Burung Mata Putih Hume ini saya temui di Tanah Rata pagi tadi.
Burung ini kecil saiznya sekitar 10-15 cm sahaja dan mempunyai lingkaran putih di bahagian mata dan badannya berwarna kuning dan putih di bahagian dada.
Burung ini mudah ditemui di pokok bottle brush yang banyak ditanam di kawasan sekolah di sini. Cuma dia bergerak pantas dari satu ranting ke ranting yang lain.
Burung ini sebenarnya sedikit mengelirukan identitinya iaitu saya selalu sangkakkan dia adalah Everett's White-eye dan dijelaskan ianya ditemui dikawasan tanah rendah sahaja.
Jadi yang di tanah tinggi dikenali sebagai Hume's White-eye atau saintifiknya adalah Zosterops auriventer tahanensis bagi spesis di Selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Malah terdapat satu lagi spesis bagi utara Thailand (Zosterops auriventer wetmorei) dan Malaysia selain spesis yang berbeza bagi kepulauan Bornea 9Zosterops auriventer medius).
No comments:
Post a Comment