku pernah membacanya .
Amat mengejutkan kerana terdapat kisah yang disebarkan beliau telah meninggal dunia ketika dalam tawan British. Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi mengesahkan perkara ini. Akhirnya setelah disiasat, maka benarlah dan biliau diistiharkan sebagai Pahlawan Mat Kilau . Siasatan in telah dibukukan dan aku ada membacanya sekitar 1994 semasa berada di Kuantan ketika itu.
Pada tahun 1999, aku dan rakan-rakan berkesempatan menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau dan kami mengadakan tahlil semasa program khidmat masyarakat dan anak angkat di Kampung Bukit Rang. Jika anda ingin atau dalam perjalanan dan melalui di antara Jerantut dan Jengka, beloklah ke Kampung Bukit Rang, Jerantut dan singgahlah di Makam Pahlawan dan tidaklah sukar untuk anda menemuinya kerana terdapat kemudahan dan tanda arah yang jelas disediakan dan lokasinya terletak di sebelah jalan sahaja.
Aku cuba mencari maklumat dan aku rasa laman Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut adalah yang terbaik untuk dikongsi bersama di http://pdtjerantut.pahang.gov.my dan sedikit penambahan info dari beberapa laman yang lain.
Sedikit carian gambar di internet dimasukan bagi mengambarkan suasana yang sebenar....
Al fatihah kita sedekah untuk Pahlawan Mat Kilau.
1. KEHIDUPAN AWAL
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang .
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar Kelantan, sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan tetapi telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang.
Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat, yang bernama Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Hj Merah). Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua.
Nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. Datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.
Nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. Datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.
2. SEJARAH PERJUANGAN
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.
Sir Hugh Clifford |
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Bilamana pihak British mula masuk campur dan mengambil alih kuasa kutipan cukai daripada pembesar negeri, di sinilah titik permulaan siri pemberontakan di kalangan para pembesar. British telah mengistiharkan perang dan arahan menangkap dan menghapuskan 'pemberontak' telah dikeluarkan,
Bagaimanapun, Mat Kilau dan para pembesar telah berjaya melarikan diri malah terdapat kisah yang mengatakan askar upahan Biritish tidak dapat mengenali beliau dan beberapa kali beliau hilang tanpa dapat dikesan.
Antara negeri yang menjadi pilihan untuk mereka melarikan adalah Kelantan dan Terengganu dan ianya mendapat sokongan ulama terkenal Terengganu , Tokku Paloh dan Abdul Rahaman Limbung serta Tok Janggut di Kelantan dan semangat pemberontakan mula tersebar di sana juga.
Mereka kembali ke Pahang melalui laluan hutan di Terenganu dan Kelantan dan dikatakan laluan Kampung Bantal di Jerantut dan Kampung Pasir Raja di Dungun Terengganu antara menjadi pilihan. Jika anda pernah ke Taman Negara di Jerantut, anda boleh menaiki perahu ke Kampung Bantal melalui laluan air dan jauh ke hulu. Saya berkesempatan ke Kampung Bantal suatu ketika dahulu dan difahamkan ini adalah kampung terakhir di jajaran Sungai Tembeling. Laluan-laluan lain adalah Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan Jerantut ke Gua Musang yang digunakan dan dikhabarkan masih wujud dan masih digunakan oleh pencari gaharu dan satu ekspedisi menjejaki laluan ini telah dijalankan pada tahun 2008 yang lalu.
3. BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. Saya pernah membaca sebuah buku mengatakan bahawa Dato Bahaman juga pernah muncul dan telah dapat dikesan tetapi diragui statusnya kerana pertindihan maklumat waris berlaku dan insan yang dikatakan beliau dikenali dengan Tok Peramu. Insyaallah , jika ada kelapangan akan cuba saya selidiki pula mengenai Dato Bahaman.
The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
4. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
Menjadi tumpuan selepas mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau |
Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut . Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
ketika terlantar sakit |
Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
Jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Kg Pulau Tawar atau kini dinamakan Makam Pahlawan Mat Kilau.
Beliau meninggalkan waris yang masih berada di Kampung Sungai Rang di samping jasa dan pengorbanan yang pastinya tidak ternilai dan tidak mampu dibalas oleh generasi masakini. Namun semangat perjuangan dan ketabahan beliau wajar menjadi dorongan kepada kita semua.
Untuk cerita dalam bahasa Inggeris, aku link kepada thestar.online yang memetik Bernama sebagai sumbernya ;http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/29/southneast/16586651&sec=southneast/
OUT of the many Malay warriors of Pahang who stood up against the British in the late 1880’s, only one lived to witness with his very own eyes the nation’s independence.
He was Mat Kilau, the son of local chieftain Imam Perang Rasu (aka Tok Gajah), and one of the Malay warriors who rebelled between the 1880s and 1890s when the colonial masters extended their rule to Pahang.
Mat Kilau even had the opportunity to shout the magical word “Merdeka” on August 31, 1957, something that his contemporaries Datuk Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong and Tok Janggut or the earlier ones like Datuk Maharaja Lela and Dol Said did not live to do.
But on that historic day, none of the hundreds who turned up at the state mosque field in Kuantan realised that the high-spirited but frail-looking centenarian standing among them was Mat Kilau, the man who once tormented the British.
Mat Kilau’s obscurity is equally legendary. The feared warrior went into oblivion for more than half a century as he was on the run after the British put a price on his head and branded him a traitor to the Sultan.
At the initial stages, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid and Mat Lela staged a formidable resistance that unnerved the British.
Mat Kilau and Datuk Bahaman’s names are etched in the nation’s annals as those responsible for the Lubuk Terua war where they attacked a police post set up by the British and fatally wounded two British policemen. They even conquered Temerloh.
However, with more reinforcement and a clever ploy of accusing the group of betraying the Sultan, the British succeeded in stopping more locals from joining the group and isolated it from the community. This eroded the group’s strength that at one time reached 600 and prompted them to flee.
The British continued to hunt them. Records show that his father Tok Gajah who was also involved in the resistance took refuge in Hulu Terengganu and died there, while Datuk Bahaman and several of his followers surrendered to the Siamese rulers.
What happened to Mat Kilau then is unclear till today but he definitely went through a lot of hardship especially when he had to move from place to place and take refuge under different names like Mat Dahan, Mat Dadu and Mat Siam.
After being on the run for many years, he returned to Pahang and settled in Kampung Batu 5, Gambang, Kuantan, under the name of Mohamed bin Ibrahim @ Mat Siam.
Mat Kilau’s real identity only came out into the open when he himself made a declaration after the Friday prayers at the Pulau Tawar mosque in Jerantut on Dec 26, 1969. After months of research and investigations, the Pahang state government finally confirmed that he was indeed Mat Kilau.
Unfortunately 10 days after the confirmation, Mat Kilau died on Aug 16, 1970, at his home in Kampung Batu 5. He is said to have died at the age of 122 based on his estimated birth year of 1847.
He was buried with full honours befitting a national hero at his birthplace, Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut.
His adopted son who later became his son-in-law as well, Abu Bakar Awang, 80, said that before he revealed his real identity he was very evasive each time when asked about his background. Mat Kilau probably feared that he was yet to be pardoned for the allegations that he had betrayed the Sultan.
During the uprising, Pahang was under the reign of Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.
He waited almost 12 years after independence to reveal that he was Mat Kilau as he feared the Sultan hadn’t forgiven him,” said Abu Bakar.
One of his daughters, Aminah, 80, when met at her home in Kampung Batu 5, confirmed that before Mat Kilau declared his actual identity, none of his children had the faintest idea that their father known as Mat Siam was actually a warrior dreaded by the English.
Aminah is among four out of Mat Kilau’s five surviving children who have settled around Kuantan. The others are Sabariah, Abdul Rahman, Salamah and Razali, while the eldest, Zaleha, married to Abu Bakar, died in 1978.
Continuing the story, Abu Bakar, despite his advanced age, recalled vividly Mat Kilau’s excitement on the run-up to the proclamation of independence.
“On that day (Aug 31, 1957), he woke up early and after the subuh(dawn) prayer he got ready to leave for Kuantan as he was aware that the proclamation was also being held in the states, other than at Merdeka Stadium in Kuala Lumpur.
“I was wondering why he was so eager to go to the state mosque field. Even though he was more than 100 years old then, I noticed he was so excited to celebrate the historic occasion,” he said.
Abu Bakar who is the lead instructor of Seni Silat Tapak Setia Suci, the art of self-defence he inherited from his warrior father-in-law, remembered clearly how Mat Kilau had donned a white round-necked T-shirt with a grey overcoat and a kain sampin wrapped over the top part of his dark long pants. He wore shoes and his head was wrapped with a piece of cloth known as kain cindai.
“Even I was intrigued where he got all those things and what the kain cindai signified,” he said.
According to tradition, the kain cindai is a piece of silk cloth used by Malay warriors to wrap around their head before getting into the ring to confront their foes.
Abu Bakar said the bizzare clothing and behaviour prompted Mat Kilau’s wife Ajrah Bakar to reproach him, asking, “what’s wrong with you?”.
Upon getting ready, Abu Bakar and Mat Kilau left the house together and waited for the free bus ride made available by the authorities in conjunction with the celebration.
Though the bus was packed with people, nothing could deter Mat Kilau who was obviously impatient to get to the field.
“When we arrived at the field, we waited for the proclamation of independence. We managed to see the parade ... there were decorated cars too and he (Mat Kilau) was visibly exulted,” Abu Bakar recalled.
When the shouts of Merdeka began, Mat Kilau too joined in chorus.
While at the field Mat Kilau told Abu Bakar, “see, who would have thought I too will live to see this country’s independence”.
This made Abu Bakar wonder what this man was actually trying to say.
Abu Bakar, who lived with Mat Kilau since the age of 18, noted that his father-in-law felt contented with the opportunity to shout “Merdeka” at the field in Kuantan.
He was too feeble to go the Merdeka Stadium in Kuala Lumpur to witness the proclamation of independence there.
Abu Bakar said the declaration of Merdeka was probably the most defining moment for the warrior who tried to defend his race, religion and the sovereignty of his nation from occupation by foreign powers.
Abu Bakar now hopes that some historical texts especially those describing him as someone who betrayed the Sultan be revised.
“The English labelled Mat Kilau and his colleague Datuk Bahaman as rebels and traitors just to hoodwink the people so that they wouldn’t support their struggle,” said Abu Bakar, who is also the Kampung Batu 5 headman.
Mat Kilau’s grandson, Alhamadi Abu Bakar, 40, said though his grandfather did not leave any wealth, he left a legacy and unparalleled gallantry to be inherited by the coming generations in defending the nation from various forms of colonisation. – Bernama
1 comment:
KABAR BAIK
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Post a Comment