Saya sekadar nak berkongsikan tips untuk anda yang berada di Cameron Highlands pada 22 Mac 2018, Hari Khamis berdasarkan pengalaman LTDL edisi tahun-tahun lepas.
Apa tu LTDL?? Le Tour De Langkawi ya kak. Perlumbaan kayuhan basikal, Klik SINI untuk catatan awal LTDL di Cameron Highlands.
Rahmat bagi Daerah Cameron Highlands kerana pihak Genting Highlands tidak membenarkan lokasi mereka sebagai lokasi penamat bagi salah satu peringkat kayuhan sejak 3 tahun lepas menyaksikan Cameron Highlands menjadi lokasi alternatif bagi kayuhan peringkat King Of Mountain.
Jadi saya kongsikan beberapa TIPS BERCUTI di CAMERON HIGHLANDS semasa Le Tour De Langkawi 2018 ini akan berlangsung untuk anda buat persiapan yang sewajarnya.
- Pilih tarikh yang sesuai. Tarikh peringkat penamat adalah pada 22 MARCH 2018. Jika perlu elakkan tarikh ini kerana mungkin penginapan akan menjadi isu. Kali ini saya menjangkakan pasukan dan urusetia akan menginap di Cameron Highlands kerana esoknya melibatkan kayuhan peringkat keenam dari Tapah ke Tanjong Malim yakni selepas sembahyang jumaat. Tahun lepas tak jadi isu sebab semua peserta turun ke Ipoh untuk peringkat seterusnya.
- Jumlah pelancong akan bertambah kerana cuti sekolah bulan tiga sudah bermula 18 March 2018. Walaupun hari LTDL di sini hari Khamis, tetapi jumlah pelancong pasti bertambah berbanding minggu-minggu biasa. Cuma kalau nak kurang pun, gaji bagi Kakitangan Awam belum masuk lagi selepas gaji terakhri diterima 8 Februari 2018 yang lalu. Adakah mereka mampu mengikat perut selama itu? Syabasssssss....
- Laluan Peringkat kelima ini akan bermula dari Bentong ke Raub ke Felda Sungai Koyan ke Pos Betau ke Lembah Bertam ke Ringlet ke Habu dan penamatnya di Tanah Rata. Jadi elakkan anda datang dari arah ini pada hari kayuhan. Jalan yang terlibat ini biasanya akan ditutup secara berperingkat dan biasanya akan menyebabkan kesesakan yang amat sangat. Untuk datang ke sini mengikut jalan ini atau dari Tapah, pastikan anda sampai dilokasi ini sebelum pukul 10 pagi sebelum jalan ditutup.
- Pilih laluan Simpang Pulai, Perak dan Lojing Kelantan kerana jalan ini tidak terlibat. Jalan Tapah pula melibatkan Pekan Ringlet ke atas. Cuma kalau dah tersekat tu, anda boleh jadi pasukan sorak sepanjang jalan ketika peserta kayuhan melintasi anda.
- Jika anda ingin bercuti tanpa menyaksikan penamat LTDL ini, pastikan anda terus berada di sekitar Brinchang, Kea Farm, Sungei Palas, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Blue Valley kerana kawasan ini tidak terlibat dengan LTDL .Pengalaman tahun lepas dari Brinchang ke Tanah Rata mulai sesak dan tidak dapat dilalui sejak pukul 9 pagi hingga ke pukul 5 petang. Jangan nak bergasak sangat nak jugak ke kawasan Tanah Rata hanya untuk check in hotel dan homestay atau nak beli pampers anak.
- Nak tengok LTDL pastikan anda tiba di Tanah Rata sebelum pukul 9 pagi. Kalau tak tengok dalam TV sahaja sebab laluan masuk dah mulai sesak malah akan ditutup sepenuhnya.
- Lokasi penamat jika masih kekal macam edisi lama, adalah di hadapan deretan kedai PKNP atau mudah kenal iaitu Klinik Ayob, Restoran Attila, Fujifilem, Mini Market Raman CS Travel dan Kay Po Insurance, Planter Hotel, Ambank, Pos Malaysia sehingga ke Starbuck.
- Kawasan letak kereta di atas (nombor 7) ini perlu dikosongkan seawal 6 petang 21 March 2018 kerana kerja-kerja memasang khemah dan keperluan garisan penamat akan dilakukan pada malamnya. Anda tak alih, kereta anda akan diangkut trak tunda ke kawasan MDCH. Pasukan lojistik LTDL ini akan memulakan kerja mereka sehingga awal pagi semasa anda sedang sedap tidur. Ingat, mereka mengejar masa bukan mengejar anda semata untuk alihkan kereta anda.
- Jika anda nak melihat LTDL, kawasan letak kereta di Tanah Rata akan dtutup beberapa lokasi utama seperti di kawasan Persiaran Camellia, Junta Villa atau mudahnya kawasan Agrobank dan Maybank yang akan dijadikan lokasi hentian pasukan sokongan dan juga kawasan karnival sambutan penamat.
- Kawasan sepanjang Jalan Besar juga akan ditutup kawasan letak kereta. Jika anda menginap di hotel sepanjang Jalan Besar Tanah Rata ini, tanya pengusaha hotel di mana nak letak kereta. Saya percaya kawasan letak kereta baru MDCH akan digunakan sepenuhnya untuk letak kereta awam.
- Kawasan letak kereta di Dataran Tanah Rata juga akan ditutup. Dataran Tanah Rata tu di mana? Berhadapan dengan deretan Starbuck dan bersebelahan dengan Food Court lama Tanah Rata.
- Kawasan penamat LTDL ini akan mulai sibuk seawal pukul 10 pagi. Anda yang nak menyaksikan kelibat peserta kena datang awal dan pilih siap-siap kawasan nak berdiri. Bukan setakat pilih tapi dah kena berdiri kat situ.
- Kalau edisi lalu, kawasan pasar pagi di sebelah Travellar Bistro akan diadakan karnival LTDL. Tahun ini rasanya sama juga kut.
- Kalau anda ingat bila peserta sampai maka akan tamat aktiviti di sini, anda akan silap. Pasukan LTDL akan mulai mengemas kembali semua peralatan mereka semula sehingga pukul 5 tahun lepas. Bukan kerja mudah. Jadi jalan masih sesak tetapi orang dah tak ramai.
- Peserta dijangkakan akan sampai di Tanah Rata pada pukul 1.30 hingga 2 petang. Namun pasukan calvarade akan sampai sejam setengah terlebih dahulu.
- Apalagi..... kalau ada teringat saya tambah lagi ... atau ada perubahan ..
Yang di atas ini sekadar pengalaman saya semata bukannya secara rasmi dari penganjur. Saya kongsi sahaja bukannya terlibat dengan penganjuran.
Apapun nak pakai nasihat di atas, pakailah. Tak nak pakai abaikan ...
Yang nak bercuti, buat perancangan anda sebaik mungkin sebab LTDL 2018 berlangsung semasa cuti sekolah... hampir nak gaji semula .... dan tumpuan agak ramai...
Kemaskini 13March 2018:
POLIS DI RAJA MALAYSIA telah mengeluarkan Notis Penutupan Jalan dan Kawasan Letak Kereta sekitar Tanah Rata dan laluan kayuhan. Klik CATATAN.
SELAMAT BERCUTI DI MUSIM CUTI SEKOLAH DAN PENAMAT PERINGKAT KELIMA LTDL 2018 .....
Catatan awal saya berkaitan dengan Le Tour De Langkawi 2018 Peringkat kelima ini boleh anda ikuti di bawah. Cuma perlu diingat, ini adalah catatan dari sudut peribadi saya semata-mata bukan sebagai maklumat rasmi penganjur... Jangan tanya saya ya...:
No comments:
Post a Comment