Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Selasa, 22 Julai 2014

1,000 peserta mendaftar @ CHTT 2014...

Mendapat sambutan mengalakkan ... Tahniah kepada semua peserta CHTT 2014...

Pihak Penganjur Cameron Rider telah menerima 1,000 Pendaftaran yang lengkap
(Daftar dan telah membayar) pada 9.40 pagi 18 JULAI 2014.
Dengan ini secara rasminya ;
PENDAFTARAN DITUTUP.
Cameron Riders Mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar dan menjadi 1,000 peserta yang pertama dengan lengkap membuat pembayaran.
Cameron Riders akan memuatnaik senarai 1,000 peserta yang telah menjadi
PESERTA CAMERON HIGHLANDS THOMPSON TRAIL MTB JAMBOREE 2014
untuk semakan anda.
Terima kasih di atas sokongan anda!!!
Kita jumpa di sini ...
6 September 2014...
"Rasai keseronokan"

Selasa, 8 Julai 2014

CHTTMJ 2014 .. Laluan jamboree...

Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di Cameron Riders mengenai cabaran laluan Jamboree ini yang bakal kembali diharungi oleh peserta...

Anda berani? jom sertai CHTTMJ 2014...

Untuk catatan kedua mengenai laluan ini kami ingin berkongsikan secara khusus peringkat ketinggian laluan kerana ramai yang agak khuatir dengan tahap kayuhan terutamanya bagi 'newbees".


Kita akan bermula di 0 kilometer pada ketinggian 1018 "meter dari aras laut" (msl) di Padang Habu sebelum bersantai sekitar 2.5 km pertama melintasi Lake House Resort sebelum mula mendaki ke paras 1049 msl.


Selepas pendakian ini semuanya adalah menuruni bukit sehingga ke paras separuh ketinggian tempat berlepas iaitu 554 msl di Pos Menson dan melibatkan sejauh 15.3 km dengan penuh santai. Santai sesantainya... 


Ketika ini laluan adalah melalui Jalan Persekutuan C156 dengan kualiti laluan yang amat baik. 


Memasuki persimpangan Pos Menson ke Kampung Orang Asli Kuala Boh, di sinilah pendakian bermula dengan menggunakan laluan jalan kampung berkonkrit dan anda akan tiba di Kampung Kuala Boh di paras ketinggian 754 msl dan berjarakkan 4.81 km.




Masih belum mencabar ? Laluan seterusnya adalah laluan "Off Road" melibatkan kawasan hutan dan laluan separa tanah dan konkrit sejauh 2.76 km sahaja tetapi melibatkan perubahan ketinggian sekitar 209 meter iaitu 963 msl apabila anda tiba di Kampung Orang Asli Pangan. 



Penat? Jangan risau, laluan anda seterusnya adalah melalui Ladang Teh Boh dengan Bahagian Farlie Estate menjadi halaman laluan anda sebelum ke Bahagian Sentral sejauh 6.54 km untuk tiba di BOH Tea Centre. 


Ketika ini anda perlu mendaki di 1.7 km terakhir dari paras 1,050 msl ke 1,309 msl.



Selebihnya 6.87 km adalah laluan menuruni bukit sehingga di penamat ditempat yang sama pada ketinggian 1018 msl.


Nampak mudah? Anda sudah memahami laluan ini.

Ini adalah laluan yang pertama dan masih dalam penambahbaikan dan mungkin akan ada perubahan nanti yang akan kami kongsikan nanti.

Mahu lebih cabaran Off Road? Lebih lama di Ladang Teh  yang menghijau hamparannya...? 

Cuba anda kongsikan laluan impian anda bersama kami... 

* Terima kasih kepada arepex'san di atas rekod kayuhan beliau yang dikongsikan ini. 

Catatan asal di SINI.

Isnin, 7 Julai 2014

CHTTMJ 2014 .. Laluan Jamboree...

Yang ini versi catatan awal yang lebih ringkas untuk anda yang ingin menyertai Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014 ...

Dari hari pertama, kami ditanya mengenai laluan yang bakal dilalui oleh peserta CHTTMJ 2014 edisi kali ini.

Pihak penganjur sudah mempunyai laluan yang telah dirancangkan untuk anda dengan permulaan dan penamatnya kali ini adalah di Padang Habu.

Jarak laluan adalah sejauh 40 km dengan pelbagai aras laut dan bentuk muka bumi yang akan kami perincikan dalam catatan khas mengenainya. 

Buat permulaan ini adalah laluan CHTTMJ 2014. 


Pihak kami mengalu-alukan cadangan dan komen membina daripada semua pihak untuk memastikan kepuasan kayuhan dengan cabaran yang mampu dihadapi oleh semua peserta.

Catatan kedua akan kami kongsikan pula mengenai aras laut atau elavation bagi setiap peringkat laluan yang perlu anda hadapi kelak. 

Jika ada perubahan laluan, kami akan memaklumkan kemudian. 



Ahad, 6 Julai 2014

CHTTMJ 2014 .. Hadiah kemenangan ...

Yang memang dah hardcore dalam dunia berbasikal lasak ini dan sentiasa mendahului setiap jamboree dan pertandingan berbasikal lasak... hadiah berikut menanti anda...

Petikan awal catatan saya di cameronriders2014.blogspot.com ... 

Untuk Edisi penganjuran CHTT 2014 yang dinaiktaraf kepada JAMBOREE, pihak penganjur menawarkan hadiah-hadiah seperti berikut:


Pastinya akan menjadi pendorong semangat untuk menamatkan lebih awal kayuhan ini kelak.
Cabarannya akan bermula.. yang perlu dimulakan sekarang ... mendaftarlah ...

Sabtu, 5 Julai 2014

CHTTMJ 2014... medal penamat...

Nak masuk CHTTMJ 2014 ini nanti dapat apa kalau tak menang .. penat saje ke?

Yang tersirat .. pengalaman melalui trail ini dengan ujian ketabahan dan kekuatan mental dan fizikal serta pengalaman yang tidak ternilai dengan pemandangan yang menarik di sepanjang laluan khasnya di Kampung Orang Asli dan Ladang Teh.. 

Untuk yang berjaya menamatkan kayuhan .. ini pula hadiahnya.. sekadar menamatkan kayuhan .. dari blog Cameron Rider 2014.

Tidak kira menang atau kalah, setiap peserta yang berjaya menamatkan kayuhan dalam CHTTMJ 2014 akan diberikan

"Medal Penamat"

Manakala setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan bersama barangan hadiah kecil yang istimewa sebagai kenang-kenangan.
Bagaimana bentuknya Medal Penamat nanti?

Tapi medal sahaja .. Frame tak termasuk.

errr.. pemenang dapat apa pula? Tunggu yaaa...

Bak kata kawan saya ....  segalanya strawberry ...

Jumaat, 4 Julai 2014

Cameron Riders Facebook..

Tak cukup dengan blog Cameron Riders dan anda inginkan maklumat yang lebih pantas dan sentiasa mendapat update terkini? 

Boleh ... anda hanya perlu tekan butang Like di Facebook khas Cameron Riders untuk penganjuran Cameron Highlands Thomposon Trail MTB Jamboree 2014.



Caranya anda perlu membuat carian  "Cameron Highlands Thomposon Trail MTB Jamboree 2014" di ruangan Facebook dan klik like. 

Manakala untuk menjadi rakan Facebook Cameron Riders pula anda boleh mencari di ruangan search Facebook dengan kata kunci "Cameron Jamboree" dan add sebagai rakan fb mereka. Insyallah mereka akan menerima permintaan rakan anda nanti. 

Maklumat yang disampaikan lebih pantas dan mudah untuk diikuti . 

Khamis, 3 Julai 2014

Cameron Riders Blogspot

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengajuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014 (CHTTMJ 2014) yang dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Cameron Riders, saya sangat-sangat mencadangkan anda terus ke laman blog mereka iaitu Cameron Riders. 


Terdapat pelbagai info khas mengenai aktiviti dan maklumat berkaitan dengan penganjuran ini.

Kepada semua peminat kayuhan basikal bukit, ini adalah aktivti yang tidak boleh anda lepaskan jika ke Cameron Highlands.... 

errr malu pula nak mengaku... saya salah seorang admin blog tersebut .... 

Rabu, 2 Julai 2014

Lushios ... sayuran dari Cameron Highlands

Cameron Highlands memang tidak akan alri dari identiti utamanya... kawasan pengeluaran pertanian khasnya  sayur-sayuran utama untuk Malaysia.

Terdapat puluhan jenis sayuran yang dijual di pasaraya dengan pelbagai jenama pengeluar sayuran.

Antara jenama yang boleh anda temui di pasaran adalah Lushios.

Ditanam di dua kebun berteknologi tinggi di Tanah Rata dan Lembah Bertam serta diproses dan dibungkus dengan kaedah moden di Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan  sendiri, jenama Lushios sewajarnya diberi pertimbangan kepada anda jika ingin membeli sayuran berkualiti tinggi atau premium.
Insyaallah, saya akan berkongsikan mengenai jenama Lushios ini dalam catatan yang akan datang dari pandangan pekebun... petani ...
Bukan satu atau dua jenis sayuran yang bernaung dibawah jenama ini tetapi 29 jenis SKU kesemuanya..
Bukan masuk bakul angkat sendiri .. Sekadar sesuatu yang dibanggakan ...

Selasa, 1 Julai 2014

Pendaftaran CHTT 2014 Kini dibuka...

Dikongsikan dari catatan saya di Cameron Rider Blog. Semoga dapat membantu mempromosikan acara istimewa ini
****************************************************************************

Pendaftaran untuk penyertaan
Cameron Highlands MTB Jamboree 2014
kini dibuka mulai
1 July hingga 30 July 2014.
Caranya anda boleh:
Hubungi salah Seorang Wakil Cameron Riders kami samada telepon, sms , whatsapp, Wechat :
Fadzli: 019-9507175
Adlan Hassan : 016-4649666
Shahidan: 013-4949558
Joe 019-5567986
Atau emailkan kepada :
atau download borang pendaftaran di :
SINI (Individu dan Pasukan)
Hanya 1000 peserta akan diterima untuk acara CHTT MTB Jamboree 2014 kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...