Selepas anda mengetahui anda telah ditipu dalam urusniaga dan menjadi mangsa kepada perkhidmatan yang tidak seperti dijanjikan , anda mungkin terfikir ke mana arah tujuan anda untuk membuat aduan kepada semua ini. Pening dan bimbang tersalah tempat akan menjadi lebih buruk.
Sebenarnya terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menawarkan menerima aduan anda untuk siasatan dan tindakan demi menjaga hak anda sebagai pengguna.
Mungkin salah satu agensi dan badan bukan kerajaan dibawah ini boleh membantu anda:
E - Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) | ||
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. | ||
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) | ||
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyediakan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online. | ||
Biro Pengaduan Awam (BPA) | ||
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. | ||
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) | ||
TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat. | ||
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA) | ||
Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatantenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumat- maklumat yang diperlukan di laman ini. | ||
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) | ||
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital. | ||
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | ||
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya. | ||
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- | ||
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) | ||
Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian. | ||
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) | ||
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia. | ||
AGENSI LAIN ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- | ||
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | ||
Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. | ||
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) | ||
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful . Sumber : Smart Consumer.. layari laman web ini.. cukup membantu. |
No comments:
Post a Comment