TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 20, 2021

Terkukur Api (Litle Cuckoo-Dove)

Burung Terkukur Api atau di dalam bahasa enggerisnya dikenali sebagai Litle Cuckoo-Dove ini ditemui beberapa kali sejak kelmarin di kawasan kerja saya. Saya perhatikan ada sepasang burung ini beserta seekor yang bersaiz kecil mungkin anak mereka.
Burung ini pernah saya temui beberapa kali sejak bulan lepas namun tidak terlalu jinak dan jauh pula untuk diambil gambar mereka.
Alhamdulillah rezeki minggu ini mereka seakan jinak di pokok yang sedang berbuah kecil ini.
Nama saintifiknya adalah Macropygia ruficeps dan spesis yang ditemui di Malaysia adalah Macropygia ruficeps malayana.
Badannya berwarna oren yang berbintik dan perang gelap dibahagian belakang serta kepalanya bewarna oren jugak. Mungkin sebab itu ianya digelar Terkukur Api dan badannya bersaiz lebih kecil berbanding burung terkukur atau punai.
Seronok juga melayan burung terkukur api bilamana ianya jinak ketika makan buah kecil.













2 comments:

Club Mulgoa said...

You should be a bird-watcher tourist guide!

Zana said...

Saya bukan bird-watcher. Tapi sangat kagum dengan unggas yang sangat cantik ini. Saya sokong dokumentasi anda. Cuma lebih baik kalau ada nama tempat burung ini dilihat.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock