TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, November 7, 2019

ELAK KUNJUNG TEMPAT BERISIKO DI MUSIM HUJAN

Musim tengkujuh bermula dari November ke Januari setiap tahun. Bahaya menanti kerana ada taburan hujan yang lebih yang lebih tinggi dan kerap kerana dilanda angin monsoon timur laut setiap tahun dari Laut China Selatan.

Akan berlaku hujan lebat berpanjangan yang boleh mengakibatkan banjir dan bencana alam lain seperti tanah runtuh dan ribut. Ianya merbahaya untuk semua aktiviti luar seperti pendakian gunung dan juga berkelah di sungai. 

Di Cameron Highlands atau Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri telah menutup semua Taman Eko Rimba dibawah jagaan mereka serta membekukan permit memasuki dan melakukan aktiviti pendakian.

Untuk keselamatan semua. Cegah sebelum parah. 

Namun masih ada yang akan degil dan engkar pada arahan ini. Mereka akan tetap melakukan aktiviti luar ini kerana musim cuti katanya. 

Semoga mereka mendapat hukuman yang ditetapkan jika  ditangkap oleh Renjer Hutan kerana jika dibiarkan, akan menyusahkan banyak pihak untuk menyelamatkan mereka kelak.    

#JomBeringat


Bermula akhir bulan Oktober 2019 hingga Mac 2020, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku Monsun Timur Laut yang menyebabkan hujan lebat dan seterusnya kejadian banjir.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bercuti atau melakukan aktiviti riadah di tempat-tempat berisiko sepanjang musim hujan ini sebagai langkah keselamatan.

Antara tempat yang perlu dielakkan adalah seperti kawasan tanah tinggi, berbukit, sungai, air terjun dan pantai. 

Kawasan tanah tinggi dan berbukit mempunyai risiko hakisan terutamanya ketika hujan. Manakala kawasan sungai, air terjun dan pantai berpotensi berlakunya kejadian arus deras dan paras air meningkat secara tiba-tiba disebabkan oleh kepala air dan banjir.

Selain itu, pemantauan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak juga perlu diambil perhatian. Pastikan mereka tidak sesekali mendekati kawasan seperti yang dinyatakan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kredit gambar: Berita Harian dan New Straits Times

Dari Facebook : Polis Di Raja Malaysia.

Tuesday, March 12, 2019

CAMRUN 2019


Nak bagitau sesiapa yang ingin mrmbuat perancangan nak bercuti di Cameron Highlands pada  30-31 March 2019, sila buat perancangan sewajarnya dari segi tempahan penginapan sebab ada acara larian malam di Tanah Rata, CAMRUN 2019 bermula 0005 31 March 2019. 

Dianggarkan lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dan dijangka akan membuat tempahan penginapan juga. 

Jadi, merancanglah tempahan penginapan anda seawalnya ... 

Ada yang akan menyertai larian ini??? Kategori apa... 5 km... 10 km.. 21 km... sila angkat tangan... 🤚

Sunday, August 12, 2018

Pendaftaran Cameron Night Run 2019 dibuka...

Jika anda ingin menyertai acara larian malam di Cameron Highlands, saya syorkan anda menyertai Cameron Night Run 2019 yang akan berlangsung pada 31 March 2019.

Anda boleh melihat perincian penganjuran ini melalui laman website penganjur di https://www.cameronnightrun.com


Berminat untuk menyertai cabaran larian unik ini? Anda boleh mendaftar di sini. Klik atau  di Checkpoint Spot

Catatan awal saya mengenai Jarak Larian Cameron Night Run 2019 ada di sini. Klik

Selamat menyahut cabaran. Kali ini saya tidak menunggu di garisan penamat kerana saya akan turut sama menyertai larian unik ini. 

Saturday, August 11, 2018

JARAK LARIAN DI CAMERON NIGHT RUN 2019

CAMERON NIGHT RUN 2019 yang bakal berlangsung pada 31 March 2019, melibatkan 3 jarak larian iaitu 5 km, 10 km dan 21 km. 

Saya sekadar kongsikan dibawah printscreen kategori tersebut yang saya perolehi dari laman web rasmi penganjur. Klik SINI. https://www.cameronnightrun.com/





CAMERON NIGHT RUN 2019


Bakal berlangsung tahun depan, 31 March 2019, CAMERON NIGHT RUN atau dikenali sebagai CAMRUN. 

Melibatkan 3 kategori jarak larian iaitu 5 km, 10 km dan 21 km yang bakal dilepaskan pukul 12.30 malam hingga 1 pagi dan pastinya larian ini akan berlangsung dalam kedinginan awal pagi Cameron Highlands. 

Nak sertai? Anda kena daftar dahulu mulai malam esok, 8 malam.

Kunjungi laman blog rasmi penganjur di SINI untuk perincian yang lebih tepat dan bermaklumat. 

Saya bukan salah seorang dari penganjur cuma sangat menyokong aktiviti sebegini di Cameron Highlands. 

Saturday, July 28, 2018

CAMERON ULTRA TRAIL 2018

Sedang berlangsung ketika ini adalah CAMERON ULTRA TRAIL 2018 di Cameron Highlands.

Ini adalah edisi yang ketiga bagi penganjuran yang bertaraf dunia di sini. Saya mengalu-alukan kepada semua yang terlibat baik peserta ataupun pasukan sokongan termasuklah ahli keluarga mereka.

Dan kita tunggu siapakah pemenang bagi setiap kategori 15 km , 30 km, 50 km dan 100 km ini nanti.


Thursday, March 22, 2018

Le Tour De Langkawi 2018: Keputusan Peringkat Kelima

Le Tour De Langkawi 2018 peringkat kelima telah berakhir sebentar tadi dan keputusan kali ini amat membanggakan kerana ada wakil pasukan tempatan yang berjaya menjadi juara peringkat kali ini.


OCECHKIN ARTEM yang mewakili Pasukan Terengganu Cycling Team berjaya menjadi Juara Peringkat Kelima, Jersi Raja Bukit dan juga Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan.

Keputusan penuh boleh dilihat di laman web Penganjur LTDL 2018 di SINI.



Tuesday, March 20, 2018

Le Tour De Langkawi 2018: Penutupan kawasan letak kereta oleh MDCH


Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengeluarkan NOTIS PEMBERITAHUAN penutupan kawasan letak kereta di beberapa lokasi di sekitar kawasan garisan penamat seperti di atas. 

Mohon kerjasama pihak anda demi kelancaran pengurusan dan persediaan kawasan penamat peringkat kelima ini.

Catatan awal saya berkaitan dengan Le Tour De Langkawi 2018 Peringkat kelima ini boleh anda ikuti di bawah. Cuma perlu diingat, ini adalah catatan dari sudut peribadi saya semata-mata bukan sebagai maklumat rasmi penganjur... Jangan tanya saya ya...: 



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Le Tour De Langkawi 2018: Agenda di Kawasan penamat

Le Tour de Langkawi 2018 bagi peringkat perlumbaan 2018 akan tamat di Cameron Highlands atau lebih tepat lagi Pekan Tanah Rata pada 22 March 2018. 

Jika anda nak saksikan perlumbaan ini di kawasan penamat, saya mencadangkan anda mengetahui serba sedikit agenda majlis penamat dan juga susun atur kawasan penamat ini untuk memudahkan pergerakan anda dan juga pengurusan masa anda.

ATUCARA PENAMAT : 

Seawal pukul 9 pagi, kawasan garisan penamat akan mula diaktifkan dan laluan di kawasan ini amat terhad dan mulai pelahan dan kawasan penamat mula digunakan sepenuhnya.

2 petang, tetamu kehormat mulai tiba dan biasanya jalan utama ini telah ditutup sepenuhnya.

2.40 petang acara persembahan kebudayaan dari Cameron Highlands akan berlangsung.. adakah pasukan gendang, pancaragam dan kebudayaan masih sama seperti tahun lepas? Tunggu dan lihat sahajalah .. Selalunya masa ini semua ceruk kawasan penonton dah dipenuhi.

3.05 petang: Calvacade masuk berarak. Calvacade ini adalah kereta penaja yang dihias dengan moskot dan sebagainya. Barangan cenderahati juga akan diedarkan mengikut pengalaman tahun lepas.

3.15 petang: Peserta perlumbaan dijangka tiba selepas kenderaan pendahulu terlebih dahulu tiba 10 minit sebelumnya. Tahun lepas tak sempat 10 minit sampai pengacara sendiri terpinga-pinga .... dah sampai dah ?!!!!

yang lain baca sendiri la ya.. jalan dibuka sepenuhnya selepas 6.25 petang !!!!!



SUSUN ATUR KAWASAN PENAMAT : 

Yang ada khemah dan pentas tu bukan untuk anda. Bukan untuk saya juga. Tetapi khas kepada tetamu VIP dan team teknikal mereka. Kawasan yang boleh anda berdiri adalah sepanjang laluan ke garisan penamat.

Kawasan letak kereta pun ditutup sepenuhnya untuk pasukan sokongan dan penaja perlumbaan. Anda dan saya parkir jauh-jauh. Jalan kaki sahaja ke tapak ini. 



Jangan tanya saya soalan lazim dan tambahan. Sumber ini mudah sangat nak anda perolehi kerana penganjur ada kongsikan di MANUAL PERLUMBAAN dari laman web mereka di SINI

Catatan awal saya berkaitan dengan Le Tour De Langkawi 2018 Peringkat kelima ini boleh anda ikuti di bawah. Cuma perlu diingat, ini adalah catatan dari sudut peribadi saya semata-mata bukan sebagai maklumat rasmi penganjur... Jangan tanya saya ya...: 

Le Tour De Langkawi 2018: Manual Perlumbaan Peringkat Kelima Bentong - Raub - Cameron Highlands

Saya nak kongsikan manual peringkat kayuhan kelima Bentong ke Cameron Highlands pada 22 March 2018, Khamis ini sejauh 169.4 km.

Jom kita tengok sikit-sikit manual perlumbaan peringkat keenam ini:

PETA KAYUHAN PERINGKAT KELIMA : BENTONG KE CAMERON HIGHLANDS:


Zon Pecutan iaitu Zon Pecutan pertama di kilometer 27.1 km di Raub,  Zon Pecutan kedua  di kilometer 41.1 km di Cheroh dan Zon Pecutan ketiga di kilometer 77.8 km di Sungai Koyan.



PETA KAYUHAN PERINGKAT KELIMA : ZON PENDAKIAN

Jom pula tengok Profile pendakian yang perlu dilalui oleh peserta kayuhan LTDL 2018 Peringkat kelima ini:

2 Zon Pendakian iaitu di kilometer 158.0 di Ringlet dan penamat di Kilometer 169.4 km





Tak cukup terperinci?

Dapatkan Manual Perlumbaan ini dari laman web penganjur... KLIK  ...

Jangan tanya saya .. saya kongsi sahaja maklumat mereka ya. Namun saya ada kongsikan catata-catatan awal mengenai LTDL 2018 ini seperti dibawah:


Tuesday, March 13, 2018

Le Tour De Langkawi 2018: Penutupan Jalan dan kawasan Letak Kereta

Seperti dijangka bersempena Le Tour De Langkawi 2018 yang akan berlangsung pada 22 March 2018 ini bagi peringkat kelima kayuhan yang akan tamat di Tanah Rata, pihak POLIS DI RAJA MALAYSIA telah mengeluarkan Notis Penutupan Jalan dan Kawasan Letak Kereta sekitar Tanah Rata dan laluan kayuhan seperti dibawah:


Peringkat kelima kayuhan ini akan berakhir di Tanah Rata iaitu di hadapan Kedai PKNP Jalan Besar seperti tahun terdahulu.

Tips yang boleh saya kongsikan sebagaimana pengalaman tahun-tahun terdahulu;
  1. Awalkan perjalanan anda bagi yang datang dari arah Sungai Koyan - Ringlet atau Tapah ke Ringlet sebelum pukul 12 tengahari.
  2. Awalkan perjalanan anda memasuki Tanah Rata sebelum pukul 11 pagi kerana kesesakan akan berlaku di Jalan Besar ekoran kerja-kerja menyiapkan pentas utama dan juga penghadang penyokong sepanjang garisan penamat ini.
  3. Elakkan ke Tanah Rata dari Brinchang kerana laluan akan sesak dan sangat perlahan. Kawasan letak kereta akan terhad jika anda tidak berniat untuk menonton aksi penamat kayuhan ini. Tumpukan kawasan Brinchang - Kea Farm- Tringkap untuk lawatan anda pada hari terlibat.
  4. Pastikan anda tidak meletak kereta di kawasan yang telah dinyatakan dan kemudian anda membuat BODOH sahaja untuk tidak mengalihkan kenderaan anda selepas dipinta atau buat-buat lupa untuk alihkan. Pihak berkuasa akan mengalihkan kenderaan anda menggunakan trak penunda ke kawasan kompaun dan urusan nak ambil semula agak merugikan masa anda. Ikut sahaja arahan pihak berkuasa memudahkan semua pihak.
  5. Jika anda nak saksikan kemeriahan di lokasi penamat, datang awal sebelum 11 pagi. 
Saya ada kongsikan tips yang sama sebenarnya minggu lepas. Klik di SINI dan DI SINI.

Catatan awal saya berkaitan dengan Le Tour De Langkawi 2018 Peringkat kelima ini boleh anda ikuti di bawah. Cuma perlu diingat, ini adalah catatan dari sudut peribadi saya semata-mata bukan sebagai maklumat rasmi penganjur... Jangan tanya saya ya...:

Sunday, March 4, 2018

Le Tour De Langkawi 2018; Tips Bercuti pada Peringkat kelima Bentong ke Cameron Highlands


Saya sekadar nak berkongsikan tips untuk anda yang berada di Cameron Highlands pada 22 Mac 2018, Hari Khamis berdasarkan pengalaman LTDL edisi tahun-tahun lepas. 

Apa tu LTDL?? Le Tour De Langkawi ya kak. Perlumbaan kayuhan basikal, Klik SINI untuk catatan awal LTDL di Cameron Highlands.

Rahmat bagi Daerah Cameron Highlands kerana pihak Genting Highlands tidak membenarkan lokasi mereka sebagai lokasi penamat bagi salah satu peringkat kayuhan sejak 3 tahun lepas menyaksikan Cameron Highlands menjadi lokasi alternatif bagi kayuhan peringkat King Of  Mountain.

Jadi saya kongsikan beberapa TIPS BERCUTI di CAMERON HIGHLANDS semasa Le Tour De Langkawi 2018 ini akan berlangsung untuk anda buat persiapan yang sewajarnya. 
  1. Pilih tarikh yang sesuai. Tarikh peringkat penamat adalah pada 22 MARCH 2018. Jika perlu elakkan tarikh ini kerana mungkin penginapan akan menjadi isu. Kali ini saya menjangkakan pasukan dan urusetia akan menginap di Cameron Highlands kerana esoknya melibatkan kayuhan peringkat keenam dari Tapah ke Tanjong Malim yakni selepas sembahyang jumaat.  Tahun lepas tak jadi isu sebab semua peserta turun ke Ipoh untuk peringkat seterusnya. 
  2. Jumlah pelancong akan bertambah kerana cuti sekolah bulan tiga sudah bermula 18 March 2018. Walaupun hari LTDL di sini hari Khamis, tetapi jumlah pelancong pasti bertambah berbanding minggu-minggu biasa. Cuma kalau nak kurang pun, gaji bagi Kakitangan Awam belum masuk lagi selepas gaji terakhri diterima 8 Februari 2018 yang lalu. Adakah mereka mampu mengikat perut selama itu? Syabasssssss....
  3. Laluan Peringkat kelima ini akan bermula dari Bentong ke Raub ke Felda Sungai Koyan ke Pos Betau ke Lembah Bertam ke Ringlet ke Habu dan penamatnya di Tanah Rata. Jadi elakkan anda datang dari arah ini pada hari kayuhan. Jalan yang terlibat ini biasanya akan ditutup secara berperingkat dan biasanya akan menyebabkan kesesakan yang amat sangat. Untuk datang ke sini mengikut jalan ini atau dari Tapah, pastikan anda sampai dilokasi ini sebelum pukul 10 pagi sebelum jalan ditutup. 
  4. Pilih laluan Simpang Pulai, Perak  dan Lojing Kelantan kerana jalan ini tidak terlibat. Jalan Tapah pula melibatkan Pekan Ringlet ke atas. Cuma kalau dah tersekat tu, anda boleh jadi pasukan sorak sepanjang jalan ketika peserta kayuhan melintasi anda.  
  5. Jika anda ingin bercuti tanpa menyaksikan penamat LTDL ini, pastikan anda terus berada di sekitar Brinchang, Kea Farm, Sungei Palas, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Blue Valley kerana kawasan ini tidak terlibat dengan LTDL .Pengalaman tahun lepas dari Brinchang ke Tanah Rata mulai sesak dan tidak dapat dilalui sejak pukul 9 pagi hingga ke pukul 5 petang. Jangan nak bergasak sangat nak jugak ke kawasan Tanah Rata hanya untuk check in hotel dan homestay atau nak beli pampers anak. 
  6. Nak tengok LTDL pastikan anda tiba di Tanah Rata sebelum pukul 9 pagi. Kalau tak tengok dalam TV sahaja sebab laluan masuk dah mulai sesak malah akan ditutup sepenuhnya.
  7. Lokasi penamat jika masih kekal macam edisi lama, adalah di hadapan  deretan kedai PKNP  atau mudah kenal iaitu Klinik Ayob, Restoran Attila, Fujifilem, Mini Market Raman CS Travel dan Kay Po Insurance, Planter Hotel, Ambank, Pos Malaysia sehingga ke Starbuck.
  8. Kawasan letak kereta di atas (nombor 7) ini perlu dikosongkan seawal 6 petang 21 March 2018 kerana kerja-kerja memasang khemah dan keperluan garisan penamat akan dilakukan pada malamnya. Anda tak alih, kereta anda akan diangkut trak tunda ke kawasan MDCH. Pasukan lojistik LTDL ini akan memulakan kerja mereka sehingga awal pagi semasa anda sedang sedap tidur. Ingat, mereka mengejar masa bukan mengejar anda semata untuk alihkan kereta anda. 
  9. Jika anda nak melihat LTDL, kawasan letak kereta di Tanah Rata akan dtutup beberapa lokasi utama seperti di kawasan Persiaran Camellia, Junta Villa atau mudahnya kawasan Agrobank dan Maybank yang akan dijadikan lokasi hentian pasukan sokongan dan juga kawasan karnival sambutan penamat.
  10. Kawasan sepanjang Jalan Besar juga akan ditutup kawasan letak kereta. Jika anda menginap di hotel sepanjang Jalan Besar Tanah Rata ini, tanya pengusaha hotel di mana nak letak kereta. Saya percaya kawasan letak kereta baru MDCH akan digunakan sepenuhnya untuk letak kereta awam. 
  11. Kawasan letak kereta di Dataran Tanah Rata juga akan ditutup. Dataran Tanah Rata tu di mana? Berhadapan dengan deretan Starbuck dan bersebelahan dengan Food Court lama Tanah Rata.
  12. Kawasan penamat LTDL ini akan mulai sibuk seawal pukul 10 pagi. Anda yang nak menyaksikan kelibat peserta kena datang awal dan pilih siap-siap kawasan nak berdiri. Bukan setakat pilih tapi dah kena berdiri kat situ. 
  13. Kalau edisi lalu, kawasan pasar pagi di sebelah Travellar Bistro akan diadakan karnival LTDL. Tahun ini rasanya sama juga kut. 
  14. Kalau anda ingat bila peserta sampai maka akan tamat aktiviti di sini, anda akan silap. Pasukan LTDL akan mulai mengemas kembali semua peralatan mereka semula sehingga pukul 5 tahun lepas. Bukan kerja mudah. Jadi jalan masih sesak tetapi orang dah tak ramai.
  15. Peserta dijangkakan akan sampai di Tanah Rata pada pukul 1.30 hingga 2 petang. Namun pasukan calvarade akan sampai sejam setengah terlebih dahulu.
  16. Apalagi..... kalau ada teringat saya tambah lagi ... atau ada perubahan .. 
Yang di atas ini sekadar pengalaman saya semata bukannya secara rasmi dari penganjur. Saya kongsi sahaja bukannya terlibat dengan penganjuran. 

Apapun nak pakai nasihat di atas, pakailah. Tak nak pakai abaikan ...

Yang nak bercuti, buat perancangan anda sebaik mungkin sebab LTDL 2018 berlangsung semasa cuti sekolah... hampir nak gaji semula .... dan tumpuan agak ramai...

Kemaskini 13March 2018:
POLIS DI RAJA MALAYSIA telah mengeluarkan Notis Penutupan Jalan dan Kawasan Letak Kereta sekitar Tanah Rata dan laluan kayuhan. Klik CATATAN

SELAMAT BERCUTI DI MUSIM CUTI SEKOLAH DAN PENAMAT PERINGKAT KELIMA LTDL 2018 .....

Catatan awal saya berkaitan dengan Le Tour De Langkawi 2018 Peringkat kelima ini boleh anda ikuti di bawah. Cuma perlu diingat, ini adalah catatan dari sudut peribadi saya semata-mata bukan sebagai maklumat rasmi penganjur... Jangan tanya saya ya...:

Saturday, March 3, 2018

Le TOUR DE LANGKAWI 2018 Peringkat kelima - Bentong ke Raub ke Cameron Highlands.

Perubahan Laluan Le TOUR DE LANGKAWI  2018 (LTDL 2018) telah dikemaskinikan. Ianya masih mengekalkan CAMERON HIGHLANDS sebagai lokasi penamat di Peringkat kelima kayuhan.

Jika laluan asal peringkat kelima ini bermula di Raub, namun perubahan terkini menyaksikan cabaran bertambah dengan Bentong menjadi lokasi permulaan di kayuhan sejauh 169.4 kilometer nanti. 

Jadi kepada warga Cameron Highlands, jangan ke mana-mana pada 22  MAC 2018, KHAMIS tetapi hadirkan diri anda ke garisan penamat di TANAH RATA. untuk menyaksikan kehebatan peserta tiba di garisan penamat. (Rasanya masih di Tanah Rata).



KEMASIKINI 13 MARCH 2018:
Polis Di Raja Malaysia IPD Cameron Highlands telah mengeluarkan NOTIS PENUTUPAN JALAN DAN KAWASAN LETAK KERETA sempena peringkat kelima LTDL 2018. Klik 

Jika anda berniat untuk bercuti di Cameron Highlands pada tarikh tersebut, saya telah kongsikan tips bercuti di Cameron Highlands semasa Peringkat Kelima Kayuhan Le Tour De Langkawi 2018 sebagai panduan. KLIK

Selamat bercuti ... 

Friday, March 2, 2018

Lions Charity Fun Ride 2018 @ Cameron Highlands

Saya kongsikan maklumat dan poster 'LIONS CHARITY FUN RIDE 2018' yang akan berlangsung di Cameron Highlands pada 15 April 2018, Ahad anjuran Lions Club of Hillview Cameron Highlands.


|  LALUAN KAYUHAN  |
Habu - Tanah Rata - Brinchang - Tanah Rata

| JARAK KAYUHAN | 
20.3 km 

| JENIS BASIKAL |
Road Bike, Mountain Bike, Folding Bike, Fat Bike

| YURAN PENYERTAAN | 
RM 90 seorang

| GOODIES | 
Jersey Khas, medal dan makan serta Cabutan Bertuah

Selamat Berkayuh saya ucapkan.

Sent from my S7edge smartphone

Cameron Ultra Trail 2018 ... "Transfer Windows & Transfer Market"

CAMERON ULTRA TRAIL (CULTRA) 2018 akan bersambung ke siri ketiga penganjurannya di Cameron Highlands. Ini bukan acara yang biasa-biasa, tetapi amat luar biasa dan menghimpun peserta dan peminat siri ULTRA antarabangsa untuk menyahut cabaran ULTRA di bumi Cameron Highlands. 


Susulan sambutan yang sangat hebat untuk menyertai CAMERON ULTRA TRAIL 2018, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan akan mewujudkan kaedah alternatif bagi mengelakkan pasaran gelap pendaftaran hasil penjualan BIB dan pendaftaran.


Memang hebat penangan CULTRA 2018 selepas dua edisi terdahulunya sangat mengujakan ramai peserta walaupun kalau anda tunggu peserta di sekitar pendakian di Robinson Waterfall, rata-rata kata serik, menyesal, tak tahan, seksa dan sebagainya tetapi mereka ini ibarat ibu yang sedang bersalin kata dah serik tapi setiap tahun akhirnya bersalin lagi.

Pendaftaran Kategori 15 km dan 30 km hanya memerlukan sekitar 15 minit sahaja untuk mencapai kuota peserta manakala bagi kategori 55 km dan 100 km pula habis dalam tempoh 2 jam sahaja.  Catatan lama saya di SINI.

Petang tadi, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan bagaimana anda boleh menyertai CAMERON ULTRA TRAIL 2018 ini dengan menggunakan kaeadah  TRANSFER MARKET dan juga TRANSFER WINDOW.

Saya bukan penganjur malah tidak terlibat dengan penganjuran ini tetapi sekadar sebagai penyokong kepada acara sebegini di Cameron Highlands terutama dapat mengambil gambar peserta di garisan penamat. 

Anda baca penerangan di Facebook Penganjur CAMERON ULTRA 2018. Hubungi mereka ya bukan saya:
***********************************
Starting 2nd of March (today), CULTRA is officially opening the TRANSFER MARKET where runners are allowed to discuss on letting go of their slots to potential runners. We understand that some might not be able to make it due to commitment reason, or maybe personal, therefore use this opportunity wisely.


For safety reason, this allows the 'new' runner to be insured and officially be recognised by the organiser, where the registration, bib and ecert will be under your name.
.
The steps are:
.
1. You are allowed to advertise or request on this post since its a common market place for Cultrarian followers.
.
2. The duration of the TRANSFER MARKET is throughout the whole month of MARCH (discussion between runners).
.
3. On your post, please insert: (WTS) = Want To Sell, or (WTB) = Want To Buy, or (WTSW) = Want To Swap.
.
Example: (WTS) 100km.

**************************************
.

4. The OFFICIAL TRANSFER WINDOW will be opened in APRIL. During the period, CULTRA will assist you with the transfer.
.
5. Buyer & Seller must be agreeing on the same distance. No upgrading or downgrading allowed.
.
For 100km, this is the best opportunity to get a slot with an updated qualification race. It has come to our attention that some were unable to register due to the qualifying race is after the registration closed. This is your second chance.
.
[ Feel free to share your offer/request on this post ]
.
DISCLAIMER: Any unrelated post will be removed.
.
Ps/- Feel free to pm us if you need further clarification on the process.
.
#cameronultra #cultra2018 #cultra

Sumber : Klik

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, March 1, 2018

Sekitar Aksi 7 Sebelah Piala Tahun Baru P078 Cameron Highlands


Saya sekadar nak kongsikan beberapa aksi pemain yang terlibat dalam Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Tahun Baru P078 Cameron Highlands minggu lepas. 

Saya bukan penganjur atau terlibat dalam jawatankuasa penganjuran. Cuma sayai peminat bolasepak yang biasa-biasa sahaja. Jadi jangan tanya keputusan penuh sebab saya hanya singgah di hari pertama sahaja. 


Yang boleh saya kongsikan adalah, 52 Pasukan bertanding... 36 daripadanya adalah pasukan sekitar Daerah Cameron Highlands, 8 pasukan dari luar Daerah Cameron Highlands di Pahang dan 8 pasukan adalah dari negeri jiran, Ipoh.


Tahniah saya ucapkan kepada semua.. penganjur, peserta dan penonton....


Aksi penuh atau lebih dramatik di laman Facebook saya, mrkumai.blogspot.



Sunday, February 4, 2018

Pendaftaran Cameron Ultra Trail 2018... Sold Out !!!!!

Cabaran CAMERON ULTRA TRAIL 2018 telah membuka tirai pendaftarannya pada 1 Februari 2018.  Ini adalah edisi penganjuran ketiga dan tahun ketiga berturut-turut oleh pihak penganjur. 

Saya bukan salah seorang penganjur atau telibat dalam urusan penganjuran tetapi sekadar penyokong aktiviti penganjuran CAMERON ULTRA TRAIL di bumi Cameron Highlands. Bagi saya penganjuran ini memang bertaraf dunia dan sangat profesional. 

Untuk tahun ketiga ini, pendaftaran bagi kategori 55 km dan 100 km telah mendapat sambutan hangat dengan semua kuota pendaftaran terjual dalam tempoh kurang 2 jam. Kalau tak silap tahun dulu sekitar 2 minggu baru nak penuh kuota tapi tahun ini 2 jam !!!!


Manakala pendaftaran bagi kategori 15 km dan 30 km pula terjual sepenuhnya dalam tempoh 15 minit !!!!


Cukup laris nampaknya sambutan kali ini dan saya ternanti-nanti berapakah jumlah negara peserta yang akan menyahut cabaran kali ini. Tahun sudah 24 negara peserta terlibat. 

Juga saya ternanti-nantikan berapa pula jumlah peserta asal Cameron Highlands yang akan menyahut cabaran di bumi sendiri .. tahun lepas ada la dalam 10 orang daripada  1,300 peserta??!!!!

Tahniah kepada semua... yang menyahut cabaran dan melepasi cabaran pertama iaitu pendaftaran ...

Saya tunggu anda di garisan penamat macam biasa... Insyaallah,,,,, Jangan lupa senyum nanti 

Catatan mengenai CAMERON ULTRA 2018 ada saya kongsikan awal tahun ini di SINI.

Wednesday, January 31, 2018

Le Tour De Langkawi 2018 kembali lagi ke Cameron Highlands

Saya menjangkakan tahun lepas adalah tahun terakhir Le Tour De Langkawi akan singgah ke Cameron Highlands kerana Genting Highlands telah siap proses naiktaraf laluan pendakian. 

Namun pengumuman penganjur kelmarin minggu lepas menyaksikan Cameron Highlands tetap menjadi pilihan laluan peringkat pendakian utama  iaitu di PERINGKAT KELIMA DARI RAUB KE CAMERON HIGHLANDS.


Laluan ini mencuba laluan kayuhan baru iaitu dari Daerah Raub ke Felda Sungai Koyan, Kuala Lipis sebelum memasuki laluan Pos Betau ke Ringlet dan akan berakhir di Tanah Rata melibatkan kayuhan sejauh 140.4 km.

Pastinya laluan ini adalah peringkat utama mencari 'King Of Mountain' (KOM) atau Raja Pendakian

Tarikh peringkat kelima ini dijadualkan pada Hari Selasa, 20 March 2018 namun pengumuman UCI mengenai hanya 8 peringkat perlumbaan diluluskan untuk Le Tour De Langkawi 2018 pastinya akan memerlukan rombakan tarikh perlumbaan.

Namun pihak penganjur telah memaklumkan bahawa Peringkat Kelima melibatkan laluan ke Cameron Highland dan peringkat kedua iaitu Grik ke Kota Bahru akan kekal dalam laluan pertandingan. 

Apapun kita tunggu pengumuman rombakan laluan Le Tour De Langkawi 2018 daripada pihak penganjur. 

Sunday, January 7, 2018

Cameron Ultra Trail 2018



CAMERON ULTRA TRAIL kembali lagi bagi edisi tahun ketiga. Saya teruja mengikuti acara tahunan ini walaupun bukan sebagai ajk atau wakil atau apa sahaja kaitan dengan penganjur.

Saya menyokong sepenuhnya acara penganjuran ini yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 July 2018 di Tanah Rata dan melibatkan trail laluan sekitar Tanah Rata ke Habu, Cameron Highlands.

Ini bukan larian biasa. Malah ianya amat luarbiasa dan anda perlu membuat persiapan mental dan fizikal yang luarbiasa jika ingin menyertainya.

Lazimnya, penyertaan Cameron Ultra ini akan menjangkau ke 1,300 peserta dari seluruh dunia dan tahun lepas mereka telah mendapat sambutan peserta dari hampir lebih 24 buah negara asing.

Saya syorkan anda ke laman facebook penganjur untuk lebih maklumat mengenai penganjuran ini.

Laman Facebook : Klik 
Laman Blog : Klik 

Pendaftaran dibuka mulai  1 Februari 2018 dan biasanya hanya dalam tempoh sebulan sahaja kuota peserta akan penuh dan ditutup.

Anda bersedia ? Mulakan dengan mendaftar dahulu..... Kalau mendaftar pun liat..jawabnya tak ultra lagi mental anda ..

Ingat... saya bukan sebahagian daripada penganjur, saya  sekadar teruja dengan penganjuran ini...

Sunday, November 19, 2017

Pertandingan Memanah Terbuka Cameron Highlands 2017


Tadi, saya sempat singgah sekejab ke Padang MDCH selepas saya tertarik untuk melihat aksi memanah di sana semasa pulang dari kerja. 


 Seronok nak tengok namun sebenarnya lebih tertarik untuk mengambil gambar aksi memanah yang tidak pernah saya rakamkan. Peluang sebegini tidak akan saya lepaskan. 


Harus diingat, saya bukan salah seorang penganjur malah tidak terlibat langsung. Jangan tanya saya soalan berkaitan dengan pertandingan ini. 


Apapun yang menarik sembang-sembang dengan peserta tadi, ada yang datang dari Kuala Perlis, Perlis dan juga Kota Bahru, Kelantan serta dari Tanjong Malim, Perak semata-mata untuk pertandingan ini. 

Cuma dari sembang-sembang dengan penganjur, kategori wanita habis awal kerana kekurangan sambutan dan penyertaan peserta wanita. Cepat sikit perjalanan atucara bagi kategori wanita.


Apapun tahniah kepada penganjur dan peserta yang terlibat. Anda memberikan peluang kepada saya untuk melihat aksi memanah dengan lebih dekat dan peluang merakamkan aksi pemanah.

Koleksi gambar saya hari ini ada dikongsikan dalam facebook mrkumai.blogspot dan laman  facebook halaman mrkumai.blogspot.com.



KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock