Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Selasa, 21 Jun 2016

Permit Memasuki Hutan Simpan untuk mendaki Gunung di Cameron Highlands

Berkenaan dengan Permit untuk mendaki Gunung di Cameron Highlands sebenarnya sama sahaja peraturan yang ditetapkan untuk memasuki mana-mana hutan simpan di Malaysia.

Saya sekadar memetik dari laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di SINI.

Terdapat beberapa gunung di negeri Pahang yang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan gunung-gunung ini terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. 

Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki HSK terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Berikut adalah senarai gunung/denai (trail) yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

1. Gunung Irau, Cameron Highlands
2. Gunung Brinchang, Cameron Highlands
3. Gunung Berembun, Cameron Highlands
4. Gunung Yong Belar, Cameron Highlands
5. Gunung Siku, Cameron Highlands
6. Gunung Suku, Cameron Highlands
7. Gunung Benom, Raub
8. Pine Tree Trail, Bukit Fraser, Raub
9. Rompin Trail, Bukit Fraser, Raub
10. Abu Suradi Trail, Bukit Fraser, Raub
11. Mager Trail, Bukit Fraser, Raub
12. Gunung Rajah, Bentong
13. Gunung Nuang, Selangor (tetapi laluan masuk ke Gunung Nuang terletak di Janda Baik, Bentong dan berada dalam kawasan HSK negeri Pahang).

Permohonan permit boleh dibuat melalui borang pemohonan rasmi dan dihantar melalui pos kepada Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang bertanggungjawab ke atas lokasi tersebut. 

Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan dihantar bersama borang permohonan tersebut. 

Kenalpasti PHD berkaitan bagi tujuan permohonan permit tersebut seperti senarai di bawah: 

Dalam link yang telah saya kongsikan diatas juga mempunyai link kepada borang permohonan dan juga alamat pejabat hutan daerah yang dimaksudkan. 

Selamat membuata persediaan untuk cabaran gunung-ganang di Cameron Highlands... 


Kuota 100 Pendaki ke Gunung Irau sehari


Perhatian kepada semua Pendaki yang merancang nak mendaki ke Gunung
Irau, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah membuat pengumuman ini:

"Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menetapkan jumlah pengunjung
bagi aktiviti mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands yang dibenarkan
dalam satu masa adalah 100 orang sahaja. 

Tindakan ini dibuat untuk 
mengawal keunikan dan kebersihan denai sepanjang pendakian. Kawalan
akan dilaksanakan di laluan masuk denai bagi memastikan setiap
pengunjung mempunyai permit memasuki hutan simpan yang dikeluarkan
oleh Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. 

Permohonan mesti
dibuat dua (2) minggu sebelum aktivi dijalankan".

Jadi, lakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan tempat
kuota pendakian. Jangan datang tanpa sebarang permit mendaki kerana
bimbang kerugian setelah datang jauh tapi tak boleh mendaki.

Hubungi Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk urusan selebihnya...

Isnin, 13 Jun 2016

Pakej Berbuka Puasa di Abang Strawberry

Mencari tempat untuk berbuka puasa? Saya terima info dari facebook Abang Strawberry mengenai tawaran pakej berbuka puasa di cafe mereka.

Jadi saya kongsikan poster mereka di sini. 

Hubungi mereka untuk maklumat lanjut ya. Bukan tanya saya ya...


Selamat bersteamboat... oppss berbuka puasa.. macam-macam menu ada... 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Ahad, 12 Jun 2016

Pakej berbuka di Pak Leh Chicken Rice

Salah satu pilihan berbuka puasa di luar adalah di Pak Leh Chicken Rice (PCR)  di Marigold Square di Tanah Rata. 

Lokasinya menghala ke Brinchang bersebelahan Bank Simpanan Nasional dan Jabatan Pengangkutan‎ Jalan. 


Ini adalah tahun pertama dibuat pakej berbuka puasa ala buffet. 

Sebelum ini hanya Restoran Erra yang berada di lokasi yang sama telah menganjurkan buffet Ramadhan bagi kategori restoran.

Sedikit sejarah, rasanya hanya tiga tahun sebelum ini ada restoran membuat buffet berbuka puasa dan jika sebelum itu memang tiada. Sukar juga mencari tempat berbuka puasa sebelum itu.

Berbalik kepada buffet Ramadhan di PCR, hubungi mereka unttuk maklumat lanjut melalui number telepon yang tertera dalam gambar.  

Saya sekadar print screen dari facebook mereka sahaja. Tak ada kena mengena...

Katanya pakej bernilai RM13 seorang dengan pilihan lauk secara buffet. 

Pemerhatian saya terdapat dua khemah dibuka dihadapan restoran mereka.

Selamat mencuba.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Bazaar Ramadhan do Brinchang

Satu lagi Bazaar Ramadhan dibawah kelolaan Majlis Daerah Cameron Highlands adalah di Brinchang. 

Lokasinya tepat di tengah Bandar Brinchang iaitu kawasan letak kereta awamnya.

Tinjauan saya ke sana kelmarin mendapati lebih 20 buah gerai dibuka.

Istimewa di sini selain lebih banyak kedai lauk pauk berbanding di Bazaar Ramadhan Tanah Rata iaitu menu istimewa iaitu ayam golek, murtabak kambing, otak-otak dan ayam percik. Saya sangat menyukai pulut panggangnya juga.

Cuma saya agak terperanjat dengan harga somtam yang dijual RM7 sebungkus. Juga popia basah dijual RM3 sebiji!

Selebihnya saya OK sahaja di sini dan rasanya lebih suka membeli di sini dengan lebih kecil saiz Bazaarnya namun agak sukar mendapatkan tempat meletak kereta.

Yang saya rindukan adalah pecal sayur Indonesia dan juga gerai selera Pahang yang tidak berniaga pada tahun ini.

Jadi bagi anda yang bercuti, Dan berada di Brinchang, singgah-singgahlah...



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Jumaat, 10 Jun 2016

Pakej Berbuka Puasa di Copthorne Hotel


Seperti biasa, setiap tahun Hotel Copthorne menganjurkan pakej berbuka puasa secara buffet.

Jika dahulu hanya dua hari seminggu yang terpilih bagi meraikan permintaan kumpulan kecil untuk majlis berbuka puasa, dan tahun lepas hanya 3 hari seminggu dan untuk tahun ini dibuka 5 hari seminggu mulai minggu hadapan.

Harga setiap orang adalah RM40. Sejarah harga yang ditawarkan  dari zaman Hotel Equatorial adalah bermula RM19,RM22 sebelum RM25 dan tahun lepas RM35.

Menu bagi tahun ini dibahagikan kepada 3 set menu yang berbeza setiap hari. Jadi kalau pergi hari Selasa, Rabu dan Khamis akan menikmati menu yang berbeza.

Saya dan kumpulan kerja saya sedang merancang untuk berbuka di sana seperti setiap tahun.  

Memang berbaloi sebelum ini... untuk tahun ini, nanti saya kongsikan...
Insyallah..

Hubungi pihak Hotel Copthorne terus untuk maklumat lanjut dan tenpahan.

Saya tak bekerja di sana atau mempunyai apa-apa hubungan dengan merek‎a.

Katanya ada harga istimewa bagi tempahan awal dan berkumpulan...



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Khamis, 9 Jun 2016

Bazar Ramadan di Tanah Rata


Di Cameron terdapat dua Bazar Ramadhan yang secara rasmi di bawah kelolaan Majlis Daerah Cameron Highlands iaitu di Tanah Rata dan juga Brinchang.

Di Tanah Rata, lokasinya masih sama seperti tahun lepas iaitu di sepanjang Jalan Besar di tengah pekan ini. Insyallah anda akan tidak terlepas untuk mencari lokasi ini kerana memang akan nampak.

Terdapat 60 buah tapak dikatakan ditawarkan pada tahun ini sehingga laluan ke bahagian belakang Food Court Baru turut ditawarkan.

Namun sejak tiga hari Ramadhan ini saya tidak dapat melihat 60 buah tapak gerai ini dibuka malah hanya separuh sahaja.

Semalam kelibat penguakuasa MDCH berserta pasukan kesihatan mereka melalukan tugasan di bazar ramahdan ini.

Cuma kemusyikilan adalah kemana baki separuh pemilik tapak bazar ramadhan ini yang masih belum memulakan perniagaan mereka kerana takut dan bimbang pula kedengaran ada yang mengatakan masih ramai yang memohon tapak sebelum bermula puasa yang tidak berjaya.

Yang berjaya sehingga kini ada yang masih belum membuka perniagaan. Barangkali mungkin kerana cuti sekolah yang masih berlangsung maka mereka akan hanya membukanya minggu hadapan.

Tak apa, kita harap ada pemantauan dilakukan kerana tidak mahu ada yang ambil kesempatan memajak tapak perniagaan di bazar ini sebagai langkah mudah mendapatkan sumber kewangan.

Apa yang istimewa? Sama sahaja seperti tahun lepas cuma bilangan pengusaha nasi lemak atau kukus semakin bertambah, jumlah penjual air juga bertambah, penjual murtabak juga bertambah dari hanya satu kepada 3. Seperti biasa peniaga kuih muih masih sama dan begitulah yang lainnya.

Tak ada yang istimewa sangat. Tambahan setiap dah 3 hari petang hujan di Tanah Rata.

Kepada pelancong atau yang sedang bercuti, jangan cari strawberry coklat di sini kerana anda tidak akan temuinya....

Update 10 Jun 2016: Semalam saya ke Bazar Ramadhan di Tanah Rata dan kali ini Alhamdulillah kelihatan hampir 80 peratus gerai telah mulai dibuka. Kelibat gerai menjual menu bergrill, tambahan gerai menjual murtabak, air dan pelbagai lagi menu mulai mengamit pelanggan.

Nasi kukus Pok Di dimaklumkan akan dibuka hari ini namun lokasi adalah laluan bawah di belakang Food Court.   

Untuk bazar Ramadhan di Brinchang pula, minggu depan saya singgah.. yang di Tanah Rata baru semalam singgah ... Untuk gambar pula, nanti sahajalah sebab musim hujan takut kamera rosak..kih kih ..kih .. 

Untuk maklumat promosi di bazar ramadhan ini, saya syorkan anda ke Facebook Cameron Highlands Group kerana kelihatan dalam sehari dua ini ramai peniaga mulai berkongsikan maklumat jualan mereka di sana.

Di Ringlet kelihatan peniaga secara kecil-kecilan di hadapan Arked Makanan.

Selamat Berpuasa

mrkumai.blogspot.com
ingin mengucapkan kepada semua pembaca dan juga rakan taulan:

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'



Semoga Ibadah Puasa ini menjadikan kita lebih bertaqwa kepadaNya.

Saya akan cuba akan kongsikan beberapa catatan yang berkaitan dengan suasana berpuasa di Cameron Highlands untuk tahun 2016.

Insyaallah...

Isnin, 6 Jun 2016

Jadual Berbuka Puasa di Cameron Highlands 2016

Saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca yang
beragama Islam.

Saya kongsikan juga jadual berbuka puasa bagi Daerah Cameron Highlands.


Semoga puasa yang kita jalani sepanjang bulan ini akan diangkat sebagai Ibadah kepadaNya dan menjadikan kita sebagai orang yang bertaqwa.

Amin. Amin Ya Rabbal Alamin ...

Untuk bulan Ramadhan ini akan saya kongsikan serba sedikit sambutan
dan suasana berpuasa di sini. Insyaallah ..

Rabu, 1 Jun 2016

Selamatkah bercuti di Cameron Highlands?


Saya menerima beberapa pertanyaan dari kawan dan juga pembaca mengenai status Cameron Highlands sejak minggu lepas sebaik sahaja berita banjir lumpur dan jambatan runtuh akibat hujan lebat tersebar.

memang betul hujan lebat hari Ahad awal pagi minggu sudah sehingga mencatatkan 93 mm hujan dalam tempoh 3 jam sahaja. Ia memang lebat luar biasa.

Yang menerima kesan adalah di kawasan Kuala Terla iaitu 18 km dibahagian atas Utara Cameron Highlands dan juga limpahan air di sepanjang Sungai di Brinchang.

Saya terangkan tiada yang terjejas dan selamat di kunjungi. Malangnya saya ditanya lagi apakah selamat lagi untuk dikunjungi dan perlukan mereka membatalkan percutian mereka? Dan mereka merujuk kepada viral-viral di whatsap group, berita dan blog mahupun di facebook.

Dan saya terangkan lagi masih selamat tetapi masih ada pertanyaan yang malas nak jawab.

Saya bertanya.. errr Kuala Terla Jalan Terisu tu di mana ya ? Sebab sebarang jawapan saya akan dinafikan atau tidak dipercayai. Yang dijawab, entah , dalam Cameron la. Tetapi gaya bahasa seolah-olah dah khatam seluruh daerah Cameron Highlands. 

Cameron Highlands berkeluasan 72 ribu km persegi dan hanya sekitar 5000-7200u ha melibatkan penempatan. Seperti dengan bandar Kuala Lumpur yang banjir di Masjid Jamek tetapi anda boleh pergi ke Zoo Negara di Ampang tanpa masalah.

Terpulang kepada andalah untuk percaya atau tidak. Saban hari sama jumlah pengunjung yang tiba di sini dan masih tiada mana-mana penduduk yang terjejas teruk kecuali mereka yanga terlibat pada malam itu sahaja.

Terpulang juga kepada anda nak percayakan viral-viral berita yang anda terima ataupun dari kami yang menetap di sini.

Saya kongsikan petikan berita dari Harian Metro :

Cameron Highlands: Polis Diraja Malaysia nafi Cameron Highlands tidak
selamat dikunjungi sejak jambatan runtuh di Sungai Ulu Tenom, Ahad
lalu, seperti yang diwar-warkan di dalam media sosial.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Zainal
Abidin Othman berkata, keadaan semasa di Cameron Highlands adalah
selamat dan boleh dikunjungi semua pelawat.

"Cameron Highlands adalah pusat peranginan kepada pengunjung sama ada
datang dari dalam dan luar negara.

"Tiada apa-apa yang berlaku di sini seperti yang diwar-warkan di dalam
media sosial sebelum ini dan saya menegaskan ia selamat dan boleh
dikunjungi oleh semua pelawat.

"Nasihat dari saya jangan ada tomahan dan memanipulasikan fakta
tentang Cameron Highlands ini tambahan pula di waktu cuti sekolah
bermula," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, berhubung bencana jambatan runtuh itu pula,
pihaknya dan pelbagai agensi lain termasuk Majlis Keselamatan Negara
(MKN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM) serta beberapa agensi lain sudah membuat lawatan ke lokasi
kejadian.

"Didapati jambatan berkenaan masih lagi dalam tindakan pembinaan
semula dan dijangka siap dalam tempoh terdekat. Jambatan ini yang
dikatakan jambatan utama laluan keluar dan masuk runtuh akibat hujan
lebat tempoh hari serta derasan kuat air sungai dipercayai menghakis
tebing berhampiran.

"Lokasi kejadian jambatan runtuh itu terletak di persimpangan tiga
jalan utama dari Tringkap ke Pos Trisu sejauh lebih kurang 1km ke
jambatan kecilberkenaan," katanya.

Menurutnya, pemantauan masih diteruskan pihak berkuasa dan keadaan di
sini adalah selamat untuk dikunjungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...