TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label ladang anggur. Show all posts
Showing posts with label ladang anggur. Show all posts

Wednesday, March 13, 2019

Musim Anggur bulan March 2019 di Cameron Highlands


Saya menerima soalan, adakah musim anggur masih ada di Cameron Highlands pada bulan march 2019.

Saya boleh sahkan untuk Kebun Anggur di Lembah Bertam telah habis musimnya. 

Manakala hasil pertanyaan saya kepada rakan-rakan yang berdekatan dengan Kebun Anggur di Blue Valley, ia masih ada dan dibuka kepada kunjungan pelancong. Kebun Anggur ini adalah milik KC. Kwang Grape Farm.

Saya kongsikan mengenai kebun anggur KC Kwang ini dalam catatan awal saya. Masih sama.  

Klik KC KWANG & SON GRAPE FARM dan untuk ke kebun ini saya kongsikan panduan arah di SINI.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Friday, March 9, 2018

Kisah Anggur di Lembah Bertam

Kena diakui, kisah anggur di Lembah Bertam menjadi viral dan pilihan istimewa untuk dikunjungi jika bercuti di Cameron Highlands.Namun ada syarat utama iaitu jika waktu percutian anda itu serentak dengan musim anggur masak di kebun ini. Jika tidak, kebun anggur ini tidak dibuka untuk kunjungan walaupun sekadar nak tengok pokok anggur sahaja. 


Cuma untuk catatan ini saya sekadar nak berkongsikan kisah kebun anggur ini. Kebetulan saya berkesempatan bersembang-sembang dengan pemiliknya kelmarin semasa singgah di sana ketika di luar musim buah anggur masak. 

Selalunya kalau saya ke sana pada waktu pertengahan atau awal musim, pasti tiada kesempatan untuk bersembang dengan pemiliknya kerana dia terlalu sibuk melayan pelanggan-pelanggannya yang tidak putus-putus datang. 

Untuk makluman, kebun anggur ini terletak di kilometer 6 Jalan Ringlet - Pos Betau - Felda Sungai Koyan. Catatan awal  saya mengenai kebun anggur ini boleh anda baca di SINI .

Kali ini saya menghabiskan masa sekitar sejam bersama Untie yang sangat popular dikalangan pelancong dan bila saya mengusiknya sudah jadi artis, katanya ini semua Facebook punya hal.

Dan kali pertama, saya mengetahui namanya, Untie Chong.... 

Untie mengusahakan kebun anggur ini bersama adiknya dan juga menantu lelakinya sejak 4 tahun yang lalu setelah kematian suaminya selain dibantu beberapa pekerja asing malah ada pekerja asingnya sudah bekerja selama 16 tahun lamanya. 

Gabungan dua beradik

Kisah pokok anggur anggur yang ada sekarang ini sebenarnay adalah dimulakan oleh Mendiang suaminya yang meminati tanaman anggur dan namun pada permulaanya hanya menanamnya sekadar memenuhi minatnya  sahaja. 

Malangnya, suaminya telah terlebih dahulu pergi dan kini beliau menyambung usaha suami. Bila ditanya, berapakah usia pokok anggurnya ini, beliau mengatakan sudah memasuki 8 tahun. 

Pokok anggur ini dari salah satu varieti dari Negara Australia dan mula ditanam di dalam rumah plastik dengan 3 plot tanaman yang kecil sahaja. Buahnya bewarna merah jika masak dan rasanya manis selain teksturnya ranggup  jika dikunyah namun berbiji. 

4 tahun diperlukan untuk peringkat tanaman sebelum mulai berbuah dan mulai dituai hasilnya.

Bayangkan 4 tahun lamanya untuk buah yang pertama hampir menyamai pokok getah yang boleh ditoreh dan untuk kelapa sawit pula sudah boleh dituai pada usia 2 tahun setengah tahun selepas ditanam.


Sebagai perbandingan jika plot yang sama ditanam dengan pokok tanaman bunga kekwa yang sama bersebelahan dengan plot tanaman anggur ini, ia sudah boleh mendapat hasil jualan keratan bunga untuk 16 kali tanaman dalam tempoh ini.

Malah jika ditanam dengan tanaman sayur kontan seperti sawi atau pak choy sahaja, ia boleh menghasilkan 60 kali tanaman pak choy yang boleh dijual.

Bagaimana pula dengan jualan anggur in?. Setahun hanya dua kali sahaja pokok anggur ini boleh dituai buah dengan selang masa selama 5 bulan lebih untuk satu musim anggur berbuah. 

Jika keuntungan semata-mata diambil kira, tanaman anggur ini bukannlah begitu menguntungkan berbanding dengan tanaman bunga ataupun sayuran kontan.

Perbandingan mudahnya pula, jika benar-benar menguntungkan, pasti ramai lagi pekebun akan menanam anggur kerana lebih untung namun setakat ini hanya ada dua pengusaha ladang anggur di Cameron Highlands.


Jadi apa yang menyebabkan Untie Chong masih mengekalkan tanaman anggurnya ini? Ya kerana peninggalan minat mendiang suaminya, maka tanaman anggur ini diteruskan namun katanya tidak menjamin pada masa hadapan.

Malah Untie berseloroh bila saya mengusik pekerja Banglanya untuk balik tanam anggur di Bangladesh pula dengan mengatakan jika Banglanya itu tiada, maka tiadalah nanti pokok anggur lagi kerana tidak mampu menguruskannya sendiri.  


Jadi produktiviti dan ekonomikal penggunaan tanah jika diambil kira, tanaman angggur bukanlah keutamaan sebenarnya. 

Berbalik kepada tanaman anggur, Untie Chong menceritakan sendiri bagaimana ianya perlu diuruskan untuk mendapatkan hasil yang baik. 

Plot tanaman perlu dipastikan tidak bocor kepada ancaman serangga dan burung yang pasti akan memakan buah anggurnya setiap kali ianya berbuah. 


Air perlu diberikan secukupnya setiap hari melalui paip fertigasi yang dipasang di setiap baris pokoknya. Namun perlu dikawal supaya tidak terlalu banyak bagi meng
elakan penyakit akar.

Sebaik sahaja buah habis, pokok perlu dibuang daun sepenuhnya yakni dipotong sehingga tinggal ranting dan batang sahaja bagi mengalakkan pokok anggur berbunga. Jika tidak, pokok anggur hanya akan mengeluarkan daun sahaja atau istilah kami petani adalah gila daun.


Selepas berbunga, pokok anggur sekali lagi akan dibuang daunnya untuk memastikan bunga tersebut menjadi buah yang baik dengan semua nutrisi baja tertumpu kepada perbentukan buah bukan untuk daun.

Teknik pemangkasan ini memang umum dan boleh digunakan kepada semua tanaman berbuah yang lain jika mahukan buah menjadi lebih baik dan besar. 


Buah anggur pada peringkat muda ini akan dipilih dan perlu digugurkan atau dibuang untuk mengelakan penyakit tanaman. Hanya buah anggur yang elok sahaja dikekalkan dan dibiarkan untuk terus membesar dan akhirnya masak di tangkai sebelum dituai.

Untuk masak yang sempurna sekali lagi daun perlu dibuang sebahagiannya lagi bagi memastikan buah masak seragam.  

Hanya jika perlu sahaja pokok anggur ini akan disembur racun yang dibenarkan bagi tempoh yang selamat. Malah percubaan Untie Chong menggunakan pengalak buah untuk plot keduanya baru-baru ini tidak menjadi malah buah yang elok dan baik pun terjejas teruk. Sebab itu musim anggur dari plot tersebut agak sedikit sahaja baru-baru ini. 


Semua in berlaku dalam tempoh pusingan 5 bulan persediaan dari mula dibuang daun sehingga anda boleh datang ke sana untuk menuai dan membeli buah anggur dari kebun Untie Chong ini.

Dan tiada tiket masuk dikenakan untuk anda datang ke sini walaupun ramai rakan-rakan mereka mengesa ada tiket masuk kerana bukan semua yang datang membelinya. 

Namun Untie Chong masih enggan mengenakan bayaran masuk kerana ianya hanya waktu lawatan bermusim sahaja dan hanya mempunyai satu tarikan sahaja iaitu anggurnya sahaja. 

Namun ada permintaan dari Untie Chong, jika anda datang ke sana, belilah anggurnya dan bukan sekadar masuk dan mengambil gambar sahaja kerana beliau perlu meninggalkan kerja-kerja kebun yang lain dan meletakan seorang dua pekerja asingnya untuk membantu di sini sepanjang tempoh musing anggur di buka, 



Saya rasa permintaan ini adil bagi Untie dan anda kerana ada yang yang memberi dan ada yang perlu membalasnya. Tak kan nak selfie hebat-hebat itu ini tetapi tiada menyumbang kepada orang yang menyediakan tempat selfie anda... Tak hebat manalah tu ..opsss lupa perlancongan anda kan bior pape asalkan bergaya... jangan marah ya....

Selebihnya kami bersembang-sembang sahaja dan antara yang termasuk dalam perbualan kami adalah berkisarkan politik seperti kisah Mahathir, Lim Kit Siang, Najib sebelum gossip-gossip semasa dan saya terperanjat antaranya  adalah kisah Suami yang menceraikan isteri pertama untuk isteri keduanya yang artis popular baru-baru ini!!!! 

Mak cik bawang juga Untie Chong ni .... kipidap ... terbaik dari Untie....

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Kebun Anggur Lembah Bertam: Musim anggur seterusnya...

Musim anggur di Bulan Februari di Kebun Anggur Lembah Bertam agak mengecewakan jika dilihat dari hasil pengeluarannya yakni dari plot 2 anggurnya. Jadi ianya tidak viral kerana bekalan buahnya singkat dan sedikit sahaja. 

Untuk makluman, SAYA BUKAN PEMILIK KEBUN ANGGUR INI dan TIADA KENA MENGENA DENGAN PEMILIKNYA. Cuma kebun anggur ini dekat dengan tempat kerja saya sahaja. Jadi jangan tanya saya itu, ini dan sana atau sinun mengenai kebun anggur ini ya. Dan jangan minta nombor telepon untie sebab saya tak minta dan simpan pun. 


Apapun yang nak tahu bila musim anggur seterusnya. Ada berita baik yang saya boleh kongsikan. Untie mengatakan musim anggur seterusnya dijangka selepas hari raya dengan suasana buah anggur di dalam kebun anggurnya dari plot 1 ini di tahap sudah berbuah dan membesar  dengan warna kehijauan. 


Seronok Untie bercerita mengenai kebun anggur kali ini sebab hanya saya dan dia dan pekerja banglanya yanag ada dalam kebun anggur semalam tanpa ada tetamu atau pelancong. 


Catatan seterusnya saya kongsikan apa yang kami gossipkan semalam tetapi yang boleh anda masukakan dalam perancangan anda yang nak bercuti dan melihat dan membeli anggur dari kebun ini adalah ANGGARAN MUSIM BUAH ANGGUR SELEPAS RAYA.


Yang saya nak kongsikan, suasana buah anggur yang sedang hijau membesar......  belum meranum lagi .. sempat la nak buat apa yang patut. 

Nanti saya kongsikan kemaskini dari kebun Untie ini. Saya tak ambik komisen tau ... 


Anggur dah habis di Lembah Bertam....

Maaf dan dukacita dimaklumkan dan dikongsikan, BUAH ANGGUR DI KEBUN LEMBAH BERTAM telah habis untuk musim bulan 2/2018. Saya sendiri tak tahu dan sedar rupanya ada musim buah anggur  kali ini. Semalam lepas kerja singgah sekejab ke sana.

ini aje yang saya beli ... jangan marah ..
Sebenarnya bukan musim buah anggur Untie cakap sebab buahnya tidak lekat setelah mencuba baja penggalak buah terbaru yang tidak menjadi menyebabkan hanya 6-7 hari sahaja bekalan buah anggur kali dengan tiada viral musim anggur di facebook.

Bukti ... ada nampak buah anggur tergantung?....
Untuk makluman, semasa saya pergi semalam, hanya ada kurang 10 tangkai kecil buah anggur yang tinggal sahaja. Jadi esok lusa tu habislah kata Untie. 

Ini adalah Plot 2 anggurnya manakala untuk plot 1 atau plot terbesarnya, saya akan kongsikan dalam catatan seterusnya.. 

Baki buah anggur yang ada kelmarin.. hari ini ... habis dah...
Bila musim anggur seterusnya ? Jawapannya ada dalam catatan seterusnya... KLIK

MAKLUMAN PENTING:
Saya tiada kena mengena dengan kebun anggur ini dan tidak ada sebarang kaitan dengan penghasilannya.. sekadar berkongsi maklumat berkaitan sahaja sahaja.

Jangan .. tanya nombor telepon pemiliknya.   Jangan tanya nak ke sana dengan bantuan saya .. jangan tanya itu, ini, sini dan sinun ya. 

Friday, November 24, 2017

Musim Anggur di Kebun Anggur Lembah Bertam bermula... November 2017

Seakan dirancang untuk musim cuti sekolah, musim anggur di Kebun Anggur di Lembah Bertam telah bermula sejak minggu lepas.

Oh ya, ini catatan terkini mengenai Kebun Anggur di Bertam Valley iaitu 23 November 2017. Anda mungkin membaca catatan lama mengenai musim anggur yang lepas. Jadi dapatkan maklumat terkini untuk perancangan anda ke sana.

Kemaskini 4 DISEMBER 2017. 
Buah anggur di Lembah Bertam ini telah habis dan kebunnya kembali ditutup. Musim anggur seterusnya adalah dijangkakan pada bulan April 2018.

Klik CATATAN KEMASKINI


Ini saya sahkan sendiri kerana semalam saya sempat ke sana walaupun agak lewat iaitu sekitar pukul 5 petang dan hanya sempat sekitar 10 minit sahaja di sana.

Cuma papan tanda "Sweet Grape For Sale" belum dinaikkan di tepi laluan masuk ke kebunnya lagi kerana pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Untie mahu memberikan peluang kepada pelancong musim cuti sekolah kali ini untuk dapat mengunjungi kebun anggurnya. 


Lokasi anggur kali ini di plot 1 dan saya lihat semalam memang banyak buahnya dan sudah masak. Catatan lama saya ada kongsikan maklumat 2 plot tanaman lain yang juga hanya dibuka jika musim buah anggur masak.

Anda boleh petik sendiri di sini dan kemudian timbang dengan harga jualan RM25 sekilogram. Cuma peringatan saya, selalunya berat segugus anggur sekitar 1 kilo lebih. Kalau anda galak sangat nak memetik anggur, jangan buat-buat terperanjat pula masa nak membayarnya.

Rasanya manis buah anggur ini dan berbiji namun sedap dimakan berbanding dengan buah anggur di Blue Valley yang sedikit tebal kulitnya dan lebih berjus. Warna buah anggur di sini adalah merah pinkish dan bukan hitam. 


Anggaran hasil sekitar 3 minggu ke sebulan bergantung kepada jumlah pelancong yang hadir. Kalau ramai, maka akan habis cepatlah buahnya. Untie pun tak berani nak cakap berapa lama.

Macam musim anggur bulan sembilan yang lalu dijangkakan akan bertahan selama sebulan namun akibat viral di facebook, ianya hanya bertahan seminggu lebih sahaja yang diserbu pelancong di mana kebetulan hujung minggu selepas gaji yang agak lama jaraknya selepas cuti raya!

Jadi kalau anda nak ke sana, selalulah periksa di laman facebook status kebun ini masih mempunyai buah atau tidak. Takut kempunan dah jauh ke sana nanti tak boleh masuk pula. 


Saya tanya kepada untie bila waktu kebun anggurnya akan dibuka untuk dikunjungi dan jawapannya kebunnya akan dibuka setiap hari bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Jangan datang lewat katanya.

Bagaimana nak ke sana ? Saya kongsikan catatan lama saya ya;
Catatan lama saya juga berkongsikan Kebun Anggur di Lembah Biru atau Blue Valley bagi yang mencari satu lagi Ladang Anggur. 
  Semoga catatan-catatan ini membantu anda. 

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock