Kena diakui, kisah anggur di Lembah Bertam menjadi viral dan pilihan istimewa untuk dikunjungi jika bercuti di Cameron Highlands.Namun ada syarat utama iaitu jika waktu percutian anda itu serentak dengan musim anggur masak di kebun ini. Jika tidak, kebun anggur ini tidak dibuka untuk kunjungan walaupun sekadar nak tengok pokok anggur sahaja.
Cuma untuk catatan ini saya sekadar nak berkongsikan kisah kebun anggur ini. Kebetulan saya berkesempatan bersembang-sembang dengan pemiliknya kelmarin semasa singgah di sana ketika di luar musim buah anggur masak.
Selalunya kalau saya ke sana pada waktu pertengahan atau awal musim, pasti tiada kesempatan untuk bersembang dengan pemiliknya kerana dia terlalu sibuk melayan pelanggan-pelanggannya yang tidak putus-putus datang.
Untuk makluman, kebun anggur ini terletak di kilometer 6 Jalan Ringlet - Pos Betau - Felda Sungai Koyan. Catatan awal saya mengenai kebun anggur ini boleh anda baca di SINI .
Kali ini saya menghabiskan masa sekitar sejam bersama Untie yang sangat popular dikalangan pelancong dan bila saya mengusiknya sudah jadi artis, katanya ini semua Facebook punya hal.
Dan kali pertama, saya mengetahui namanya, Untie Chong....
Dan kali pertama, saya mengetahui namanya, Untie Chong....
Untie mengusahakan kebun anggur ini bersama adiknya dan juga menantu lelakinya sejak 4 tahun yang lalu setelah kematian suaminya selain dibantu beberapa pekerja asing malah ada pekerja asingnya sudah bekerja selama 16 tahun lamanya.
Gabungan dua beradik |
Kisah pokok anggur anggur yang ada sekarang ini sebenarnay adalah dimulakan oleh Mendiang suaminya yang meminati tanaman anggur dan namun pada permulaanya hanya menanamnya sekadar memenuhi minatnya sahaja.
Malangnya, suaminya telah terlebih dahulu pergi dan kini beliau menyambung usaha suami. Bila ditanya, berapakah usia pokok anggurnya ini, beliau mengatakan sudah memasuki 8 tahun.
Pokok anggur ini dari salah satu varieti dari Negara Australia dan mula ditanam di dalam rumah plastik dengan 3 plot tanaman yang kecil sahaja. Buahnya bewarna merah jika masak dan rasanya manis selain teksturnya ranggup jika dikunyah namun berbiji.
4 tahun diperlukan untuk peringkat tanaman sebelum mulai berbuah dan mulai dituai hasilnya.
Bayangkan 4 tahun lamanya untuk buah yang pertama hampir menyamai pokok getah yang boleh ditoreh dan untuk kelapa sawit pula sudah boleh dituai pada usia 2 tahun setengah tahun selepas ditanam.
Bayangkan 4 tahun lamanya untuk buah yang pertama hampir menyamai pokok getah yang boleh ditoreh dan untuk kelapa sawit pula sudah boleh dituai pada usia 2 tahun setengah tahun selepas ditanam.
Sebagai perbandingan jika plot yang sama ditanam dengan pokok tanaman bunga kekwa yang sama bersebelahan dengan plot tanaman anggur ini, ia sudah boleh mendapat hasil jualan keratan bunga untuk 16 kali tanaman dalam tempoh ini.
Malah jika ditanam dengan tanaman sayur kontan seperti sawi atau pak choy sahaja, ia boleh menghasilkan 60 kali tanaman pak choy yang boleh dijual.
Malah jika ditanam dengan tanaman sayur kontan seperti sawi atau pak choy sahaja, ia boleh menghasilkan 60 kali tanaman pak choy yang boleh dijual.
Bagaimana pula dengan jualan anggur in?. Setahun hanya dua kali sahaja pokok anggur ini boleh dituai buah dengan selang masa selama 5 bulan lebih untuk satu musim anggur berbuah.
Jika keuntungan semata-mata diambil kira, tanaman anggur ini bukannlah begitu menguntungkan berbanding dengan tanaman bunga ataupun sayuran kontan.
Perbandingan mudahnya pula, jika benar-benar menguntungkan, pasti ramai lagi pekebun akan menanam anggur kerana lebih untung namun setakat ini hanya ada dua pengusaha ladang anggur di Cameron Highlands.
Jadi apa yang menyebabkan Untie Chong masih mengekalkan tanaman anggurnya ini? Ya kerana peninggalan minat mendiang suaminya, maka tanaman anggur ini diteruskan namun katanya tidak menjamin pada masa hadapan.
Malah Untie berseloroh bila saya mengusik pekerja Banglanya untuk balik tanam anggur di Bangladesh pula dengan mengatakan jika Banglanya itu tiada, maka tiadalah nanti pokok anggur lagi kerana tidak mampu menguruskannya sendiri.

Jadi produktiviti dan ekonomikal penggunaan tanah jika diambil kira, tanaman angggur bukanlah keutamaan sebenarnya.
Berbalik kepada tanaman anggur, Untie Chong menceritakan sendiri bagaimana ianya perlu diuruskan untuk mendapatkan hasil yang baik.
Plot tanaman perlu dipastikan tidak bocor kepada ancaman serangga dan burung yang pasti akan memakan buah anggurnya setiap kali ianya berbuah.
Air perlu diberikan secukupnya setiap hari melalui paip fertigasi yang dipasang di setiap baris pokoknya. Namun perlu dikawal supaya tidak terlalu banyak bagi meng
elakan penyakit akar.
Sebaik sahaja buah habis, pokok perlu dibuang daun sepenuhnya yakni dipotong sehingga tinggal ranting dan batang sahaja bagi mengalakkan pokok anggur berbunga. Jika tidak, pokok anggur hanya akan mengeluarkan daun sahaja atau istilah kami petani adalah gila daun.
Selepas berbunga, pokok anggur sekali lagi akan dibuang daunnya untuk memastikan bunga tersebut menjadi buah yang baik dengan semua nutrisi baja tertumpu kepada perbentukan buah bukan untuk daun.
Teknik pemangkasan ini memang umum dan boleh digunakan kepada semua tanaman berbuah yang lain jika mahukan buah menjadi lebih baik dan besar.
Teknik pemangkasan ini memang umum dan boleh digunakan kepada semua tanaman berbuah yang lain jika mahukan buah menjadi lebih baik dan besar.
Buah anggur pada peringkat muda ini akan dipilih dan perlu digugurkan atau dibuang untuk mengelakan penyakit tanaman. Hanya buah anggur yang elok sahaja dikekalkan dan dibiarkan untuk terus membesar dan akhirnya masak di tangkai sebelum dituai.
Untuk masak yang sempurna sekali lagi daun perlu dibuang sebahagiannya lagi bagi memastikan buah masak seragam.
Untuk masak yang sempurna sekali lagi daun perlu dibuang sebahagiannya lagi bagi memastikan buah masak seragam.
Hanya jika perlu sahaja pokok anggur ini akan disembur racun yang dibenarkan bagi tempoh yang selamat. Malah percubaan Untie Chong menggunakan pengalak buah untuk plot keduanya baru-baru ini tidak menjadi malah buah yang elok dan baik pun terjejas teruk. Sebab itu musim anggur dari plot tersebut agak sedikit sahaja baru-baru ini.
Semua in berlaku dalam tempoh pusingan 5 bulan persediaan dari mula dibuang daun sehingga anda boleh datang ke sana untuk menuai dan membeli buah anggur dari kebun Untie Chong ini.
Dan tiada tiket masuk dikenakan untuk anda datang ke sini walaupun ramai rakan-rakan mereka mengesa ada tiket masuk kerana bukan semua yang datang membelinya.
Namun Untie Chong masih enggan mengenakan bayaran masuk kerana ianya hanya waktu lawatan bermusim sahaja dan hanya mempunyai satu tarikan sahaja iaitu anggurnya sahaja.
Namun ada permintaan dari Untie Chong, jika anda datang ke sana, belilah anggurnya dan bukan sekadar masuk dan mengambil gambar sahaja kerana beliau perlu meninggalkan kerja-kerja kebun yang lain dan meletakan seorang dua pekerja asingnya untuk membantu di sini sepanjang tempoh musing anggur di buka,
Saya rasa permintaan ini adil bagi Untie dan anda kerana ada yang yang memberi dan ada yang perlu membalasnya. Tak kan nak selfie hebat-hebat itu ini tetapi tiada menyumbang kepada orang yang menyediakan tempat selfie anda... Tak hebat manalah tu ..opsss lupa perlancongan anda kan bior pape asalkan bergaya... jangan marah ya....
Selebihnya kami bersembang-sembang sahaja dan antara yang termasuk dalam perbualan kami adalah berkisarkan politik seperti kisah Mahathir, Lim Kit Siang, Najib sebelum gossip-gossip semasa dan saya terperanjat antaranya adalah kisah Suami yang menceraikan isteri pertama untuk isteri keduanya yang artis popular baru-baru ini!!!!
Mak cik bawang juga Untie Chong ni .... kipidap ... terbaik dari Untie....
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
5 comments:
Hi bos.. kebun Anggur ini perlu bayar tak?
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini..
Bulan brapa pulk ada anggur nie
Bulan berapa pulak ada anggur ni
Jauh dr jln utama ka ladang anggur ni
Post a Comment