TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 20, 2021

Merbah Telinga Merah (Red Whiskered Bulbul)

Burung Red Whiskered Bulbul atau dikenali dengan nama tempatan sebagai Merbah Telinga Merah ini adalah dari keluarga burung merbah.
Saya temuinya sepasang tengahari tadi di kawasan kerja saya sebelum beberapa kawanan yang lain dikawasan sekitar. Selalunya agak payah nak nampak mereka ini.
Burung ini juga dikenali dengan nama tempatan yang lain sebagai Burung Merbah Pipi Merah Dan setengah kawasan mengelarnya sebagai Burung Merbah jambang merah.
Manakala nama saintifiknya adalah Pycnonotus jocosus dan bagi subspesis yang ditemui di sekitar kawasan Thailand dan Malaysia adalah Pycnonotus jocosus pattani dan mula dikatalogkan mengikut Linnaeus pada tahun 1758.
Burung ini sedikit unik berbanding dengan merbah yang biasa yang mudah ditemui iaitu ianya berjambul dengan telinga atau pipinya bertompok merah.
Suara kicauannya sering memikat pengemar burung merbah menjadikannya buruan untuk dipelihara.










No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock